Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, February 15, 2012

Leftenan Adnan Wira Bangsa



14 Februari baru sahaja berlalu, namun tarikh itu tetap terpahat di setiap insan yang menghargai pahlawan sejarah, lebih2 lagi mengenang pengorbanan wira2 bangsa ketika zaman perang dunia ke-2 dahulu. Keberanian Lt Adnan Saidi dan rakan seperjuangannya dalam batalion pertama rejimen askar melayu yang berjuang sehingga ke nafas yang terakhir merupakan episod yang kekal dalam lipatan sejarah. Ungkapan 'Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata' menjadi pembakar semangat juang, tidak gentar ketika berhadapan dengan tentera Jepun. Keberaniannya, diakui oleh General Yamashita `Harimau Malaya' dengan menyatakan "Jika terdapat 10 Lt Adnan, pasti Malaya tak jatuh ke tangan Jepun".


14 Februari merupakan tarikh sempena memperingati pejuang2 tanahair khususnya, Lt Adnan Saidi. Gugurnya ramai pahlawan2 Melayu di Pertempuran Bukit Candu pada 14 februari 1942 ini merupakan lanjutan dari pertempuran di Pasir Panjang yang berlaku sehari sebelum itu. Bukit Candu adalah tempat memproses candu yang terletak di kaki bukit. 


Pada malam 8 Feb 1942, Platun 7 Kompeni C. Batalion Pertama Askar Melayu dipimpin oleh Lt. Adnan telah diarahkan bertahan di Permatang Pasir Panjang juga dikenali sebagai Bukit Candu. Beliau berpendirian bahawa pertahanan di Bukit Candu adalah garisan pertahanan pihak British terakhir dan oleh itu beliau mengambil keputusan untuk tidak berundur walaupun setapak. 



Pemandangan dari Bukit Candu (lokasi pertempuran)


Replika terukir nama Lt Adnan (lokasi pertempuran)

Pada 13 Februari 1942, Div Chryanthemum tentera Imperial Jepun di bawah pemerintahan Lt General Renya Mutaguchi, melancarkan serangan ke persisiran selatan Singapura (Permatang Pasir Panjang). Lokasi tersebut di bedil dengan mortar dan meriam. Lt Adnan membina pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, di kenali sebagai "Celah" (Gap), memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Jepun di bawah Major Kimura, berundur, walaupun Jepun mempunyai bilangan yang lebih ramai. Tipu helah satu kumpulan Jepun berpakaian Askar Punjab yang mara dari bawah bukit menghala ke Bukit Candu dapat dikesan. Pertempuran ini mengakibatkan ramai askar Jepun terbunuh dan memaksa mereka untuk berundur. 


Kemudian askar Jepun telah melancarkan serangan hebat dalam bilangan yang lebih besar. Dalam bilangan kecil dan kekurangan peluru, Regimen Askar Melayu bertempur berhabis2an. Walau dalam keadaan cedera parah, Lt Adnan tidak patah semangat. Namun akhirnya Lt Adnan terkorban namun beliau dan regimennya telah berjaya membunuh lebih daripada 800 tentera Jepun. 


Bukit Chandu berjaya di tawan Jepun dan Lt Adnan yang masih bernyawa, di seret dan dimasukkan dalam guni kerana perasaan marah dan dendam Jepun. Kemudian Lt Adnan telah diikat dan di gantung kakinya pada pokok ceri, di tikam berkali2 dengan benet oleh tentera Jepun sehingga mati. Lehernya di kelar dan dikatakan tubuhnya hampir berkecai. Phak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan. Ada sumber mengatakan tubuh Lt Adnan di bakar mnjadi abu. Dikatakan juga, Haji Burhan Muslim yang tinggal berhampiran Bukit Chandu telah pergi ke kawasan pertempuran tersebut selepas peperangan. Kelihatan ramai mayat2 askar2 Melayu yang di pancung dan salah seorang daripadanya, mayat tentera melayu yang di kelar lehernya dan pakaiannya penuh dgn darah. Melalui lencananya, dipercayai ia adalah pegawai berpangkat dan kemungkinan besar mayat tersebut adalah Lt Adnan.


