Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, June 23, 2010

Cuci Jangan Tak Cuci


Cuci jangan tak cuci..Apa yang hendak dicuci? Baju yang kotor menyebabkan tuannya dipandang pengotor dan disisihkan, bahkan tuan punya badan pun tidak selesa dengan keadaan itu..Pinggan yang kotor yang tidak dicuci mengakibatkan kulat datang bertandang lalat bertelur bahkan juadah tidak dapat disajikan kerana bekas untuk menyaji makanan sudah begitu kotor.Aduh busuknya dan tidak boleh menyantap makanan dengan baik. Begitu juga rumah yang kotor ala-ala rumah usang yang berhantu sudah tentu digeruni dan bayak lagi tafsiran kesan kekotoran yang langsung tidak dapat dimanfaatkan oleh orang sekeliling mahupun tuan punya badan.

Ini baru kekotoran zahir atau fizikal yang kaku dan tidak bernyawa yang nampak di mata kasar,bagaimana pula manusia yang bernyawa dan punya jasad yang zahir dan kaku ini? sudah tentunya yang menggerakkan nyawa kepada jasad yang kaku ini ialah roh yang mempunyai hati sebagai pusat kehidupan yang menentukan tindak tanduk baik atau buruk jasad yang bergelar khalifah. Keladak dan kotornya hati ini menatijahkan sifat sombong,bongkak,dengki dan busuk hati, memfitnah, mengumpat, melobi, rasuah, bermuka-muka, gila dunia dan harta,tak boleh dinasihati, sukar menerima pandangan orang dan seribu satu lagi sifat kontra kepada sifat khalifah yang menyebabkan insan ini tidak boleh dimanfaatkan oleh masyarakat sekeliling bahkan dirinya sendiri bak pinggan, baju dan rumah yang kotor tadi.

Nabi SAW bersabda:-

ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب
( رواه البخاري ومسلم)

"Ketahuilah sesungguhnya pada sesebuah jasad itu ada seketul daging jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosak jualah keseluruhan jasad.Ketahuilah ia adalah hati"

Perlu diketahui sesuatu tindak tanduk kita samada baik apatah lagi buruk ada implikasi hukum disebaliknya,bahkan adanya undang-undang dan sunnatullah yang perlu diikuti. Maka dalam Islam syariat sebagai ”sign board” untuk menentukan sesuatu arah tuju betul ataupun tidak betul walaupun ”sign board” itu seolah olah jauh untuk sampai ke destinasi tetapi pastinya ia tepat.Tetapi jika tidak mengikut ”sign board” walaupun destinasi nampak hampir tetapi pasti sesat dan tidak sampai arah tujunya. Demikianlah perlakuan dan tindak tanduk kita, tanya pada diri kita dahulu sebelum melakukan sesuatu..Adakah tindakan aku ini melanggar syariat? Berdosa?salah?haram?menyus
ahkan orang?melanggar undang undang?!

Ini diajar oleh nabi SAW dalam sebuah hadisnya

البر حسن الخلق والاثم ما حاك في نفسك وكرهت أن يطّلع عليه الناس (رواه مسلم)

"Kebaikan dan pahala itu ialah cantik akhlak manakala keburukan dan dosa itu ialah sesuatu yang tidak tenang pada hatimu dan kamu membenci manusia melihatnya"

Perkara HARAM lebih perlu didahului dalam menilai sesuatu kemudian barulah WAJIB. Ini kerana kedua duanya adalah tuntutan yang putus dan pasti cuma yang bezanya ialah HARAM tuntutan untuk menahan daripada melakukan manakala WAJIB pula tuntutan untuk membuat. Ini kerana mudharat daripada perkara HARAM lebih teruk kesannya berbanding meninggalkan perkara yang WAJIB. Ini juga bermakna bukanlah meringan-ringankan perkara yang WAJIB sama sekali, tidak dan tidak.

Diterangkan lagi bagaimana nabi SAW bersabda :

تكن أعبد الناس ( الترمذي ) المحارم اتق

"Takutlah kamu kepada perkara-perkara haram kamu akan jadi manusia yang paling A’bid"

Ini dikuatkan lagi dengan kalam Abdullah ibn Umar yang menegaskan menolak 1/6 dirham perak yang haram lebih utama berbanding 100 ribu kamu bersedekah di jalan Allah. Bahkan kaedah feqah menyebut menolak kerosakkan lebih diutamakan berbanding mendapat kebaikan dan kemaslahatan. Justeru seorang yang solat 5 waktu tetapi berzina, berpuasa Ramadhan tetapi mengambil riba dan seumpamanya amat kena dengan situasi yang dimaksudkan tadi.

Itulah jua sebabnya mungkin ketika berlaku perjanjian Aqabah 1 isinya hanya berkisar kepada peninggalan benda-benda yang haram berbanding suruhan ibadah-ibadah tertentu iaitu ”jangan meyekutukan Allah dengan sesuatu, jangan mencuri, jangan berzina, jangan membunuh anak kamu, jangan mendatangi perkara-perkara yang keji di depanmu, dan jangan mengingkariku dalam perkara yang makruf”, kata nabi SAW.

Maka setiap sesuatu perbuatan yang hendak dilakukan mesti mengambil kira pertimbangan-pertimbangan yang disebutkan di atas tadi sebelum ianya dilakukan. Paling tidak pun jika kita jahil dan tidak tahu tentang hukum hakam tanyalah hati dan iman kita adakah perbuatan aku ini baik pada moralnya dan dipandang molek oleh manusia? kalau jawapannya tidak molek maka hentikanlah serta merta, inilah yang diajar oleh junjungan besar kita SAW.

Jangan pula asyik sibuk berderma,berkebajikan membuat amalan-amalan soleh, dalam masa yang sama segala macam kemungkaran berjalan lancar juga. Orang sebegini tetap dipandang hina,kerana mengikut pengamatan para ulamak terhadap kehendak syarak dan kefahaman sahabat-sahabat nabi SAW bahawa asal kepada ibadah adalah menjauhi apa yang Allah haramkan. Cuci jangan tak cuci perangai mazmumahmu.

Apa persepsi awal anda tentang mereka? Rasulullah SAW, Bill Gates, Tun Mahathir, Tok Guru Nik Abd Aziz, Datuk Lee Chong Wei, Bangsa Jepun, Cina dan Inggeris?..

Rasulullah SAW tentunya kita terbayang kepimpinan yang hebat yang melahirkan generasi yang digelar ’sebaik ummah’, Bill Gates dengan keazaman yang tinggi dalam mencapai matlamat bidang komputer dan perisiannya, Tun Mahathir dengan semangat dan disiplin kerja yang kuat, Tok Guru dengan kepimpinan melalui teladannya, Datuk Lee Chong Wei dengan semangat memperbaiki kesilapan lampaunya dan taat pada jurulatihnya, Bangsa Jepun yang terkenal dengan ketepatan waktu dan memandang sesuatu dengan positif, Bangsa Cina yang gigih bekerja dan Inggeris, yang bersih dan berjiwa besar dan sebagainya yang melambangkan sifat-sifat positif yang bertitik tolak dari kuasa dalaman roh dan hati yang bersih lagi kuat.

Bagaimana pula pula persepsi awal anda kepada Mona Fendi, Bangsa Melayu, Arab, Israel Zionis?! Tentunya persepsi yang negatif; Mona Fendi yang zalim dan menakutkan, Melayu yang pendengki dan malas, Arab yang suka bertelagah dan sombong, Israel Zionis yang ganas dan tidak berperi kemanusiaan.. yang disimbolkan dengan sifat-sifat negatif.

Bukanlah tujuan saya untuk menonjolkan sifat buruk ini tetapi bak kata Huzaifah ibn Yaman yang bertanyakan Rasulullah SAW tentang kejahatan saat sahabat lain bertanyakan tentang kebaikan belaka dengan alasan Huzaifah “takut ianya terjadi dan terlekat kepada diriku” disambut baik oleh Rasulullah dengan sabda hadisnya yang panjang mengenai kebaikan dan keburukkan. Jelas bahawa sifat positif di sini boleh membawa perubahan besar kepada diri, masyarakat, negara bahkan dunia dan begitu juga dengan sifat negatif yang membawa kesan sebaliknya.

Bila pula sifat-sifat negatif ni datang? Macammana pula ia datang? Makin tidak selesa dan tidak senang duduk dibuatnya. Bila Rasulullah dianggap Arab Mekah Jahiliyyah sebagai gilakan jawatan maka mereka mula membuat pelbagai onar kepada baginda dan sahabat-sahabatnya demi menjaga status dan takhta pengaruh mereka, bila mana si miskin yang akhirnya kaya lupakan asal-usulnya yang bertindak menghina memaki orang yang di bawah statusnya, bilamana si dia dapat pujian, anugerah dan sedikit kesenangan ada sahaja mulut yang mula mengorek segala kelemahan manusia yang kalau dicari pastinya ada lantas akhirnya menjatuhkan rakan sepasukannya..”biarlah kita sama tak dapat asalkan kau jangan lebih dari aku”.

