Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Monday, May 16, 2011

Enaknya Mi Udang & Laksa Utara !!


Mai penang....pi cari jeruk..!!

SJ bersiaran semula setelah berhari2 tidak berblogging. Setiap minggu penuh dengan aktiviti. Plan nak balik kampung rumah ibubapa sendiri hanya tinggal perancangan. Bila wajah mereka terbayang, rindu menggamit pula. Macam jauh aje !! Namun berazam untuk menikmati malam2 di kampung nanti. Menikmati bunyi2 ayam...mendengar bunyi2 hujan yang menimpa bumbung zink. Diiringi pula irama2 sang katak. Fuhh !! selimut pasti menemani kesejukan malam. Rasa rindu pula dengan cengkerik malam. Sarapan pagi dengan lempeng panas bercicahkan sambal tumis. Ataupun ubi rebus. Paling tidak cekodok ikan bilis kegemaran SJ. Hish...!! terbayang masakan ibu.

Sesekali merasa seronok juga bila berada di halaman orang lain. Mengenali budaya dan makanan masyarakat negeri yang berbeza2. Itulah Malaysia. Indah. Selepas berkampung di Ipoh, Perak...menikmati juadah2 tradisional oghang2 Perak, SJ ke Penang. Sambal tempoyak cicah ulam pucuk muda. Ada pula sambal tumis petai. Kemudian menjamah nasi minyak dengan rendang tok. Alahai....Tidak cukup pula penangan Mee Udang, Sg Dua di Penang, SJ menjelajah pula ke Kuantan, Pahang. Tanjung Lumpur dengan makanan lautnya. Semuanya memenuhi jadual sehingga assignment terbengkalai. Ohh !! tidakk.....

Mee Udang Selera Sri Tambang, Sg Dua, Penang

Perghh !! nampak udang jew...

Perlis Indera Kayangan SJ terjah. Bersama sahabat2 memeriahkan suasana, Padang Besar menjadi tempat tujuan. Seronok bila pergi beramai2 dalam satu bas. Adapun movie yang di pasang di tv sepanjang perjalanan tidak berjaya menarik minat. Kiri dan kanan kalau diperhati, masing2 dah melentokkan kepala. Tidak terkecuali SJ. Enaknya.....apatahlagi cuaca mendung dan hujan yang mengiringi sepanjang perjalanan sebaik sahaja keluar dari bumi Kuala Lumpur. Lupa segala keletihan. Dalam hati masih teringat si Izryn yang terkena Chicken Pox. Terpaksa SJ tinggalkan. Sesekali telefon Izryn untuk pastikan dia tidak lupa makan ubat. Sesekali tidur pula.

6 jam kemudian kami tiba di Padang Besar. Semangat shopping membuatkan kami berhenti untuk sekali sahaja dalam perjalanan. Betul2 untuk melepaskan lelah dan menghirup udara segar. Mungkin semua orang telah tahu tentang lokasi Padang Besar ini. Padang Besar merupakan sebuah bandar yang terletak di sempadan wilayah Sonkhla, 70 km barat daya Hatyai, Thailand dan 35 kilometer ke timur laut Kangar, Perlis. Ia lebih di kenali sebagai pekan Siam yang merupakan destinasi popular kerana terdapat pasar terbuka `syurga membeli belah' bebas cukai yang bebas beroperasi di antara dua negara. Maka tidak hairanlah, jika kedai2 di sini di miliki oleh ramai penduduk Thailand. Kenderaan di sini juga banyak yang berplatkan nombor2 Thailand. Begitu juga dengan menu hidangan yang memang berasaskan makanan Thai.




Pulut mangga....terliur beb !! maniss...(tapau bagi lepas kempunan)

Sudah puas bershopping di Padang Besar, Kuala perlis menjadi tumpuan. Sotong goreng tepung yang enak dan paling best...Laksa Kuala Perlis. Kuala Perlis terkenal kerana ia menjadi laluan utama untuk ke Pulau Langkawi. Perjalanan jauh lebih singkat berbanding jika kita menggunakan jeti Kuala Kedah. Nampaknya driver begitu arif untuk membawa kami ke lokasi yang terbaik. Di sinilah antara laksa Kuala Pelris yang terkenal. Semangkuk RM3.00, Special RM 3.50 (specialnya, isi lebih sikit jer...)



Menyinggah perjalanan sepanjang berada di Gurun, Kedah, Tanjung Dawai tempat kami menikmati supper walaupun seusai menikmati makan malam di Seri Jerai. Sotong Goreng Tepung, Otak2 dan Kerang Bakar menjadi habuan. Kedai yang kami lepak ini antara kedai yang menyajikan makanan laut terbaik dan ter`enak'. Tak hairanlah ramai pengunjung yang memenuhi setiap ceruk kedai apatahlagi dengan rekabentuk yang menarik pandangan. Sesekali kedengaran deburan ombak Kuala Muda bersebelahan. Makanan laut memang fresh hasil tangkapan nelayan berdekatan. Sesuai......!!

Terimakasih buat para sahabat yang sudi meraikan beday SJ kali ini di Tanjung Dawai. Alamak !! terharunya, bila ramai2 menyanyikan lagu hepi beday. Walau tanpa kek, namun air batu campur yang enak itu memang seronok apatahlagi bila dikongsi beramai2. Pasti mnjadi kenangan manis yang tidak akan dilupakan sampai bila2. Thanx a lot to all my dear frens....You're d'bes....!!


Thanx wani... for this ABC (pengganti kek)...sedapp !! diet?? lupakan....hehe



Hanya tinggal beberapa module sahaja, maka pengajian ini tamat. Terpisahlah kita. Hanya kenangan yang pasti menggamit perasaan. Semoga yang terindah sahaja pasti di dalam hati. Silaturrahim pasti terus bersemadi...Insyaallah...



Thanx Mr H C Lim

p/s : Apapun hidangan Laksa Utara di Seri Jerai ada ummphh !! nampak gaya asik dok pekena laksa utara ja kali nihh..!!

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.