Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, January 27, 2012

Kelazatan dari Khasiat Tutti Frutti



logo.jpg

Tutti Frutti? Apa tu? Itu mungkin dulu pelik tetapi tidak sekarang. Tutti Frutti semakin di terima ramai dan telah di kenali hampir keseluruhan rakyat Malaysia terutama kepada penggemar2 yogurt yang memang tidak diragui tentang kandungan khasiatnya. Mempunyai beberapa size cup yang berbeza, harga di kira berdasarkan berat kandungan yogurt dan accesories di dalam cup. Taburlah kekacang, buah2an maupun aneka manisan, yang pasti yogurt perasa aiskrim ini pasti tidak mengecewakan.

Pertama kali SJ mencubanya ketika menghadiri rumah terbuka syarikat Naza Group of Companies, tempat di mana SJ mencari rezeki. Setiap tahun pasti Tutti Frutti antara menu utama yang menjadi santapan. Pastinya cup bersaiz paling besar menjadi pilihan. Setelah menikmatinya, ternyata ianya berbaloi walaupun harganya agaklah mahal jika membeli di francais2 yang berdekatan. Nah...pastinya ia telah menjadi kegemaran keluarga SJ terutama anak2 SJ, lebih2 lagi dengan pembukaan francais yang berdekatan dengan kediaman. Pastinya yogurt perasa vanilla, coklat dan original menjadi pilihan campuran untuk satu cup. Yummy...

Hurm....Tutti Futti merupakan peruncit frozen yogurt dunia dan telah diperluaskan di kebanyakan negara seperti Australia, Brazil, Kemboja, Kanada, China, Colombia, Republik Dominican,  UAE, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Mexico, New Zealand, Filipina, Tahiti, Taiwan, United Kingdom, Vietnam dan lain2 lagi.

Well Spring Inc merupakan pembekal mesin canggih Tutti Frutti yang berupaya memproses yogurt aiskrim dengan lembut sekali. Ketika ini lebih 50 perisa yang telah dikeluarkan malah Tutti Frutti meneruskan inovasinya dalam menghasilkan rasa yang baru, unik dan kualiti yogurt yang tiada tandingannya. Ia menyediakan gula tanpa campuran dan bersifat asli.

Di Malaysia, NazaTutti Frutti (M) Sdn Bhd yang merupakan syarikat dalam Kumpulan Naza (Naza Group of companies) adalah pemegang francais utama Tutti Frutti Frozen Yogurt yang popular di Amerika Syarikat. Di terajui oleh Nurdiana SM Nasimudin, memulakan perniagaan sejak Oktober 2009 dan Sunway Pyramid merupakan lokasi tapak permulaan dengan menawarkan pilihan lebih 40 perisa yang lazat dan 30 topping yang berbeza. Penuh dengan aksesori makanan seperti kekacang, potongan buah2an manis, coklat dan gula2 yang menjadi kegemaran kanak2 menjadi tarikan, di tambah lagi dengan siraman perisa coklat mahupun strawberry.

toppings.jpg

Naza Tutti Frutti (M) Sdn Bhd juga merupakan pemegang lesen induk pada Julai 2009 untuk beberapa negara termasuk Singapura, Kemboja, Brunei dan Thailand. Sehingga kini, Tutti Frutti semakin berjaya diperluaskan dalam usaha mengembangkan jenamanya di seluruh Malaysia secara agresif. Melalui program sub-francais, Tutti Frutti Malaysia berkembang dengan jayanya sehingga ke rantau Asia Tenggara. Ia juga menawarkan usahawan peluang untuk menjadi sebahagian daripada ahli perniagaan dan begitu juga buat pelabur2 baru dari negara2 lain di Asia dan Afrika yang ingin menjadi ahli keluarga Tutti Frutti turut dialu2kan dengan berbesar hati.

Berikrar bagi menggembirakan pelanggan dengan memastikan rasa yogurt yang hebat dan berkualiti tinggi, Tutti Frutti juga berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Hanya Tutti Frutti, produk frozen yogurt yang diperbuat dari tenusu yang terbaik.

Matlamat Tutti Frutti "deliver the best customer experience and provide the highest quality products at an affordable price"

Naza Tutti Frutti (M) menerima anugerah "The Most Promising Entrepreneur of the Year Award di Asia Pacific Entrepreneurship Awards 2011 oleh Entreprise Asia. Selain itu, "Top 20's SME100 Malaysia's Fast Moving Companies 2011 Award oleh SME & Entrepreneurship Magazine (Malaysia's Best Selling Entrepreneurship Magazine)

Ragu2 dengan pengikhtirafan halal? Tutti Frutti Produk telah disahkan oleh Perkhidmatan Islam Amerika (ISA) yang merupakan satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM seperti di dalam laman web JAKIM




Selain dari lazat, aiskrim yogurt ini memang berkhasiat dan antara manfaat kesihatan adalah seperti berikut :


1. Menguatkan sistem imun dan mencegah jangkitan
2. Mencegah sembelit, cirit-birit dan kembung perut
3. Mencegah kanser kolon
4. Mengurangkan tekanan darah
5. Merendahkan tahap kolestrol
6. Mengurangkan keradangan
7. Meningkatkan penyerapan mineral
8. Mencegah bakteria berbahaya
9. Menggalakkan bakteria kesihatan dan enzim yang baik untuk badan









Friday, January 20, 2012

Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya


Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.


Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero2 Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.


Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak2. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.


Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk `The Holocaust'. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis2an. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.


Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.


Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan2nya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.


Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.


Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.


Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan2 khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.


Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.


Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang2 Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.


Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.


Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabat yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.


Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.


Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:
“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).
Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

sumber : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin










Thursday, January 19, 2012

Disebalik Tabir Proton



Seperti yang diketahui umum PROTON telah menjadi Tukun atau Tugu kepada kerajaan disebabkan kegagalan untuk bersaing didalam segmen otomobil yang banyak dikuasai oleh gergasi2 otomobil dari Jepun, Korea, Eropah dan Amerika.

Dimana penghalang utama kemajuan PROTON terletak kepada kegagalan mereka untuk menghasilkan produk2 baharu yang lebih bermutu dan canggih untuk mengatasi para pesaing dan ini tidak berlaku didalam PROTON.

Dan usaha-usaha untuk menandatangani perjanjian besama syarikat Volkswagen (VW) gagal disebabkan PROTON untuk menjaga kepentingan mereka tidak diambil oleh VW, kerana ini amat penting bagi VW untuk menaikkan Jenama PROTON dipasaran antarabangsa.

Dengan "Kehilangan" VW maka pihak PROTON menghadapi dilema untuk terus berkembang didalam industri otomobil ini dan semakin hari adalah semakin sukar untuk mereka bersaing.

Kerana untuk bersaing secara agresif di dalam pasaran otomobil dunia yang pesat, PROTON memerlukan DANA yang cukup besar untuk menghasilkan produk2 terbaharu, dimana setiap satu model kenderaan yang baharu memerlukan paling minima Dana 1 billion dalam menghasilkannya.

Oleh yang demikian, penjualan atau penglepasan Pegangan Khazanah didalam PROTON kepada DRB HICOM ini dilihat sebagai CARA untuk "Menghidupkan atau Memberi NAFAS" kepada PROTON jika PROTON mahu dilihat dapat meneruskan kegiatan mereka.

Dan pemilihan DRB HICOM dianggap "sesuai" kerana mereka sendiri adalah PENGUSAHA didalam bidang otomobil dan memiliki kepakaran dan kebolehan untuk menyelamatkan kewujudan PROTON di Malaysia.

Seperti yang telah saya kupas didalam Blog TIPsNIAGA.COM, Masaalah PROTON ini terlalu banyak dan terlalu rumit untuk diselesaikan diperingkat mereka sendiri. Ini adalah kerana, model2 kenderaan yang pernah dihasilkan oleh PROTON adalah REBADGE daripada model2 MITSUBISHI yang juga berperanan mewujudkan PROTON di Malaysia.

TERKECUALI pihak PROTON dapat mengusahakan lagi bentuk2 "kerjasama" dengan pembuat otomobil yang terkenal untuk membantu PROTON menghasilkan model2 kenderaan yang lebih "Mesra Pelanggan" serta yang "Diminati Ramai" dari seluruh pelusuk dunia.

Sepatutnya mereka belajar apa yang telah dilakukan oleh Syarikat2 seperti VOLVO, NISSAN, PEUGEOT, SUZUKI, FORD, KIA, HYUNDAI, MINI, JAGUAR didalam membangkitkan semangat juang mereka didalam industri ini. Jenama yang disebut diatas pernah mengalami kesurutan didalam penjualan model2 kenderaan mereka sehingga ada yang ketahap bankrup seperti yang berlaku keatas Daewoo, Kia dan Hyundai dari KOREA.

VOLVO dan PEUGEOT adalah Perusahaan Negara seperti PROTON, di Sweden untuk VOLVO dan PERANCIS untuk PEUGEOT, tetapi mereka mendapat formula2 yang tertentu untuk membangunkan Industri Negara dengan pendekatan yang Popular iaitu melakukan PERUBAHAN yang sangat DRASTIK pada model2 kenderaan mereka dan juga suntikan kewangan yang baharu. Dan akhirnya mereka berjaya bertapak kembali didalam industri ini.

APA YANG DILAKUKAN OLEH PROTON?
Pada waktu ini lebih kepada PENCARIAN DANA dan PEMBANTU KEWANGAN untuk melanjutkan NAFAS perniagaan PROTON jika dilihat atau dikaji kepada apa yang mereka lakukan sejak kebelakangan ini. Dan kelengahan untuk bangun semula akan memudaratkan PROTON dalam masa 2-3 tahun yang akan datang kerana didalam setiap tahun akan wujud model2 baharu dari para pesaing. Ini akan meninggalkan PROTON terus kebelakang walaupun mendapat suntikan DANA yang diperlukan.

