Dalam masyarakat kampung SJ, rutin sesebuah kematian, kenduri tahlil genap 7 hari, diikuti 44 hari dan kemudiannya, 100 hari. Begitulah ibu. Dan kami adik beradik akan pulang beramai2 ke kampung halaman, melakukan kerja ape2 yang patut untuk dilakukan. Paling2 pun membantu memeriahkan suasana di kampung. Kesunyian agak terasa sejak ketiadaan ibu. Selalunya bila ada kenduri seperti ini, ibu lah yang paling sibuk dan paling bising, selain dari malam hari raya yang pasti suaranya memecah keheningan. Tak sah jika tidak mendengar leterannya. Ah...leteran seorang ibu. Kenduri ke-100 hari, kami laksanakan dan macam biasa nasi ambeng terus menjadi menu pilihan.
Bayangkan bila SJ, 8 adik beradik plus anak2 semua berkampung di rumah ayah. Kalau digabungkan dengan semua ahli keluarga, memang tak perlu kehadiran orang luar utk mmbantu. Dengar suara kakak2 dan abang2 SJ pun dah cukup meriah. Itu belum lagi bila waktu malam menjelang. Berebut bilik air dan menanti giliran selalu terjadi. Dan kalau nak landing memang muat utk sebuah rumah di kampung, tapi memang macam sardin. Berebut2 bilik nk tukar pakaian mahupun mendirikan solat. Ruang yang ada memang sarat dengan anak2 yang seronok melepak dan saling bercanda sesama mereka. Suasana begitu berbeza bila berkumpul sesekali. Meriah sangat. Itupun kebetulan, ada adik beradik yang tinggal berdekatan. Mereka pulang bila lewat malam. Berborak2 sampai tak sedar malam semakin dingin dan ayam berkokok di dinihari tanpa disedari. Ayah mula bangun menjalankan tahajudnya dan mengaji seperti biasa. Dan kami leka bercerita dan melayari internet. Dan adakala melayan ESPN, bergaduh melayan bolasepak.
Hebatnya ibu dan ayah SJ, nilai kasih sayang mereka tidak lebih, tidak kurang, walaupun ada yang lebih berpangkat ataupun berpelajaran tinggi. Semua sama rata. Tiada istilah anak kesayangan. Tiada yang tak pernah kena marah atau kena leterannya. Semua merasa, serba lengkap dan sempurna. Asam garam kepahitan namun semuanya penuh dengan kemanisan umpama cerita `pure pumpkin flower', itulah kami. Tiada yang merasa seolah2 hidup disisihkan. Leterannya ibu dan ayah sebenarnya membawa seribu makna. Memang berkesan. Didikan dan disiplin yang keras menyebabkan kami tidak pernah membantah setiap keputusan mereka.
Sebak jua dada ini menahan rasa yang tidak ketahuan. Walaupun hari2 telah berlalu dan sedar tak sedar lebih 100 hari setelah pemergian ibu tersayang, perjalanan hidup ini terasa agak tempang. Sukar untuk diperkatakan bila sebaik sahaja menjejakkan kaki di teratak nostalgia kelahiran SJ. Rumah ini seakan sepi. Sunyi. Sesekali SJ akan merenung ayah yang telah ibu tinggalkan. Kesedihan masih terpahat di hati walaupun ayah tidak pernah menunjukkan raut wajah dan rasa hati kepada kami, 8 adik beradik. Ayah memang seorang lelaki yang tabah. Ayah pernah kata "Untuk apa menangis, mengalirkan air mata, jika tangisan itu akan menyiksa ibu" namun bicara itu seolah2 tersekat dicelah2 halkumnya dan dengan pantas ayah mengalihkan pandangan dari kami semua. Itu pada ketika hari pertama sementelah pemergian ibu dan di hari pengebumiannya.
Dan tiba2 baru kami tersedar bahawa kami bukan anak2 kecil lagi. Yang perlu perhatian ayah dan ibu. Yang perlu bermanja2 dengan ibu. Kami bukan lagi anak2 kecil yang perlu ditatang2 selalu. Memang selama ini ibulah tempat mengadu nasib, kisah suka dan duka. Kalau ada pun tempat berlawan cakap, lebih2 lagi anakmu ini yang tidaklah sesempurna dan sebaik mana. Pasti kehilanganmu amat dirasakan. Namun disebalik semua itu, pasti ada hikmah selepas pemergian ibu. Terasa silaturrahim adik beradik antara kami semakin utuh. Terasa kasih sayang ibu ada di mana2. Sekurang2nya SJ ada tempat untuk menumpang kasih. Gurau senda, bercerita bila bersua muka sentiasa memenuhi suasana. Sekurang2nya SJ mahu ibu tahu, bahawa kasih sayang antara kami semakin dekat. Dan seiring dengan itu, SJ perlu belajar lebih berdikari dengan kehidupan SJ sendiri dalam melayari kehidupan dan menjaga keharmonian rumahtangga sepertimana pesanan ibu suatu ketika dulu. Dan SJ seolah2 baru mengerti tentang kehidupan ini yang sememangnya terlalu singkat.
buatmu ibu....kan kami abadikan kasih sayangmu...takkan kering bibir anak2mu ini, mengirimkan kalimah2 Allah...membasahkan bibir2 kami dengan doa dan harapan moga kesejahteraan dan bunga2 syurga membungai kehidupanmu di sana. Tidur dan berehatlah dengan seribu ketenangan.
Semoga Allah SWT. menberi tempat yang layak di sisi-Nya untuk ibu....
" Rabbighfirlli waliwaa lidayya warhamhuma kamaa rabbayaanii shagira "...
Ya Allah, ampuni dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani diriku sewaktu kecil...