Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Monday, February 27, 2012

Siapa Mustafa Kamal Atartuk?



Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama. Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman/Uthmaniyah sedang dikoyak2 oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki. Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.



Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.



Mustafa Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam Uthmaniyah Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan kastam. H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul ‘al-Zi’bu al-Aghbar’ atau ‘al-Hayah al- Khasah li Taghiyyah’ telah menulis: 
‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.”


Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap2. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M): “Ada kumpulan2 agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel. Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap2.”


Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika. Di sini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan2 pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.



Beliau telah mengubah ucapan Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi, tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.



Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia 1, apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semenanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil meskipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M). Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa Kamal adalah kemenangan yang disengajakan hasil rancangan tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana2 pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua2 belah pihak bertahan di kawasan masing2 untuk beberapa bulan. Akhirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka2 telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli.


Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah2 Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 – 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu2nya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera. Kedudukkan dan kehebatan Mustafa Kamal kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah2 Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang2 bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang Islam Turki di jalan2raya, memaksa mereka menanggalkan tarbus yang kemudian dipijak2 dengan kaki, menanggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan. Di tengah2 kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah2 armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menimbulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi beliau tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, “Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai.” Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan pemikir2 yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah. Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata2 yang dibekalkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua2 belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera2 Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan. Propaganda Barat telah membesar2kan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara2 Islam. Orang Islam telah tertipu dengan tindakan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji beliau melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid. “Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.”

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M), tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-Undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam. Musuh2 Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut. Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama2 Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”. Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, “Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dan menggulingkan baginda. Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih2 lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami.”

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan. Ataturk melarang pakaian2 Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen2 Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji. Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar2, menangkap ketua2 pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti Rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidennya sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak2. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Kamal Ataturk berpendirian bahawa segala masalah yang dihadapi oleh bangsa Turki adalah disumbangkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai punca kepada kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun sejarah dengan jelas telah membuktikan bahawa Islamlah menunjangi keagungan pemerintahan Islam Daulah Uthmaniah yang pernah mewujudkan kekuasaan merentangi tiga benua.

Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kemal Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932, beliau mengistiharkan kelahiran republik Turki moden dengan :
1.Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.  Islam diserang secara terbuka.  
2.Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.  Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang-terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan hapuskan agama untuk kemajuan. 
3.Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah.  Undang2 waris dan faraid secara Islam diharamkan.  
4.Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.  
5.Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai.  Lelaki  boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat) 
6.Menggantikan huruf Arab dengan latin.
7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
8.Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ‘Agama Bagi Negara Turki Adalah Islam.’
9.Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil.
10.Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.  Undang2 perkahwinan berdaftar digubal berdasarkan undang2 barat.  
11.3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan amalan sufi.
12.Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.  Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.  
13.6 Februari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab dan bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menghilangkan unsur2 Arab dan Parsi. Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya beristirehat.  
14.Masjid Aya Sofea diubah statusnya menjadi muzium, dan ada juga yang dijadikan gereja.  
15.Melatih tentera cara latihan ala Barat.
16.Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.  Bersembahyang berjemaah adalah dilarang sama sekali.  
17.Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga sekularis2 tulin.
18.Menggunakan arkitek2 dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung2 dan tugu2nya di seluruh bandar Turki.
19.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan anak2 yatim dan fakir miskin diabaikan.
20.26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
21.Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh Barat.
22.Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara.
23.Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka. 
24.Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.
25.Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun. Telah berlaku satu peristiwa ketika salah seorang askarnya sengaja ditanya “siapakah tuhan kamu dan dimana dia tinggal?”. Disebabkan terlalu takut, askar itu menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhannya”. Beliau merasa amat gembira dengan jawapan itu.  


Pada 23 Mac 1924, Khilafah Uthmaniah pun dihapuskan dengan rasminya oleh Mustafa Kamal Ataturk dari bumi Turki. Satu saat yang paling memilukan hati2 ummah semesta alam yang cintakan Islam. Setiap yang bermula akan berakhir, yang kuat akan lemah, yang pasang akan surut, dan kekafiran, kemunafikan, kefasikan dan kezaliman akan terpadam juga akhirnya. Era kezaliman pemimpin brutal ini menemui pintu penghujung hayatnya, yang muda akan tua dan seterusnya akan menemui ajalnya. Selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk bermaharajalela, melakukan kefasadan yang amat luar biasa terhadap Khilafah Uthmaniah Turki dan Ummahnya. Namun dalam tempoh itu sudah amat cukup untuk dia meperlakukan Islam, menodai ummah dan mencalar-balarkan wajah ummah dengan wajah Barat dan sekular dengan semahu2nya. Namun ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa dan Maha Adil. Dialah yang menetapkan segala keputusan ke atas segala makhluknya. Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
1. Penyakit kulit dan gatal2 seluruh badannya.
2. Sakit jantung
3. Darah tinggi


