Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, July 28, 2010

Selingkar Kisah Secebis Kehidupan


"Bang...minta seringgit bang !" Sapa satu suara.

Aku tersentak seketika lantas berpaling ke arah suara itu. Seorang remaja yang lengkap berpakaian seragam sekolah dengan beg sandang di bahunya, ku renung. Dia mengalihkan pndangan matanya ke arah jalanraya yg agak sibuk ketika itu, lantas menundukkan kepalanya ke bawah. Tak tahu apa yang ada di dalam fikirannya ketika itu.


"Adik tak sekolah ker? Ponteng yer !" Soalku sambil membawanya ke tempat yang lebih selesa utk meneruskan perbualan. Aku tinggalkan tempat kerja ku buat seketika.

"Saya sekolah bang, tapi sekolah petang." Jawabnya menjelaskan, seraya mengikut ke arah kakiku melangkah. Aku membawanya jauh dari deretan kedai2 yang masih belum beroperasi lagi di waktu2 begini. Mentari mula sedikit membahang.

"Duit nak buat ape? Nak beli rokok yer?" Soalku lagi.
Pantang di mataku bila melihat remaja sekarang yang sudah pandai menghisap rokok dan berpeleseran tidak menentu. Apalagi ponteng sekolah yang semakin menjadi2.

"Tak bang! Saya lapar. Saya nk beli roti."
Suara itu sayu di pelipis telingaku. Dia tunduk kelu.
Aku terpandang kasut sekolahnya yang agak lusuh dan tidak berkapur. Peluh memercik di tubuhnya. Kesal bermain di mindaku bila menuduhnya sebegitu. Sinar matanya jernih. Tanda jujur. Tidak ada tanda menunjukkan dia seorang perokok. Aku tercium bau tubuhnya yang segar, bermandi pagi tetapi berpeluh2, walaupun ketika itu masih seawal pukul 9.30 pagi.

Kami terus berbual. Tidak semudah itu untuk aku memberi dia duit walau hanya satu ringgit. Bukan berkira tetapi aku perlu tahu mengapa remaja lelaki yang sihat sepertinya perlu menagih wang dari orang yang tidak di kenali. Hatiku begitu terdesak utk mengetahui cerita sebenar sehingga dia sanggup untuk meminta2 seperti pengemis jalanan yang meminta ehsan dari manusia di sekelilingnya. Tetapi ini bukan pengemis. Dia seorang pelajar yang sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajarannya. Dan seharusnya dia ada di dalam kelas ataupun masih berehat di dalam bilik sambil mengadap buku pelajaran. Bukankah itu tugas seorang pelajar? Di mana keluarganya? Hatiku terus bertanya2 sendirian. Remaja berkulit hitam manis dan berambut sedikit ikal itu aku renung lagi. Pakaian sekolahnya juga sedikit lusuh melilit di tubuh kurusnya.


Ya, dia tidak kelihatan seperti sesetengah remaja yang sering kulihat di lorong2 belakang bangunan. Merokok tanpa segan silu. Berkumpul beramai2. Bercakap kuat2. Kemudian ketawa ramai2. Dia keseorangan. Tapi mengapa? Aku masih ingin mengetahuinya. Dan masihkah ada, pelajar remaja yang ke sekolah tanpa sebarang perbelanjaan walaupun dengan satu ringgit? Dan satu ringgit itu selayaknya kah utk pelajar remaja pada zaman ini ?


Akhirnya, tanpa rasa malu, tapi agak terpaksa dia bercerita keadaan yang sebenar tentang dirinya. Dia anak kedua dalam keluarga. Mempunyai kakak sulung yang masih menuntut di kolej. Dan dia bersekolah petang di salah sebuah sekolah di daerah ini. Sekolahnya memang agak jauh dari lokasi ini. Tetapi lokasi ini mgkn berdekatan dgn rumah tempat tinggalnya.


"Saya jawab pun sebab abang tanya" Ceritanya lagi. Masih kelihatan ragu. Atau rendah diri.

Boleh ku bayangkan dia berjalan kaki ke sekolah. Patutlah kasutnya lusuh dan hampir koyak. Ibunya telah lama meninggal dunia. Tinggallah sang ayah. Menurutnya, ayahnya hanya bekerja kilang di daerah ini dan mengikut giliran shift. Kilang yang kurahsiakan namanya di sini, memang cukup ku ketahui. Dan hari tu ayahnya masih belum pulang dari tempat kerja. Mungkin ayahnya, tidak bersempatan untuk menyediakan makanan pada malam dan pagi hari.

Perbualan ini terlalu singkat kerana aku mengejar masa untuk menyambung tugasku kembali. Bagaimana nasib adik2nya, jika ada, yg juga kecil2 dan bersekolah sepertinya? Namun pertanyaan itu terus tenggelam begitu sahaja di benakku kerana desakan waktu dan keadaan yang tidak mengizinkan utk aku mengenalinya dengan lebih mendalam.


"Tinggal kat mana? Boleh bagi alamat tak?"
Dia tersentak.

Sambil menundukkan muka, dia menjawab

"Takpelah bang...saya nak seringgit je bang, saya nak beli roti utk alas perut saya"

"kalau abang tak nak bagi pun takperlah" Sambungnya lagi. Beberapa kali jua dia menelan air liurnya perlahan2. Hatinya gusar. Tak tahu apa yang bermain di fikirannya.
Aku terkedu.

Akhirnya, dengan rasa simpati dan dasar kemanusiaan yang terbit di sudut naluriku, aku menghulurkan sekeping duit ke tangannya.


Dia terkejut sambil berkata,"Bang..banyak sangat ni bang, saya nak seringgit je. Saya nak beli roti je bang"
Dengan teragak2 dia menerima duit tersebut.

"Ambillah, untuk makanan hari ini. Jangan sesekali meninggalkan pelajaran atas alasan kemiskinan. Tapi ingat, jangan tipu abang. Adik akan terima akibatnya satu hari nanti. Abang percaya dengan adik. Harap adik jujur. " Itulah pesanan dan harapanku yang terakhir.

Dia mengangguk2kan kepalanya perlahan tanda faham. Raut wajahnya seperti begitu terharu dengan pemberianku.


"Terima kasih bang" dan dia terus berlalu meninggalkan aku. Aku terus merenungnya dari jauh hingga kelibatnya hilang dari pandangan mataku.


Aku tidak dapat menilai sama ada remaja itu jujur ataupun menipu aku. Jika dia membohongi aku, aku berharap agar dia mendapat pengajaran pada satu hari nanti. Dan jika dia jujur, aku rasa bersyukur kerana dapat membantunya walaupun tidak seberapa pemberianku ini. Dan aku berharap dia dapat meneruskan kehidupannya dengan lebih tabah. Malah dapat melaluinya sebagai satu dugaan hidup. Kesusahan hari ini bukan bermakna kesusahan seterusnya. Hidup boleh berubah dengan usaha dan tawakkal kepada Allah. Bagiku, pemberianku cukup ikhlas. Sumbanganku kerana Allah. Kerana bangsaku jua.

