Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Monday, July 9, 2012

Iktibar, Sepanyol dan Islam


 


Sepanyol atau España ialah sebuah negara yang terletak di Semenanjung Iberia di barat daya Eropah dan bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi. Sepanyol juga merupakan sebuah negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Kawasan Sepanyol hari ini pernah didiami oleh penduduk Celt, Iberia dan Basque sebelum penjajahan Empayar Rom pada 412M. Semasa pemerintahan Bani Umayyah, Cordova dan Granada menjadi pusat keilmuan dan kesenian agama Islam. 



Sekitar 2 abad sebelum masehi hingga awal abad ke lima, Sepanyol/Andalusia berada di bawah empayar Rom. Ketika Andalusia di bawah pemerintahan Rom, mereka telah membawa masuk orang2 Yahudi yang mengakibatkan berlaku ketegangan antara orang Yahudi dan Kristian dan mereka sering berebut menduduki takhta pemerintahan, Sejak tahun 406M, Sepanyol dikuasai oleh bangsa Vandal, bangsa yang berimigrasi dari negeri asal mereka,  yang terletak diantara sungai Oder dan Vistuala. Kekuasaan Vandal ini kemudian diambil alih oleh orang2 Gothic. Tak lama kemudian, dinasti merovingian dari kerajaan Frank merebutnya dan mendirikan kerajaan Visigoth atau dikenali dengan Vandalusia. Dan setelah kedatangan orang2 Islam pada tahun 711 M, sebutan Vandalusia diubah menjadi Andalusia atau al-Andalus. 

Kehadiran orang2 Islam di Sepanyol merupakan awal munculnya Islam di benua Eropah kerana Sepanyol merupakan pintu gerbang bagi benua tersebut. Buku sejarah ada menulis, ekspansi Islam ke Wilayah Barat terjadi pada masa Bani Umayyah yang di pimpin oleh AlWalid Abdul Malik. Musa bin Nusair dan Tariq bin Ziyad antara tokoh kemasukan Islam di Sepanyol. Mereka berjaya mnguasai wilayah Afrika Utara dan kemudian menyeberang ke benua Eropah. Ketika itu Eropah mengalami zaman kegelapan. 

Kedatangan Islam ke Andalusia adalah di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad yang telah memimpin pasukan tentera menyeberangi lautan Gibralta menuju ke semenanjung Iberia itu. Pasukan Islam yang hanya berjumlah 7000 orang itu perlu berdepan dengan tentera Visigoth yang berkekuatan 100,000 tentera lengkap bersenjata. Lalu bagi meningkatkan semangat dikalangan pasukan Islam, dikatakan bahawa Tariq ibn Ziyad mengarahkan agar kapal mereka dibakar, dan beliau berpidato:
“Wahai saudara2ku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran. Ketahuilah bahawa di pulau ini kalian lebih terlantar dari pada anak yatim yang ada di lingkungan orang2 hina. Musuh kalian telah menyambut dengan pasukan dan senjata mereka. Kekuatan mereka sangat besar, sementara kalian tanpa perlindungan selain pedang2 kalian, tanpa kekuatan selain dari barang2 yang kalian rampas dari tangan musuh kalian. Seandainya pada hari2 ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang berkesan, nescaya nama baik kalian akan hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh akan berganti menjadi berani kepada kalian. Oleh kerana itu, pertahankanlah jiwa kalian.”

Ketika bermula gerakan Abbasiyah dan kejatuhan Bani umayyah dari tampuk kekuasaan pada tahun 750M, berdirilah Khilafah Bani Abbas dengan mengambil Baghdad/Damsyik sebagai pusat pemerintahan, di bawah khalifah Abu Ja'far al-Mansur. Namun Dinasti Bani Umayyah di Sepanyol dapat mempertahankan kekuasannya sampai tahun 1031M, di mana Abdul Al-Rahman al-Dakhil berkuasa selama 32 tahun (756-788M). Anaknya Hisyam I (789-796M), seorang yang memiliki pengetahuan yang luas tentang Al-Qur'an dan sunnah, dan banyak dipengaruhi oleh ulama fikih. la meneruskan pembangunan masjid Cordova dan juga membangun terusan Cordova. Anaknya Hakam I (796-822M) terjadi beberapa pemberontakan. Puteranya Abdurrahman II (822-852M) membawa Sepanyol kembali kepada kedamaian dan kemakmuran.