Beliau juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyebur istananya dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan2 ais juga diletak di dalam selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, beliau meronta2 dan menjerit. Seluruh istana dapat mendengar jeritannya. Kemudian mereka meletakkan beliau di tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu berkuasa atas segala2nya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan selepas itu beliau sedar tetapi telah hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, sekali lagi beliau pengsan selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jasad beliau. Kemudian jasadnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, dan adik perempuannya memujuk ulama2 Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.


Kemudian, Allah tunjukkan lagi azab ketika jasadnya di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Bila hendak dikebumikan, tanah pula tidak menerimanya. Liang lahad menjadi sempit. Cuba untuk mengkebumikannya berkali2 sehingga mereka semua berputus asa dan jasadnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun jasadnya hendak ditanam semula, tapi Allah maha berkuasa, bumi sekali lagi tak menerimanya kali ini. Akhirnya jasadnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 ton. Jasadnya ditanam di celah2 batu marmar tersebut. Yang menyedihkan lagi, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”


p/s :  Firman Allah SWT : "Tanyakanlah kepada bani Israil: Berapa banyaknya tanda-tanda (kebenaran) yang nyata, yang telah Kami berikan kepada mereka. Dan barang siapa yang menukar nikmat Allah setelah datang nikmat itu kepadanya, maka sesungguhnya Allah sangat keras siksa-Nya. Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang2 kafir, dan mereka memandang hina orang2 yang beriman. Padahal orang2 yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. dan Allah memberi rezki kepada orang2 yang dikehendaki-Nya tanpa batas." - Surah Al-Baqarah Ayat 211-212








Friday, February 24, 2012

Adolf Hitler, antara Islam dan Yahudi




Dalam SJ berblogwalking..perjalanan SJ terhenti di satu perhentian yang mengandungi satu topik yang menarik untuk SJ kongsikan bersama dengan sahabat2 blogger. Alkisah tentang seorang student yang sedang menamatkan tesis PhDnya mengenai Adolf Hitler, seorang pemimpin Nazi ketika perang dunia ke-2 dahulu. Holocaust adalah peristiwa pemusnahan hampir seluruh Yahudi Eropah oleh Nazi Jerman dan kelompoknya ketika berlakunya Perang Dunia II. Orang Yahudi sering menyebut peristiwa ini sebagai Shoah, istilah Ibrani yang berertiti malapetaka atau bencana hebat. Holocaust sendiri berasal dari bahasa Yunani, holo yang bererti seluruh, dan caustos yang bererti terbakar.

Lelaki bermisai kontot serta memakai kot panjang favourite kepunyaannya ini sentiasa menjaga imejnya sebagai seorang anggota tentera yang berdisplin. Kedua-dua imej tersebut sememangnya tidak pernah lekang daripada tubuh anak kelahiran Australia ini. Bahkan kerana kedua-dua imej itulah, Hitler mudah dikenali ramai. Kebolehannya berpidato menguatkan lagi imej lelaki ini. Setiap syarahan yang disampaikannya akan diselitkan dengan unsur humor sebagai penggeli hati peminatnya. 'SAY HEIIII !!' sering kali dilaungkan Hitler sebelum dia meneruskan syarahannya dan ia disahut balik oleh peminat-peminat fanatiknya yang rata2 terdiri daripada rakyat Amerika Syarikat khususnya. Figura berfikiran tinggi ini juga disukai rakan2 sepasukannya yang lain kerana sikap penyayang yang dimilikinya sejak kecil lagi. Dalam pada itu, dia sendiri membela seekor anjing yang diberi nama Little Fox, yang dijadikan penghiburnya di kala tekanan dan kebosanan.