Tanpaku sedari, mataku terasa pedih apabila melihat bangsaku yang mengalami nasib sedemikian rupa. Terdetik hatiku, di manakah pemimpin2 bngsa yang terpilih untuk membela bangsa. Adakah mereka masih sibuk bertelagah sesama mereka merebut kuasa dan harta.

Dan aku merasa diriku amat kerdil, apa tggjawabku dan bantuan yang harus kuberikan pada mereka yang tidak bernasib baik seperti ini. Tersepit2 di celah2 kehidupan dalam arus pemodenan dan kemajuan globalisasi. Bangsaku masih bergelar pemerintah tetapi bangsa ku jua masih ada yg menjadi peminta belas ehsan, terselit di celah kehidupan yang serba mnghimpit. Kasihannya.


Mungkin anda sebagai pembaca, mengganggap aku telah ditipu. Tertipukah aku? Tapi sejujurnya aku mengatakan, seandainya anda di tempatku, apakah tindakan anda? Dan andainya dia memang benar dan jujur, pastinya anda juga rasa terharu kerana dapat membantu insan sepertinya wpun hnya sekadar pertolongan kecil. Mungkin hari ini hari dia. Mana tahu satu hari nanti hari aku pula. Hidup ini tiada siapa yang tahu. Moga satu hari nanti dia menjadi insan yang berguna dan dapat membantu keluarganya keluar dari belenggu kemiskinan itu.


@Kisah ini adalah kisah benar seperti yang diceritakan oleh abang di atas kepada penulis.Abang di atas adalah hubby kepada penulis. Penulis dengar pun sedeyy...lalu menyampaikan kepada sahabat2 blogger, sekadar utk dikongsi bersama@

p/s : teringat lagu `warisan' masa sekolah2 dulu...sedeyy sangat !! (anak kecil main api...terbakar hatinya yang sepi....)


Tuesday, July 27, 2010

Jelajah Blog Ramadhan `1431H'


Link
JELAJAH BLOG RAMADHAN '1431H

@Ucapan sempena Ramadhan 1431H
Salam Ramadhan 1431H Al-Mubarak buat semua blogger2 yang beragama Islam , khususnya Ben selaku penganjur segmen Jelajah Blog Ramadhan ini. Salam Silaturrahim sesama kita dan semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna...lebih beramal dan lebih diberkati buat kita semua. Insyaallah...Mudah2an...kerana kehadiran Ramadhan itu hanyalah sekali dalam setahun.


Ketika Rasullullah sedang berkhutbah pada Solat Jumaat (dalam bulan Sya’ban), beliau mengatakan Amin sampai tiga kali, dan para sahabat begitu mendengar Rasullullah mengatakan Amin, terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan Amin. Tapi para sahabat bingung, kenapa Rasullullah berkata Amin sampai tiga kali.


Ketika selesai shalat Jum’at, para sahabat bertanya kepada Rasullullah, kemudian beliau menjelaskan: “ketika aku sedang berkhutbah, datanglah Malaikat Jibril dan berbisik, hai Rasullullah Amin-kan do’a ku ini,” jawab Rasullullah.
Do’a Malaikat Jibril itu adalah:

“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;

3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Terimakasih kerana sudi meluangkan masa anda yang seketika untuk menatap intipati izryn's blog ini. Ini merupakan segmen kedua anjuran Ben yang aku sertai sempena Ramadhan yang bakal menjelma. Lantas aku juga mengambil kesempatan ini menghulurkan tangan buat semua sahabat2 blogger yang telah lama bersama mahupun yang masih baru di kenali.

@Hidangan buat sah
abat2 blogger
Pastinya yang terbaik.
1. Apakata mulakan dengan appertizer....dari koleksi
Resepi4u WanNo


2. Kita makan nasi dagang......PERIUKTANAH (Raihan)


2. Kemudian anda akan di hidangkan....
Almond London (Nina aka SL)



atau......soft chocolate walnut cake CIK MANGGIS



4. Hurm...minum air sebelum pulang.....ice blended mangga farihafaizal@myresipi.com
















@ Cenderah
ati juga..ambil yer..sebagai kenangan.....

souvenier dari.....ANNA (Bake Freshly)

SALAM RAMADHAN !! SILA SINGGAH LAGI !!


Monday, July 26, 2010

Geledah Dapur Ramadhan Bersama....


Maaf Ben...baru sempat nak buat entri yang Ben proposed nie......Wah !! MENARIK idea nih....Ni yang semangat nak terjah dapur2 yang berasap dan sedap di tekakku...teropong punyer teropong....huh ! Dapur yang ni tetap menjadi pojaan hatiku. Bulan Ramadhan sudah semakin tiba...terbayang keenakan makanan lagi2 pada musim perayaan. Jom..jom kita geledah dapur....RESEPI RAIDAH

Fuhhh !! marbeles....baru tengok gambar..kalau rasa, entah macam mana yerk ??

1. Menu sahur pilihanku...
Brokoli Goreng bawang Putih II

juga......
Daging Goreng Cendawan
Hitam


2. Menu berbuka puasa pilihanku...Char Kuew Teow Special

Mahu terliur jugak kan.....seimbang rasanya menu pilihan aku nih....Mari2 kita lawati blog Kak Raidah nih !!


Sunday, July 25, 2010

Kekayaan...Kejayaan dan Kasih Sayang


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua m
esti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata." suami saya telah keluar.
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi,
"Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin di jemput ke dalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira."Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju."Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain.

Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya."Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetama kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.

Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya."


Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"

p/s : tanamkan dan suburkan kasih sayang dalam keluarga...mudah2an kejayaan dan kekayaan akan mngiringinya sekali...aminn


Laksa Johor, Permintaan Di Hujung Minggu



Tiba2 hubby kata, nk makan Laksa Johor. Kebetulan semalam pun baru lepas beli barang2 dari pasar tani. Dan bnyak juga beli sayur2an. Cuma spaghetti jer takder. Tak mengapa, belakang rumah ada pasaraya 99. Semua ada di situ. Kalau takder pun, Giant, Tesco dan Jusco ada di sebelah rumah. Eheh ! cam berlagak pulak. Maaf yer ! tersyasyul...bukan sebelah rumah sangat pun.....jauhlah jugak.

Maka berhujung minggu kali ini dengan menu Laksa Johor. Ikut cara aku. Jeng..jeng...!!
Tunggu2 juga, jika ada sesiapa yang langkah kanan hari ini datang rumah. Kek coklat basah pun masih bnyak bakinya. Wah !! macam rajin kan? Banyak kolestrol tu. Jaga2. Tapi sesekali apa salahnya kan? Ha...ingat orang berkarier cam aku ni tak reti ke dapur ker?? Heheh.......
Jom cuba2 resepi Laksa Johor cara aku !