Anaknya Muhammad 1(852-886M) banyak terjadi rusuhan dalam negeri seperti pemberontakan orang2 Kristian yang fanatik di Cordova. Anaknya Munzir (886-888M) mempunyai masa pemerintahannya yang begitu singkat dan digantikan oleh saudaranya Abdullah (888-912M). Selanjutnya pemerintahan dipegang oleh Abd al-Rahman al-Nashir atau Abdurrahman III (912-961M). Pada masa kekuasaannya, Cordova merupakan pusat kebudayaan Islam yang penting di Barat sebagai tandingan Baghdad di Timur, ada universiti Cordova sebagai pusat ilmu pengetahuan. Perpustakaannya mengandung ratusan ribu buku. Hakam II (961-976M) meneruskan politik ayahnya. Pemerintahan dipegang oleh Hisyam II (976-1009M) dimana pada masa pemerintahannya, kekuasaan khalifah mengalami kemunduran. Terjadi beberapa peristiwa dan pemberontakan oleh saudara2nya sendiri.

Di zaman Hisyam II (976-1013M) terdapat perubahan struktur politik. Hisyam II baru berusia 11 tahun ketika ia menduduki takhta. Kerana usianya masih sangat muda, Ibunya yang bernama Sultanah Subh dan setiausaha negara yang bernama muhammad Ibnu Abi Amir, mengambil alih tugas pemerintahan.  Pada tahun itu juga Muhammad Ibnu Abi Amir memakai gelar kehormatan al-Mansur Billah. Dia mengharumkan kembali kekuasaan Islam di Sepanyol, sekalipun Hisaym II tidak ubahnya seperti boneka.

Timbulnya Perpecahan Dinasti Umayyah di Sepanyol dengan munculnya raja2 kecil seperti Dinasti Abbadi, Dinasti Murabit, Dinasti Muwahhid, dan Dinasti Bani Nasr. Dua kerajaan Kristian, Lean dan Castille bersatu pada tahun 1230M, telah meningkatkan usaha perebutan kekuasaan terhadap kekuasaan Islam di Sepanyol. Tahun 1236M Cordova jatuh dan 2248M Seville jatuh pula ke tangan orang2 Kristian. Isabella I dari Castile, Ratu yang mendukungi perjalanan Christopher Colombus melintasi Atlantik, bermuafakat dengan suaminya Ferdinand dari Aragon, sama2 menawan GranadaPada tahun 1490 M, Ferdinand membawa pasukan berkuda lebih kurang 10,000 orang dan dengan jatuhnya Granada, maka hancurlah kekuasaan Islam di Sepanyol dan negeri itu kembali dikuasai oleh Kristian. 

Pada tahun 1499 M, Cardinal Ximenes de Cismero melarang beredarnya buku2 Islam dan ia membakarnya, bahkan pada tahun 1556 M, Philip II membuat undang2 bagi orang2 Islam yang tinggal di Spanyol untuk meninggalkan kepercayaan, adat istiadat, bahasa, dan pandangan hidup mereka. Hanya ada dua pilihan bagi orang2 Islam, masuk agama Kristian atau meninggalkan Sepanyol. Banyak orang Islam yang dibunuh atas perintah raja Philip III setelah agamai Islam bertapak selama hampir 800 tahun. Yang sangat menyedihkan perpustakan2 Islam ikut dibakar dan dihancurkan. Karya tulis yang sampai kepada kita hanyalah bahagian terkecil dari karya2 pemikir Islam di zamannya hingga sekarang sulit dicari tandingannya, yang sebahagian besarnya dihancurkan dan dibakar. Alhambra yang megah dengan benteng yang berwarna kemerah-merahan kian tak terawat, kusam, dan tak terlihat wajah aslinya, dan dijadikan Istana Kristian. Kemudian, Masjid Cordoba yang megah didirikan oleh Sultan Abu Yusuf Al-Muwahhid pada tahun 785 M yang diperbesar pada tahun 848, 961, 1187 M., dialih-fungsikan menjadi Gereja Santa Maria de la Sede.

Hampir 8 abad lamanya Islam berkuasa di Spanyol, dari Cordoba hingga Granada adalah bukti nyata sebagai kejayaan Islam tempo dulu serta peradaban tinggi di tanah Andalusia. Salah satu bukti adalah Istana Alhambra ini, satu bangunan yang telah berdiri hingga sekarang yang hampir lapan abad pula usianya masih tetap kukuh walaupun sebahagian kecil ada yang sudah lenyap. Kemasyhuran istana ini kerana daya pesona serta keindahan arkitekturnya yang sungguh luar biasa.

