Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, December 28, 2011

United ancam City ?


Lama juga SJ tidak update tentang team faveret SJ, The Red Devils ini. Lupakan sejarah kedukaan semasa tewas 1-6 ketika menentang Man City di Old Trafford. Kesedihan sudah tentu berbekas buat Man United's fan namun agak terubat dengan perkembangan terbaru ini apatahlagi pasukan ini di jangka mampu merampas kedudukan Man City sehari sebelum Tahun Baru 2012 sekiranya berjaya menewaskan Blackburn Ahad ini.

Namun rekod kemenangan dua kali berturut2 dengan menewaskan lawan, 5-0 dengan Fulham dan terbaru 5-0 dengan Wigan pula. Kembalinya Berbatov yang selalu duduk di kerusi simpanan, seiring dengan jaringan hatrick terus mmberi semngat sepasukan untuk mencabar kedudukan dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

Pastinya, Man City selaku pendahulu liga semakin terancam selepas pasukan itu hnya mmpu seri dengan West Brom baru2 ini.

Sedikit petikan dari Kosmo :
Alex Ferguson yakin Manchester United memiliki peluang yang sangat cerah untuk mempertahankan gelaran juara Liga Perdana England musim ini. Bagaimanapun, Ferguson berkata, impian itu bakal menjadi kenyataan sekiranya United berjaya menamatkan saingan pada tahun ini di kedudukan teratas dalam carta liga bersama-sama pencabar terdekat, Manchester City. United bakal melayan kunjungan Blackburn Rovers di Old Trafford bagi menghadapi perlawanan terakhir tahun ini.

Ketika ini, United berkongsi 45 mata dengan City selepas membelasah Wigan Athletic 5-0 di gelanggang sendiri awal pagi semalam. Kemenangan itu dianggap sebagai petanda kebangkitan semula United yang sebelum ini ketinggalan lima mata dan 17 gol di belakang City. Kini, selepas mencatat lima kemenangan berturut2, United dan City hanya dipisahkan dengan perbezaan lima gol selepas mengharungi 18 perlawanan musim ini.

"Seperti mana yang pernah saya katakan, ia adalah satu musim yang panjang," kata Ferguson. "Sekiranya kami dapat menduduki tangga teratas pada tahun baru ini atau berkongsi kedudukan dengan City, saya pasti berasa gembira. Beberapa minggu lalu, saya memberitahu bahawa banyak pasukan akan melalui detik yang mengecewakan apabila berdepan kami dan kini, kami sudah kembali di prestasi sebenar. Para pemain kami mampu memberi ancaman di semua posisi. Rekod bersih (tanpa bolos) adalah sesuatu yang baik buat kami dan konsistensi pasukan juga sangat baik. Tetapi masalah kecederaan memberi sedikit kesukaran buat kami selepas Phil Jones, Chris Smalling, Rio Ferdinand dan Jonny Evans tidak dapat bermain."

Kecederaan tersebut bakal memberi ujian yang sukar kepada United dan Ferguson mengakui, kecederaan betis yang dialami bakal menyaksikan Evans berehat selama dua minggu. - AFP

sumber : kosmo online

p/s : teringat satu gurauan seorang sahabat. Jika Liga Perdana Inggeris adalah kelas di sekolah. Maka : "MANCHESTER UNITED = adalah kelas sekumpulan murid2 yang berjaya dan dicemburui ramai lebih2 lagi Liverpool. Brilliant Students !!"





Tuesday, December 27, 2011

Sakit - Antara Penghapus Dosa Dan Peningkat Darjat


"Wa ija maridtu wala yasfin..." Ya Allah, jika aku sakit, kebas, Engkaulah yang akan menyembuhkan.

Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.

Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.

Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?

Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.

1. Menghapus dosa
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.

Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa2nya seperti pohon yang menggugurkan daun2nya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.

2. Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.

Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak2 dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.
"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.

3. Sakit rohani punca kejahatan
Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.
Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.

Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.

"Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.

"Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar," ujarnya.

Taubat menyucikan dosa dan noda
Menurut Zaharuddin, taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa2 yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.
Katanya, Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba2-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik2 orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya"
(Hadis riwayat At-Tarmizi).




sumber : SOFIAN RESALI

iluvislam.com



p/s : Sakit itu menyembuhkan...menyembuhkan luka2 dosa yang pernah kita lakukan...sakit itu mengingatkan....mengingatkan betapa lemahnya seorang insan...sakit itu butiran tasbih...setiap saat mengagungkan dan mmbesarkan Allah...Sakit itu menguatkan...menguatkan jati diri dan perasaan...sakit itu pakaian...pakaian bagi orang yang beriman...sakit itu nafas...kerehatan dari kesibukan dunia...sakit itu kasih sayang...Ingatan tulus Sang Pencipta...









Thursday, December 22, 2011

Anugerah buat Nasa & Marion


16 Disember merupakan ulangtahun perkahwinan pertama antara SM Nasaruddin dan isteri tercintanya, Marion Rose Caunter Abdullah. Dan pada 16 Disember (Jumaat) yang lalu juga pasangan ini meraikan sambutan ulangtahun mereka dengan lebih indah lagi setelah di anugerahkan Ilahi kelahiran puteri sulung mereka.

Difahamkan bahawa cahaya mata penyeri rumahtangga pasangan bahagia ini di beri nama Leia Rose Caunter SM Nasaruddin. Ringkas kan nama itu tapi cukup manis. Menatap wajah comel puteri sulung ini bermakna bertambahnya legacy Allahyarham Tan Sri Nasimuddin, yang memang dikenali dewasa ini dalam menerajui Naza Group of Companies.

`Ketibaan' bayi comel ini yang dilahirkan cukup sempurna, turut diumumkan oleh pasangan `ibu bapa baru' ini melalui Twitter.



p/s : Tahniah dari warga kerja Naza buat En Nasa dan Marion. Semoga bisnes terus berkembang maju dan terus dilimpahi rezeki yang berlipatganda. Dan semoga bertambah bahagia sehingga ke akhirnya. Amin...




Sunday, December 11, 2011

10 gangguan syaitan semasa solat



1. WAS-WAS SEMASA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar”, ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah.
Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk.
Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.

2. TIDAK KHUSYUK SEMASA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu ‘Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, ”Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3. LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)

4. HADIRNYA FIKIRAN YANG MENGGANGGU
Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)

5. TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SHOLAT
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.”
Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur’an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)

6. MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: “Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW”. Orang tersebut bertanya, “Apa yang dilakukannya?” Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW”, kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)

7. MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT
Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Yaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat”. Rasulullah SAW menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba”. (HR Bukhari)

8. MENGUAP DAN MENGANTUK
Rasulullah SAW bersabda, “Menguap ketika solat itu dari syaitan. Oleh itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin”. (HR Thabrani).

9. BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan” (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengulas kenyataan Ibnu Mas’ud, “Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan berbagai cara”.

10. TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya”. (HR Muslim)

p/s : Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut…..Aminnn





Thursday, December 8, 2011

Virus Itu Menyerang Akhirnya


Kulit Amirul masih ada bekas2 kudis keruping dari kesan2 virus chicken pox. Tidak sampai sebulan, SJ mula merasa kurang sihat. Tubuh seram sejuk dan kerap rasa lenguh segala sendi. Ingatkan simptom2 biasa bila penyakit bulanan tiba, tetapi kali ini berbeza. Namun SJ tetap gagahkan diri untuk tetap menghadirkan diri dalam beberapa sesi kursus yang SJ sertai, walaupun rasa nak berbaring dan berehat sahaja di rumah.

