Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, September 14, 2012

Antara aku dan ramadhan



Seronok skodeng pattern camni...i loike butang bungkus (thanx buttonmybuttons)

Mana nak berblogging lagi, sempat pula membaca siri2 novel karya hebat terutamanya hasil penulisan Ramlee Awang Mursyid, belum lagi dengan melayan resepi2 di internet dan cook testing di dapur kecil SJ. Sempat tak sempat, jadi juga hidangan yang memang sentiasa jadi bahan untuk mengisi perut anak2 SJ yang semakin membesar. Memang puas hati. Haa...itu belum penangan drama Korea plak.

Dan kini minat SJ muncul kembali. Sejak mendekatkan diri dengan dunia jahitan Noly Norlie Fashion House, perlahan2 SJ mula meluahkan rasa hati untuk menjahit sendiri pakaian SJ dan keluarga SJ. Di tambah dengan semangat yang Noly berikan, semangat dunia jahitan semakin semarak di hati. Noly juga dengan senang hati sentiasa bermurah hati mmberikan pnduan atas setiap pertanyaan yang kadang2 macam menyibuk je kan. Hehe....Jangan marah Noly. Terimakasih dengan ilmu2 tu ea...hanya Allah yang membalasnya. Orang kata, bila kita bermurah ilmu dengan orang, semakin bnyak ilmu yang Allah bagi. Mudah2an..

Ramadhan kali ini juga, bnyak masa yang ada SJ penuhi dengan membantu Noly dan Ayong di butiknya. Bolehlah setakat jahit manik 2, 3 butir dan tolong sembat mana2 yang patut. Yeahh...SJ dah semakin pandai. Hehe...Paling koman pun SJ tolong kemas butik dan iron pakaian2 display. Sesekali melayan karenah pelanggan yang bermacam2 rempah ratusnya. Kasihan kat Noly yang bersengkang mata menyiapkan pakaian pelanggan (mahu selalu tidur kat butik tuh..). Apapun respek kat Noly, kerana berjaya membina kariernya sendiri, terus menghadapi cabaran susah senang. Dalam kehidupan ini, tiada perkara yang mudah dan senang untuk di capai apatahlagi jika kita bukan dari golongan orang ada2.

Teringat SJ masa sekolah menengah dulu. Sewaktu SJ melibatkan diri dalam `Puteri Islam', SJ mula di perkenalkan apa itu `tulang belut', `mata lalat'. Hurm...itu belum lagi jenis2 leher. Leher sampan la...cheongsam dan sebagainya. Bila tangan dah pndai menghayun gunting dan mengetik mesin jahit ni, sesekali teringat dengan arwah ibu. Pernah SJ menggatalkan jari jemari SJ ini dengan alter baju kurung sekolah SJ (bagi cutting sedikit). Akibatnya, kantoi masa ibu basuh baju sekolah dan ketika itu ibu sedang menyidai baju tersebut. Apalagi marah dan bebel ibu sepanjang hari sebab SJ yang cuba tunjuk skill tidak bertempat.Huhu....rasakan. Adakala kemarahan itulah kenangan terbaik sebagai tanda kasih sayang seorang ibu.

Baju sekolah SJ banyak yang ibu jahit sendiri. Bukan dengan mesin, tapi dengan kedua tangannya sendiri. macam mustahilkan? Tapi itulah realiti. Ibu mampu menjahit dan menyiapkan baju kurung pesak dengan tangan sahaja. Tapi nampak kemas dan cantik. Yelah...masa SJ kecik, nak tempah baju dengan orang memang kena mengeluarkan belanja. Ibu SJ pula hanya suri rumah semata2. Hanya ayah yang bekerja, mana mampu nk berbelanja besar dengan adik beradik SJ yang seramai 8 orang itu dan masih dalam proses membesar.Terkilan juga rasa hati, sebab dulu pernah juga terniat nak buatkan ibu sehelai baju kurung hasil buatan tangan sendiri. Nampaknya tidak kesampaian hajat SJ ini, dan ibu telah pergi mengadap Ilahi pada November 2011 yang lepas.

Bercerita tentang Ramadhan, kali ini ianya menjelma dengan gamitan sejuta kenangan. Tahun 2011 merupakan Ramadhan terakhir SJ dengan arwah ibu. Seakan2 terasa kehadirannya terutama sibuknya ibu pada waktu2 bersahur. Dapur memang tiada pernah sunyi ketika ibu ada. Namun semuanya itu nyata tiada. Sunyi. Hanya tinggal kenangan. Dengan tekad, Ramadhan kali ini juga SJ menolak segala jemputan iftar di luar. Lebih suka bersama keluarga tercinta. Paling terharu apabila Amirul pernah berkata, ketika minggu pertama bulan puasa. "Seronoklah bulan puasa sebab mama hari2 balik awal, tunggu mirul depan sekolah". Pastinya saat2 ini merupakan yang terindah dalam hidup SJ. Seperti ibu2 biasa yang lain, perasaan bahagia pasti ada bila menanti kepulangan anak2 dari sekolah. Semangat sungguh SJ mengejar masa untuk memastikan SJ menunggu depan pintu pagar sekolah sebelum loceng tamat persekolahan berbunyi.

Syawal? SJ lalui kali ini dengan perasaan biasa sahaja. Kerinduan memang datang menjengah terutama bila takbir bergema. Teringat Syawal 2011, juga merupakan yang terakhir bersama ibu. Syawal ini kosong. Pasti rindu ini tidak akan terubat smpai bile2. Hanya nisan kaku, pusara ibu dan anak yang pasti mnjadi kunjungan SJ setiap kali pulang ke kampung. Usahkan dapat bersalam dgn kasih ibu malah tidakkan dapat menjamah air tangan ibu teristimewanya, rendang bugis yang memang tidak terdapat di mana2. Kuih Baulu yang di rasa, pasti tidak seenak dulu. Kesal juga di hati sebab SJ tidak mengambil kesempatan menuntut ilmu dari ibu sepanjang hayatnya ada. Itulah akibatnya, bila merasa diri anak kesayangan, ingin sentiasa di manja dan seolah2 merasa tak mungkin SJ akan merasa sebuah kehilangan.

Kini, hanya semangatnya yang ibu tinggalkan dalam diri SJ. Itupun tidak sekuat dan setabah ibu dalam menjalani kehidupan. Salahkah menangis?

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan seorang ketawa dan menangis". Surah An-Najm ayat 43

p/s : makin semangat lepas en hubby menghadiahkn mesin tekan butang bungkus pada ramadhan lalu. Thanx en hubby.







Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.