Kejadian ngeri ini disaksikan oleh Koperal Yaakob yang menerima pingat Keberanian `Medal of Gallant' antara askar yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Beliau telah cedera jatuh di atas mayat yang terkorban dan berpura2 mati. Tewasnya Lt Adnan yang ketika itu baru berusia 27 tahun, adalah satu episod perjuangan anak Melayu berjiwa cekal yang tidak kenal putus asa demi mempertahankan bumi tercinta. Seramai 152 askar Melayu termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 pegawai British terkorban termasuk Lt Adnan yang bersama 42 anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga ketitisan yang terakhir.


Pertempuran sengit ini disebut dalam perutusan Lt general A.E Percival dalam Operasi Malaya Disember 1941 - 15 Februari 1942 :



"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)…"



Lt Adnan bin Saidi dilahirkan dalam Jun 1915 di Kampung Sungai Ramal, kira2 dua batu dari Kajang. Beliau adalah anak sulung daripada lima adik-beradik dan berketurunan Minangkabau. Memiliki darah pahlawan dimana moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Adik2nya, Ahmad dan Amarullah juga merupakan anggota tentera. Namun Ahmad terbunuh dalam pertempuran semasa berkhidmat sebagai tentera laut pada 1939. Kapalnya, HMS pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun ketika pelayaran ke Australia. Manakala Amarullah terselamat dari peperangan dan menetap di Kajang, Selangor. 

Mendapat pendidikan di Sekolah Sungai Ramal, Kajang dalam aliran Inggeris. Memulakan kariernya sebagai guru pelatih dan mngajar selama setahun, kemudian mngambil keputusan untuk menyertai tentera. Pada penghujung tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, beliau telah memasuki Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson tanpa pengetahuan ibubapanya. Beliau adalah salah seorang dari 25 anak melayu pertama yang di pilih untuk menyertai Askar Melayu. Setahun kemudian, beliau berjaya menamatkan latihannya dan  terpilih sebagai Rekrut Terbaik. 1935, pasukan ini di tukar kepada rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota seramai 150 orang. Penghujung 1936, beliau telah dinaikkan pangkat Sarjan. 

Pada tahun 1938, Lt Adnan dinaikkan ke pangkat Sarjan Mejar dan pada penghujung tahun itu, beliau telah mengikuti kursus sebagai Kadet di Singapura selama 6 bulan. Beliau ditauliahkan sebagai Pegawai dengan pangkat Lt. Muda dan ditempatkan di Kompeni C. Batalion Pertama Askar Melayu. Pada tahun 1939, beliau telah berpindah ke Singapura bersama2 Batalion Pertama dan mengikuti latihan peperangan di Singapura sehingga Disember 1941. Pada 1937, Lt Adnan terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan hormat di London sempena pertabalan Raja George VI. Kemudian Lt Adnan di lantik sebagai Kompeni Sarjan Major dan di hantar ke SIngapura untuk kursus latihan pegawai. Sebaik tamat kursus sebagai Lt Muda, Adnan di lantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni C. 


Beliau melangsungkan perkahwinan dengan guru di kampungnya, Sapiah binti Pareh Muda dan mendapat tiga cahaya mata. Dua anak lelakinya, Mokhtar (tinggal di Seremban), Zainuddin (tinggal diJohor) dan seorang anak perempuan yang kemudiannya meninggal dunia sejurus selepas kejatuhan Singapura. Sapiah meninggal dunia pada 1948.


Pada 1941, Lt Adnan ditempatkan di Singapura bersama ahli keluarga. Mereka tinggal di Pasir Panjang, kawasan khas untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Namun Lt Adnan menghantar pulang keluarganya semula ke Kajang apabila Perang Dunia ke-2 semakin hampir dengan kedatangan Jepun ke Tanah Melayu. Dan ini adalah detik terakhir mereka bersama ketika Sapiah sedang mengandungkan anak mereka yang ke-3.