Jadi, tidak menghairankan terhadap langkah KHAZANAH mengalihkan pegangannya kepada DRB HICOM, cuma persoalan yang amat berat ialah MAMPUKAH DRB HICOM menangkis segala persaingan dalam industri ini untuk mengukuhkan PROTON?


sumber :
DrSoul Loren
Editor In Chief
TIPsNIAGA.Com









Wednesday, January 18, 2012

Bunyi Aneh Dari Langit




Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/
Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.
Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.
Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.
Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.
Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

p/s : 

Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;











Tuesday, January 17, 2012

Penemuan Yakjuj dan Makjuj ?




Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States!
Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.
Ketahui cerita lanjut di bawah ini…
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar2 eksklusif dan informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.




Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
“Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ.
“Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta2 orang Mole tinggal merata2 di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. Ciri-ciri tersebut ialah;
1. Seperti manusia biasa,mereka berjalan dengan dua kaki.
2. Mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi.
3. Jari2 mereka seperti kuku binatang.
4. Tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole.
5. Kulit mereka tebal dan sangat kuat untuk menahan panas melampau di bawah tanah.
6. Bahasa perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
7. Mereka mempunyai sistem otot yang besar dan kuat, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.



“Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat2an dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.
“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah2an mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.
“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek2 yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang serius,
1. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasama?
2. Adakah mereka akan meminta wilayah mereka sendiri di muka Bumi? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi?
3. Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
4. Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua2 yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk2 ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.
DARI SURAH AL KAHFI:
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu:
“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98)
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

sumber : syok.com







Monday, January 2, 2012

2011 Yang Di tinggalkan


Tahukah anda ? Tahun Baru pertama kali dirayakan pada tanggal 1 Januari 45 SM. Tidak lama setelah Julius Caesar dinobatkan sebagai kaisar Roma, ia memutuskan untuk mengganti penanggalan tradisional Romawi yang telah diciptakan sejak abad ketujuh SM. Dalam mendesain kalender baru ini, Julius Caesar dibantu oleh Sosigenes, seorang ahli astronomi dari Iskandariyah, yang menyarankan agar penanggalan baru itu dibuat dengan mengikuti revolusi matahari, sebagaimana yang dilakukan orang2 Mesir. Satu tahun dalam penanggalan baru itu dihitung sebanyak 365 seperempat hari dan Caesar menambahkan 67 hari pada tahun 45 SM sehingga tahun 46 SM dimulai pada 1 Januari. Caesar juga memerintahkan agar setiap empat tahun, satu hari ditambahkan kepada bulan Februari, yang secara teoritis bisa menghindari penyimpangan dalam kalender baru ini. Tidak lama sebelum Caesar terbunuh di tahun 44 SM, dia mengubah nama bulan Quintilis dengan namanya, yaitu Julius atau Juli. Kemudian, nama bulan Sextilis diganti dengan nama pengganti Julius Caesar, Kaisar Augustus, menjadi bulan Agustus.

Tahukah anda tahun 2012 juga adalah tahun lompat yang bermula pad ahari Ahad dalam kalendar Gregory, kalendar yang paling banyak digunakan di seluruh dunia

Apakah hukumnya menyambut Tahun Baru? Bagi Ustaz Zaharuddin menyatakan hukumnya adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;
a) Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.
b) Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat.
c) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan2 yang bertentangan dengan kehendak Islam.
d) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’ – anjurkan majlis ilmu.
Sehubungan itu, lebih baik kita mengelakkan diri daripada terlibat dalam sambutan tahun baru yang diketahui bercampur aduk dengan program-program maksiat.

Dan Tahun 2012 baru sahaja melabuhkan tirainya. 2011 yang ditinggalkan hanya tinggal kenangan. Bagi SJ, 2011 bnyak meninggalkan kesan dalam diri sementelah kehilangan ibu tersayang pada tanggal 09 Nov 2011. Saat2 itulah yang paling mmberi kesan dalam hidup setelah melalui satu kehilangan dalam 2002. Tidak bnyak perkara indah yang SJ lalui. Cukup bersyukur dengan segala pemberian Ilahi. Redha dengan ketentuan dan Pasrah dengan segala yang Takdir Tuhan. Sebagaimana dialog dalam filem ombak rindu...`Redha itu ikhlas, Pasrah itu Menyerah' dan sudah pastinya SJ sebagai manusia yang beragama Islam dan bertauhid bahawa Tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah' menerima segalanya Qada' dan Qadar yang datang dari Allah. Sesungguhnya perjalanan hidup ini tidak tahu setakat ke mana dan di mana. Hanya dengan harapan agar iman tetap kekal dan terus mnjadi insan yang terbaik di dunia dan akhirat. Selamat Menyambut Tahun Baru 2012, semoga tahun baru memberi ruang proses penmbahbaikan diri dan tinggalkan segala yg tidak elok utk mnjadi yang lebih baik dan di redhai. Semoga kejayaan dan kebahagiaan juga terus mengiringi perjalanan hidup. Mudah2an.

p/s : Tahun baru membawa erti diri ini semakin hampir dengan kematian.

sekadar hiburan...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.