Ada benarnya bila dipersoalkan mengapa dunia terlalu menghukum pemimpin Nazi ini seolah2 Nazi masih wujud sehingga kini. Namun dunia seakan lupa kesilapan pihak Bristish terhadap Scotland, Jepun dalam usaha perluasan empayarnya dan dasar Apartheid di Afrika Selatan. Mungkinkah kerana peranan Hitler ini yang melakukan pemusnahan bangsa Yahudi, maka beliau terus kekal dalam sejarah sebagai manusia yang terus di hukum bersalah. Memang selama ini, Hitler yang kita kenali adalah kejam namun ada beberapa fakta yang kita tidak tahu tentang prinsip Hitler, peribadinya dan juga pendekatan agama Islam dalam hidupnya. Sebelum Hitler menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia telah meninggalkan dua prinsipnya yang utama buat Jerman. Dua prinsip tersebut ialah:



1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.


Firman Allah SWT Surah Al-A'raf ayat 167 :
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum2 yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."



2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga2 tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Dibesarkan dalam keluarga Kristian Katolik, Hitler sering memuji warisan dan budaya Kristian di negaranya serta mengaku kepercayaannya terhadap Yesus Kristus Arya, iaitu sebuah kepercayaan yang menentang Yahudi. Di dalam ucapan dan persembahannya, Hitler sentiasa membicarakan pentafsiran Kristiannya sebagai satu motivasi dalam menguatkan lagi stigma antisemitismnya.

Sungguhpun dirinya didakap dengan seribu kerohanian agama Jesus itu, namun siapa sangka dia juga sebenarnya turut mengagumi Islam sebagai sebuah ajaran yang menyeluruh. Dia pernah menyebut dalam satu petikannya yang berbunyi,
"You see, it's been our misfortune to have the wrong religion. Why didn't we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammedan religion too would have been much more compatible tu us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness..."

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Disamping itu, apabila azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat, Hitler akan memberi peluang kepada rakan2nya yang beragama Islam untuk menunaikan solat terlebih dahulu. Begitu juga dengan solat Jumaat, setiap kali masuknya waktu solat Jumaat, segala kegiatan dan latihan ketenteraan akan direhatkan selama beberapa jam bagi menghormati waktu berkenaan kepada mereka untuk menunaikan fardu Jumaat. Bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir. Bukan itu sahaja, ikatan hubungan diplomatik yang dilakukannya dengan mufti dan ulama dari serta dunia sepatutnya meraih pujian. Mufti Palestin, Sheikh Amin al-Husaini merupakan antara mufti yang sangat rapat dengan Hitler. 
Menurut satu sumber, Imam yang disebut itu adalah Mufti Palestin ketika itu yang merupakan pakcik kepada mantan Presiden Palestin sebelum ini iaitu Yaser Arafat. 
Melalui hubungan ini, mereka bersama menubuhkan sebuah pertubuhan khas bagi umat Islam iaitu Batalion Hadzar yang beroperasi di rantau Balkan.

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...








Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Dia juga memegang prinsip yang sama dengan Islam iaitu membenci puak Yahudi dengan menganggap golongan tersebut penjahanam dunia. Islamik dalam kehidupan sehariannya. Seperti contoh, Hitler sering melafazkan sepotong ayat al-Quran yang dipetik dari Surah al-Qamar ayat 54 , 



"(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: "(Ini adalah) sihir yang terus menerus." Dan mereka menduakan (Nabi) dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedangkan tiap2 urusan itu telah ada ketetapannya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa kisah yang di dalamnya terdapat cegahan (dari kekafiran). Itulah suatu hikmah yang sempurna maka peringatan2 itu tidak berguna lagi (bagi mereka)."

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow dan ketika itu Hitler mula menjinakkan diri dengan ayat al-Quran ini setelah memerintahkan penasihat2nya untuk mencari kata2 mukadimah yang baik sebagai pendahuluan ucapannya tak kira dari kitab agama, kata2 falsafah ataupun dari bait syair. Lantaran itu, seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di german telah mengesyorkan agar ayat ini diambil Hitler sebagai mukadimah ucapannya. Selepas mendengarnya, timbul perasaan teruja dan kagum akan keindahan ayat tersebut yang mengandungi maksud mendalam. Sejak daripada itu, ayat tersebut sering dilafazkan sebagai permulaan ucapannya dalam mana-mana majlis.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf, segala coretan kisah hidupnya yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi. Pepatah pernah menyebut 'Jangan menilai sesebuah buku itu berdasarkan kulit depannya', dan itulah yang diterima oleh Hitler semasa hidupnya apabila dia tidak dikenali dengan lebih rapat.