Bahan-bahannya :

1 paket spagheti (rebus dan campurkan sedikit minyak masak dan di toskan)
8 ekor ikan kembung (di rebus dan isinya di blender)
1 kg santan pekat
1/2 cawan susu segar

1 camca kerisik
Daun kesum
Asam keping
Rempah kari ikan

Cili giling
Belacan
Gula pasir
Garam

Air

Bahan-bahan untuk di blender :


1 cawan udang basah
1/4 cawan udang kering
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih

1 cm halia
1 cm kunyit hidup
1 cm lengkuas
3 batang serai



Accesories :

Taugeh
1 biji timun - dipotong halus memanjang

1 batang lobak merah - dipotong halus memanjang
5 batang kacang panjang - di potong kecil2

Daun selasih - di hiris nipis
3 batang cili merah - dipotong kecil menyerong
5 biji cili padi - potong kecil2
1 biji bawang besar - di hiris nipis
2 biji limau kasturi - di potong serong
Telur ayam di rebus - potong 4


Cara memasak kuah :

1. Masukkan minyak masak dalam periuk untuk menumis.
2. Masukkan bahan2 yang telah di blender. Goreng sehingga agak garing
3. Masukkan rempah kari ikan
4. Masukkan 3 sudu cili giling - untuk memerahkan kuah. Tumis.
5. Masukkan ikan yang telah di blender
6. Masukkan air rebusan ikan
7. Masukkan susu segar
8. Masukkan santan. Kacau sehingga menggelegak.
9. Masukkan garam dan gula
10. Masukkan kerisik
11. Masukkan belacan
12. Masukkan 2 asam keping
13. Masukkan daun kesum. Gaul perlahan2

Kuah Laksa perlu di jerang dengan api yang perlahan dan lama sedikit supaya kuah menjadi semakin pekat. Dan perlu di ingat, kuah juga perlu di kacau selalu.

p/s : boleh tabur bawang goreng kalau suka. Apalagi...jom cuba resepi ikut cara aku...dan singgahlah rumah selagi masih ada stok...heheh


Kek Coklat Basah



Tiba-tiba teringin sangat nak makan kek coklat basah. Pure..pure coklat gitu...Yummy !! Sah2 coklat memang faveret aku. Dan pasti, kek coklat juga faveret aku. Juga faveret izryn, anak sulungku. Sebagai tanda rindu aku padanya, maka kek tu siaplah juga akhirnya. Bukan susah sangat pun.
Ingin mencuba kek coklat basah kegemaranku?


Bahan-bahan :


1 1/2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan koko

1 cawan gula halus

1 cawan susu pekat manis

1 cawan air kosong

3/4 cawan minyak masak

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanilla

3 biji telur ayam


Cara membuatnya :


1. Masukkan tepung gandum kedalam mangkuk

2. Masukkan soda bikarbonat

3. Masukkan koko.

4. Masukkan gula halus. Kacau semuanya. Rata

5. Masukkan telur sebiji..sebiji dan kacau sehingga sebati
6. Campurkan esen vanilla

7. Masukkan susu pekat. Kacau lagi.

8. Masukkan air kosong.

9. Akhir sekali, masukkan minyak masak (warna kilat akan terhasil). Kacau sehingga sebati dan serasi.

10. Bakar selama 45 minit ,120 darjah celcius


p/s : Kalau rajin, bubuhlah coklat topping atas permukaan kek. Tabur almond nut ataupun coklat chip. Semuanya terpulang atas kekreatifan diri masing2.
Hurm..kek pun dah siap...!! Jom makan?
Huhu.......Selamat Mencuba.


Saturday, July 24, 2010

Award Dan Tag dari Dian Yang Cute


@ ASSALAMUALAIKUM.....

Terharu dengan tag dan anugerah award.
Demi menghargai pemberian Dian, maka di abadikan award ini dalam izryn's blog.
Thanx Dian !


@ THANKS AND LINK THE PERSON WHO TAGGED YOU ?

DIAN ----> http://colour-luna.blogspot.com/


@ TAG 15 BLOGGERS YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND THINK FANTASTIC !

1. EJA

2. GERRARDS

3. AMIRA

4. PERANTAU

5. ZURENA

6. NAN

7. SERI BAHASA

8. ASY

9. PAKWI

10. PAKSU IT

11. BAYU

12. LENSA CAMERA

13. TROLAK SELATAN

14. JERUNG PERKASA

15. SYAMEEL


@ CONTACT THAT BLOGS AND LET THEM KNOW THEY'VE BEEN TAGGED.

Insyaallah. Semoga mereka menerima tag dan award ini sebagai tnda silaturrahim.


@ STATE 7 THINGS ABOUT YOURSELF.

1. Sarina Izryn

2. Suka membaca dan bersiar2

3. Layan Movie sangat

4. Simple person

5. Insan kerdil Di sisi Allah


Friday, July 23, 2010

Rahsia 13 Rukun Sembahyang


Seperti di kenali umum, sebagai umat Islam, dan sebagai hamba Allah, pastinya wajib mengetahui tentang Rukun Islam. Adakah mungkin dewasa ini ada yang mengaku Islam tetapi tidak mengetahui Rukun Islam dan intipati rukun itu sendiri? Adakah Islamnya kita kerana keturunan atau sebaliknya?

Tahukah anda, Sembahyang 5 waktu sehari semalam itu termaktub dalam rukun Islam yang ke berapa? Tahukah anda, sembahyang itu sendiri didirikan atas dasar berapa rukun? Dan tahukah anda di sebalik rukun tersebut, ada rahsia2 mengapa ia wajib di laksanakan?

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat
.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalamkubur.

3 - Takbiratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.


13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT

p/s : masih terbayang masa sekolah rendah dahulu, terjerit2 menghafal Rukun Islam yang 5...dan sembahyang 5 waktu sehari semalam itu rukun yang ke-2 selepas mengucap dua kalimah syahadah.....subhannallah....


Thursday, July 22, 2010

Heroku Demam Lagi


Minggu lepas Amirul demam. Mulut penuh dengan lecur/ulcer. Tekak luka dan bengkak. Memang langsung tidak boleh menjamah makanan yang sebarangan. Bubur nasi menjadi santapannya. Apabila Amirul berteriak sakit sambil mengalirkan air mata ketika berusaha menjamah sedikit nasi, buat aku merasa sedih. Lantaran itu, aku pantas membawanya ke klinik sebaik sahaja selesai makan malam.

