Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang
berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah
ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan
ahli jemaahnya merupakan orang Arab.
Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam
sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan
berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli
jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap
rakyat Palestin.
Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di
Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika
ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya
bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.
Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman.
Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang
jahat berperang melawan hero2 Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem
‘Combat’ semasa zaman tersebut.
Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan
merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan
tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera
Amerika.
Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama
kanak2. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan
bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan
Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu,
tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.
Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang
ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk `The Holocaust'. Sebagai Yahudi, beliau
memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis2an. Beliau mengutip
maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh
sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.
Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang
Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan
sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya
juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu
tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu
dikutuk oleh rakyat negaranya.
Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan
yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa
yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika
itu?
Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun
beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa
orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau
membangkitkan dalam ucapan2nya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat
Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.
Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau
menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut,
Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman
yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian
terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.
Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah
bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah
menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The
Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa
masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.
Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina
tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak
benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam
Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal
dengan ilmu hitam.
Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi
Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan2 khas hanya untuk
mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi
adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau
mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang
pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.
Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan
manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau
rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara
tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah
khususnya dan dunia amnya.
Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar
umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang2 Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya
di sini, terutama di Jerman ini.
Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi,
namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi
menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka
terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan
pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.
Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada
Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup
diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung
tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.
Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran
zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang
mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah
pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu
jahat.
Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan
anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabat yang mulia bernama ‘Abd
Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi.
Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak
ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.
Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak
menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod
Yahudi secara umum, memanglah buruk.
Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:
“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).
Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti
Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari
ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan
pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..