Bilamana kumpulan ajaran sesat yang mahukan orang mengangkatnya dan memujanya sehingga melanggar segala syariat. Semuanya ini dapat disimpulkan daripada ت yang pertama iaitu takhta, maka ianya satu bentuk ujian besar yang mudah untuk disebut tetapi tak mudah untuk dielak. Bilamana pengaruh ت kedua menguasai dan menghantui diri iaitu wanita, segalanya diusahakan untuk memenanginya, sanggup menipu, berbelanja besar, yang negatif nampak elok, bahkan ada yang lupa dan mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak dan tidak kurang yang sampai bergolok gadai dan bermusuhan serta berbunuhan semata-mata kerana ت yang kedua ini.

Ini lebih parah lagi jika diuji dengan ت yang ketiga iaitu harta ketamakan haloba yang merakamkan pelbagai karenah birokrasi dalam pengurusan. Dari orang kampung yang papa hinggalah kepada mereka yang kaya dan berharta, amalan rasuah menjadi makan minum mereka demi mengejar dunia. Lantaran itu datang sifat tamak, dengki dan iri hati yang akhirnya menjadikan jin dan syaitan sebagai penolong untuk memusnahkan kebahagiaan orang lain.

Justeru bertaqwalah kita pada ujian dari tiga ت ini.. takhta, wanita dan harta yang melingkungi dunia ini supaya ianya bukan sebagai perosak diri dan masyarakat bahkan sebagai jambatan kita ke akhirat

Allah berfirman di dalam Surah Ali-Imran ayat 14:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

Berapa kerap pula penyakit hati ini berlaku ye..? Sungguh kerap dan banyak kerana ianya telah membudaya dan menular seperti virus di depan mata dan di sekeliling kita. Umpamanya sepanjang hayat, kita memanggil binatang yang berbelang-belang di hutan, dari kumpulan karnivor dan lagi ganas sifatnya itu sebagai harimau, tiba-tiba namanya ditukar kepada unta, sudah tentu sukar untuk mengubahnya bukan..? Budaya dan sifat negatif ini umpama harimau yang sudah membudaya istilah ’harimau’nya sebagai binatang karnivor tadi, yang mana tidak mungkin dan mudah untuk dipanggil unta.

Begitulah juga dengan sifat mahmudah (baik) itu umpama istilah harimau yang hendak ditukarkan kepada unta, pastinya sukar. Lantaran itu istiqamah yang terbit dari diri orang mukmin itu yang mampu membawanya menongkah arus zaman yang mencabar ini kerana diibaratkan orang yang membawa perkara kebaikan di zaman fitnah ini seperti menggenggam bara api. Istiqamah dalam perkara kebaikan bukanlah satu anugerah tetapi ianya perlu diusahakan seperti Nabi SAW yang beruban rambutnya semenjak turun ayat dalam surah Hud yang memerintahkan baginda “beristiqamahlah kamu seperti yang diperintahkan.”

Firman Allah lagi dalam surah Hud ayat 112:

"oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan."

Untuk menggarap apa yang diertikan sebagai istiqamah tadi, nabi berusaha sehinggakan kerisauan nabi dalam memenuhi tuntutan ini mengakibatkan rambutnya beruban.Walaupun golongan yang mencapai istiqamah ini sedikit dan dagang tetapi tidak mahukah kita dan tidak berbanggakah kita apabila Nabi SAW menjamin: “beruntunglah bagi orang yang dagang dan pelik ini”?

Tak seronokkah kita jika hati yang istiqamah tadi tenang dan bahagia? Aman dan damai? Berapa ramai yang sanggup meninggalkan keselesaan hidup hanyasanya hati yang tidak tenteram? Di manakah letaknya kebahagiaan sesebuah keluarga dan rumahtangga tanpa paduan hati yang bersih dan jernih ini? Bukankah amannya masyarakat bilamana yang kecil melihat yang tua sebagai orang yang lebih baik dari sudut amal ibadatnya, manakala yang tua pula melihat yang muda sebagai insan yang bersih dan kurang perlakuan maksiatnya? Jatuh bangunnya sesebuah organisasi bukankah bertitik tolak dari sikap kerjasama, toleransi, hormat-menghormati, terus terang, muhasabah diri? Tidak harmonikah negara apabila kadar jenayahnya sifar, tiada pergaduhan kaum dan parti, kekayaan dan kepayahan dikongsi bersama, adil, cekap dan berkebajikan? Bahkan Allah hanya akan menerima hati yang sejahtera dan bersih sahaja pada hari kiamat kelak untuk bertemu denganNya sepertimana firman Allah SWT dalam surah Asy-Syua'ara ayat 88-89:

"Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)"

Apa pula yang akan berlaku sekiranya hati yang kotor dan jijik itu bertakhta di dalam diri, rumahtangga, organisasi, masyarakat dan negara bahkan dunia? Sudah pastinya wujud ramai individu yang sombong, tamak-haloba , dengki dan iri hati, perogol, penzina, penipu, pengkhianat, pemecah-belah, kezaliman dan kemusnahan di sana sini dan banyak lagi. Nikmat kebahagiaan dan ketenangan kian sirna tetapi sentiasa diselubungi ketakutan, prasangka buruk, kebejatan dan kebobrokan.

Cuci jangan tak cuci.. Bagaimanakah pula cara menyuci hati dan sikap jelek dari hati yang rosak ini? Mana pula penawar dan ubatnya? Bolehkah ianya didapati di farmasi atau bengkel-bengkel membaiki kenderaan? Sudah tentu tidak!! Kerana sifat fizikal hati itu tidak boleh nampak dan tidak boleh dipegang sama seperti sifat manusia, begitulah juga perihal ubatnya. Ia bersifat maknawi dan bukannya material dan akan subur dan sihat dengan ubat yang sesuai dan serasi dengannya. Oleh itu, ubat pertama yang paling mujarab ialah dengan membaca al-quran yang merupakan sebaik-baik perkataan dan kalam, sebagai pembela di akhirat kelak bagi yang membacanya dan sebagai cahaya yang akan menerangi kuburnya kerana sepanjang hidupnya di dunia disuburkan dengan ‛nur’ Al-Quran.

Persoalannya berapa ramaikah dikalangan kita yang menjadikan Al-Quran itu sebagai zikir hariannya selain bacaan di dalam solat? Berapa ramaikah yang dapat membacanya dengan baik, berapa ramai pula yang meluangkan masa untuk mentadabbur dan memahaminya sebelum diamalkan isi kandungannnya? Atau ia hanya sekadar menghiasi dinding rumah dan almari perhiasan dan akan dibaca setahun sekali menjelang Ramadhan sehinggakan ianya umpama ’suci dalam debu’ dan tidak ubah seperti mushaf Quran yang dimuziumkan.

Ubat kedua ialah solat malam sebagaimana kata-kata Saidina Umar R.A dalam ucapannya yang beliau tidak mahu hidup di dunia ini kalau tidak ada 3 perkara ini: salah satunya ialah solat malam/ qiammullail. Begitu juga Rasulullah S.A.W yang maksum, yang diampunkan dosanya terdahulu dan terkemudian melakukan solat malam secara istiqamah semenjak turunnya surah al-Muzammil hingga ke akhir hayatnya bahkan kedua kaki baginda bengkak dan pecah dek lamanya berdiri untuk solat malam. Siapa pula kita jika dibandingkan dengan Rasulullah dan para sahabat? Malam kita lena diulit mimpi bahkan kewajipan solat fajar pun dihujung waktu?

Apabila sakit menjadi parah, antibiotik diberikan untuk menguatkan antibodi badan. Antibiotik bagi hati pula adalah puasa. Ubat ketiga ini amat mujarab melemahkan nafsu syahwat dan kehendak dunia yang membara. Baginda S.A.W berpesan supaya umatnya mengamalkan puasa sunat 3 hari dalam sebulan, begitu juga puasa Isnin dan Khamis. Kerana ia amat efektif untuk kelenturan hati dan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan.

Ubat ampuh yang keempat ialah melazimi orang-orang soleh yang diibaratkan dalam hadis sebagai pemilik kedai minyak wangi yang wanginya akan terpalit juga walaupun hanya mendatanginya tanpa memakainya. Kawan memberi pengaruh besar dalam kehidupan kita. Baik atau buruknya kita bergantung dengan siapa kita berkawan. Jadi, siapa kawan atau lawan di sekeliling kita? Adakah mereka itu yang membicarakan bagaimana menambah kemewahan dunia dan hidup yang fana semata-mata? Perbualan yang berkisar cerita-cerita lucah yang melibatkan wanita atau hanya gelak tawa yang hanya menggelapkan hati dan boleh mematikan hati?

Manakala ubat yang keempat adalah zikrullah terutamanya bila dilakukan di malam hari ketika mana orang lain nyenyak tidur atau sedang berseronok dengan dunia. Tersebut satu cerita ketika mana Nabi SAW keluar tandas, baginda menyebut: ” keampunan dariMu ya Allah ku pohon”. Sahabat baginda bertanya “Kenapa Kau memohon ampun setelah keluar dari tandas?” Lantas baginda membalas : “ kerana waktu beberapa ketika di dalam tandas itu aku tidak boleh berzikir kepada Tuhanku” Begitulah hati akan hidup dan subur dengan zikrullah dan ia mati tanpanya.