Filem yang di tayang pada 2000

Hasil karya Abdul Latip Talib


p/s : Pahlawan yang lahirnya dari bumi Selangor ini memang wira sejati...syahid dalam memperjuangkan negara, bangsa dan agama. AlFatihah........







Tuesday, February 14, 2012

Haram Sambut Valentine's Day



Valentine's Day ataupun Hari kekasih yang di raikan setiap tahun pada 14 Februari, begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah sebagai lambang kasih sayang yang sangat istimewa. Ia sudah menjadi hari keraian ataupun sesuatu yang pasti di dalam kalendar tahunan dan telahpun semakin sebati dengan masyarakat dunia.

Tanpa di sedari, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Penjajahan keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat dengan adanya percampuran unsur2 dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati malah memesongkan akidah. Sesungguhnya, beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan terhadap Allah SWT. Tiada istilah menyambutnya sekadar suka2. Keterlibatan dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua2an dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar2kan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain kebahagiaan, ganjaran pahala juga diperolehi atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari

Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri."(Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 - 24 Nov 2005 memutuskan : "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur2 Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan di larang Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan dalam agama Islam". Justeru itu pihak berwajib perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan ingkar ini diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media massa sepatutnya di halang dari memasyhurkan sambutan Valentine's day ini.

Mengucapkan apalagi merayakan hari valentine adalah tidak diperbolehkan (Haram) dalam Islam. Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui kad ucapan, pesta persaudaraan, memberi/bertukar hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.


Anas bin Malik r.a berkata : Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua2nya mereka bermain2 (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda : "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua2nya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Al-Nasaai, No : 959. Oleh itu, umat Islam wajib membataskan diri dengan menyambut hari2 perayaan yang diikhtiraf oelh Allah dan Rasul-Nya. Setelah berakhirnya zaman Salafussoleh (3 kurun terbaik umat Islam), beberapa perayaan telah di tambah dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Isra' Mi'raj, Maal Hijrah dan Nuzul Al-Quran.

Asal-usul Valentine
Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut2nya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.

Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'. Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur2 hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari. Setelah orang2 Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari. 


Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari.


"VALENTINE" juga adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga kita Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..
  • Ucapan Selamat Berakibat Terjerumus dalam Kesyirikan dan Kemaksiatan ”Valentine” sebenarnya berasal dari bahasa Latin yang berarti: “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, Tuhan orang Romawi. Oleh karena itu disedari atau tidak, jika kita meminta orang menjadi “To Be My Valentine”, bererti sama dengan kita meminta orang menjadi “Sang Maha Kuasa”. Jelas perbuatan ini merupakan kesyirikan yang besar, menyamakan makhluk dengan Sang Khalik, menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala. 
  • Merayakan Valentine Sama Artinya Meniru-niru Orang Kafir Rasulullah SAW bersabda:  مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ   Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho’ [hal. 1/269] 
  • Menghadiri Perayaan Orang Kafir Bukan Ciri Orang Beriman Allah SWT berfirman:  وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا  “Dan orang-orang yang tidak menyaksikan perbuatan zur, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan2 yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” [QS. Al-Furqaan (25) : 72]
  • Telah jelas bahwa hari Valentine adalah perayaan paganisme, lalu diadaptasi menjadi ritual agama Nashrani. Merayakannya bererti telah meniru2 mereka. Valentine jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh karena itulah , berpegang kepada akal rasional manusia semata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam (Allah), maka ia akan tertolak.
p/s :
Perhatikanlah Firman Allah :
“...dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.


Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 : “Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

Firman Allah :
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”. [QS.An-Nisaa’ (4) : 69]


Semoga Allah memberikan kepada kita hidayah-NYA dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajaran-NYA. Semoga Allah membimbing kita semua dan menjaga kita di jalan yang lurus...





