Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, October 11, 2011

Sahabat dahulu dan sekarang


Assalamualaikum sahabat.......

Dah bersawang blog? asyik tajuk `Rahsia dalam Ais' jer? Sibuk sangat ker sekarang? Masih sibuk dengan study? dengan kelas? Kerja bertimbun? Ke buat2 sibuk? Ataupun sibuk mencari sesuatu agar nmpak sibuk? Hurm....adakalanya persoalan demi persoalan datang bertalu. SJ pun terpinga2 mencari jawapan. Tak tahu apa yang sesuai agar jawapan yang SJ berikan adalah yang terbaik. Hilang kata2, tiada mood dan tiada perasaan, jiwa kacau, bnyak tugasan...tapi semua itu bukanlah jawapan. Bila sesekali membuka lembaran wajah blog kesayangan SJ, masih ada lagi pengunjung yang datang bertandang. Masih ada lagi yang sudi meninggalkan jejak. Terima kasih wahai sahabat2 blogger....kalian memang SJ hargai.

Tinggalkan sejenak tentang persoalan itu. SJ ingin kembali menulis dan bercerita seperti dahulu. Tak kurang pun SJ ingin membebel lagi. Inilah pertautan hubungan di alam maya. Sahabat. Wikipedia mendefinasikan sahabat itu sebagai perilaku kerjasama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial khasnya dalam perhubungan peribadi. Ia memperlihatkan perilaku berbalasan dan reflektif. Menjurus tentang persoalan sahabat, scope pengertiannya cukup luas bagi mereka yang mengerti erti nilai sahabat itu sendiri. Pastinya sahabat itu adalah bagaimana untuk kita menginterpretasikannya dalam sesebuah perhubungan, saling menghargai dan tahu menjaga ikatan itu agar terus harmoni tanpa ada maksud disebaliknya.

Ketika zaman sekolah dahulu agak begitu sukar untuk memanjangkan sebuah persahabatan. Terlalu bnyak keadaan yang membataskan. Tidak semua orang rajin mengungkapkannya melalui arena persuratan. Kalau adapun sekali dua. Kemudian terus hilang tanpa khabar berita. Semuanya berlalu kerana keterbatasan masa dan kesukaran ke pejabat pos. Teknologi tidak secanggih sekarang. Telefon rumah tidak semua mampu milik apatahlagi telefon bimbit yang memang belum wujud. Maka berakhirlah erti persahabatan itu bila tamat sesi persekolahan. Yang kekal hanya gambar2 kenangan yang terus indah terletak di dalam album dengan harapan pasti bertemu jua satu hari nanti. Dan di belakang gambar, pasti ada tertera sedikit coretan kenangan dan paling2 pun sebagai satu tanda peringatan bahawa kita pernah bergelar sahabat.

Namun zaman telah banyak berubah seiring dengan kepesatan dunia teknologi yang semakin berkembang. Peningkatan persaingan yang wujud dalam sistem telekomunikasi, manusia berlumba2 untuk memudahkan kehidupan dan lebih menghargai perhubungan antara manusia. Wujudnya social network yang pelbagai juga dapat mengetahui pelbagai perkara termasuk kehidupan seharian. Bertuahnya mereka yang hidup di alaf baru ini. Cuma kita perlu menanganinya dan mengawal agar tidak mudah terpengaruh mahupun terjebak kepada perkara2 negatif akibat dari kehebatan teknologi yang serba moden ini.

SJ tidak kurang rasa bertuahnya. Bukan terpedaya tetapi cuba menjadi sebahagian dari masyarakat yang turut ingin menikmati betapa hebatnya teknologi dunia masakini. Menulis dan membaca melalui blog. Memang agak berbaloi. Dapat berkongsi maklumat, menambahkan kenalan dan bertukar2 cerita dengan sahabat blogger. Malah dari itu, SJ dapat mengenali sahabat2 blogger dengan lebih mndalam bila mengetahui kehidupan mereka seharian lebih2 lagi bila sahabat SJ berada di tempat yang jauh dari jangkauan SJ sendiri. Berbeza budaya, agama, bangsa, negara dan sebagainya. Lebih menarik lagi bila dapat melihat cara pakaian dan makanan yang jauh berbeza dengan SJ sendiri. Perkongsian ilmu juga salah satu faedah hasil dari keistimewaan teknologi maklumat ini.

Begitu juga berhubung melalui rangkaian facebook, twitter dan beberapa social network terkini. Itu tak termasuk lagi dengan Foursquare, sms, BBM, skyppe, 3G, whatsapp dsb. Berchattinglah semaunya. Pastinya, rasa terharu dan gembira bila dapat berhubung semula dengan sahabat2 sekampung apatahlagi yang sekolah bersama. Tak mampu untuk digambarkan dengan kata2 apatahlagi kalau dapat bersua muka. Diam tak diam, semakin ramai yang SJ jumpa. Mungkin ada yang hampir tidak di kenali kerana perubahan fizikal. Semua itu tidak menjadi halangan, walaupun masa telah merubah segalanya2nya.

Adakalanya wujud juga perbezaan yang hampir memutuskan semula erti sahabat. Ada yang begitu berjaya dalam kehidupan. Berada di taraf yang hebat namun terlupa diri sehingga memndang rendah martabat orang lain. Alhamdulillah...kerana ada juga yang lebih menjurus ke arah keagamaan namun kelihatan jumud sekali kerana kerap menuding dan merasakan kejahilan orang lain sehingga menjatuhkan keaiban dan maruah diri. Tapi tak semua. Ada yang masih mengekalkan kesederhanaan dan rendah diri lantas iman dan takwa menyedarkan SJ betapa mulianya hati mereka.

Mengapa mudahnya meleraikan sebuah ikatan persahabatan? Jawapannya, pasti perlunya muhasabah diri bahawa setiap manusia yang hidup di dunia ini tiada yang sempurna. Maka pertemuan persahabatan seolah2 seperti tidak memberi apa2 makna. Mungkin mereka tidak tahu betapa indahnya jika silaturrahim yang indah itu dapat di jaga dengan subur.
Bagi SJ, sebaik2 sahabat ialah yang menemani waktu2 suka dan duka. Mengingati kita sebagai insan biasa yang tidak lari dari sebarang kesilapan. Sentiasa muhasabah diri. Menerima kita seadanya. Menegur atas kekhilafan kita demi jalan Allah. Menyokong ke arah kebaikan. Bukan memuji di depan tetapi mencela di belakang apatahlagi menikam dari belakang. Talam dua muka tidak sekali. Juga bukan yang mengajar kita kepada perkara2 `lagha' / perkara yang sia2. Kejujuran dan keihklasan itu yang sebenarnya.

p/s : SJ lebih menghargai sahabat yang betul2 menghargai SJ sebagai sahabat. Terima kasih kerana anda sudi menjadi sahabat selama ini.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

20 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.