Dapat disimpulkan bahawa hati juga perlukan ubat sebagai penawar dan pencuci berkuasa yang mampu menyahkan kekotoran hati yang boleh merosakkan dunia. Justeru, keempat-empat ubat yang diajarkan Rasul kepada kita ini amat mujarab diamalkan bagi mengekalkan kesuburan dan kualitinya. Rentetan itu, saya agak kurang senang apabila program-program pembangunan modal insan yang mengutamakan ubat-ubat ini dipandang sepi dan dipinggirkan berbanding program-program material yang menjadi agenda utama seperti mencantikkan sesebuah kawasan, bersukan, tuisyen yang bermatlamatkan skor A dalam semua matapelajaran, seminar menambah pendapatan segera dan seumpamanya.

Bayangkan jika modal insan ini diacu dengan acuan rabbani, pastinya dengan izin Allah kesemua perkara yang manusia sibuk dengannya yang saya utarakan tadi dapat diselesaikan dan digarap dengan cemerlang. Malah gejala sosial di Malaysia yang membelenggu kita dewasa ini yang tiada noktahnya dapat diselesaikan dengan santapan rabbani yang perlu diperkasakan diseluruh peringkat dan usia,malah sekolah cantik dengan tiadanya vandalisme,semangat untuk memperolehi A dalam matapelajaran tinggi tanpa perlu didesak untuk ke tuisyen,rajin berusaha memajukan diri sendiri dan negara kerana modal insan ini dibentuk dengan acuan yang betul tadi.

Kesimpulannya sikap yang baik dan positif bermula dari hati yang bersih, berlandaskan keimanan yang soheh merupakan kunci kekuatan ummah . Jika anda seorang bos yang menilai pekerja yang bermasalah, apakah faktor utama yang membuatkan anda mahu memecatnya? Adakah kerana kelulusannya? Mustahil kerana dia memang layak dari sudut kelulusannya. Adakah kerana kemahirannya? Mungkin juga tetapi ianya juga agak mustahil kerana sebelum ia masuk kerja telah dipastikan kemahiran yang boleh dicurahkan kepada organisasi dan ia mampu melakukannya.Tetapi faktor tak dengar cakap bos, ponteng kerja, rasuah, melawan dan pecah amanah boleh menjadi kayu ukurnya kerana ia berpunca dari sikap buruk yang terbentuk dari hati yang kotor.

Lalu formula ini akan membuktikan tingginya markah seseorang jika diukur dari sudut sikapnya dan bukan pengetahuannya atau kemahirannya dalam sesebuah temuduga yang berskala 1 hingga 10 pada setiap item iaitu ( Pengetahuan + Kemahiran ) x Sikap,atau ringkasnya ( P + K ) x S..

Jadi, apa tunggu lagi.. cuci jangan tak cuci...hati yang bersih dalam sesuatu jasad maka baiklah keseluruhan tindakannya tapi kalau jahat maka jahatlah keseluruhan tindakannya.

Selamat bermuhasabah!

Sumber :Ustaz Zamri


Kelebihan Hari Jumaat


Sungguhpun hari ini bukan Jumaat, tapi aku terpanggil utk memasukkan entri tentang Hari Jumaat sebagai salah satu cabang ilmu yang sama2 kita boleh hayati bersama.

Hari Jumaat dianggap sebagai hari raya mingguan dalam Islam. Ia adalah hari penghulu segala hari. Dan setiap minggu pasti kita akan bertemu dengan Hari Jumaat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari berkenaan ialah hari Jumaat.

Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu juga ia dimasukkan dalam syurga, dan pada hari itu juga ia dikeluarkan darinya.

Nama lain bagi hari berkenaan ialah yaumul `l-mazid (hari pemberian tambahan), kerana pada hari tersebut Allah akan memberi rahmat yang banyak kepada hamba-Nya. Segala permohonan yang diminta akan dikabulkan andainya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan “waktu mustajab.”

Waktu mustajab ini tidak mempunyai ketentuan khusus. Dijadikan demikian bertujuan agar setiap hamba itu sentiasa beribadah dan berdoa kepada Allah dalam usaha mencari waktu berkenaan, yang terangkum pada hari Jumaat tadi.

Mengenai waktu mustajab ini Baginda s.a.w. ada bersabda: Malaikat Jibrail r.a., telah datang kepadaku, sedangkan di tapak tangannya ada satu cermin putih. Ia berkata: Ini adalah hari Jumaat, yang telah disediakan untukmu oleh Tuhanmu, untuk menjadi satu hari raya bagimu dan umatmu selepas kau. Di tengah-tengah cermin ini ada satu titik. Aku (Muhammad) bertanya: Titik apakah ini? Ia menjawab: Ia adalah satu saat daripada dua puluh empat jam, barang siapa berdoa kepada Allah taala pada saat itu, nescaya Allah s.w.t. memperkenankan permohonannya. Ia (Jumaat) adalah penghulu semua hari.

Mengenai kemustajaban doa orang yang memohon, yang menepati waktu mustajab ini, Baginda s.a.w. ada bersabda seperti yang tersebut dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah: Pada hari Jumaat itu ada satu saat yang apabila bertepatan dengan seorang Islam ketika ia sedang sembahyang, memohon sesuatu kepada Allah s.w.t., nescaya Allah s.w.t. akan memperkenankannya. Sambil ia mengisyaratkan dengan tangannya, menunjukkan sedikitnya waktu yang dimaksudkan itu.

Biarpun telah dijelaskan tentang tidak adanya ketetapan masa khusus bagi waktu mustajab menurut kebanyakan ulama, namun terdapat pendapat ulama yang berbeza mengenainya.
Dalam sebuah hadis daripada Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a. beliau telah berkata bahawa Abdullah bin Umar r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa waktu mustajab berkenaan ialah antara duduknya iman di atas mimbar sehinggalah sembahyang sempurna dilakukan.

Terdapat hadis lain menyatakan bahawa Baginda s.a.w. ada menjelaskan bahawa waktu tersebut ialah selepas waktu asar pada hari berkenaan. Barang siapa berdoa dan menepati waktu tersebut, maka Allah akan memperkenankan permohonan berkenaan.

Dalam sebuah hadis daripada Abi Salamah bin Abdul Rahman, beliau berkata, ada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. duduk berkumpul, lalu mereka membincangkan waktu mustajab yang terdapat pada hari Jumaat. Mereka kemudian pergi setelah menetapkan bahawa saat itu ialah pada akhir waktu hari Jumaat.

Jelasnya, penghulu segala hari dalam seminggu ialah hari Jumaat. Sebagai seorang hamba Allah yang ingin bertakarub, menghampirkan diri kepada Allah, dan melakukan sesuatu yang terbaik, seseorang itu perlu mengambil peluang dengan kehadiran hari yang mempunyai banyak fadilat, yang didatangkan sekali dalam seminggu dengan beribadah agar kehadiran manusia di muka bumi ini bertepatan dengan firman Allah (az-Zariyat:56), iaitu untuk beribadah kepadanya.
Setiap hari Jumaat, Allah s.w.t. mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah s.w.t. mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat, Allah taala mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat. Allah berfirman: Wahai malaikatKu, demi kemuliaan dan kebesaranKu, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka tidak berdosa sedikitpun.

Kebesaran hari Jumaat bukan hanya dimaklumi oleh manusia atau malaikat, tetapi semua makhluk Allah, termasuk kejadian lain seperti bumi, langit, angin dan lain-lain lagi. Kesemuanya memohon belas kasihan kepada Allah pada hari berkenaan.

Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Itulah hari yang teragung di sisi Allah taala, dan ia adalah lebih besar daripada hari raya fitrah dan korban. Pada hari itu terjadi lima peristiwa: Allah ciptakan Adam a.s. Allah turunkan Nabi Adam a.s. ke bumi. Pada hari tersebut Allah mematikan Nabi Adam, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hambapun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

Di antara amalan yang perlu dilakukan pada hari berkenaan ialah:
* Memperbanyakkan istighfar. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan bahawa barang siapa banyak beristighfar, Allah akan beri jalan keluar pada setiap masalah yang dihadapi, akan digembirakan andainya mengalami dukacita, dan akan diberi rezeki yang banyak.
* Memperbanyakkan selawat. Berselawat bererti berdoa, iaitu memohon berkat dan rahmat. Selawat daripada Allah s.w.t. bererti rahmat dan keberkatan. Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan serta meletakkan diri baginda lebih hampir kepada-Nya.

Selawat manusia ke atas Rasul s.a.w. bererti pengakuan tentang kerasulannya, juga permohonan kepada Allah agar Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan, iaitu memuliakan agama yang dibawa, serta melahirkan kemuliaannya terhadap kemuliaan nabi-nabi yang lain.

Tersebut dalam hadis-hadis tentang kelebihan berselawat, di antaranya ialah mendapat rahmat Allah. Menghampirkan diri kepada Allah. Memperoleh hubungan rapat dengan nabi.
Seseorang yang berselawat dan memberi salam, selawat dan salam itu akan sampai kepada Nabi s.a.w. Allah memberi pahala dengan berlipat ganda kepada orang yang berselawat pada hari Jumaat.

Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan: Bahawa barang siapa berselawat untukku sekali, nescaya Allah s.w.t. berselawat untuknya sepuluh kali.
Rasulullah s.a.w. menyuruh agar setiap orang memperbanyakkan selawat kerana selawat itu akan menjadi cahaya bagi orang yang berkenaan pada hari kiamat kelak.
Barang siapa berselawat ke atas nabi pada waktu pagi sepuluh kali, dan petang sepuluh kali, maka dia akan mendapat syafaat s.a.w. pada hari kiamat kelak.
Setiap doa yang dipohon hendaklah disertakan dengan selawat. Doa seorang hamba itu terawang-awang di antara langit dan bumi, tidak berganjak sedikitpun sehinggalah seseorang itu berselawat ke atas nabi.