Dalam perjalanan, aku menerima satu panggilan telefon. Kawan baik Amirul terkena virus sakit kaki, tangan dan mulut selepas membuat pemeriksaan di klinik. Lagi menambah perasaan cuak di hati. Apatahlagi setelah mengetahui cucu2 pengasuh Amirul semua terkena virus yang sama. Tapi sebagai ibu mana mgkn aku sedih, tunjuk pada Amirul bahawa aku ini lemah. Khuatir, risau bermain di minda namun tetap meletakkan doa dan harapan agar Amirul tiada apa2.

Mujur klinik masih beroperasi sebaik sahaja aku tiba untuk membuat pemeriksaan. Malam pun masih muda lagi.
Dalam sejarah hidupnya, 3 kali Amirul bermalam di hospital besar. Semasa usia belum setahun, jari kelingkingnya koyak kerana terkena kaca. Bukan kerana kecuaianku, tapi kerana lasaknya dia bermain sehingga pintu meja solek yang berkaca itu pecah. Bergegas juga ke klinik di tengah2 malam itu. Klinik pula meminta aku merujuk ke hospital besar. Hurm...hidup2 amirul menerima jahitan sebab jarinya terlalu kecil. Memang aku tak berani nak tengok masa tu. Cuma dengar suara jeritannya menahan kesakitan. Hati ibu mana yang tak tersentap yerk?

Kemudian Amirul demam panas ketika usia 2 tahun lebih, sehingga mencecah 40 darjah celcius. Amirul hampir pengsan, tidak bergerak. Nasib baik pengasuhku bertindak pantas dengan menghantarnya ke hospital besar. Aku yg berada di pejabat hanya bekerja tak smpai pun separuh hari, terus bekejar ke hospital besar. Maka 3 hari 2 malamlah aku berumah di hospital besar. Sekecil usianya, entah berapa kali doktor inject di lengan dan belakang tangannnya kerana gagal mencari urat kerana tubuhnya yang agak gemuk ketika itu. Hampir 4 kali juga doktor ambil sampel darah Amirul sebab dia disyaki demam denggi. Tapi alhamdulillah, kerana Amirul hanya sekadar demam biasa. Cuma kalau di biarkan, boleh membawa kepada sawan. Sawan boleh menyebabkan kecacatan otak.


Dan kali ketiga, bila Amirul di serang cirit birit ketika usia 4 tahun. Sehari juga aku di hospital. Sehingga Amirul benar2 pulih, barulah dibenarkan discaj dari wad. Mahu 4 pain air yang masuk ketubuh montelnya itu. Tapi tak lama, sebaik sahaja Amirul sihat, abis semua penghuni wad termasuk doktor dan jururawat di situ menjadi mangsa usikan Amirul. Amirul memang agak nakal. Tapi dia peramah dan menghiburkan.


Dan hari ini Amirul demam lagi. Tekaknya masih perit. Bila waktu malam tubuhnya terlalu panas. Hurm..mgkn lumrah seorang kanak2, bila demam pasti meminta belas kasihan utk sang ibu memeluknya sepanjang malam. Aku terpaksalah melawan kepanasan tubuhnya demi membuktikan kasih sayangku yg tak pernah berbelah bagi buatnya. Tak cukup cool fever di dahi, melekat pula tuala basah di kepala. Sesekali aku mengelapnya di celah ketiaknya yang memang panas. Bibirnya merah tak usah nak kata. Maka dek kerana kasihan melihat wajahnya yang lesu, maka aku membatalkan niat ku utk bekerja seperti biasa. Emergency leave. Hantar Amirul ke klinik yang sama utk memastikan Amirul tiada masalah apa2. Alhamdulillah, demamnya masih di bawah kawalan.


Sehari bersamanya di rumah? Peliknya.....demam bukan bermakna dia harus berehat sepenuhnya. Sebaliknya, dia tak duduk diam. Mulutnya juga tak reti diam. Mgkn bila waktu demam lah dia mngasah otaknya dan menajamkan lidahnya jua. Bermacam2 soalan yang Amirul tnya. Dari soal bola piala dunia hinggalah tentang ejaan jenama motosikal. Kalau kawasaki ejaan melayu dan bunyi sama, kenapa Ducati tidak di baca seperti melayu. Kenapa c mesti bunyi seperti k? Itu baru tentang motosikal. Belum yang lain2 lagi. Kalau tengok tv, dari stat cerita sampai tamat, seribu satu soalan yang dia tanya. Bagaimanapun aku tetap tabah melayan setiap soalan yang dilontarkannya. Belasah jelah. Agak2 logik, jawab jer. Namun Amirul bukan pernah puas hati dengan setiap jawapanku yang terlalu ringkas. Hampir surrender jugak aku di buatnya. Tiba2 teringat pulak kisah burung murai. Hurm....mgkn ini salah satu sebab mengapa dia lahir pada waktu azan zohor berkumandang, ketika solat Jumaat. Tun Sri Mahathir pun lahir time macam ni juga. Hehe.....


Hobinya melukis. Whiteboardnya sentiasa penuh dengan lukisan. Sekejap2 dia lukis tshirt player2 piala dunia serta no. dan nama. Sekejap2 pula dia lukis bendera pasukan piala dunia. Dan sekejap2 pula dia main PSP juga bola sepak piala dunia. Dan tiba2 dia melontarkan impiannya untuk menyaksikan game Korea menentang Msia di Bkt Jalil Ahad ni. Huh ! camne tuh? Nak pergi ker? Aku menggaru kepala lagik


p/s : kelahiran adalah satu anugerah. Kasih sayang adalah juga satu anugerah. Maka anak itu sendiri satu anugerah lambang kelahiran dan kasih sayang. Maka hargailah.


Jangan Malas Mandi


Anda tergolong dari orang yang malas mandi? Atau anda takut dengan air? Berapa kalikah anda mandi dalam sehari? Tahukah anda kebaikan di sebalik mandi? Kajian berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang
menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki
.

Berikut adalah merupakan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

1. Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

2. Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

3. Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas itu basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

4. Insomnia:

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

p/s : teringat mandi pagi2 dengan air perigi.....


Adab Makan di Majlis Rasmi


Doa dikurniakan makanan;

اللهمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ و أطْعِمْنَا خَيْراً مِنْهُ

Dalilnya; “Barangsiapa dikurniakan oleh Allah rezeqi , ucapkanlah doa ini; (doa diatas).”
( Hadis riwayat Tirmizi turut dikeluarkan oleh Ibnu Majah semakna dengannya,dan Imam-imam hadis yang enam kecuali Nasaie’)


Tidak banyak yang mengetahui atau menitikberatkan adab makan di meja makan semasa majlis rasmi. Perlakuan ketika makan melambangkan taraf dan hubungan sosial dan perangai sebenar seseorang individu. Individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnya dilabel sebagai seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati.