Perayaan April Fool’s Day dipercayai mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun2 lamanya di Granada Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera2 Kristian. Bila Muslimin Sepanyol telah lemah, maka tentera Barat mudah menyerang Sepanyol dan akhirnya berjaya menakluki Sepanyol setelah Islam lama bertapak di Sepanyol 600–800 tahun. Penduduk2 Islam di Sepanyol (the Moors) terpaksa berlindung didalam rumah masing2 untuk menyelamatkan diri. Tentera2 Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang2 Islam dari Sepanyol. Penduduk2 muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di perlabuhan.

Orang2 Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal2 yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April) mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk2 Islam ini. Mereka (muslimin) juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. 

Kecemerlangan Andalusia di bawah pemerintahan Islam berlansung hampir 8 abad, suatu jarak yang seharusnya menjadi tauladan buat masyarakat dunia. Bermula dari kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai Andalusia pada tahun 711M3 sehingga kerajaan Nasriyyah atau Bani Ahmar mengakhiri pada tahun 1492M, merupakan zaman yang cukup membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalusia. 

Benteng Terakhir dan Kejatuhan Andalusia, Cordova yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai al-Qurtubah merupakan bandar terakhir di bawah penguasaan Islam sebelum Andalusia jatuh sepenuhnya ke atas tangan golongan Kristian. Kedaifan dalam mempertahan pemerintahan Islam di Andalusia amat menyedihkan. Ia berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Islam di bawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir Andalusia iaitu Granada dari tahun 620 – 897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamat maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Abu Abdullah daripada diguling dengan lebih teruk. Penyerahan dalam bentuk perjanjian yang ditandantangani oleh pihak Islam dan Kristian itu dilakukan dan penyerahannya kepada Raja Kristian Sepanyol iaitu Ferdinand dan Isabella. Perjanjian yang dikatakan mempunyai 67 perkara itu antara lain menjamin keselamatan orang Islam untuk tinggal di Sepanyol dan juga jaminan keselamatan sekiranya mereka ingin keluar dari Sepanyol menuju ke daerah lain, terutama untuk kembali ke daerah Afrika Utara. Namun perjanjian yang tidak pernah ditunaikan oleh pihak Kristian itu nampaknya menjadi senjata yang menikam umat Islam terus menerus sehingga mereka tidak lagi mampu bertahan apatah lagi untuk merampas kembali Andalusia ini. Kesan2 peninggalan umat Islam, ketamaddunan yang dibina dan seumpamanya telah banyak dimusnahkan.

Oleh kerana berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, akhirnya telah menyebabkan pergolakan anak-beranak berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada ini. Disebabkan Abu Abdullah tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang ditunjukkan oleh bapanya, iaitu kepada saudaranya yang lain, lalu beliau memberontak sehingga dalam pemberontakan tersebut telah mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tidak menyebelahi Abu Abdullah, tetapi ia beralih kepada Muhammad ibn Sa’ad. Lalu perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama antara Raja Ferdinand dan Abu Abdullah untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang pendek disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan habuan. Habuannya tidak lain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada ini kepada beliau, lantas masyhurlah Ferdinand yang beristerikan Isabella sebagai raja yang berjaya menumbangkan kerajaan terakhir Islam di Andalusia. Kejatuhan Andalusia rupanya adalah kelemahan pemerintahan yang sanggup menggadai prinsip mereka demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya buat sementara sahaja. 

 
credit for aduka panji alam official....

INILAH BENDERA terakhir milik tentera Islam di Sepanyol yang berperang menentang tentera Salib yang berakhir dengan kekalahan TENTERA ISLAM. 
Bendera ini berada di dalam simpanan kerajaan Sepanyol dan mereka melakukan upacara ini sebagai memperingati kemenangan Salib ke atas tentera Islam.

p/s : Pengalaman pahit ini harus dipelajari agar umat zaman kini tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada ketika dahulu. Sejarah Andalusia itu sudah tidak dapat diperbaiki untuk manfaat wilayah itu, namun pastinya pengalaman atau pengajaran dapat diperolehi bagi manfaat generasi kini.


”mereka yakni orang-orang kafir berusaha untuk memadamkan cahaya Allah swt, namun Allah
swt terus menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang-orang kafir itu benci.” Surah Al-Saff






Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.