Rasulullah s.a.w. menggesa agar setiap orang itu memperbanyak selawat pada hari Jumaat. Pada hari kiamat nanti, semua amalan baik dan jahat akan diperlihatkan. Setiap selawat yang dituturkan akan diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w.

Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang berselawat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan: Siapa berselawat ke atasku pada hari Jumaat lapan puluh kali, diampunkan baginya dosa-dosa selama lapan puluh tahun.

Amalan lain yang perlu dilakukan ialah membaca al-Quran. Sebaik-baik ibadah ialah orang yang membaca al-Quran dan mengajarnya.
Dalam sebuah hadis dijelaskan Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan: Barang siapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka memancarlah cahaya dari bawah tapak kakinya hingga ke puncak langit. Cahaya itu terus menyinarinya pada hari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat.
Menurut sebuah hadis lain. Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa membaca surah al-Kahf di malam Jumaat dan di siang Jumaat, Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya hinggalah ke Jumaat berikutnya, dan memohon kesejahteraan baginya tujuh puluh ribu malaikat sehingga pagi, dan ia terpelihara daripada penyakit sopak, kusta dan fitnah dajal.


Sebuah kisah Cinta Sejati


Sekian ratus tahun yang lalu...

Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya... seorang isteri tengah menunggu kepulangan suaminya. Tak biasanya sang suami pulang larut malam. Sang isteri bingung.... hari sudah larut dan ...ia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tak terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu... namun, rasa mengantuk semakin menjadi-jadi dan sang suami tercinta belum juga pulang.

Tak berapa lama kemudian....seorang laki-laki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana. Laki-laki ini adalah suami sang isteri tersebut. Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasanya, kelelahan dan penat sangat terasa. Namun, ketika akan mengetuk pintu... terfikir olehnya sang isteri yang tengah terlelap tidur.... ah, sungguh ia tak ingin membangunkannya. Tanpa berfikir panjang, ia tak jadi mengetuk pintu dan seketika itu juga ia membentang serbannya di depan pintu dan berbaring diatasnya. Dengan kelembutan hati yang tak ingin membangunkan isteri terkasihnya, sang suami lebih memilih untuk tidur di luar rumah.. di depan pintu... dengan udara malam yang dingin melilit... hanya beralaskan selembar serban tipis. Penat dan lelah beraktifitas seharian, dingin malam yang menggigit tulang ia hadapi.. kerana tak ingin membangunkan isetri tercinta. Subhanallah...

Dan ternyata, di dalam rumah.. persis di balik pintu tempat sang suami membentang serban dan berbaring diatasnya....sang isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar sang isteri di balik pintu. Tak terlintas sedikitpun di dalam fikirannya hendak berbaring di tempat tidur, sementara suaminya masih juga belum pulang. Namun, kerana khuatir rasa ngantuknya tak tertahan dan tidak mendengar ketukan pintu sang suami ketika pulang, ia memutuskan untuk menunggu sang suami di depan pintu dari dalam rumahnya. Malam itu... tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana... kerana kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.... sang isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada sang suami dan sang suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada sang isteri. Nun jauh di langit....ratusan ribu malaikat pun bertasbih....menyaksikan kedua sejoli tersebut...
SUBHANALLAH WABIHAMDIH
betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona...saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati...

Tahukah Anda... siapa mereka..?
Sang suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW dan Sang isteri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq. Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri dambaan dan merekalah pemimpin para manusia, laki-laki dan perempuan di dunia dan akhirat.
Semoga rahmat ALLAH senantiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam syurgaNYA kelak. Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah untuk bisa meneladani kedua manusia mulia tersebut. Amiin...amiin ya rabbal'alamiin....


Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi


BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi. Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah:" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu." Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia." Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah". 4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera:
3. Mata alat penglihatan
4. Hidung alat penciuman
5. Telinga alat pendengaran
6. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
7. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dansebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itubahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah.

Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" . Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT)


Motivasi kerja


‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’.


Bersahabat Biar Ada Makna


Sifat-sifat memilih sahabat. Alqamah berpesan kepada puteranya."Wahai anakku, kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.


4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadannya, ia akan menerima dengan baik.


5. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu, ia akan menutupnya.


6. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

7. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanya kesusahanmu.


8. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.


9. Jika engkau berkata kepadanya, ia akan membenarkannya.


10. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.


11. Jika engkau berdua berselisihan faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Kesimpulannya: Jika kamu merasakan cukup perkara diatas pada seseorang kenalan kamu,maka pilihlah ia. Kerana ia merupakan sahabat yang akan membantu menuju jalan hakiki." Insya ALLAH....

Titipan dari sahabat bernama Nashaizzan :
Bersahabat biar ada makna,
bersahabat bkn kerana suka2,

saling nasihat antara kita,

saling bertanya khabar dan berita.


Bila tiba hari bermakna,
hari lahir atau apa sahaja,
berilah walau sedikit ucapan cuma,

itu sudah membuat sahabat rasa gembira,

di fb sudah tertera,

hari ini hari jadi siapa,

hulurkan saja ucapan kepadanya,

barulah persaudaraan ada maknanya.

tdk guna menghimpun rakan,
kalau tdk pernah berkenalan,

ilmu yg dikirim jadikan tauladan,
barulah hbb berkekalan.


segala ilmu jadikan perkongsian

ilmu yg baik menjadi ikutan
harapnya hubungan boleh didekatkan

didekatkan dgn satu tujuan

iaitu kerana Allah kita berkawan

kalau ada rakan yg boleh mendatangkan implikasi,

jauhkan diri usah diambil hati,
moga kesedaran timbul di dalam diri,
selalu cermin diri suluh peribadi.


ada org jadikan fb tempat meluah rasa
rasa sedih,
geram,duka dan gembira

kalau boleh biarlah berpada-pada
maruah diri sama-sama dijaga.....

seloka pantun penghibur hati

mudah-mudahan menjadi penyeri
maaf dipinta sebelum mengundur diri
jika terasa mohon dimaafi.


Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal



Mak...
Terlalu bosan rasa duduk membilang hari...
Dah hampir sebelas tahun mak pergi
Tapi rasanya macam baru semalam mak peluk kiter
sejuk syahdu masih terasa lagi nih

Mak tau tak...
Itulah kali pertama mak peluk anak mak yang nakal nih sejak kiter dewasa...
dan itulah juga kali terakhirnya
Ermmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh
nak tinggalkan anak2 mak...nak tinggalkan dunia fana nih

Mak macam dah sedia...
seminggu sebelum tuh
mak dah anyam tikar mengkuang 3 helai
akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih
kakak pun hairan juga
sebab mak tak pernah buat gitu

Pastu mak pasang radio kecik di sebelah mak
tapi...mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam
sekejap2 siaran indonesia...
mak terus tekun menganyam
rupanya tikar yang telah mak siapkan tu digunakan untuk mengiringi mak ke kuburan

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2
mak jemur karpet2
mak ubahkan sofa ke tempat lain
mak biarkan ruang tu kosong
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan

Paling menarik sekali mak bagitau kat mana sumer duit dan barang kemas mak
ada kat dalam almari...
ada kat dalam beg...
ada dalam ASB...
ada kat dalam Tabung Haji...
mak cakap tak cukup lagi...
ada kat dalam gulungan tikar

Masa tu mak perasan takkk...??
kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulungan tikar
kiter kata mak nih memang pesen lama laaa...
mak cuma gelak jerrr
ermmmmm...bahagianya saat ituu

Mak...
Hari tu hari Sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut
bila malam tu kiter sampai dari KL, mak dah dalam kesakitan
Akak dan abang kat kampung sumer dah pujuk
tapi...mak tetap tak mau pi hospital
dan cuma tinggal giliran kiter ajer yang belum pujuk

Mak kata mak tak mau duduk hospital
tapi kiter berkeras jugak pujuk
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak...
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer

Mak tetap tak bersetuju
mak memang degil
tak salah, anak mak yang sorang nih pun mengikut perangai mak tu
tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital

Mak...
ampunkan kami semua
kami nak mak sihat
kami sayang mak
kami tak mau mak sakit
kami terpaksa hantar juga mak ke hospital
ampunkan kami yer mak

Mak...
Malam tuh abang bawa mak ke hospital
dan itulah kali pertama dan terakhir mak naik kete kiter
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak bila kiter kata kiter nak beli kete
Mak asyik tanya jer
cukup ker duit
kiter jawab pula, kalau tak cukup...mak kan banyak duit
mak gelak jerrr

Lepas tuh bila kete kiter sampai
mak buat kenduri kesyukuran
dan kiter masih ingat lagi
bila kiter eksiden, terlanggar Ah Chong naik moto
punye lah kiter takut
kiter warning kakak jangan sesekali bagitau kat mak
bila balik saja kampung, kiter cepat2 simpan kete dalam garaj
tapi mak perasan juga bumper depan kemek
mak tanya, kenapa...??
selamba jer kiter jawab, terlanggar pokok bunga...

Mak...
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau
maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tahu hal sebenar
mak, kiter menipu mak
ampunkan kiter mak...