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

"Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila2 waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) sebagai minuman tatkala penghibur ketika dilanda permasalahan serta penawar tatkala dilanda kesakitan mahupun ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Air 'raja segala kejahatan' itu telah digantikan dengan teh uncang yang menjadi kegemaran Hitler sepanjang masa. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mengatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Memiliki tubuh setinggi 179 cm, sudah tentu pelbagai persoalan timbul bagaimanakah Hitler menjaga tubuhnya. Pemakanan sihat secara vegetarian, tidak merokok serta mengambil bahan2 alkohol merupakan jawapan Hitler bagi kesemua soalan ini. Pengambilan teh uncang juga merupakan salah satu amalan sihat yang diamalkan Hitler dalam menjaga aspek kesihatannya.


p/s : Ingat lagi antara kata-kata Adolf Hitler mengenai Yahudi: "Saya boleh menghapuskan semua bangsa yahudi ketika saya berkuasa, tapi saya tinggalkan sedikit untuk kamu mengenali siapakah sebenarnya bangsa yahudi dan mengapa saya membunuh mereka."- Adolf Hitler. Disebalik artikel ini, ada terjumpa beberapa fakta yang membuktikan bahawa Hitler sendiri berketurunan Yahudi. Hurm....mari selidiki artikel itu... 








Tuesday, February 21, 2012

Suarez `Rabbit' Anfield ?




Luis Alberto Suarez Diaz? Di kenali sebagai Luis Suarez. Juga popular sekarang ini dengan gelaran 'Si Rabbit' oleh sesetengah penyokong pasukan lawan yang memang anti dengan Liverpool. Dan SJ sendiri bukanlah teruja sangat apatahlagi memuja pemain bolasepak Liverpool yang memakai jersi no.7 ini. Tapi kewujudannya sebenarnya banyak mengundang kontroversi. Itu yang menarik minat SJ untuk menulis tentang penyerang Liverpool yang juga pemain Kebangsaan Uruguay ini. Mungkin Suarez ni dah biasa dengan kontroversi atau memang dia suka bermain2 dengan kontroversi. Dengan itu tak mustahil Suarez ini juga boleh mndatangkan pelbagai masalah di mana2 sahaja tempat dia berkhidmat. 


Luis Suarez dilahirkan pada 24 January 1987 dan mempunyai ketinggian 5 kaki 11 inci dengan berat badan 81 kg, juga menerima jolokan `El Pistolero' (Gunslinger/The Gunfighter). Dia dikatakan seorang penyerang yang dipuji sebagai penjaring gol yang terbaik dengan “keupayaan teknikal yang kemas dan luar biasa” yang juga dikenali untuk mencipta peluang untuk rakan2 sepasukan. Suarez umpama pnyerang maut yang mampu memberi ancaman dari jarak jauh, dalam kotak gol mahupun di udara. Kehadirannya juga kdang2 sukar di fahami. Katanya.

Suarez dilahirkan di Salto, Uruguay dan mula mngasah bakatnya di jalanan Montevideo di mana dia membesar dengan ibu tunggal dan enam adik-beradiknya. Pada tahun 2005, Suarez memulakan kerjaya profesionalnya di Nacional Montevideo. Pada 2006, ketika berusia 19 tahun, Suarez berpindah ke Belanda untuk bermain dengan Groningen di Eredivisie. 

Kemudian Suarez dipindahkan ke Ajax pada tahun 2007 dan telah meninggalkan kesan yang besar di kelab Amsterdam itu. Pada tahun 2008-09 beliau telah dinamakan sebagai Pemain kelab Tahunan. Kemudian Suarez dinamakan sebagai kapten kelab, menjaringkan 35 gol dalam 33 perlawanan dan digelar pemain 'Belanda of the Year'. Beliau menjaringkan 49 gol dalam 48 perlawanan dan Ajax memenangi Piala Belanda KNVB. 

Malangnya, disebalik rekod kejayaannya, Suarez mempunyai masalah sikap kasar dan panas baran yang tidak terkawal, Suarez diselubungi masalah di Ajax. Beberapa layangan kad (7 kad kuning) yang diterimanya amat mengecewakan pengurus Ajax, Marco Van Basten hanya kerana sikap Suarez yang baran dan suka merebahkan badannya di padang. Digantung perlawanan kali pertama selepas insiden pergaduhan dalam bilik persalinan dengan rakan sepasukannya, Albert Luque tentang kegagalan semasa memberi sepakan percuma ketika menentang Feyenoord. 