Namun Ahad lalu, bintik2 lepuh di tubuh SJ semakin menguatkan rasa hati SJ, selain dari rasa2 gatal yang tidak tahu berpunca dari mana. Ya, virus itu telah menjangkiti dan menyerang tubuh SJ. Salah satu puncanya, dalam sejarah hidup SJ sendiri pun memang tidak pernah mengalami jangkitan ini. Virus yang dikatakan akan di alami setiap orang sekali seumur hidup ini akhirnya bertapak dalam tubuh SJ sedewasa ini. Seingat SJ, SJ pernah di serang demam campak biasa iaitu jenis bintik2 merah tanpa lepuhan2 cecair. SJ terus mengunjungi klinik yang beroperasi 24 jam. Doktor mengesahkan SJ memang terkena jangkitan virus Chicken Pox atau Varicella Simplex ini.

Tahap antibodi atau daya tahan penyakit bagi orang dewasa bagi virus ini amatlah berbeza jika dibandingkan dengan kanak2. Kebiasaannya, kanak2 terpaksa mengharungi virus ini dalam tempoh seminggu dan jarang sekali diiringi dengan demam panas ataupun simptom2 yang merbahaya. Tidak bagi orang dewasa yang ternyata mempunyai antibodi yang lemah dan kurang daya tahan melawan virus ini mnjadikn simptom2 lebih jauh berbeza.

Maka, tidak mustahil SJ mengalami sakit tekak, ulser mulut, kurang selera makan, demam panas, kerap menggigil dan hanya mampu terbaring. Kebiasaannya bagi orang dewasa, tempoh kuarantin lebih kurang 3 minggu bagi memastikan virus ini tidak menjangkiti orang2 lain. Dengan sedikit penerangan dan panduan sepanjang merawat virus ini, doktor juga mengingatkan SJ agar berhati2 supaya virus ini tidak menjangkiti anak2 kerana virus ini akan menjadi lebih merbahaya jika menjangkiti mangsa buat kali ke-2. Dengan dibekalkan antibiotik, paracetamol, ubat tahan gatal dan calamine lotion, SJ merawat virus ini dengan bantuan En Hubby yang sentiasa berada disisi menemani.


Sudah menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang pernah diserang virus ini, ubat sapu calamine yang merupakan campuran zink oksida sebagai bahan utama digunakan untuk merawat chicken pox. Sebagai agen anti gatal dan kehadiran fenol, ia juga sebagai antiseptik lembut untuk mengelakkan jangkitan. Pastinya sesuatu perkara yang SJ tidak dapat lakukan bila tubuh merasa gatal2 pada tahap maksima !!! Ya..menggaru. Walaupun SJ mengelak dari makan makanan yang menambah kegatalan dan walaupun SJ kerap mandi dengan bantuan air panas dan campuran dettol, namun kegatalan dan rasa miang2 seluruh badan buat SJ rasa sedikit sengsara. Bukankah kalau dapat menggaru tempat gatal itu sedap??

Namun setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang terbaik. Maka sedikit pnduan untuk SJ mahupun sesiapa yang didatangi penyakit walaupun sekecil2 dan sebesar2 manapun, segalanya datang dari Allah.
1. Ujian dari Allah
Firman Allah Taala (Surah Al-Baqarah : ayat 155)
"Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang2 yg sabar".

2. Kaffarah
Hadis Riwayat Abu Daud
" Sesungguhnya seorang mukmin itu jika di timpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa2nya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya".

3. Ganjaran
Dalam satu riwayat daripada Abu Hurairah r.a, seorang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah saw mengenai penyakit yang dideritainya. Maka Rasulullah saw bersabda, "Jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah bagimu, maka Allah akan menyembuhkanmu. Dan jika engkau mahu, maka bersabarlah dan (semoga) tiada hisab ke atasmu." Akhirnya perempuan itu berkata, "Pasti aku akan (memilih untuk) bersabar dan (semoga) tiada hisab ke atasku."

p/s : Terima kasih buat En hubby kerana terpaksa menjadi Mr Mama, bekerja tanpa henti wpun sehabis waktu pejabat, sepnjang SJ terlantar. Terimakasih kerana sentiasa menemani SJ terutama pada waktu2 yg sukar. Apapun tahniah buat kakak, kerana berjaya bantu ayah melakukan tugas2 di rumah.






