Ramai yang meramalkan pasukan `Nazi' ini bakal menjulang Euro Cup 2012 kali ini. Tapi bagaimana dengan pasukan saingan lain yang mempunyai sejarah dan ranking dunia tersendiri terutama ketika Piala Dunia 2010 lepas? Diterajui German Footbal Association, pasukan ini berada di ranking ke-3 terbaik dunia. Memiliki reputasi dan rekod yang baik sepanjang sejarah Euro kerana tidak pernah tercicir kepusingan akhir sejak 1972 hingga 2012. menjadi Tuan Rumah Euro 1998 (German Barat), German merupakan rekod juara terbanyak iaitu pada 1972, 1980 dan 1996. Pada kempen kelayakan Euro yang lepas juga, German tidak pernah tewas walau satu perlawanan.
Kini, pasukan pilihan ini semakin merapati peringkat akhir, pasukan yang merekodkan perlawanan tanpa kalah sepanjang EURO 2012 ini berjaya mempamerkan corak permainan yang mengkagumkan. SJ yang tidak pernah berpaling sebagai penyokong German semenjak zaman sekolah dahulu yakin bahawa Euro Cup 2012 pasti menjadi milik German. Pasukan yang pernah meraih naib juara Euro 2008 ini juga berjaya membolosi laluan sukar mengharungi kumpulan maut bila berada di kumpulan B yang turut menjadi saksi kepulangan Belanda dan Denmark ke tanahair masing2. Kini, German bersama pasukan sekumpulannya, Portugal bergerak maju, terus kehadapan untuk memastikan Euro Cup 2012 dalam genggaman mereka.
Berjaya menewaskan Portugal 1-0, meneruskan perjuangan dengan menambah derita Netherland 2-1 dan memaksa Denmark mengucapkan Selamat tinggal Euro dengan kejayaan juga 2-1. Bertarung denagn aksi lebih mencabar, German menewaskan Greece 4-2. Uniknya, pasukan ini terdiri dari pemain2 yang mempunyai kelas dan skil tersendiri terutama dalam mencipta jaringan. Semua pemain mampu bersaing mempertahankan tembok berlin dan sentiasa bersedia untuk memecah gawang lawan.
Inilah wajah2 pemain utama yang mnjadi tonggak German sepanjang Euro 2012 ini berlangsung.
Joachim Loew-Jurulatih
Menjadi pembantu jurulatih kepada Jurgen Klinsman ketika Piala Dunia 2006. Sarat dengan pengalaman dan menjalankan tugas dengan baik hingga mampu membawa German ke pusingan separuh akhir piala dunia 2010. Berusia 52 tahun dan di gelar `Jogi' berusaha memastikan maruah kembali di tebus ketika kekalahan di Euro 2008 dan separuh akhir piala dunia 2010 dengan pasukan yang sama, Espana. Menerapkan falsafah permainan serangan tempo pantas yang menarik, menekankan aspek fizikal dan teknikal bolasepak dan ia membuahkan hasil. Beliau juga mencipta peratusan kemenangan tertinggi berbanding pengurus German yang lain.
Penjaga Gol :
Manual Neuer
Tim Wiese
Ron Robert Zieler
Bahagian Pertahanan :
Philipp Lahm
Per Mertesacker
Holger Badstuber
Benedikt Howedes
Jerome Boateng
Marcel Schmelzer
Mats Hummels
Pemain Midfielder:
Bastian Schweinsteiger
Mesut Ozil
Lars Bender
Mario Gotze
Sami Khedira
Ilkay Gundogan
Toni Kroos
Penyerang :
Mario Gomez
Lukas Podolski
Miroslav Klose
Marco Reus
Andre Schurrle
Thomas Muller
Jika bertemu Espana pada peringkat akhir nanti, German boleh melakukan misi balas dendam untuk kekalahan mereka di separuh akhir Piala Dunia 2010. Espana kali ini datang tanpa 2 orang penting mereka iaitu David Villa dan Carles Puyol. Aksi Fernando Torres juga kurang meyakinkan setelah melalui musim yang agak mengecewakan di EPL walaupun chelsea menjuarai Champion League. Itu mungkin satu bonus buat German walaupn hakikatnya German tidak gentar dengan sebarang pertaruhan kerana mereka juga menpunyai liga yang hebat di negara mereka sendiri.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
"Amat mengagumkan apabila anda melihat siapakah pemain yang sedang menunggu giliran untuk di bawa masuk dari bangku simpanan. Kami mahu mengekalkan kemenangan".
------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : Rindu melihat kelibat bekas pemain hebat German (Michael Ballack) ini beraksi....hehe...