Mak...
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
bila tiba ajer kat hospital
Nurse tengah balut mak dengan kain putih
mesti mak nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital
mesti mak nampak abang cium dahi mak
mesti mak nampak akak baca doa untuk mak
mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut hospital tu
mesti mak nampak semua tu kan...kan...kan...

Mak tahu tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20, kiter memandu dalam keadaan separuh sedar
adik ada kat sebelah diam melayan perasaan
kenangan bersama mak berputar dalam kepala nie
jalan di depan terasa makin kelam
airmata dah tak mampu ditahan
masa tu seandainya apa2 terjadi di jalan tu...kiter rela
namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga
disebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lengang...kosong...sekoson
g hati ini
sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
terasa sayu, syahdu...dinginnn...

Mak...
kiter masih ingat lagi
kiter baca quran kat tepi mak, temankan mak
jam 11 pagi mak dimandikan
anak2 mak yang pangku masa mak dimandikan
mak mesti rasa betapa lembutnya kami menggosok seluruh tubuh mak
kiter gosok kaki mak perlahan2
mak perasan tak...??
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata, "dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis yer"
Bila makcik tu kata gitu
lagi laaa laju airmata ni
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak

Mak...
Sampai takat ni surat kiter tulis
kiter nangis nih
nie dalam bilik...baru pukul 4 pagi
takde orang yang bangun lagi
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh", kiter sedih
kiter rindu kat mak!
takpe lar...nanti bila kiter selesai solat subuh
kiter baca yassin untuk mak
mak tunggu yer...

Mak...
sebelum muka mak ditutup selamanya
semua anak2 mak mengelilingi mak
menatap wajah mak buat kali terakhir
semua orang kata wajah mak seolah2 senyum saja
mak rasa tak...
masa tu kiter sentuh dahi mak
kiter rasa sejukkkk sangat dahi mak
kiter tak mampu nak cium mak
kiter tak daya
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar
airmata kiter tak boleh tahan
mak mesti ingatkan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak
tapi kiter suruh tok imam bacakan doa sebab kiter sebak

Jam 12 tengahari, mak diusung keluar dari rumah
akak pulak dah terkulai dalam pelukan makcik
badan akan terasa panas
makkk...anak mak yang sorang tu demam

Mak tauu...cuma kakak sorang jer anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan
Mak...hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi
begitu terasa kehilangan mak

Mak...
cukup lah sampai di sini dulu
Esok kiter nak tulis surat untuk ayah pulak
Mula2 kiter tak tahu nak hantar mana surat nih
pastu kawan kiter bagitahu, simpan jer wat kenangan
kiter cuma tahu alamat nih ajer
takpe yer mak
kiter kasi orang lain baca

Akhir kata untuk mak...
I Luv U so much
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah
sampai masuk universiti
sampai kiter boleh rasa naik kapal terbang
boleh rasa duduk negara orang
sampai akhir hayat mak, jasa mak masih tak mampu kiter balas

Yang Benar,
Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

sumber : Riza Saffiya's fb


Meruntun Hati - Diari Seorang Ibu



25 Mei 2009-
Today is my birthday...happy sangat sbb my husband awal2 pg dah
wish...kwn2 pejabat...along, imran my nierce...siap call kat opis tu
nyanyi2...ptg lepas opis hour...husband ajak pi pizza hut kat rawang..tp
aku rasa mcm jauh sangat..dia pun penat baru abis final exam...so kami mkn kat tg malim je..

26 Mei 2009 -
bangun pagi je...time nak mandi...aku tgk ada darah...mcm 1st day period...masyaAllah ...aku baru je masuk 32 miggu pregnant (8 months)...gelabah2 call along tp tak angkat...call my sister in law..(x nurse)..dia advice suruh pi hospital...check up..takut uri dok bwh...so aku bergegas ke klinik kesihatan... staff nurse scan...(dr.kursus masa tu katanya)...tak de pape...baby ok...uri dok atas...semua ok...diaorg tak leh detect...aku check pad....still ada darah...so aku ditolak ke Hospital slim river...so bermula le kisah aku berkampung di hospital...dan sejarah masa mengandungkan husna berulang lg...lg sekali aku naik ambulans...terus ditahan di labour room..merasa le di seluk..dikorek. ..papsmear. ..sakitnya hanya ALLAH yg mengetahui..

27 Mei 2009-

masih di tahan di wad...tp darah tak keluar lg...mak n bpk bergegas ke tg malim dari air port...diaorg baru je balik bercuti dari Indonesia ... ambik husna, bwk baik tg karang

28 Mei 2009-
aku dibenarkan keluar....baby aku ok...bledding dah tak de...cuma kena refer hospital untuk check up seterusnya oleh dr pakar...cuma dr bg pilihan sama ada aku nak operation or normal delivery...aku nak cuba normal...tp husbang aku prefer operation... tak sanggup tgk aku sakit
bersalin lama mcm masa bersalin Husna dulu

29 Mei 2009-
berehat di rumah....baru bgtau husband...still bledding...tp aku think positive..tak de pape kot...panas je bdn...ptg tu, balik tg karang jumpa Husna...rindu sangat kat dia

30 Mei 2009-
duduk rumah mak...lepak2. ..ptg tu bwk husna jln2...

31 Mei 2009-
still bledding...tp gagahkan diri berjln ke Tesco Kuala Selangor...untuk final shopping barang baby...beli tilam kekabu untuk baby...untuk dipadankan dgn katil baby yg aku beli dari B, still bledding...sakit2 dah kat ari2....tp gagahkan diri untuk berjln...ptg pkl 5 bertolak balik ke tg malim..masih sakit...lepas drop adik aku rizal kat komuter rawang...sakit masih menyucuk nyucuk...singgah klinik nabilah untuk scan....kepala baby dah masuk lubang...tu yg buat aku sakit2...balik rumah, mkn2...siapka brg untuk antar husna ke nursery....sakit kat ari2 merebak ke pinggang... ooo...ini dah lain mcm...aku bgtau husband, terus aku di bawa ke hospital...husna aku tinggalkan kat rumah pengasuh dia...dan bermula le...kisah aku....

1 June 2009-
aku disuntik ubt matangkan paru2 baby...kerana, baby aku baru berusia 33 minggu 4 hari..di suntik juga ubt penahan sakit...tak bg bersalin lg...rupanya, aku dah nak bersalin...dah buka 2 cm...dr cuba suntik ubt kat aku, tak nak bg bersalin lg...sakitye ALLAH je yg tahu...tp demi baby, aku tahan w'pun aku dah nangis2 masa disuntik tu...esok pg...constraction tak kerap sangat...so aku ditolak ke wad bersalin...menjelan g mlm..sakit tu dtg lg...makin kerap...n kerap...n kerap....nurse check...dah buka 4 cm...makin kerap sakit...di check lg dah buka 6 cm..terus di tolak semula ke labour room

2 June 2009-
sakit....makin sakit...n sakit....dah buka 10 cm...husband aku dtg menemani aku...push.. ..push... .aku teringat pesan along..push masa rasa sakit je...ALHAMDULILLAH, senang sangat bersalin yg ini..aku selamat bersalin dan ALHAMDULILLAH. ..aku dpt baby boy...sangat comel...iras muka imran hakim anak along aku...aku sempat susukan dia...berat dia 2.22 kg (33 minggu)...tp dia kena di bawa ke wad Special Care Nursery (SCN) untuk check up lebih lanjut...aku happy sangat dpt baby BOY...bukan bermaksud aku tak suka dpt Husna, tp aku gembira...aku dpt sepasang anak....waktu lawat tgh hari, aku sempat jenguk anak aku di wad SCN...dr mengesahkan, anak aku kena rawatan rapi...mungkin ada masalah paru2 or jantung...tp tak sure lg...aku cuba think positive...mungkin sbb anak aku dilahirkan pramatang... tu sbb dr ckp mcm tu...

3 June 2009-
aku jenguk anak aku sorang2 kat wad SCN...masih berwayar...dr. pakar kanak2 mengesahkan kat aku...yg anak aku berkemungkinan menghidap penyakit jantung berikutan ada bunyi di dadanya...mungkin akan di refer ke IJN untuk imbasan jantung...Ya allah...aku sangat risau n susah hati...aku cuba untuk perah susu aku...untuk bg kat anak aku...tp belum ada susu..aku cuba ...tanpa putus asa...aku dah boleh discharge dari wad bersalin...tp kena duduk di Wad SCN untuk menemani anak aku...atas perbincangan bersama...suami aku memberi nama pd baby kami...Qaid Ahmadinejad yg bermaksud-Pemimpim/ ketua yang berani menegakkan kebatilan...

4 June 2009-
kami membawa Qaid ke IJN untuk imbasan jantung...Dr. pakar di sana ..mengesahkan yg anak kami menghidap penyakit jantung berlubang (tp kecil) dan injap jantung tersumbat... .aku ttp tabah menghadapi dugaan ALLAH ini..aku cuba untuk think positive..selagi ada jln, selagi tu kami akan usaha...janji Qaid sihat...seperti kakaknye Qaisara Husna...Dr. pakar mengesahkan 15 June ini anakku akan di tahan di IJN...untuk minor operation

5 June 2009-
Qaid dah dibenarkan untuk terus menyusu bdn denganku...susuku pun semakin banyak...ALHAMDULIL LAH....moga dgn susu ku ini..dpt menyihatkan tubuh bdn Qaid...dan aku tak putus2 berdoa...