Seseorang yang nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai seorang yang tiada didikan dan kurang ajar. Adab meja makan merangkumi banyak aspek, daripada cara anda menerima jemputan dan memaklumkan kepada hos, cara berpakaian, ketibaan anda di majlis, cara anda mengendalikan sudu dan garpu, cara anda melayan pelayan, perbualan anda semasa makan, etika sebelum, semasa dan selepas makan, dan sebagainya.

Antara adab meja makan yang saya paling kurang mahir ialah cara menggunakan pisau, garpu dan sudu. Walau bagaimanapun, saya selalu menggunakan tips di bawah untuk membantu saya ingat sudu dan garpu yang sepatutnya digunakan ketika makan. Menggunakan pisau, garpu, sudu dan kadang-kadang, tangan! Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat.

Jenis makanan yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh, steak, lamb chop, grilled chicken dan sebagainya. Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda perlu tahu sudu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad. Jika anda keliru, jangan bimbang.

Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah mengikut kedudukan sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak paling hujung atau jauh sekali dan bergerak ke arah dalam. Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan sudu yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu yang paling kiri. Namun, trend yang digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut juadah yang akan dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja! Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri. Hal ini kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan ini semata-mata untuk keselesaan.

Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh memotong dengan tangan kiri. Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong kecil beberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke tangan kanan dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh. Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu yang telah digunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan alas meja. Sudu dan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di dalam gelas kerana tidak stabil. Sudu atau garpu hendaklah diletakkan di tepi piring yang digunakan untuk mengalas mangkuk.

Kenali jenis-jenis makanan yang boleh dimakan menggunakan utensil yang sesuai atau dengan tangan

1. Sup – harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut agak dalam dan bulat bentuknya. Sup mesti dihirup perlahan-lahan. Jangan sampai mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut tidak sopan.

2. Salad – gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil sedikit berbanding garpu biasa.

3. Ikan – gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk ikan selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.

4. Daging – gunakan garpu utama yang disediakan.

5. Pencuci mulut – sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya. Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.

6. Asparagus – asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus tersebut tidak disaluti apa-apa sos. Jika tidak, anda boleh menggunakan garpu yang disediakan untuk salad.

7. Bacon – apabila bacon iaitu kepingan daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek biasa. Hal ini kerana agak susah untuk memotong bacon yang garing menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu bacon tersebut terpelanting ke tempat lain semasa memotong!

8. Roti – roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum mengoyak cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu mentega tersebut pada cebisan roti sebelum anda memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yang masih panas, anda dibenarkan memotong ban berkenaan memanjang di tengah dan menyapu mentega di rekahan tersebut bagi mencairkannya.

9. Biskut – biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan buah-buahan atau tuna di atasnya.

10. Jagung – sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda boleh menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan secara sebiji-biji, anda dibenarkan makan dengan menggunakan tangan. Sekiranya mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu pada dua baris jagung dan makan dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris berikutnya.

11. Kentang goreng, ayam goreng dan burger – makanan seumpama ini dikategorikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di majlis-majlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam bakar atau chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.

12. Sandwich – sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filling yang terlalu tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan.

13. Buah-buahan kecil bertangkai – kadang-kadang pada juadah pencuci mulut, dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan tangan, anda boleh menggunakan sudu tetapi berhati-hati, jangan pula buah tersebut melayang! Bagi gugusan buah anggur yang dihidangkan dengan tangkainya, anda boleh memotong sedikit bersama tangkainya dan letakkan di dalam pinggan anda. Jangan ambil buahnya sahaja kerana tangkai yang kosong di hidangan nampak kurang elok dan tidak menyelerakan bagi orang lain.

*Artikel diatas dipetik daripada buku CARA MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN BERSOSIAL - TATACARA DIRI & ETIKET SOSIAL.
* Riza Saffiya fb

p/s : eheh...saya kurang gemar majlis rasmi sebab terlalu protokol....suka warung2 biasa takpun..kedai mamak jer...


Menariknya Australia


Aku memang peminat movie terutamanya movie dari luar negara. Walaupun begitu aku tetap menyokong movie tempatan terutama yang menghasilkan mutu yang terbaik dan setanding dgn movie luar negara. Walaupun tidak kerap mengunjungi pawagam dan menonton setiap movie yang ditayangkan namun aku boleh menontonnya melalui astro yang kulanggani. Sekurang2nya aku masih berpeluang utk menontonnya walaupun tak se`fresh' semasa di pawagam.

Australia. Satu filem yang telah lama bermain di pawagam. Namun aku baru berkesempatan untuk menontonnya di siaran HBO astro channel baru2 ini. Filem epik romantik tahun 2008 yang berlatarbelakangkan tahun 1939 dan 1942 (zaman perang dunia ke-II) ini merupakan arahan Baz Luhrmann dan di lakonkan oleh pelakon utama Nicole Kidman dan Hugh Jackman. Mungkin aku telah terlewat menontonnya dari peminat2 filem. Yeahh ! filem terbitan 20th Century Fox ini release di Australia dan Amerika sekitar 2008 dan keseluruhannya pada awal 2009.

Kisah tahun 1939 di mana Lady Sarah Ashley (Nicole Kidman) yang berasal dari England telah mengunjungi Utara Australia untuk memaksa suaminya menjual Faraway Downs dan kembali ke England. Namun suaminya, Maitland Ashley telah mati mengejut sebaik sahaja dia tiba dan disyaki kerana perbuatan khianat seseorang. Ramai yang menuduhnya, ia dari kuasa magic `King George'. Berikutan beberapa perkara yg menimbulkan ketidakpuasan hati Lady Ashley, dia telah memecat pengurus ladang tersebut, Neil Fletcher.

Seorang kanak2 lelaki kecil bernama Nullah merupakan anak kacukan orang asli tempatan dgn bapa berkulit putih yg tidak diketahui siapa. Hubungannya baik dengan penduduk asli di sekitar terutama selepas kematian ibu Nullah menambahkan kasih sayangnya terhadap Nullah. Lady Ashley juga melantik Drover (Hugh Jackman) sebagai pengurus ladang ternakan lembunya. Drover pula seorg duda yang kematian isteri yang juga penduduk asli di situ kerana virus TB dan tak dapat diselamatkan kerana dasar asimilasi di situ.

Drover memimpin 6 penunggang kuda untuk mengiring 1500 ekor kuda untuk di bawa ke kapal dermaga di pelabuhan Darwin. Pengkhianatan sering berlaku di setiap perjalanan itu, yg di rancang oleh Fletcher utk menghalang proses jualan lembu itu. Ia turut di dalangi oleh kuasa besar penjualan lembu yang dikuasai oleh King Carney. Kematian juruakaunnya, Flynn tidak mematahkan semangat. hasil bantuan `King Goerge' dengan kuasa magicnya, maka mereka selamat tiba ke Darwin dan berjaya menjual lembu2 kepada pihak tentera Australia. Lady Ashley dan Drove saling jatuh cinta dan hidup bahagia.