Monday, February 13, 2012

Kuasa Ariel Sharon


Ariel Sharon? Beliau juga di gelar Arik, dilahirkan pada 27 Februari 1928, merupakan bekas Politikus Perdana Menteri ke-11 dan Jeneral pemimpin Israel yang berkhidmat dari Mac 2001 hingga April 2006.

Kariernya politiknya yang panjang, Sharon di pandang sebagai tokoh yang penuh dengan kontroversi oleh pelbagai pihak sama ada di dalam mahupun di luar Israel. Penyokongnya menyanjungnya sebagai pemimpin yang cuba memulihkan keamanan tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan Israel. Warga Israel juga menganggapnya sebagai wira perang yang membantu mempertahankan negara ketika berhadapan dengan detik yang paling getir. Pangkat tertingginya adalah sebagai Mejar jeneral dan menjadi terkenal kerana penglibatannya dalam Perang 6 Hari pada 1967 dan Perang Yom Kippur pada 1973. Sharon juga bertanggungjawab dalam tragedi Pembunuhan Qibya pada 1953 yang menyebabkan kematian 101 Palestin


Manakala, sebilangan pembangkangnya mendakwa Sharon adalah penjenayah perang kerana jenayah yang di dakwa berkaitan dengan peristiwa pembunuhan beramai2 di Sabra dan Shatila ketika Perang Lubnan 1982, ketika Sharon bertugas sebagai Menteri Pertahanan. Suruhanjaya Kahan mendakwa Sharon sebagai orang yang bertanggungjawab secara tidak langsung (persendirian) akibat kelekaan dan terlebih keyakinannya tanpa melibatkan orang2 Israel yang lain. Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. Kekejamannya juga pernah di lihat oleh saksi, seorang pengarah filem dokumentari yang sedang membuat liputan dan penggambaran di sana. Dia melihat Sharon pernah membunuh 2 kanak2 warga Palestin dengan menembak dari jarak dekat (10 meter) di kem pelarian Sabra-Shatila. Pembunuhan dan penyembelihan beramai2 rakyat Palestin di kem pelarian Sabra-Shatila itu tak mungkin akan dilupakan dalam sejarah kemanusiaan hingga melabelkan Sharon sebagai `Butcher of Beirut'. Serangan selama 3 hari itu telah mengorbankan 3,500 rakyat Palestin yang tidak berdosa. Pada 2001, Mahkamah Tinggi Belgium mahu membicarakan kes jenayah perang ini ke atas Sharon yang juga berbangsa Belgium tetapi Israel menuduh tindakan itu berbau politik. Apabila kes itu didiamkan seolah2 kekejaman itu tidak berlaku langsung dan kes itu terus lenyap begitu sahaja.

Akibat dari itu, Sharon dilucutkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan namun masih merupakan tokoh penting dalam Parti Likud dan memegang jawatan kanan dalam jemaah menteri dan parti. Sharon menjadi pemimpin parti pada 1999 dan kemudiannya di lantik sebagai Perdana Menteri pada 2001. Dasar2 Sharon ketika tempoh perkhidmatannya, telah menyebabkan pertelingkahan di dalam Parti Likud, sehingga Sharon bertindak untuk membentuk parti baru, Kadima. Beliau merupakan Perdana Menteri Israel pertama yang tidak bernaung di bawah aParti Buruh Israel (Parti Likud), yang sering mendominasi politik Israel. Ehud Olmert menampilkan diri sebagai pemimpinyya, memenangi bilangan kerusi terbanyak dalam Knesset pada pilihanraya 2006 dan merupakan sahabat campuran kanan dalam kerajaan Israel.

Sharon di serang angin akhmar a.k.a stroke yang teruk pada 2006. Jawatannya di ambil alih oleh pemangkunya, Perdana Menteri Ehud Olmert. Doktor di Hospital Hadassa telah melakukan pembedahan selama 7 jam terhadap Sharon untuk membuang darah akibat dari pendarahan otak. Dikatakan bahawa Sharon memiliki luka membusuk dan beberapa pembedahan dilakukan untuk menyambung bahagian2 usus yang telah membusuk dan merebak ke bahagian tubuh yang lain. 