6 June 2009-
Qaid ditukarkan ke wad biasa...buka ICU lg...ini satu pembaharuan. .tp masih dipasang ubt IV Prostaglandin iaitu sejenis ubt jantung....n aku boleh meneruskan tugasku sebagai seorang ibu..dpt menyusukan dia seperti biasa...

7 June 2009-
Qaid berasa selamat setiap kali aku mendukungnya. ..berzikir. ...beratib. ...makin sihat...

8 June 2009-
lagi 5 hari untuk dibawa ke IJN....5 more days my darling!!... sabar ye sayang ibu...bertahan ye...

9 June 2009-
siang mlm aku habiskan masa di sisi Qaid...

10 June 2009-
aku rindu kat Husna...tp aku tak perlu risau...Husna dah cerdik...dah boleh berdikari... Qaid perlukan ibu lg dekat disisinya... .kakak kena mengalah ye sayang...

11 June 2009-
Qaid makin sihat....berak kencing normal mcm baby lain...aku menjadi penghuni senior di wad SCN...org lain keluar masuk...aku masih ttp di sini...tak pe...demi anakku...aku rela berpantang di hospital

12 June 2009-
mak suruh aku perah susu banyak2...tinggal untuk Qaid...pg2 suamiku dtg ambik untuk balik..bertungku. ..mkn nasi panas...n etc...tp aku tolak...tak sanggup tinggalkan anak aku pg2....biarlah aku tak berapa sempurna berpantang.. ..janji aku ttp berada di sisi anakku...

13June 2009-
2 more days sayang....bertahan ye

14 June 2009-
aku sangat happy hari ni....aku esok aku akan ke IJN...balik rumah tgh tu...packing brg

15 June 2009-
Hari yg dinanti-nantikan. ..pg lg aku dah mandi, bersiap...susukan Qaid kenyang2..sbb aku akan bawa Qaid ke IJN...on the way ke IJN, Dr.caroline dari Hospital SLim River telefon, mengatakan yg nama anak aku tidak di refer ke wad IJN...bg aku ini satu petanda...kenapa berliku liku perjalanan anakku ini...kenapa diaorg careless menjalankan tugas....aku n suami dah uruskan pembayaran anakku untuk di tahan di wad...17 June akan di operation... kenapa diaorg ni teruk sangat...pasal apa susahkan anak aku...berapa lama lg anak aku akan bertahan???? aku nangis tak tentu arah....for the 1st time semenjak anak aku sakit...aku menangis sebegini teruk....

16 June 2009-
atas usaha Dr. Ahmad, Dr pakar kanak2 hospital slim...Qaid dpt juga di bawa ke IJN..tp untuk check up...sama ada boleh di operation atau tak...selepas di Check oleh Dr. Haifa(Dr pakar jantung IJN)...dia ckp Qaid kena tunggu berat naik dulu baru diaorg confident untuk operation... sbb Qaid masih kecil...urat2 dia masih halus...takut terkoyak bila di operation... so aku kena bwk balik slim...untuk tunggu kg dia naik...Dr. ahmad bantu aku n husband...dia order 1 serbuk soya n minyak MCT oil...yg selalunye dia beri kepada baby2 untuk naikkan kg...kalau tanpa bantuan2 semua tu...kemungkinan anak aku naik kg adalah dlm masa sebulan....so lepas di beri beda2 tu...kg Qaid akan naik dlm masa 2 minggu...bermula le episod duka dlm hidup aku...Qaid tak dibenarkan menyusu terus dgn aku...alasan : nanti dia penat..kg dia lambat naik...aku kena perah susu...dan anak aku diberi minum melalui tiub...sangat sedih sbb dia mencari2 susu aku...aku cuba juga untuk bg curi2....tp tiub tu menyebabkan dia tak selesa...

17 June 2009-
masih meneruskan usaha memerah susu untuk Qaid...aku kena sediakan 42 cc susu aku...every 3 hours...

18 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 44 cc...tanpa Qaid breast feed dgnku...susuku tak berapa banyak keluar...sangat buat aku susah hati

19 June 2009-
berat Qaid naik ke 2.395 kg...ALHAMDULILLAH

20 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 48 cc...Ya ALLAH...permudahkan lah urusan kami...perbanyakkan le susu ku..demi kesihatan anak ku Ya ALLAH!!!

21 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 50 cc...aku cuba minum air banyak....mkn lobak putih...minum susu anmum...minum sangat banyak...tak kisah kalau urat aku kembang atau perut aku buncit...demi Qaid...aku rela...Demi kesihatan anakku

22 June 2009-
masih di Wad SCN...menemani annakku...makin tembam...makin chubby...pg ni bila ditimbang berat....berat Qaid naik ke 2.44 kg....alhamdulillah ...Qaid.. .bertahan ye...4 kg lg sayang...

23 June 2009-
susu Qaid dinaikkan ke 55 cc bersamaan 2 auns...aku tak putus asa..terus memerah susu setiap 3 jam sekali...demi anakku...Qaid Ahmadinejad

24 June 2009-
pg ni, Qaid masih aktif mcm biasa....nangis bila disalin pampers...tp dia mmg baik..tak banyak ragam...tak kuat nangis mcm baby lain...senang jaga..senang bersalin...
1130 pg- aku baru perah susu Qaid...tgh tunggu nak bg susu...tiba2, SP02 (denyutan nadi) dia menjunam dari 90 lebih ke 5..aku jerit panggil staff nurse....terus refer dr....dr buat CPR pada annak ku yg masih kecil ini...terus dia nangis mcm biasa....tgh hari tu, Qaid di masukkan ke ICU baby....katil mula2 dia lahir...untuk pemerhatian rapi...aku dimaklumkan oleh Dr., sekali lg perkara ni terjadi masa aku mkn tgh...dan dr buat CPR lg pd anakku...dan mereka mengambil keputusan untuk memakaikan Qaid oksigen untuk bantuan bila dia berhenti bernafas lg...aku sangat risau..Ya ALLAH...selamatkan lah ANAKKU...jauhi le dia dari bahaya...sembuhkan lah anakku ya ALLAH ptg tu perkara ni jadi lg buat kali ke 3..3 kali mereka membuat CPR ke atas anakku...

25 June 2009-
aku tak nak tinggalkan Qaid...tp staff nurse suruh aku rehat...suruh tido..diaorg ada tunggu Qaid katanya...aku pun tido di bilik sebelah anakku...menjelang pkl 3 pg, nurse kejut aku..bgtau suruh perah susu...n di maklumkan perkara siang td jd lg sekali...dah aku tak tido terus bermula pkl 3 pg itu...untuk menemani anakku....aku takut perkara tu terjadi lg...aku dimaklumkan oleh dr., CPR dah diber sebanyak 4 kali untuk anakku...dan itu tak bagus untuk seorang baby...jika dia survive pun...katanya, kemungkinan dia akan cacat...sbb oksigen dia kurang...dia tak lawan...dia bergantung pg oksigen tu..aku risau...sangat risau
pkl 8 pg- perut Qaid membesar...dr mengesahkan ada kuman di perutnya...tak tau punca dari mana...aku bingung...kenapa tidak terjadi pd baby2 org lain..kenapa anakku....Qaid sakit jantung...kenapa tak jd kat baby2 yg sihat2 yg lain...kenapa mesti anakku yg kena..Qaid di suruh berpuasa...tak dibenarkan menyusu..masuk 2 hari aku tak dengar suaranya semenjak di pakaikan tiub oksigen itu...ya ALLAH...ujian apakah yg KAU uji terhadapku.. ..adakah kerana dosa2ku yg lalu perkara ni di uji ke atasku..kenapa mesti anakku yg menjadi mangsa??kenapa ya ALLAH....Qaid menangis tak dengar suara...tp hanya air mata yg keluar yg sangat menghibakan hati ku....menjelang ptg..aku minta untuk balik kerumah sebentar...untuk rest, pkl 8, dr caroline call...suruh aku n husband ke hospital segera...kami disahkan yg tekanan darah anak sangat rendah....sebarang kemungkinan bakal berlaku...dan kami di benarkan duduk menemani anak kami...masuk 2 mlm aku tak tido ...aku sangat takut...takut dia pergi tanpa ibunya di sisi....Qaid. ..bertahan nak...bertahan sayang...ibu ada teman Qaid...