Suarez di gelar `Cannibal of Ajax'. Gelaran kannibal ini diberikan oleh akhbar Belanda, De Telegraf selepas Suarez menggigit bahu pemain lawan, Otman Bakkal ketika perlawanan antara Ajax dengan PSV Eindhoven, November lalu. Ajax menguruskan sendiri permasalahan ini dengan menjatuhkan hukuman denda penggantungan 2 perlawanan namun FA Belanda meningkatkan hukuman penggantungan sebanyak 7 perlawanan Liverpool. Semasa tempoh penggantungan itu, pada bulan Januari 2011, beliau dipindahkan ke Anfield untuk € 26.5 juta (£ 22.8 juta). Kenny Daglish yang baru berkhidmat dengan Liverpool bertaruh dengan pembelian Suarez membawa kembali rekod kegemilangan Liverpool setelah melalui bnyak tempoh kemerosotan dalam liga Inggeris.

Sejak 11 bulan yang lalu, penyerang Uruguay yang baru berusia 25 tahun ini banyak menimbulkan perbalahan pendapat di England kerana mencalarkan bakat luar biasanya dengan terlalu mudah jatuh di padang. Ketika perlawanan mewakili Uruguay di Piala Dunia 2007, Suarez di buang padang pada minit ke-85 selepas menerima kad kuning kali ke-2, kerana membantah keputusan pengadil. Ketika Piala Dunia 2010 di Johannesburg, Uruguay berjaya menyingkirkan Ghana (wakil terakhir Afrika), menerusi penentuan penalti, namun ianya hanya selepas Suarez di buang padang ketika minit2 terakhir masa tambahan kerana sengaja menampan bola tandukan Dominic Adiyiah yang hampir pasti menghasilkan gol. Uruguay menggelarnya `Hand of God' namun dia adalah lelaki yang paling di benci di Ghana. 

Baru2 ini, Suarez di dapati bersalah kerana kesalahan yang serius dengan menghamburkan ejekan perkauman kepada Patrice Evra, Kapten Man United. Suarez di gantung 8 perlawanan dan di denda £40,000. Suarez juga terpaksa menerima hakikat yang dia terpaksa menjalani penggantungan satu perlawanan yang dikenakan oleh FA Inggeris kerana di dakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada penyokong Fulham. 

Perlawanan Man United bertemu Liverpool BPL, Suarez menunjukkan sikap keras kepala dan lagaknya,  tidak berjabat tangan dengan  Patrice Evra. Sikap Suarez telah menjadi tajuk2 utama skop sukan media massa. Seharusnya, Suarez kena lebih profesional bila berdepan dengan kerjaya yang mnjadi periuk nasinya. Makan nasi ker? hehe.......Namun dalam tempoh2 sebahagian musim 2011/2012 di Liverpool, Suarez merupakan salah satu pemain terbaik pasukan dan membantu kelab itu bergerak daripada ranking kedua belas dalam liga dan meningkat ke tangga ke-6, pada pertengahan bulan Januari.

Namun hasil dari statistik yang dilakukan oleh GERRARD......(sori Gerrard....ciluk data !!) Suarez tidaklah seajaib mana jika hendak di bandingkan dengan pemain2 lain yang jauh lebih prolifik seperti contoh terbaik, Lionel Messi yang 3 tahun berturut2 mendapat gelaran pemain terbaik dunia. Kalau tak percaya cuba tengok statistik tersebut di mana ketika penglibatan dan ketika ketiadaan Suarez. Terkial2 juga Suarez ni masa perlawanan dengan Man United. Hurm....Hebat sangat ker `si Rabbit' nih?? Penalti pun tak mampu nk score.....

Penglibatan Suarez dalam perlawanan

Ketiadaan Suarez (tempoh penggantungan)

p/s : Sir Alex Ferguson tegas dalam mengawal anak didiknya. Perkara peribadi tidak perlu di libatkan dengan suasana ketika di dalam padang. Itulah punca mngapa David Beckham, Teves dan beberapa player hebat yang pernah berkhidmat di Old Trafford menamatkan kariernya dan di jual ke kelab lain.








Monday, February 20, 2012

100 hari mengenangmu...




Dalam masyarakat kampung SJ, rutin sesebuah kematian, kenduri tahlil genap 7 hari, diikuti 44 hari dan kemudiannya, 100 hari. Begitulah ibu. Dan kami adik beradik akan pulang beramai2 ke kampung halaman, melakukan kerja ape2 yang patut untuk dilakukan. Paling2 pun membantu memeriahkan suasana di kampung. Kesunyian agak terasa sejak ketiadaan ibu. Selalunya bila ada kenduri seperti ini, ibu lah yang paling sibuk dan paling bising, selain dari malam hari raya yang pasti suaranya memecah keheningan. Tak sah jika tidak mendengar leterannya. Ah...leteran seorang ibu. Kenduri ke-100 hari, kami laksanakan dan macam biasa nasi ambeng terus menjadi menu pilihan.