Kematian King Carney yang dipercayai di bunuh oleh Fletcher menjadi klimaks cerita ini. Fletcher mengahwini anak King Carney, Cath Carney dan menggantikan tempat King Carney menguasai empayarnya. Fletcher terus mengugut Lady Ashley agar menjual Faraway Downs itu. Fletcher sebenarnya pembunuh sebenar suami Lady Ashley, Maitland dan merupakan bapa kandung Nullah.

Nullah telah di culik oleh orang2 Fletcher dan di hantar ke Pulau Misi. Lady Ashley yang berusaha untuk menyelamatkan Nullah, bekerja dengan Fletcher sebagai radio operator di pusat pangkalan tentera Darwin. Pada 1942, Jepun mula menyerang Australia setelah berjaya membuat serangan di Pearl Harbour. Pulau Misi merupakan serangan pertama Jepun dalam misi menguasai Asia Pasific dan diikuti tempat Lady Ashley bekerja.

Drover yang sebelum itu bertengkar dan berjanji tidak akan kembali, akhirnya kembali semula dan berusaha mencari Lady Ashley dan Nullah setelah melihat kemusnahan di Faraway Downs. Drover ke Pulau Misi dan berjaya menyelamatkan Nullah. Manakala Lady Ashley yang telahpun bersetuju menjual Faraway Downs kepada Fletcher dalam perjalanan utk meninggalkan Australia dan pulang ke England. Namun lady Ashley membatalkan niatnya setelah bertemu semula dengan Nullah dan Drover. Fletcher pula mati di bunuh King George ketika hendak menembak Nullah.

Kisah ini agak mengundang rasa sedih dan kepiluan, tentang nilai kemanusiaan dan kasih sayang
. Filem yang mengambil masa 164 minit ini, memang menarik bagi mereka yang berminat tentang perang, tentang kemanusiaan dan mgkn tentang perasaan. Hurm...mungkin anda juga boleh cuba menontonnya....walaupun filem itu dah setahun berlalu. Tak salahkan.

P/S : Nak layan cerita apa pula lepas ni yer....kalau ikutkan dah bnyak kali tgk slumdog milionnaire....adnan sempit...v3 samseng jalanan lagik....huh!!


Kelebihan Bulan Syaaban


Syaaban adalah bulan Rasulullah SAW. Bersabda baginda yang maksudnya, " Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak"

Antara kelebihan di bulan Syaaban :

1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

4. Bulan Sya'ban adalah bulan tempat manusia lalai. Ini kerana mereka sudah terhanyut dengan istimewanya bulan Rajab (yang termasuk bulan Haram) dan juga menanti bulan sesudahnya iaitu bulan Ramadhan. Tatkala manusia lalai, inilah keutamaan melakukan amalan puasa ketika itu. Sebagaimana seseorang yang berdzikir di tempat orang-orang yang begitu lalai daripada mengingati Allah -seperti ketika di pasar-, maka dzikir ketika itu adalah amalan yang sangat istimewa.

Abu Sholeh mengatakan, "Sesungguhnya Allah tertawa melihat orang yang masih sempat berdzikir di pasar. Kenapa demikian? Kerana pasar adalah tempatnya orang-orang lalai dari mengingat Allah."

5. Nabi SAW biasa berpuasa setiap bulannya sebanyak tiga hari. Terkadang beliau menunda puasa tersebut hingga beliau mengumpulkannya pada bulan Sya'ban. Jadi baginda apabila memasuki bulan Sya'ban sedangkan di bulan-bulan sebelumnya beliau tidak melakukan beberapa puasa sunnah, maka baginda mengqadho'nya ketika itu. Sehingga puasa sunnah beliau menjadi sempurna sebelum memasuki bulan Ramadhan berikutnya.

6. Puasa di bulan Sya'ban adalah sebagai latihan atau pemanasan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Jika seseorang sudah terbiasa berpuasa sebelum puasa Ramadhan, tentu dia akan lebih kuat dan lebih bersemangat untuk melakukan puasa wajib di bulan Ramadhan. (Lihat Lathoif Al Ma'arif, hal. 234-243)

Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.


Keutamaan Bulan Sya'ban
Daripada Usamah bin Zaid, beliau berkata, "Katakanlah wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihatmu berpuasa selama sebulan daripada bulan-bulannya selain di bulan Sya'ban." Nabi shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,

ذَلِكَ شَه�'رٌ يَغ�'فُلُ الن�`َاسُ عَن�'هُ بَي�'نَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَه�'رٌ تُر�'فَعُ فِيهِ ال�'أَع�'مَالُ إِلَى رَب�`ِ ال�'عَالَمِينَ فَأُحِب�`ُ أَن�' يُر�'فَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

"Bulan Sya'ban adalah bulan di mana manusia mulai lalai iaitu di antara bulan Rajab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan dinaikkannya berbagai amalan kepada Allah, Rabb semesta alam. Oleh kerana itu, aku amatlah suka untuk berpuasa ketika amalanku dinaikkan." (HR. An Nasa'i. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan). Ibnu Rajab rahimahullah mengatakan, "Di dalam hadits di atas terdapat dalil mengenai dianjurkannya melakukan amalan ketaatan di saat manusia lalai. Inilah amalan yang dicintai di sisi Allah." (Lathoif Al Ma'arif, 235)

Banyak Berpuasa di Bulan Sya'ban
Terdapat suatu amalan yang dapat dilakukan di bulan ini iaitu amalan puasa. Bahkan Nabi shallallahu `alaihi wa sallam sendiri banyak berpuasa ketika bulan Sya'ban berbanding bulan-bulan lainnya selain puasa wajib di bulan Ramadhan.

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, beliau mengatakan,

كَانَ رَسُولُ الل�`َهِ � صلى الله عليه وسلم � يَصُومُ حَت�`َى نَقُولَ لاَ يُف�'طِرُ ، وَيُف�'طِرُ حَت�`َى نَقُولَ لاَ يَصُومُ . فَمَا رَأَي�'تُ رَسُولَ الل�`َهِ � صلى الله عليه وسلم � اس�'تَك�'مَلَ صِيَامَ شَه�'رٍ إِلا�`َ رَمَضَانَ ، وَمَا رَأَي�'تُهُ أَك�'ثَرَ صِيَامًا مِن�'هُ فِى شَع�'بَانَ

"Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam biasa berpuasa, sampai kami katakan bahawa beliau tidak berbuka. Beliau pun berbuka sampai kami katakan bahawa beliau tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam berpuasa secara sempurna sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya'ban." (HR. al-Bukhari no. 1969 dan Muslim no. 1156)


Wednesday, July 21, 2010

Teka Teki Imam Ghazali


Alkisah suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya suatu Teka Teki :

Imam Ghazali = 'Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '

Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '

Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama'.


Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar.
Tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'


IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat di dunia? '

Murid 1 = ' Baja '

Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar.
Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'


Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Kapas'

Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar.
Tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '


Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar.
Tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

p/s : Rasulullah SAW bersabda : sampaikanlah walaupun sepotong ayat


Monday, July 19, 2010

Bintang2 Lambang


Piala Dunia telahpun berlalu. `Diva Espana' Sepanyol menutup tirai untuk 2010 dan demam piala dunia ini akan kembali semula pada 2014 di Brazil. Walaupun begitu, terasa rindu utk menyaksikannya semula. Tiada lagi bunyi vuvuvela yang selama ini bukan sahaja berkumandang di South Afrika, bahkan di kedai2 dan di rumah2 malah di mana sahaja diseluruh dunia. Tahniah buat Iniesta dan Sepanyol yang secara rasminya menjaringkan gol penutup buat musim kali ini. Sehingga hari ini pun media massa masih menyiarkan Sepanyol meraikan kejayaan mereka. Pastinya kerana ia kejayaan buat kali pertama dan satu kemenangan berganda jua buat mereka kerana masih lagi merayakn kemenangan di Euro 2010.

Biarlah kita lupakan tentang sotong kurita `Paul' yg lahir di England, di besarkan di German dan kemudian di tawarkan hak kewarganegaraan Sepanyol pula. Kadang2 perkara yang membawa syirik ini perlu jua dielakkan. Kita berbalik kepada fakta. Sesekali aku terbelek jersi pasukan piala dunia. Terfikir juga di benakku. Apa motif bintang yang berada di atas setiap lambang pasukan tersebut.



Tahukah anda, jumlah 3 bintang di dalam lambang jersey Germany? Ia merupakan bilangan mereka menjuarai Piala Dunia pada 1954, 1974 dan 1990.












Cuba lihat lambang pada baju Brazil pula, untuk membuktikan kebenaran fakta ini. Brazil telahpun menjuarai Piala Dunia paling banyak setakat ini iaitu 5 kali pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002. Ada pasukan lainkah yang mampu mengatasi jumlah bintang Brazil ini nanti?









Pasukan yang banyak menjadi pilihan dunia ini dan datang dari Amerika Selatan menjuarai Piala Dunia pada tahun 1978 dan 1986. Sehingga kini Argentina masih berusaha menambah kutipan untuk terus bergelar Juara Piala Dunia.












Pada tahun 1966 England menjadi Juara Piala Dunia dan ketika itu England sebagai Tuan Rumah untuk pertandingan berprestij ini. Walaupun tidak mengutip banyak bintang namun England cukup terkenal kerana Liga Inggeris yang sentiasa menjadi sebutan dan tajaan terhebat dunia.








Jangan keliru dengan bintang pada lambang jersey Italy ini. Jika di teliti betul2, bintang tersebut berada di dalalm linkungan lambang tidak seperti jersey pasukan lain yang berada di atas lambang pasukan. Jumlah 4 bintang menunjukkan Italy pernah menjuarai Piala Dunia pada tahun 1934, 1938, 1982 dan 2006.







Eheh ! Spain ? Hurm....tahun 2010 baru pertama kali bergelar juara. Nantikan jersey Spain pada 2014 di Brazil. Pasti ada satu bintang bakal berada di dada jersey pasukan ini nanti.












p/s : Jangan tak percaya, Indonesia pernah membuat penampilan pertama di Piala Dunia pada tahun 1938 dengan di kenali dengan nama Dutch East Indies (Hindia Timur)


Andai nya pasukan yang memenangi Piala Malaysia layak dititipkan bintang di jersey seperti ini, pasti jersey Selangor yang paling banyak di hiasi bintang. Ayuh ! kita kembali memeriahkan semula Liga Kita...Cara Kita...Orang Kita...Sorakan kita Satu Malaysia...sokonglah pasukan negeri anda dengan penuh semangat kesukanan. Mudah2an pasukan Malaysia kita berjaya ke pusingan akhir Piala Dunia. Tiada apa yang mustahil.


Giveaway Eybizzonline 14 ~ 18 July 2010


Giveaway? Apebenda tu?? Peraduan? Cam menarik jer? Ada hadiah pulak !!

WATERMARK !! HADIAH MISTERI !!

Nak try jugak. Mana tahu ada luck utk blogger baru cam aku nih....heheh...


Eheh ! ada syarat2 penyertaan jugak. Cuba tengok ape syarat dia......
1. warganegara malaysia / pempuan (kompem aku boleh join)
2. jadi followers (kompem dah klik)
3. buat entry stickypost ttg giveaway - Hanya perlu taip
'saya nak menang watermark dan hadiah misteri dari eyabizzonline'

"SAYA NAK MENANG WATERMARK DAN HADIAH MISTERI DARI EYBIZZONLINE"

Eheh ! jangan lupa yer..sebelum 18 July 2010 (ahad)...12.30 tengahari tawu..!!


Sunday, July 18, 2010

World Cup Memories


If you are a football fan - here's a brush-up of your memory...And if not have a look at biggest SHOW on earth happening for 81 years !!! since 1930.....

-------------------------------------------------------------------

World Cup 1930


Winners Uruguay
Teams 13
Teams in qualifiers N/A
Notable absentees Of the major European countries, only France took part
Surprises USA, who finished third

Golden Boot Guillermo Stabile (Argentina) - 8
Stats A total of 70 goals were scored (3.89 per match); Argentina (18) scored the most
Format One groups of four and three groups of three in the qualifying stage, with the top from each group going into the semi-finals
Number of matches
18

----------------------------------------------------------------------

World Cup 1934

Winners Italy
Teams 16
Teams in qualifiers 32
Notable absentees Holders Uruguay, England
Surprises Egypt

Golden Boot Oldrich Nejedly (Czechoslovakia) - 5
Stats A total of 70 goals were scored (4.12 per match); Italy (12) scored the most
Format straight knockout, replays for drawn matches
Number of matches
17

-----------------------------------------------------------------------------

World Cup 1938


Winners Italy
Teams 15

Teams in qualifiers 37

Notable absentees Argentina, England, Spain, Uruguay

Surprises Dutch East Indies (Indonesia), Cuba

Golden Boot Leônidas (Brazil) - 7

Stats A total of 84 goals were scored (4.67 per match); Hungary (15) scored the most
Format Straight knockout, replays for drawn matches

Number of matches 18

----------------------------------



World Cup 1950

Winners Uruguay
Teams 13
Teams in qualifiers 34
Notable absentees France, Germany, Hungary
Surprises Bolivia
Golden Boot Ademir (Brazil) - 9
Stats A total of 88 goals were scored (4.00 per match); Brazil (22) scored the most
Format Four Group, with the winners of each progressing to a four-team round-robin final group. Withdrawals meant there were two groups of four, one of three and one of two
Number of matches 22