26 June 2009-
pg Jumaat....aku tak tido semalaman, menemani Qaid...aku sangat takut dengan sebarang kemungkinan yg bakal berlaku...aku tak mkn, tak mandi...terus menemani Qaid...sampaikan kwn2 yg dtg menjenguk kami di wad itu pun aku tak pedulikan..aku tak nak berganjak walaupun sekejap...aku takut Qaid pergi meninggalkan aku bila aku tak de disisinya... aku nak sentiasa menemani anakku...puas di pujuk oleh suamiku untuk berehat sebentar, tp aku tak peduli...aku tak nak...menjelang tgh hari, Dr. Caroline memberitahu kami...anak kami sangat lemah..bergantung sepenuhnya pd mesin oksigen..dia tak fight langsung katanya...dlm hatiku..mcm mana dia nak fight, kalau di cucuk ubat bergelen gelen...babyku pramatang... masih dlm hari..mana dia mampu n sanggup menanggung bergitu banyak antibiotik yg masuk ke bdnnya...even org tua sekali pun tak sanggup terima...babyku masih kecil..antibody dia sangat lemah!!!!Dr caroline berkata..."BERSIAP SEDIA DGN SEBARANG PERKARA YG BAKAL BERLAKU....KAMI CUBA SELAGI TERMAMPU, EVEN QAID SURVIVE PUN, KEMUNGKINAN DIA MENGALAMI KECACATAN... aku tak kisah, cacat ke...sumbing ke walau mcm mana pun anakku alami, aku terima...aku bela dia...aku tak sanggup dia tinggalkan aku...tp aku tak nak tunjuk kesedihan aku depan suamiku, aku hanya mampu berkata pd suamiku 'BANG, APA PUN YG BAKAL TERJADI..KITA REDHA"..w'pun mulutku berkata bergitu...hati ku menafikannya. ...Qaid.. bertahan nak...ibu ada teman Qaid. bpk dan ibuku dtg melawat...membawa bekalan untukku, airmata ku tak mampu bertahan.... aku nangis sepuas puasnya...aku meluahkan apa y terpendam di hatiku pd kedua org tuaku...ibuku hanya menasihatiku, berdoa...berdoa. ..pelbagai surah diberi untukku lafazkan di ubun2 anakku...di telinga anakku...bpkku berkata, sabar...ini dugaan Allah...alah nak uji awak...even anak awak cacat sekali pun, kalau awak dan azrol tak mampu nak bela, kami sanggup bela....beri pd kami...bpk, mak...mulia sungguh hatimu....aku ttp menunggu...dan menunggu di sisi anakku...sayang, ibu ada di tepimu..menemani Qaid...Qaid jgn bimbang...ibu ada...Qaid jgn takut...ibu teman Qaid...tp hati seorang ibu, tak sanggup tgk anaknya di perlakukan sedemikian rupa..diinject sana sini....tak cukup kaki tangan, betisnya pula di cucuk...di ambil darah..Dr.ckp, puan, darah anak puan tak cukup....aku rela mereka menambah darahku....ambil le sebanyak mana...asalkan anakku selamat...ptg, Dr. pakar kanak2 dtg menjenguk... dia memaklumkan pd kami...kuman itu dah merebak ke ginjal anakku...anakku tak kencing..tak berak..perut makin membesar...kulit makin menipis..merah2 dah ketara di bahagian perut...ya Allah....aku bermohon kepadamu...aku REDHA kau ambil nyawa anakku..jgn lah di biarkan anakku di seksa sedemikian rupa...jika ada kesalahan ku, kesalahan suamiku...biarlah kami yg menanggung dosa yg kami lakukan...tetapi jgn le anakku yg menjadi mangsa...aku bagaikan hilang pedoman....hilang kewarasan... pabila melihat anakku sedemikian rupa...Dr. pakar membuat keputusan untuk di adakan minor operation untuk menebuk sedikit lubang di perut anakku...untuk melihat sama ada ususnya telah pecah (yg mengakibatkan perutnya membesar) atau asid...atau dpt mengurangkan kekembungan bayiku itu...aku terus berada di sisi Qaid...membaca ayat2 suci, pelbagai doa...untuk kekuatan anakku...aku menjadi kuat semangat, berfikiran positif..yg anakku bakal sihat kembali..selagi ada cara...selagi tu aku terus berfikiran positif..aku tahu anakku kuat...jika ibunya kuat...air susu yg mengalir pd anaknya membuatkan anaknya menjadi kuat...aku terus berada di sisi Qaid, dia memberi respond padaku...kakinya diangkat-angkat. .aku terus mengusap pipinya...aku lihat airmatanya mengalir..matanya terbuka...rupanya dia menangis...aku usap lg pipinya..mulutnye bergerak-gerak...rupanya anakku lapar..dia nak susu...bila ku suarakan pd nurse...Dr. tak bg, anakku kena puasa...sedihnya la hatiku..hibanya rasa...Qaid. ...ibu tak berdaya sayang....adik sakit..kalau ibu bg juga...nanti perut adik tak leh menerima...ibu tak mampu sayang...menjelang mlm...pkl 10.30, sebelum Dr. Ahmad dtg, anakku putus nafas sekali lagi...Dr. Sumi membuat CPR pada anakku...aku terus keluar dari wad NICU itu kerana tak sanggup melihat...sedangkan org tua pun di buat CPR kita rasa sakit..ini pula baby kecil...dlm hari..masih dlm pantang..ya ALLAH...berilah kekuatan pd ku...suamiku terus membaca yassin di sisi anakku...jantungnya semakin lemah..tekanan darah mula tak stabil...CPR yg di lakukan kali ini...begitu lama di bandingkan dari hari2 sebelum ini...bila keadaan dah stabil, Dr. Ahmad terus membuat minor operation pd anakku...kemudian. .setelah selesai, dr. ahmad menunjukkan pd suamiku...bahawa. ..usus anakku elok, yg keluar hanya darah dan air sahaja...aku bersyukur... bersyukur kerana tiada apa2 yg berlaku pd organ anakku...

selepas Dr. Ahmad membuat minor operation pada anakku...anakku putus nafas sekali lg...Dr. Ahmad dan Dr2. yg lain terus membuat CPR pada anakku..aku tak masuk ke bilik itu...tp terus melihat dari luar...kemudian, dr. sumi dtg kepadaku...MAK. ..TAK NAK MASUK KE TGK??...aku ckp...nanti Dr., saya tak sanggup tgk anak saya dilakukan mcm tu...tak sampai hati... kemudian...aku lihat, suamiku menangis...menangis tak henti henti...aku terus berlari ke arah suamiku...kemudian aku duduk di sisinya...Dr. Ahmad dtg kepadaku...dia ckp, KITA DAH BUAT CPR PD BABY SEBANYAK 6 KALI...TAK ELOK UNTUK BABY, DIA SEMAKIN LEMAH...KITA CUBA SEDAYA UPAYA...TP DIA TAK RESPOND...IBU BOLEH CUCI TANGAN...DUDUK DEKAT ANAK...BOLEH PEGANG DIA...aku terus membasuh tanganku...dan aku ttp mengatakan pd suamiku...BANG, KITA REDHA...REDHA DGN UJIAN ALLAH...kemudian, aku terus pergi pada Qaid....mencium dia tanpa henti...melafazkan kalimah syahadah padanya...membaca ayat2 lazim pdnya...membaca doa nabi yunus pdnya...kemudian. .aku tgk Dr. terus menanggalkan mesin dan wayar2 yg melekat di bdnnya...kenapa Dr???Dr. ahmad terus menggeleng.. .Ya ALLAH....Qaid. ..anak ibu, kenapa tinggalkan ibu..ibu tak sanggup nakkkk....aku seperti hilang akal...hilang kewarasan aku....Qaid. ..ibu sayang Qaid...kena tinggalkan ibu sorang2..ibu tak sanggup nak...Qaid.. .kenapa kuman tu kena kat Qaid..kenapa tak pd budak2 lain yg sihat2...anak ibu sakit jantung...kenapa anak ibu yg kena...Ya ALLAH.....kenapa ambil anakku dari ku..kenapa tak ambil aku sekali??? Qaid. .........aku terus pengsan....lemah. ...adakah ini hanya mimpi...adakah ini hanya gurauan semata mata...Ya ALLAH....berat sungguh ujian mu ini....aku tak mampu untuk berkata apa..hanya air mata yg mengalir tanpa henti...berat sungguh ujianmu ini ya ALLAH...berilah aku kekuatan ya ALLAH...
suamiku mula menelefon ahli2 keluarga kami...memberitahu ttg berita pahit ini...ramai yg cuba menghubungi ku...tp aku begitu lemah untuk menjawab..terlalu pahit dugaan ini...ibu mana yg sanggup berpisah dengan anaknya...tiada sapa yg mampu berada di tempatku ini..

menjelang pkl 1.30 pg..kakak iparku (kak ida) dan abg wan sampai...aku terus terusan menangis...tak sanggup rasanya menerima hakikat ini...adakah aku bermimpi...atau ini hanya mainan tidurku...ku cubit cubit lenganku..ku ketuk ketuk kepalaku...betulkah semua ini...ya...hakikatn ya mmg benar....ini adalah realiti..bukan mimpi...aku harus menerima dugaan ini dengan tabah...tp aku menafikan... aku redha....tp aku tak sanggup meniti hari-hari berpantang aku tanpa Qaid di sisi..mcm mana keadaanku nanti..ya Allah...kuatkanlah semangatku.. aku begitu lemah sekali...