Dahulu, dialah yang memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon. Dialah juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Namun hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas koma semenjak 2006 (5 tahun), dia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui keadaan sekeliling dalam melalui detik2 derita, lumpuh seluruh badan dan tidak mampu menggerakkan aggota badan walau mata sekalipun. Demikianlah ayat2 Allah, membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup. Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus di telan oleh Sharon atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. Allah tidak mencabut nyawanya tetapi membiarkan Sharon berada di persimpangan antara hidup dan mati.


dari facebook:
Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk..

arielsharon2 (Gambar) Ariel Sharon Koma 4 Tahun Bagai Mayat Hidup











Dikatakan bahawa berat Sharon semakin menyusut. Tubuhnya yang gempal kini hanya tinggal rangka iaitu kira2 15kg sahaja. Menurut beberapa sumber yang tidak diketahui, sebelum Sharon jatuh koma, tidur malamnya sering diganggu oleh satu mimpi yang sama. Dalam mimpi itu, Sharon telah di tangkap oleh penduduk GAZA yang begitu marah dan dendam dengan Sharon ekoran tindakannya yang angkuh menyerang bumi Palestin. Di dalam mimpi itu juga, Sharon telah di seksa, di rantai tangan dan kakinya, kemudian di arak sekeliling bandar GAZA dan di humban ke dalam api. Mimpi itu mengganggu Sharon saban malam hinggalah dia jatuh koma. Tiada siapa yang tahu akan derita Sharon menanggung mimpi2 itu saban malam selain dari setiausaha peribadi Sharon. Setiausahanya telah mendedahkan mimpi2 Sharon itu kepada media2 di Israel pada 2008. Berita tersebut terus tersebar ke media2 Asia Barat dan juga internet

Firman Allah SWT :
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia yang menyaksikan segala sesuatu? (Fushshilat:53) 








Friday, February 10, 2012

Penentu Baik dan Buruknya, Seketul Darah




HATI adalah sumber kebaikan dan keburukan seseorang. Apabila hati penuh dengan ketaatan kepada Allah SWT, maka perilaku seseorang akan penuh dengan kebaikan. Sebaliknya, apabila hati seseorang penuh dengan hawa nafsu, maka yang akan muncul dalam perilaku seseorang adalah keburukan dan kemaksiatan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam badan seseorang manusia itu, ada seketul darah. Jika ia baik, maka baiklah seluruh badannya, jika ia buruk, maka buruklah seluruh badannya, ketahuilah ia adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Keburukan dan kemaksiatan ini akan datang apabila hati seseorang berada dalam keadaan jauh dari mengingati Allah SWT. Ibnu Qoyyim al-Jauziyah berkata, “Apabila hati seseorang itu jauh daripada mengingati Allah, maka syaitan dengan serta-merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan”. 


Hati yang dimasuki syaitan adalah hati yang sakit. Inilah yang disebut sebagai ciri-ciri orang yang munafik. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 10 bermaksud: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya; dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). 


Oleh kerana itu, hati seseorang mukmin harus sentiasa dijaga daripada dipengaruhi syaitan, dengan berada dalam sikap taat kepada Allah SWT. Inilah yang disebut sebagai hati yang istiqamah.  


Imam al-Qurtubi berkata ‘Hati yang istiqamah adalah hati yang senantiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah SWT baik berupa keyakinan, perkataan mahupun perbuatan’. 


Hati insan yang sentiasa terpaut kepada mengingati Allah SWT adalah hati yang dicampakkan kepadanya as-Sakinah iaitu ketenangan. Dalam hal ini Allah SWT berfirman, di dalam Surah Ar-Ra’d ayat yang ke-28: 


“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” 


Bagi orang yang hatinya jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca kalam-Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam iktikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain. 