Thursday, December 1, 2011

Selami Wanita Bernama Siti Hajar


Siapa Siti Hajar? Hebatkah wanita ini?

Siti Hajar tidak lahir dari keluarga bangsawan, bukan juga dari keluarga ternama, malah hanya seorang wanita hamba sebelum Nabi Ibrahim a.s memperisterikannya.

Siti Hajar seorang wanita luar biasa
kerana beliau berhadapan dengan pelbagai musibah besar merdeka sehinggakan Allah s.w.t memberi penghormatan tinggi kepadanya sebagai peneroka bumi Makkah dan insan yang menemui telaga air zam zam sumber air yang terbaik di dunia.

Ya memang benar, beliau seorang wanita yang sungguh luar biasa. Sukar untuk ditemui pada wanita lain sepanjang zaman, dialah seorang wanita, isteri dan ibu yang tinggi jiwa pengorbanannya. Beliau sangat taat, tabah dan sabar. Ada apa pada Siti Hajar? Ramai orang yang meneguk air zam-zam, tetapi tidak meneguk Ibrah (pengajaran) daripada wanita yang mula-mula menyentuh air itu.

Sejarah menceritakan beliau wanita berkulit agak gelap, wajahnya tidak secantik madunya, Siti Sarah. Beliau menjaga anak bernama Ismail. Ya, beliau biasa-biasa sahaja pada lahirnya. Siti Hajar mempunyai hati seperti emas kerana diuji dengan pelbagai dimensi seperti hidup bermadu, fizikalnya diuji ketika ditinggalkan di padang pasir. Akalnya pula diuji dengan ikhtiar tanpa bekalan, jiwanya diuji dengan tawakkal, sabar dan bersangka baik kepada Allah s.w.t dan suami.

Memang Siti Hajar benar-benar luar biasa. Tatkala Siti Hajar ditinggalkan suami sedikitpun dia tidak menyimpan prasangka tidak baik pada suaminya. Apatah lagi bersangka buruk kepada Allah. Kenapa dia ditinggalkan atau dibiarkan semua persoalan itu sedikit pun tidak menggoyahkan ketaatan Siti Hajar terhadap suaminya. Dalam diri Siti Hajar terbina satu benteng ketaatan kepada Allah s.w.t dan beliau membina ketaatan tinggi kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s.

Ketika Hajar ditinggalkan suaminya, beliau menyerahkan bersama anaknya kepada Allah s.w.t. Maka kepada Allahlah seluruh pergantungan hatinya. Siti Hajar ikhlas dan reda kerana beliau menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t untuk memutuskan apa yang terbaik buat diri dan bayinya. Ditinggalkan untuk membina kehidupan sendiri di bumi Makkah yang kosong dan tandus. Bayangkan jika kita diuji sedemikian rupa. Beliau juga yakin bahawa Allah s.w.t pasti tidak akan mensia-siakan dirinya.
“Barang siapa menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia berpegang kepada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala sesuatu,” (Surah Luqman ayat 22)


Ciri-ciri luar biasa yang ada pada Siti Hajar adalah hasil didikan suaminya seorang Rasul, jiwanya disibukkan dengan keinginan melaksanakan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya. Beliau sentiasa memandang positif segala ketentuan Allah dan kerana ketulusan jiwa itu darjat Siti Hajar diangkat tinggi Allah s.w.t walaupun beliau lahir sebagai seorang wanita hamba.

Siti Hajar adalah contoh teladan buat bakal bergelar isteri dan ibu. Kuatkanlah pergantungan kepada Allah dan yakinlah pasti ada selaut kemanisan tersembunyi di sebalik kepahitan takdir-Nya. Itulah punca dan sumber kekuatan utama.


petikan : Mohd Zawawi Yusof

p/s : Andainya SJ juga kuat menjadi wanita seperti itu....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.