Wednesday, December 28, 2011
United ancam City ?
Tuesday, December 27, 2011
Sakit - Antara Penghapus Dosa Dan Peningkat Darjat
Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.
Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.
Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.
1. Menghapus dosa
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa2nya seperti pohon yang menggugurkan daun2nya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.
2. Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.
Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak2 dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.
"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.
3. Sakit rohani punca kejahatan
Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.
Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.
Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.
"Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.
"Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar," ujarnya.
Taubat menyucikan dosa dan noda
Menurut Zaharuddin, taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa2 yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.
Katanya, Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba2-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik2 orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya"
(Hadis riwayat At-Tarmizi).
Thursday, December 22, 2011
Anugerah buat Nasa & Marion
Sunday, December 11, 2011
10 gangguan syaitan semasa solat
Thursday, December 8, 2011
Virus Itu Menyerang Akhirnya
Thursday, December 1, 2011
Selami Wanita Bernama Siti Hajar
Siti Hajar tidak lahir dari keluarga bangsawan, bukan juga dari keluarga ternama, malah hanya seorang wanita hamba sebelum Nabi Ibrahim a.s memperisterikannya.
Siti Hajar seorang wanita luar biasa
kerana beliau berhadapan dengan pelbagai musibah besar merdeka sehinggakan Allah s.w.t memberi penghormatan tinggi kepadanya sebagai peneroka bumi Makkah dan insan yang menemui telaga air zam zam sumber air yang terbaik di dunia.
Ya memang benar, beliau seorang wanita yang sungguh luar biasa. Sukar untuk ditemui pada wanita lain sepanjang zaman, dialah seorang wanita, isteri dan ibu yang tinggi jiwa pengorbanannya. Beliau sangat taat, tabah dan sabar. Ada apa pada Siti Hajar? Ramai orang yang meneguk air zam-zam, tetapi tidak meneguk Ibrah (pengajaran) daripada wanita yang mula-mula menyentuh air itu.
Sejarah menceritakan beliau wanita berkulit agak gelap, wajahnya tidak secantik madunya, Siti Sarah. Beliau menjaga anak bernama Ismail. Ya, beliau biasa-biasa sahaja pada lahirnya. Siti Hajar mempunyai hati seperti emas kerana diuji dengan pelbagai dimensi seperti hidup bermadu, fizikalnya diuji ketika ditinggalkan di padang pasir. Akalnya pula diuji dengan ikhtiar tanpa bekalan, jiwanya diuji dengan tawakkal, sabar dan bersangka baik kepada Allah s.w.t dan suami.
Memang Siti Hajar benar-benar luar biasa. Tatkala Siti Hajar ditinggalkan suami sedikitpun dia tidak menyimpan prasangka tidak baik pada suaminya. Apatah lagi bersangka buruk kepada Allah. Kenapa dia ditinggalkan atau dibiarkan semua persoalan itu sedikit pun tidak menggoyahkan ketaatan Siti Hajar terhadap suaminya. Dalam diri Siti Hajar terbina satu benteng ketaatan kepada Allah s.w.t dan beliau membina ketaatan tinggi kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s.
Ketika Hajar ditinggalkan suaminya, beliau menyerahkan bersama anaknya kepada Allah s.w.t. Maka kepada Allahlah seluruh pergantungan hatinya. Siti Hajar ikhlas dan reda kerana beliau menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t untuk memutuskan apa yang terbaik buat diri dan bayinya. Ditinggalkan untuk membina kehidupan sendiri di bumi Makkah yang kosong dan tandus. Bayangkan jika kita diuji sedemikian rupa. Beliau juga yakin bahawa Allah s.w.t pasti tidak akan mensia-siakan dirinya.
“Barang siapa menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia berpegang kepada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala sesuatu,” (Surah Luqman ayat 22)
Ciri-ciri luar biasa yang ada pada Siti Hajar adalah hasil didikan suaminya seorang Rasul, jiwanya disibukkan dengan keinginan melaksanakan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya. Beliau sentiasa memandang positif segala ketentuan Allah dan kerana ketulusan jiwa itu darjat Siti Hajar diangkat tinggi Allah s.w.t walaupun beliau lahir sebagai seorang wanita hamba.
Siti Hajar adalah contoh teladan buat bakal bergelar isteri dan ibu. Kuatkanlah pergantungan kepada Allah dan yakinlah pasti ada selaut kemanisan tersembunyi di sebalik kepahitan takdir-Nya. Itulah punca dan sumber kekuatan utama.
petikan : Mohd Zawawi Yusof
p/s : Andainya SJ juga kuat menjadi wanita seperti itu....
Saturday, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah 1433H
Friday, November 25, 2011
Chicken Pox a.k.a Cacar Air
Dan baru2 ini, virus ini mula menyerang si kecil SJ, Amirul. SJ memang tak perasan dengan kesihatan Amirul sejak akhir2 ini. Amirul kerap mengadu tubuh belakangnya terkena alahan/alergic. Rasa gatal2 dan merah2. Selang 3 hari kemudian SJ tolong mandikan Amirul apabila merasakan tubuhnya kurang bersih dan menyebabkan rasa gatal2. Tapi bila SJ nampak bintik2 merah di beberapa bahagian tubuh Amirul, SJ terus membawanya ke klinik berhampiran. Sah, Amirul di serang virus Chicken Pox a.k.a cacar air. Kemudian SJ menggugel tentang virus ini dan kesan2 mahupun cara2 merawat pesakit yang terkena jangkitan virus ini.