Bayangkan bila SJ, 8 adik beradik plus anak2 semua berkampung di rumah ayah. Kalau digabungkan dengan semua ahli keluarga, memang tak perlu kehadiran orang luar utk mmbantu. Dengar suara kakak2 dan abang2 SJ pun dah cukup meriah. Itu belum lagi bila waktu malam menjelang. Berebut bilik air dan menanti giliran selalu terjadi. Dan kalau nak landing memang muat utk sebuah rumah di kampung, tapi memang macam sardin. Berebut2 bilik nk tukar pakaian mahupun mendirikan solat. Ruang yang ada memang sarat dengan anak2 yang seronok melepak dan saling bercanda sesama mereka. Suasana begitu berbeza bila berkumpul sesekali. Meriah sangat. Itupun kebetulan, ada adik beradik yang tinggal berdekatan. Mereka pulang bila lewat malam. Berborak2 sampai tak sedar malam semakin dingin dan ayam berkokok di dinihari tanpa disedari. Ayah mula bangun menjalankan tahajudnya dan mengaji seperti biasa. Dan kami leka bercerita dan melayari internet. Dan adakala melayan ESPN, bergaduh melayan bolasepak.

Hebatnya ibu dan ayah SJ, nilai kasih sayang mereka tidak lebih, tidak kurang, walaupun ada yang lebih berpangkat ataupun berpelajaran tinggi. Semua sama rata. Tiada istilah anak kesayangan. Tiada yang tak pernah kena marah atau kena leterannya. Semua merasa, serba lengkap dan sempurna. Asam garam kepahitan namun semuanya penuh dengan kemanisan umpama cerita `pure pumpkin flower', itulah kami. Tiada yang merasa seolah2 hidup disisihkan. Leterannya ibu dan ayah sebenarnya membawa seribu makna. Memang berkesan. Didikan dan disiplin yang keras menyebabkan kami tidak pernah membantah setiap keputusan mereka.


Sebak jua dada ini menahan rasa yang tidak ketahuan. Walaupun hari2 telah berlalu dan sedar tak sedar lebih 100 hari setelah pemergian ibu tersayang, perjalanan hidup ini terasa agak tempang. Sukar untuk diperkatakan bila sebaik sahaja menjejakkan kaki di teratak nostalgia kelahiran SJ. Rumah ini seakan sepi. Sunyi. Sesekali SJ akan merenung ayah yang telah ibu tinggalkan. Kesedihan masih terpahat di hati walaupun ayah tidak pernah menunjukkan raut wajah dan rasa hati kepada kami, 8 adik beradik. Ayah memang seorang lelaki yang tabah. Ayah pernah kata "Untuk apa menangis, mengalirkan air mata, jika tangisan itu akan menyiksa ibu" namun bicara itu seolah2 tersekat dicelah2 halkumnya dan dengan pantas ayah mengalihkan pandangan dari kami semua. Itu pada ketika hari pertama sementelah pemergian ibu dan di hari pengebumiannya.

Dan tiba2 baru kami tersedar bahawa kami bukan anak2 kecil lagi. Yang perlu perhatian ayah dan ibu. Yang perlu bermanja2 dengan ibu. Kami bukan lagi anak2 kecil yang perlu ditatang2 selalu. Memang selama ini ibulah tempat mengadu nasib, kisah suka dan duka. Kalau ada pun tempat berlawan cakap, lebih2 lagi anakmu ini yang tidaklah sesempurna dan sebaik mana. Pasti kehilanganmu amat dirasakan. Namun disebalik semua itu, pasti ada hikmah selepas pemergian ibu. Terasa silaturrahim adik beradik antara kami semakin utuh. Terasa kasih sayang ibu ada di mana2. Sekurang2nya SJ ada tempat untuk menumpang kasih. Gurau senda, bercerita bila bersua muka sentiasa memenuhi suasana. Sekurang2nya SJ mahu ibu tahu, bahawa kasih sayang antara kami semakin dekat. Dan seiring dengan itu, SJ perlu belajar lebih berdikari dengan kehidupan SJ sendiri dalam melayari kehidupan dan menjaga keharmonian rumahtangga sepertimana pesanan ibu suatu ketika dulu. Dan SJ seolah2 baru mengerti tentang kehidupan ini yang sememangnya terlalu singkat.

buatmu ibu....kan kami abadikan kasih sayangmu...takkan kering bibir anak2mu ini, mengirimkan kalimah2 Allah...membasahkan bibir2 kami dengan doa dan harapan moga kesejahteraan dan bunga2 syurga membungai kehidupanmu di sana. Tidur dan berehatlah dengan seribu ketenangan.