Jenazah Qaid dikafankan di hospital...sebelum kami berangkat ke rumah mayat, aku dibenarkan untuk melihat jenazah anakku...Ya ALLAH..anakku seperti tidur...senyuman dibibirnya.. ..begitu comel wajah anakku..begitu tenang sekali dia pergi dijemput ilahi...Ya ALLAH...besarnya rahmatmu ini...aku bersyukur... anakku pergi meninggalkan aku...aku sayang padanya...tetapi ALLAH lg menyayangi nye..aku tak perlu khuatir...Qaid akan dijaga oleh ALLAH..walaupun aku tak sanggup menerima dugaan ini...aku REDHA Qaid pergi...aku cium.cium.. cium jenazah anakku tanpa henti...sebelum kami berangkat dari wad SCN...aku peluk rakan2 kenalanku di wad itu..moga dugaan yg menimpaku ini..dijadikan sebagai kekuatan diri mereka agar jgn mengeluh menjaga anak mereka yg sedang sakit di wad itu...sempat aku berpesan...kuatkan lah semangat korang...aku tak pernah berputus asa berusaha menyembuhkan anakku Qaid...sehingga nyawanya di jemput ALLAH...aku kuatkan semangatku.. .dari mula aku menerima berita Qaid sakit...sampai le ke hujung nyawanya...aku tak pernah mengabaikan dirinya...meninggal kan dirinya kesorangan.. .jdkanlah kisah aku sebagai kekuatan korang....ku lihat..semua staff nurse menangis...dr. sumi pun begitu..aku ucapkan terima kasih di atas layanan mereka sepanjang aku dan Qaid berada di bawah jagaan mereka..

ku turut anakku sehingga ke rumah mayat...di mandikan jenazah...dikafankan..semua dilakukan oleh suamiku....aku begitu lemah...adik2ku menangis tersedu sedu kesedihan pabila melihat jenazah sekecil itu...begitu suci...tersenyum. ..putih bersih...ya ALLAH...berilah kekuatan ke atas ku....rahmatilah pemergian anakku ini ya ALLAH

Menjelang pkl 2 pagi...kami sampai di rumah...mak dan mak mertuaku, adik2 iparku telah menyiapkan segala kelengkapan. ..jenazah anakku diletakkan di atas tilam kekabu yg ku beli khas untuknya...untuk dipadankan dengan katil baby yg kubeli dari B, sayu hatiku....sayu sangat...melihat segala pakaiannya.. kelengkapannya. ..yg tak pernah di usik..dipakai lg...mcm mana agaknya diriku nanti...mengadap segala brg2 keperluan Qaid...mak menangis...begitu juga mertuaku...aku begitu lemah...aku baring di sebelah anakku Husna...ku peluk anakku...husna, hanya tinggal husna sebagai kekuatan ibu meneruskan kehidupan ibu...husna jd anak yg baik ye...adik husna dah takde...husna tak sempat tgk Qaid...hibanya rasa hatiku ya Allah...

Along sampai, terus mengurut bdnku...urut kepala ku..urut kakiku...kemudian, dia menyertai ahli keluarga yg lain..mengaji untuk jenazah anakku...suamiku membuat keputusan untuk menyemadikan jenazah anak kami di tanjung karang...bpk menguruskan segala keperluan di tg karang dengan wak leman...kemudian, mak, ajip, ijal along n family meneruskan perjalanan ke tg karang...aku dan yg lain2 akan bertolak selepas subuh...menunggu ahli keluarga suamiku dari kedah..

Sesudah subuh, kami bersiap..hatiku pilu..hiba.. .pabila merasa susuku
bengkak..bengkak sangat...ya ALLAH...Qaid haus....Qaid nak susu...aku memerah susuku tanpa bantuan pam, begitu banyak susu ini...tapi aku ralat...Qaid tak sempat menyusu buat kali terakhir...hiba sungguh hatiku...ibu mertua ku memelukku n menenangkan hatiku...aku pilu..pilu bila melihat jenazah anakku di hadapan mataku...betul. ini bukan mimpi..tp kenyataan..aku harus hadapi...husna bangun dari tidur, eh...adik dah balik....eh adik tidur???kakak. ....adik kakak dah tak de...terlalu pahit air liurku untuk memberitahu husna bahawa adiknya telah di jemput ilahi...paham kah dia ttg kehilangan adiknya??

Kemudian...selepas subuh, selepas kehadiran jiran2 tetanggaku melihat jenazah....kami bertolak ke tg karang...sedih hatiku bila melihat satu-satunya kawanku dtg...B, anak aku dah takde...anak aku dah dijemput Ilahi...tinggal aku sorang b....B peluk aku, menenangkan hatiku....sabar. ..sabar jie...ni semua dugaan allah...ko beruntung sbb ada anak kau yg menunggu ko di syurga nanti...sedihnya hatiku menerima hakikat ini....kemudian, dtg jiranku yg paling rapat denganku..kak mas, aku peluk kak mas...kak mas, saya dah lama nak anak lelaki...tp sekejap je Allah pinjamkan pd saya...sabar jie...sabar. ..ini semua dugaan...air mataku dah kering....dah kering untuk menangis lg...hati aku pilu...hiba. .sedih... tp air mataku tak mampu lg untuk keluar...

Kami meneruskan perjalanan kami ke tg karang..sepanjang jln, tak putus-putus sahabat2 n kenalan2 sms...mengucapkan takziah...antara banyak2 sms yg aku terima...aku begitu tenang pabila membaca sms dari ustaz nasir, rakan kerjaku di FSSK...JIE, QAID TU KETUA...PEMIMPIN. ..INSYAALLAH, DIA AKAN MENGETUAI UJI DAN SUAMI DI SYURGA NANTI...amin. ...amin.. .ya rabbal alamin..

Sampai di tg karang...aku disambut oleh along...aku diminta berehat di dlm bilik...mak bg aku mkn...pahit sungguh air liurku ini...aku tak mampu menelan apa2 sahaja....aku tak mampu....kemudian, rumah ayahku ini dipenuhi oleh ahli keluarga..kenalan. .sahabat2 handai...kemudian, aku diminta untuk mencium jenazah Qaid buat kali terakhir.... aku berjalan ke aras jenazah...jenazah anakku seperti tidur....aku terlupa bahawa anakku sudah meninggalkan aku...aku cium anakku...cium tanpa henti...kemudian, secara tiba2...aku berzikir pd jenazah Qaid...SUBHANALLAH. ..WALHAMDULILLAH ..WALAILA HAILLALLAH WALLAH HU AKBAR...zikir yg selalu aku ratibkan pd qaid bila dia menangis...mengigau ....ya Allah...anakku hidup lg..dia cuma tido..tido seperti hari2 biasa....tido selepas mandi..selepas di beri susu...ya ALLAH...jgn ambil anakku....Qaid, ibu sayang Qaid..jgn tinggal kan ibu nak..mcm mana keadaan ibu nanti tanpa Qaid....Qaidddddddd dddddddddd. ....

Jenazah anakku di kebumikan di sebelah kubur arwah opah....betul2 di tepi
kubur arwah opah...aku bersyukur... .sekurang kurangnya Qaid tak sendiri...n yang ada menemani Qaid..
Ya ALLAH, Aku REDHA di atas ujianmu ini...Aku REDHA ya ALLAH...kau limpahilah rahmatmu ke atas roh anakku ya ALLAH...lindungilah Qaid ya ALLAH....jagalah Qaid di sana ya ALLAH...lindungilah dirinya ya ALLAH...berilah kekuatan ke atasku ya ALLAH...aku masih ada husna dan suamiku, tetapi Qaid sorang2 di sana ya ALLAH...temanilah anakku ya ALLAH...jgn dibiarkan dirinya kesorang ya ALLAH...selama ini aku tak pernah biarkan dirinya kesorangan.. ..aku REDHA ya ALLAH...aku REDHA....kerana kau lebih menyayangi anakku dariku...

Qaid, ibu sayang Qaid...sayang sangat kat Qaid..w'pun Qaid hanya dipinjamkan sekejap kepada ibu...tp ibu bertuah sangat..dpt susukan Qaid, jaga Qaid siang dan malam...cium Qaid tanpa henti...bacakan surah, ayat-ayat lazim, doa dan zikir tanpa henti pada Qaid...Qaidlah anugerah yg amat berharga pada ibu..w'pun hadirmu hanya sekejap nak...tp Qaidlah anugerah yg tak ternilai dari ALLAH untuk ibu...tunggu ibu di syurga ya nak..doakan ibu kuat, kuat mengharungi hari2 pantang ibu tanpa Qaid...kesian kat kak husna nak...terbiar tanpa kasih ibu..bukan ibu tak sayang pd kakak...tp ibu lemah...lemah dengan kehilangan Qaid...doakan ibu ye nak...doakan ibu..semoga ibu kuat...ibu takkan lupakan Qaid...ibu akan sentiasa mendoakan Qaid...begitu juga abah...kehilangan Qaid merupakan satu tamparan pada ibu dan abah...ibu ingat ibu lg kuat dari abah...tp rupanya ibu sangat lemah menerima berita ini....

Qaid...hadirmu adalah anugerah ALLAH yg tak ternilai pd ibu nak....ibu sayang Qaid...ibu halalkan susu ibu...ibu minta maaf kalau selama ini jagaan ibu pada Qaid tidak sempurna nak...ibu sayang Qaid...

QAID AHMADINEJAD 2 JUN - 26 JUN 2009-IN LOVING MEMORY

ibu, abah dan kakak husna sayang Qaid

~~ AL - FATIHAH ~~

Riza Saffiya's fb
Petikan Diari yang diterima melalui emel tetapi tidak diketahui pula pengirim asalnya. Dipaparkan hanya untuk renungan bersama.

Kenanganku.......yang meruntun hati dan menghiba disanubari.
Kisah ini telah mengingatkan diri ku pada seorang insan yang pernah hadir dalam hidupku. Walaupun seketika tapi turut memberi kesan yang amat dalam dalam hatiku. Pernah jua mengisi ruang memoriku. Nurul Izzati. 30.10.2002. Abadilah dikau di sana. Amin.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.