Pengenalan virus
Apa itu Chicken Pox? Chicken Pox atau Varicella simplex adalah suatu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh infeksi virus varicella-zoster (virus herpes). Penyakit ini disebarkan secara aerogen. Chicken pox juga dikenali sebagai demam campak, cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia tidak mengenal mangsa dan berlaku pada semua peringkat umur, biasanya berlaku pada kanak2. Tetapi ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa kerana daya ketahanan melawan penyakit semakin berkurangan.
Cara jangkitan
Ciri2 cacar air
Tanda Serangan Virus
Demam, cepat merasa lelah, lesu, sakit kepala dan lemah. sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair beberapa hari sebelum bintik2 merah timbul.
Perawatan
• Berikannya air garam suam untuk berkumur (1/4 sudu teh garam kepada 4 aun air) bagi melegakan gatal2 di dalam mulut.
• Tenteramkan anak anda bahawa ruam2 itu tidak serius dan pasti akan hilang dalam masa seminggu-dua.
Berjumpalah doktor jika....
Anak anda dijangkiti cacar air dan
• Mengalami sakit kepala, muntah-muntah, sensitif kepada cahaya yang terang, sering mengantuk atau menjadi keliru. Ini mungkin merupakan tanda-tanda keradangan pada otak (ensefalitis).
• Mengalami masalah pernafasan dan mula batuk. Ini mungkin menunjukkan jangkitan pada paru-paru.
• Kulit menjadi sakit, hangat dan merah atau ruam cacar pecah dan berair. Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan kulit yang serius.
• Demam melebihi 38.890C yang berakhir lebih dari 2 hari.
• Gatal2 yang teruk dan tidak hilang setelah diberi rawatan di rumah.
• Terdapatnya ruam cacar di dalam mata.
• Ruam masih wujud selepas 2 minggu. Ini mungkin bukan cacar air tetapi boleh jadi masalah kulit yang lain.
1. Ubatan anti-viral : Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV & AIDS serta rawatan steroid).
2. Rawatan antibiotik : Komplikasi akibat chicken pox, radangan kulit dan radangan paru2 memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
2 buah mengkudu matang dicuci dan dijus, atau diparut dan diambil airnya lalu diminum. Lakukan 2-3 kali sehari.
Pencegahan
Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor. Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak. Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos selepas umur 13 tahun. 2 dos selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak2 berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chicken pox. Menggunakan Imunisasi bagi anak2 yang berusia lebih dari 12 bulan. Imunisasi ini dianjurkan bagi orang di atas usia 12 tahun yang tidak mempunyai kekebalan. Penyakit ini erat kaitannya dengan kekebalan tubuh. Untuk mencegah cacar air diberikan suatu vaksin. Vaksinasi cacar air dan memiliki risiko tinggi mengalami komplikasi bagi orang yang belum pernah mendapatkan (misalnya penderita gangguan sistem kekebalan), diberikan immunoglobulin zoster atau immunoglobulin varicella-zoster. Vaksin varisela biasanya diberikan kepada anak yang berusia 12-18 bulan. Serta tidak berdekatan dengan orang yang terkena cacar air agar tidak dijangkiti virus varisela zoster. Varicella Zoster Immunoglobulin (VZIG).3. VZIG adalah zat kekebalan terhadap virus penyebab cacar air. VZIG diberikan hanya pada kelompok-kelompok tertentu yaitu:
1. Orang dengan sistem kekebalan yang rendah
2. Wanita hamil yang belum pernah mengalami cacar air sebelumnya
3. Bayi di bawah usia 28 hari yang lahir kurang dari usia kehamilan 28 minggu atau berat lahirnya kurang dari 1000 g
4. Bayi di bawah usia 28 hari yang ibunya mengalami cacar air antara 7 hari sebelum bersalin hingga 7 hari setelah bersalin
Risiko cacar air
Sebelum lahir (dalam kandungan) – Kecacatan mata, inflamasi dalam lapisan mata, kecacatan sistem saraf, otak terbantut, bukaan pundi kencing atau pembuangan air besar tidak berfungsi serta kaki atau tangan bayi tidak berkembang sepatutnya.
Kurang setahun – Jika bayi kurang sebulan, risiko kematian sangat tinggi.
Satu hingga 12 tahun – Simptom tidak serius kerana pada tahap ini tubuh memberi tindak balas cepat.
Antara 13 hingga 49 tahun – Walaupun sistem imun tubuh semakin meningkat, ia memberi reaksi negatif kepada virus Varicella hingga membawa gejala lebih teruk.