Begitulah perasaan cinta kepada Allah SWT adalah manifestasi seseorang hamba yang menyerahkan segala-galanya terhadap Allah. Firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah al-An’am ayat 162) 


Jika kita kembali kepada sirah baginda Nabi Muhammad SAW, mengapakah sahabat-sahabat baginda sanggup mengorbankan jiwa raga, turun ke medan perang demi mempertahankan agama Allah sedangkan mereka tidak ditawarkan sebarang ganjaran dan kemewahan. 


Mengapakah Sumaiyyah sanggup mengorbankan nyawanya demi mempertahankan akidahnya? Mengapakah Bilal bin Rabah sanggup menahan seksaan dijemur di tengah padang pasir, di bawah terik mentari demi mempertahankan kalimah Ahad, yakni Allah yang Esa? Jawapannya, kerana mereka meletakkan di dalam hati mereka, perasaan cinta kepada Allah melebihi segala-galanya. 


Namun mutakhir ini, hati umat Islam semakin jauh daripada mencintai Allah. Hati umat Islam ditimpa penyakit al-wahnu iaitu cintakan dunia dan bencikan kematian seperti sabda baginda SAW yang bermaksud: 


“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya, apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?" 
“Nabi SAW, menjawab, Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu. 


“Seorang sahabat bertanya, apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?' Rasulullah SAW menjawab, ‘cinta dunia dan takut mati’." (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)  


Persoalan yang timbul dalam minda kita sekarang ialah kenapa pada akhir zaman ini hati umat Islam begitu leka dengan kenikmatan duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi? Jawapannya, Imam an-Nawawi dalam Kitab Nashaihul Ibad menukilkan satu riwayat menyatakan bahawa: 


“Empat faktor yang menyebabkan hati menjadi gelap ialah perut yang sentiasa kenyang dan melebihi had kekenyangan, bersahabat dengan orang yang zalim, lupa akan dosa-dosa silam dan panjang angan-angan, manakala empat faktor yang menyebabkan hati terang iaitu perut yang sentiasa lapar kerana berhati-hati, bersahabat dengan orang salih, mengingati dan menyesali dosa-dosa silam dan pendek angan-angan.” 


Oleh itu, marilah kita semua umat Nabi Muhammad SAW dalam suasana dan semangat bulan Rabiul Awal, bulan ulang tahun keputeraan baginda Rasulullah SAW, sedar dan kembali kepada ajaran Islam yang dibawa Rasulullah serta berlumba-lumba mengamalkan sunnah tinggalan baginda. 


Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang cemerlang semasa hidup di dunia yang sementara ini. Pada masa yang sama sentiasa rindu untuk bertemu Allah dan akhirnya nanti kita akan melangkah pulang mengadap Allah Azzawajalla dengan hati yang tenang dan sejahtera. 

INFO 
Empat faktor hari gelap
 

  • Perut sentiasa kenyang dan melebihi hak kekenyangan; 
  • Bersahabat dengan orang zalim: 
  • Lupa dosa-dosa silam dan; 
  • Panjang angan-angan
Empat faktor hati terang 
  • Perut yang sentiasa lapar kerana berhati-hati; 
  • Bersahabat dengan orang salih; 
  • Mengingati dan menyesali dosa-dosa silam dan: 
  • Pendek angan-angan
sumber :

Oleh Asri Md Saman
bhagama@bharian.com.my
2012/02/08



Penulis adalah pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman. 


p/s : 
Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Antara ciri-ciri dan keistimewaan al-Quran adalah pertama, ia merupakan kitab ilahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan padanya. Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail. Firman Allah yang bermaksud : “ Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi maha Mengetahui.” (Hud, ayat 1)
















Wednesday, February 8, 2012

Formula `Penyakit' mulut celupar



Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkah anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.

Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan,“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.”

Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’

Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.

Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

Jika Rasulullah yang maksum dan baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Bagi mereka yang ingin berubah, tidak salah kalau ingin mencuba dan mengamalkan formula dan teknik yang Rasulullah amalkan supaya kita dapat memperbaiki diri serta tidak sekali-kali ‘meletakkan’ manusia lain itu lebih rendah dari diri kita sendiri.