Semoga Allah SWT. menberi tempat yang layak di sisi-Nya untuk ibu....
"  Rabbighfirlli waliwaa lidayya warhamhuma kamaa rabbayaanii shagira "...
Ya Allah, ampuni dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani diriku sewaktu kecil...









Friday, February 17, 2012

Qarin Sipendamping Manusia




"Bismillahirrohmanirrohim......." Memulakan pagi Jumaat yang mulia dan penuh keberkatan ini dengan Kisah Qarin – Jin Kembar Manusia. 


Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36). 

Qarin dari perkataan Arabnya yang bermakna teman atau rakan. Istilah Qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi yang menjalankan tugas tetap untuk setiap manusia bagi menyesatkan manusia ke jurang kebinasaan. 

Firman Allah SWT dalam Surah Qaf Ayat 27 : “(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Rakannya (Syaitan) berkata: “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong).” 

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir. Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan. Kewujudan Qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. 

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Tersebut dalam al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya mencatat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan, dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta-duta. Ada pula yang bertugas memelihara al-Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga neraka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan. 

Tersebut juga Dalam Al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah s.a.w. ketika beliau mula-mula menerima wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat. Tersebut juga dalam Al-Qu'ran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhul-Amin dan Ruhul- Quds. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. 

Dalam peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya. Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik kepada manusia, yang melahirkan keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh manusia jua. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. 

Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nasa'i, demikian bunyinya; "Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gangguan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka barang siapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, dan terima kasihlah ia kepadanya. Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hendaklah berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam." 

Kemudian ia membaca: "Syaitan menyuruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian." Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah. 

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat." Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad). 

Sabda Rasullullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah. Oleh sebab itu, aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan). 

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim). 

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.” 

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu. Ada juga dalam sesetengah keadaan, pengamal perubatan menggunakan khidmat Qarin untuk tujuan tersebut. Namun lebih selamat jika menghindari dari perlakuan ini. Kerana telah diterangkan bahawa sifat Qarin ini adalah jahat pada asalnya. Dan menjadi baik (islam) apabila diislamkan. Tetapi tertakluk kepada tahap-tahap yang tertentu (Rasulullah). 

Sedangkan dalam hadith Nabi SAW telah menyatakan. Daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi). 

Telah dinyatakan yang Qarin Nabi Adam a.s tidak diislamkan. Maka lebih sangsilah pada kedudukan (iman) Qarin manusia umum ini. Jadi untuk menjadikan Qarin itu sebagai salah satu usaha ikhtiar perubatan adalah membimbangkan.  Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai Qarin. Di antara Qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, manakala Qarin (iblis dan syaitan) adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w. Maksud menunggang bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penunggang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat. Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak diantara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah s.w.t. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan Qarin.

p/s : 


Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam 









Thursday, February 16, 2012

1958 Nahas Udara MU diMunich



Ada pelbagai kisah di sepanjang bulan Februari. Ada sesetengah orang yang tidak tahu malah tidak ambil tahu tentang tarikh2 sesuatu sejarah. Bukankah sejarah itu penting dalam kehidupan untuk kita menilai sesuatu itu sebagai satu iktibar mahupun satu semangat. Bagaimanapun sejarahlah yang mengajar kita menjadi lebih dewasa.

Pada 6 Februari 1958, Tragedi Munchen telah terjadi di Bandar Udara Munich Riem, Munchen, Jerman. Menjadi satu sejarah dan kenangan pahit buat pasukan Manchester United, malah kepada pencinta bolasepak dunia terutamanya fan 'The Red Devils' ini. Tragedi malang ini telah mengorbankan 8 pemain Muda Man United yang dipercayai berpunca daripada satu kebakaran yang berlaku dalam pesawat British Airways (BEA) 'Elizabethan' sebaik sahaja berlepas dari landasan. 21 orang terkorban dari jumlah 39 orang kesemuanya termasuk penumpang dan anak kapal. Pesawat khas yang mereka naiki ini baru sahaja kembali dari Piala Eropah 1957-1958 (European Champion League) menentang Star Belgrade (Russia) di Yugoslavia dengan perlawanan terikat seri. Mereka telah membuat penerbangan transit di Riem Munich untuk mengisi minyak semasa dalam perjalanan pulang ke Manchester.


