Tun...pemimpin yang tiada gantinya....
Kepanasan kerusi kerusi DUN Galas Gua Musang dan Parlimen Batu Sapi baru lepas berakhir. Kelegaan pasti tergambar kepada yang menang. Tahniah kepada YB Aziz dan Datin Linda kerana berjaya membuktikan bahawa BN masih menerima kepercayaan rakyat. Nampaknya YB Aziz kena kerja kuat kerana dia adalah lambang BN bagi keseluruhan Kelantan. Hai....macam satu kebetulan juga yer...Piala Msia yang jatuh ke tangan Kelantan pada 2010 ini membawa petanda tentang kejayaan BN di Kelantan.
Opppsss...terlebey sudah...honestly, nak bagitahu, aku bukanlah pakar politik mahupun pro mana2 politik. Apatahlagi nak bersembang kedai kopi pasal politik, jauh sekali. Bagi aku, bagaimana fanatiknya aku kepada sesebuah parti pun tak guna, aku terpaksa juga bekerja keras untuk membina keluargaku..membahagiakan keluargaku...hurm....!!
Sebenarnya ada kisah menarik yang nak ku cerita pada en3 kali ini (dengan senyum2 kambing aku garu2 kepala...almaklumlah petang tadi aku dah korbankan rambut pnjangku yang mayang mengurai ala2 puteri ulek mayang....wpun Hari Raya Korban lagi 2 minggu...huh ! memang pendek giler rambut aku....macam ringan sesangat....)...eheh ! ada kaitan dengan en3 baru ker?
Walaupun election panas dah berakhir...tapi politik kat Msia ni sentiasa panas dengan pelbagai isu. Aku tak pasti kisah ini benar atau tidak. Ianya seumpama kisah penglipur lara yang disampaikan dari mulut kemulut. Sekadar satu kisah untuk dikongsikan betapa hebatnya orang Msia berpolitik. Aku yang mndengar pun tumpang gelak sekali.
Alkisahnya, ada satu travel tours Msia yang membuat pakej umrah yang kebanyakannya terdiri dari kalangan orang2 yang berusia. Ketika tiba di satu tempat untuk di lawati, rombongan itu pun turun untuk bersiar2 di salah satu lokasi di Madinah. Tidak lama kemudian, terdengar suara salah seorang tourist guide yang memantau pergerakan setiap ahli meminta mereka berkumpul untuk ke lokasi yang seterusnya.
Ketika hendak menaiki bas, ketua rombongan tersebut menjerit
"Masuk `Barisan' Tuan2 dan Puan2"
Tiba2 ada salah sorang pakcik yang berlari kesana kemari tiada arah tujuan seperti sedang menanyakan sesuatu di antara barisan2 rombongan tersebut. Maka ketua rombongan tersebut merasa agak pelik dan tertanya2 kenapalah pakcik ini tidak terus menaiki bas. Oleh yang demikian, maka ketua rombongan tersebut terpaksa menunggu sehingga pakcik itu selesai mencari apa yang mnjadi masalahnya itu. Bagi can kat pakcik itu.
Tak lama kemudian, pakcik itu kembali semula ke arah ketua rombongan itu dengan wajah keletihan dan sedikit kecewa. Jelas terpncar wajahnya yang begitu tidak puas hati.
"Maaf nak..'PAS'nya kumpul kat mana?" Pakcik itu bertnya sambil garu2 kepala.
Ketua rombongan tercengang seketika dan tak tahu nak kata apa lagi. Kemudian dia tersenyum dan meminta pakcik itu naik ke dalam bas tnpa sepatah kata. Pakcik tu pun dalam kegelisahan dan masih tak puas hati terpksa menghayun kakinya yang kepenatan melangkah ke tangga2 bas tersebut.
Entahlah...hebatnya orang kita bila berpolitik..tetapi kuasa yang ada semakin berkurangan...!!
p/s : Majulah agamaku demi bangsaku....majulah bangsaku demi negaraku.....amin !!!
Related Articles :