Yang baik itu eloklah kita ambil sebagai ilmu dan pengajaran serta hindarilah perkara-perkara yang boleh membawa sifat mazmumah dalam diri kita. Insyaallah.

sumber : dari penulisan dan perkongsian

p/s : Subhanallah wa bihamdihi......












Tuesday, February 7, 2012

Fakta tentang Kaabah





Sejarah permulaan tapak Kaabah oleh Nabi Ibrahim a.s :

Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku dengan satu perkara, lalu Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah diperintahkan Allah kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: Adakah kamu akan menolongku? Nabi Ismail a.s menjawab: Aku akan menolongmu, lalu beliau berkata: Sesungguhnya Allah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawakan hajar ini dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas hajar tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah s.w.t: 

(رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ، وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ، وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ، رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ ءَايَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ، إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ.) 




Yang bermaksud: 

(Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa mereka) dari (syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana). 


Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah tersebut beliau menjadikan: 
* Tingginya sembilan hasta. 
* Panjang di paras bumi dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta. 
* Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta. 
* Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta. 
* Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad 20 hasta. 


Beliau membina pintu rapat ke bumi, tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba' Al-Himyari telah membina sebuah pintu dan meninggikannya. Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah binaan yang sempurna, mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun, hanya Allah sahaja Yang Amat Mengetahui.

Apa ada di dalam Kaabah? 
Hanya orang2 tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam Kaabah. Pintu Kaabah sendiri hanya di buka 2 kali setahun iaitu sebelum Ramadhan dan sebelum musim Haji. Lantai Kaabah dikatakan di bina dari granit berwarna putih dan sebahagian dindingnya juga di lapisi granit. Di dalamnya terdapat sebuah hijab berwarna hijau, emas, perhiasan dan pintu taubat. Pintu ini di perbuat daripada emas.Di dalam Kaabah juga terdapat sebuah jubin berwarna gelap yang dikatakan sebagai tempat Nabi Muhammad s.a.w meletakkan kepalanya ketika letih. Terdapat juga sejumlah lampu dari zaman Empayar Ottoman yang diperbuat daripada tembaga, Perak dan gelas yang berhiaskan ayat2 Al-Quran.

Gambaran ringkas :
- Hanya ada 3 tiang di dalam Kaabah
- Terdapat sebuah meja kecil untuk meletakkan barang2 seperti minyak wangi dan alat membakar kemenyan
- Terdapat 2 jenis bekas lampu2 yang tergantung dari rasuk silang berhampiran siling
- Tiada sebarang lampu elektrik di dalamnya
- Dinding dalaman di lapisi dengan marmar separuh jalan ke bumbung
- Seluruh lantai di buat daripada marmar kecuali sebahagian kecil yang di panggil `Rukhamat Humra'
- Tablet dengan inskripsi Al-Quran dalam marmar
- Bahagian atas dinding di tutup dengan kain hijau yang dihiasi dengan ayat2 Al-Quran bersulam emas
- Tiada tingkap di dalamnya
- Hanya terdapat satu pintu
- Ruang ini boleh menampung kira2 50 orang

Tahukah Anda?
Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. Tekanan gravitinya tinggi dan di situlah berpusatnya bunyi2an yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. Graviti = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh di dengar tetapi boleh di kesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

Lagi fakta yang perlu tahu....
Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat mmbaca apa2 yg ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidil Haram walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung, masih terasa sejuk.

Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat segi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat paling dirahmati. Tidur dengan posisi mengadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah. Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, "Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?." Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berpenghujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih terus berlanjut. 

Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semulajadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

Manakala bilangan 7 itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka 7 itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan 7 kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itulah selepas melakukan haji, kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah di tarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru. Selepas selesai semua itu, barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia disebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik sahaja akan di terima oleh tubuh.


p/s : wallahualam....















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.