Pemain2 muda dan berbakat yang terbunuh adalah Roger Byrne (Kapten), Mark Jones, Eddie Colman, Tommy Taylor, Liam "Billy" Whelan, David Pegg, Geoff Bent dan Busby Babes. 8 orang wartawan sukan British dan beberapa pegawai kelab turut terbunuh. Harry Gregg, penjaga gol yang berjaya keluar dari tingkap telah bertindak menyelamatkan rakan2 sepasukannya. Kapten James Thain di dakwa bersalah atas kecelakaan itu. Manakala Duncan Edwards meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Johnny Berry terselamat dari insiden ini namun kerana kecederaannya menyebabkan karier bolasepaknya berakhir. Berbeza dengan Mat Busby yang di anggap tiada harapan untuk pulih, akhirnya pulih setelah dua bulan di hospital.

Ko-pilot, Kapten Kenneth "Ken" Rayment, terselamat dari kejadian tetapi meninggal dunia 3 minggu kemudian kerana mengalami masalah gegaran otak. Man United yang ketika itu menyandang juara division dua musim berturut2, bercita2 untuk mnjuarai Juara Eropah lebih2 lagi dengan player2 yang berkualiti dalam pasukan. Namun impian tidak terlaksana, Man United pula terpaksa bertungkus lumus bangun membina pasukan baru untuk berdepan dengan Piala FA 1958.



Memorial di Old Trafford bagi mengenang tragedi ini







Jam Munich di Old Trafford
Daily Mirror - berita utama

Pada tahun 2011, United (2011) iaitu sebuah movie telah diterbitkan mengenai kisah benar Legenda Manchester United "Busby Babes", pemain muda yang pernah berjaya meraih kemenangan di Liga Bolasepak. Dalam sejarah kejayaan Manchester United, hanya dua nama besar iaitu Sir Matt Busby dan Sir Alex Ferguson. Ketika meniti kejayaan iaitu zaman Matt Busby, ia juga di kenali sebagai "Busby Babes" di mana pemain seperti Bobby Charlton dan Duncan Edwards sedang meningkat naik. 

Busby’s Babes
I’ll see you again my red devil friends
I’ll hear you around my door
Touching my life like so many memories before
I was a child and so easily led
You were the leaders of men
Now I doubt in my life if this ever happens again
Oh how I cried when my mama said
Busby’s babes son, they’re dead
Oh how I remember that miserable day
When something was taken from me
Out on a snow covered runway in West
Germany




Dipaparkan juga secara amnya menyentuh tentang tragedi UNITED "1958 Munich Air Crash" ini yang telah mengorbankan 8 nyawa pemain muda berbakat di Manchester United sebagai sumber inspirasi pasukan dan masyarakat secara amnya. Mereka bangkit semula selepas tragedi malang yang hampir melumpuhkan kelab terkenal di England itu sehinggakan Jimmy Murphy bertemu dengan Board of CLub dan mencadangkan untuk menutup Kelab manchester United ini.

"What we are in the future , is how we react today.. that we are not vowed to tragedy..."


Jimmy Murphy (hadapan) , Bobby Charlton (belakang)
Sir Matt Busby dan Jimmy Murphy
3 bulan selepas kejadian Munich ini , dengan keseluruhan pasukan yang baru , United berjaya sampai ke final FA Cup 1958 , menentang Bolton tetapi tewas 2-0. Siapa tahu bahawa kelab besar Manchester United ini yang bnyak menempa kejayaan ada menyimpan sejarah hitam yang tercatat dalam perjalanan sejarah mereka. 
12969874641345144193

12969876172005081454
       
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!
Just like the busby babes in days gone by,
We'll keep the red flags flying high,
Your gonna see us all from far and wide,
Your gonna hear the masses sing with pride.
United, Man united,
We're the boys in red and we're on our way to Wembley!
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley
In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will no just who we are,
They'll be singing que sera sera
United, Man united,
We're the boys in red and we're on our way to Wembley!
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

               
p/s : Mereka memang telah tiada tapi Mereka tidak akan dilupakan dalam sejarah bolasepak dan sebagai perintis kejayaan demi kejayaan buat Manchester United. 
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.