Melebihi 50 tahun – Semakin tua individu, bertambah serius gejala yang perlu dihadapi termasuk komplikasi lain seperti meningitis, ensefalitis dan pneumonitis (radang paru-paru).
p/s : redha....tidur juga dengan si Amirul sebab time2 tak sihat macam ni, sure2 Amirul tak nak berenggang dengan SJ....itulah pengorbanan seorang ibu yang sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko demi anak2 tercinta......
Tuesday, November 22, 2011
Ibu Emas Milik Harimau Muda Malaya
Bergelar juara kali ke-2 berturut2 di Sukan Sea, Malaysia menunjukkan semangat Harimau Malaya yang gagah dan meneruskan perjuangan hingga ke wisel penamat. Juara pada Sukan Sea 2009 di Vientina Laos, yang lalu, Skuad kendalian K. Rajagobal berjaya membenam Vietnam 1-0 di pentas final. Dan kini sejarah berulang semula. Malaysia yang menjuarai bolasepak Sukan Sea 6 kali ini, kali terakhir bertemu dengan Indonesia pada 1979 dan berjaya menewaskan Indonesia 0-1, hasil jaringan Allahyarham Mokhtar Dahari.
Berhadapan dengan perang psikologi dan provokasi, Indonesia ingin meneruskan misi membalas dendam ekoran kekalahan Indonesia di tangan Malaysia pada Piala AFF Suzuki 2010 yang lepas. Malah Malaysia yang turun tanpa tonggak utama seperti, Izzaq Faris Ramlan, Wan Zaharul Nizam dan Shahrul Azwari, tidak sedikit pun memberi tekanan. Malah Ong Kim Swee tetap meneruskan percaturannya demi untuk bergelar juara.
Permainan awal yang nampak aggresif oleh skuad Laskar Garuda ini membawa kepada gol pada minit ke-5, hasil tandukan kencang Gunawan. Gerakan pantas mengatur serangan demi serangan, Garuda seolah2 memperlihatkan ketangkasan dan penguasaan mereka pada awal perlawanan. Namun skuad Harimau Muda Malaya terus bangkit dengan counter attack. Hasil gerak balas Harimau Muda, Asrarudin Putra menyamakan kedudukan pada minit ke-34 dengan tandukan meluru ke gol hasil hantaran Baddrol Bakhtiar.
Beberapa peluang mudah di hadapan gol kerap mengecewakan. Fakri banyak melakukan kesilapan sehinggakan terlepas peluang untuk menewaskan gawang lawan. Beberapa kekasaran berlaku yang memungkinkan bakal menerima kad merah. Namun hasil kebijaksanaan pengadil dari Jepun ini, beberapa amaran lisan dan layangan kad kuning menjadikan perlawanan semakin hangat dan mendebarkan.
Skuad Garuda diakui mempunyai keupayaan individu yang mampu bergerak pantas membuat serangan seperti Okto, Bonai, Patrich dan beberapa pemain lain. Berbeza dengan skuad Harimau Muda yang ternyata nampak lebih fokus dengan rentak permainan dan mempunyai kelebihan bermain dalam satu pasukan, lebih tersusun dan bergabung tenaga membantu membuahkan kemenangan. Berbeza dengan Harimau Muda yang mempunyai kurang striker berbisa, pertahanan Garuda sedikit lemah walaupun tangkas dalam melakukan serangan.
Permainan semakin mendebarkan dan pasti memberikan tekanan kepada kedua2 pasukan apabila kedudukan terikat 1-1 walaupun bermain pada masa tambahan. Babak2 terakhir menyaksikan Harimau Muda lebih banyak bertahan dari melakukan serangan di mana di wajah2 mereka tergambar keletihan setelah mengerah keringat melawan berhabis2an.
4-3, sepakan terakhir penalti, setelah permainan tamat 120 minit, berjaya disempurnakan oleh Baddrol Bakhtiar, walaupun berjaya di tampan oleh penjaga gol namun bola itu terus meluru ke pintu gol bagi membuktikan kejuaraan itu milik Malaysia.
Skuad Harimau Muda dikhabarkan menaiki Baracuda dan menaiki pesawat khas untuk membawa pulang wira2 ini ke Malaysia bagi persediaan Kempen Kelayakan Olimpik Rabu ini di Stadium Bukit Jalil menentang Syria. Mereka telah pun selamat smpai pada 7.40 pagi tadi di LCCT dengan di sambut meriah oleh penyokong2 setia negara.
p/s : Malaysia gah di Asia Tenggara. Credit buat skuad Harimau Muda Malaysia. Tahniah buat semua pemain terutama Asrarudin yang berjaya menyamakan kedudukan, Baddrol Bakhtiar yang bertindak sebagai juara dan Khairul Fahmi Che Mat yang mempunyai tangan emas, bertungkus lumus menyelamatkan gawang Malaysia. Tahniah jua buat Ong Kim Swee kerana berjaya menaikkan martabat bolasepak Malaysia. Andalah wira. Walaupun lagu Negaraku kurang di hormati di sana, namun SJ bangga menjadi Anak Malaysia. ~NEGARAKU~
Saturday, November 19, 2011
Khasiat Madu Lebah
Wednesday, November 16, 2011
Makan cara sihat ikut sunah