----------------------------------------------------------------------------

World Cup 1954


Winners West Germany
Teams 16
Teams in qualifiers 45
Notable absentees Spain

Surprises Korean Republic

Golden Boot Sandor Kocsis (Hungary) - 11

Stats A total of 140 goals were scored (5.38 per match); Hungary (27) scored the most
Format Four Group of four with two seede and two unseeded teams in each group. However, the teams played just tow matches per group rather than the usual three, with the seede sides facing unseeded sides. Where teams ended up tied for the second qualifying position by points, they required a play-off. The two teams finishing at the top of their group went through to the quarter-finals
Number of matches
26

----------------------------------------------------------------------

World Cup 1958

Winners Brazil
Teams 16
Teams in qualifiers 45
Notable absentees Italy, Uruguay
Surprises Wales, Northern Ireland

Golden Boot Just Fontaine (France) - 13
Stats A total of 126 goals were scored (3.60 per match); France (23) scored the most
Format Four groups of four, with the top two progressing to the quarter-finals
Number of matches
35

-------------------------------------------------------------------------

World Cup 1962

Winners Brazil
Teams 16
Teams in qualifiers 56
Notable absentees Sweden
Surprises Colombia

Golden Boot Garrincha, Vava (Brazil), Leonal Sanchez (Chile), Drazan Jerkovic (Yugoslavia), Florian Albert (Hungary), Valentin Ivanov (USSR) - 4
Stats A total of 89 goals were scored (2.78 per match); Brazil (14) scored the most
Format Four groups of four, with the top two progressing to the quarter-finals
Number of matches
32

-------------------------------------------------------------------

World Cup 1966


Winners England
Teams 16
Teams in qualifiers 70
Notable absentees None
Surprises North Korea
Golden Boot Eusébio (Portugal) - 9
Stats A total of 89 goals were scored (2.78 per match); Portugal (17) scored the most
Format Four groups of four, with the top two progressing to the quarter-finals
Number of matches 32

-------------------------------------------------------------------

World Cup 1970

Winners Brazil
Teams 16
Teams in qualifiers 75
Number of matches 32
Notable absentees
Argentina, France, Portugal, Spain
Surprises Morocco, the first African qualifiers since World War II
Golden Boot Gerd Muller (Germany) - 10

--------------------------------------------------------------

World Cup 1974


Winners West germany
Teams 16
Teams in qualifiers 99
Notable absentees England, France, Hungary, Spain, USSR
Surprises Australia, Haiti and Zaire
Golden Boot Grzegorz Lato (Poland) - 7
Stats A total of 97 goals were scored (2.55 per match); Poland (16) scored the most
Format Four groups of four in the qualifying stage, with the top two from each group going into a second round of two four-team groups and the winners facing each other in the final.
Number of matches 38

-----------------------------------------------------------------------------

World Cup 1978

Winners Argentina
Teams 16
Teams in qualifiers 107
Notable absentees England, Czechoslovakia, USSR
Surprises Iran, Tunisia
Golden Boot Mario Kempes (Argentina) - 6
Stats A total of 102 goals were scored (2.68 per match); Argentina and Netherland (15) scored the most
Format Four groups of four in the qualifying stage, with the top two from each group into a second round of two groups of four, the top side in each progressing into the final.
Number of matches 38

--------------------------------------------------------------------

World Cup 1982

Winners Italy
Teams 24
Teams in qualifiers 109
Notable absentees Netherland, Mexico
Surprises Algeria, Cameroon, Honduras,Kuwait, New Zealand
Golden Boot Paolo Rossi (Italy) - 6
Stats A total of 146 goals were scored (2.81 per match); France (16) scored the most
Format six groups of four, with the top two teams in each group advancing to the second round, where they split into four groups of three. The winners of each group advanced to the semi-finals
Number of matches 52

----------------------------------------------------------

World Cup 1978

Winners Argentina
Teams 24
Teams in qualifiers 121
Notable absentees Netherlands
Surprises Canada, Iraq
Golden
Boot Gary Lineker (England) - 6
Stats A total of 132 goals were scored (2.54 per match); Argentina (14) scored the most
Format Six groups of four, with the top two teams in each group advancing to a knockout round of 16, plus four best third-place finishers
Number of matches 52

---------------------------------------------------

World Cup 1990


Winners West Germany
Teams 24
Teams in qualifiers 116
Notable absentees Denmark, France, Portugal

Surprises Costa Rica, republic of Ireland, UAE
Golden Boot Salvator Schillaci (Italy) - 6
Stats A total of 115 goals were scored (2.21 per match), which was the lowest goals-per-match ratio in World Cup history; West Germany (15) scored the most
Format Six groups of four, with the top two teams in each group advancing to a knockout round of 16, plus four best third-place finishers
Number of matches 52


---------------------------------------------------------------------------


World Cup 1994


Winners Brazil

Teams 24

Teams in qualifiers 147

Notable absentees England, France

Surprises Greece, Nigeria, Saudi Arabia

Golden Boot Hristo Stoichkov (Bulgaria), Oleg Salenko (Russia) - 6

Stats A total of 141 goals were scored (2.71 per match); Sweden (15) scored the most Format Six groups of four, with the top two teams in each group advancing to a knockout round of 16, plus four best 3rd place finishers

Number of matches 52


---------------------------------------------------------------------


World Cup 1998



Winners France
Teams 32
Teams in qualifiers 174
Notable absentees Russia
Surprises Jamaica, Japan, South Africa

Golden Boot Davor Suker (Croatia) - 6
Stats A total of 171 goals were scored (2.67 per match); France (15) scored the most

Format Eight groups of four, with the top two teams in each group advancing to a knockout round of 16

Number of matches 64

-----------------------------------------------------------

World Cup 2002

Winners Brazil

Teams 32

Teams in qualifiers 199

Notable absentees Netherlands

Surprises Senegal, South Korea, Turkey

Golden Boot Ronaldo (Brazil) - 8

Stats A total of 161 goals were scored (2.52 per match); Brazil (18) scored the most Format Eight groups of four, with the top two teams in each group advancing to a knockout round of 16

Number of matches 64


------------------------------------------------------------


World Cup 2006


Winners Italy

Teams 32

Teams in qualifiers 198

Notable Absentees Cameroon, Nigeria

Surprises Angola, Ivory Coast, Ghana, Togo, Trinidad & Tobago

Golden Boot Miroslav Klose (Germany) - 5

Stats A total of 147 goals were scored (2.30 per match); Germany (14) scored the most Format Eight groups of four, with the top two teams in each group advancing to a knockout round of 16

Number of matches 64


-----------------------------------------------------------------


World Cup 2010



Winners Spain

Teams 32

Golden Boot Thomas Mueller (Germany) - 5

Format Eight groups of four, with the top two teams in each group advancing to a knockout round of 16

Number of matches 64


references : email


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.