Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Monday, November 26, 2012

Sejarah Hajarul Aswad

Posted On 7:31 AM by sarina izryn 266 comments



Hajarul Aswad merupakan batu tertua di dunia dan ianya juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu2 tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa2 anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj : 877). 

Riwayat daripada Ubay bin Ka'b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia. Sesungguhnya Hajar Aswad adalah salah satu batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang2 musyrik. Namun batu yang dikatakan berasal dari syurga pada zaman Nabi Adam a.s dan Hawa ini, kelak akan berwarna putih kembali seperti sedia kala. Manakala Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As meriwayatkan, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah S.W.T tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup memandangnya. 

Sebagai tempat mustajab dikabulkan doa, batu ini juga terletak di salah satu bucu Kaabah dimana apabila orang yang ingin mengerjakan haji memulakan tawaf mereka. Maka mereka hendaklah memulai tawaf itu dengan membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh kali dan berakhir di Hajarul Aswad juga. Batu bundar berwarna hitam dan berlubang ini, terletak di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah), tingginya sekitar 150 cm di atas tanah. Batu ini mempunyai lingkaran sekitar 30 cm dan garis tengah 10 cm lebih besar daripada lingkaran muka seseorang. Kerana itu, seseorang yang ingin mencium batu ini harus memasukkan mukanya ke dalam lubang itu. 

Terdiri dari lapan gugusan yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran bingkai perak. Ia dikatakan pecah kepada beberapa bahagian pada Zaman Pertengahan (Zaman Qaramithah), iaitu satu mazhab daripada Syiah Islamiyah al-Batiniyah daripada pengikut Abu Thahir al-Qarmathi di Jazirah Arab bahagian Timur. Pada musim haji tahun 317H itu, ketika dunia Islam sangat lemah Abu Thahir Al-Qurmuthi telah mengambil kesempatan menyerang Kaabah, Masjidil Haram dan merampas Hajar Aswad dengan lengkap 700 anggota bersenjata lengkap. Mereka membawa ke negaranya yang terletak di kota Ahsa’ yang terletak di wilayah Bahrain, kawasan Teluk Persia sekarang. Setelah 22 tahun (tahun 339 H) batu itu dikembalikan ke Mekah oleh Khalifah Abbasiyah Al-Muthi’ lillah setelah ditebus dengan jumlah 30.000 Dinar. Mereka membawanya ke Kufah, lalu menggantungkannya ke tiang ke tujuh Masjid Jami’. Setelah itu, mereka mengembalikannya ke tempat semula. Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam di batu besar yang lain dikelilingi oleh ikatan perak dan diperkuatkan lagi dengan paku perak. Batu itulah yang dianjurkan untuk dikucup oleh jemaah haji, bukannya batu di sekitarnya diliputi perak.  Tidak semua yang terdapat di dalam bingkai adalah Hajar Aswad. Butiran Hajar Aswad tepat berada di tengah bingkai. 

Hajarul Aswad berasal daripada batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s melalui malaikat Jibril dan diletakkan di satu sudut Kaabah. Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah, ianya tiada berbumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu meninggikan bangunan itu dan mengangkut batu dari pelbagai gunung. Setelah bangunan Kaabah itu hampir selesai, Nabi Ibrahim a.s merasa kekurangan dengan meletakkan seketul lagi batu untuk diletakkan di Kaabah. 

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.” Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba2 datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?” Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”

Pada tahun 606 M, ketika Nabi SAW berusia 35 tahun, Kaabah mengalami bencana besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi Muhammad SAW dan kabilah2 terdapat di Mekah ketika itu. Semasa pembangunan semula itu selesai, terjadilah perselisihan di antara kabilah2 itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu Hajar Aswad itu di tempatnya. Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya. Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu. Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah2 anggota kabilah yang ada. Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah2 serban itu. Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama2 mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad. Nabi Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.

Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah, menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orangyang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya. Walapun ia adalah batu, ia hidup. Siapa yang menciumnya, ia akan menjadi saksi. Kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam (mencium dari jauh secara isyarat). Quran juga tahu siapa yang membaca dan mengucupnya. 

Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah! Allah akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).

P/S : Semoga Allah permudahkan segala urusan dan impian terlaksana untuk turut mengucup Hajarul Aswad. Amin






Friday, November 16, 2012

Benarkah Pakaian Lambang Keperibadian?

Posted On 5:59 PM by sarina izryn Comments



sedapnya nasi lemak nih...

Kadangkala uniform melambangkan imej keperibadian seseorang. Benar atau tidak, itu sekadar sebahagian dari pendapat SJ sahaja. Terpulang kepada individu men`describe’kannya bagaimana. Apa yg ingin SJ tuliskan hanya sebagai salah satu perkongsian dalam kehidupan seharian yang kadangkala kita sendiri tidak menyedarinya atau memang tidak ambil peduli.

Begitulah selalunya, digambarkan wanita muslimah yang baik dan sempurna imannya dengan jilbab labuh dan pakaian yang menutup aurat hingga ianya boleh digunakan terus untuk sembahyang. Tapi sesiapapun akan mempersoalkannya jika dia bersifat tidak melambangkan apa yang dia pakai contohnya dia seorang penipu atau suka bermuka2, ataupun dia jenis yang suka memutuskan silaturahim, bersengketa ataupun seorang hipokrit? Atau mungkin dia sendiri tidak pernah bersolat. Tapi SJ bukanlah nk bercerita atau suka2 nk menjatuhkan hukum tentang samaada pemakainya itu benar2 muslimah beriman ataupun tidak. Wallahua’lam. Sekurang2nya dia telah menjalankan kewajipan sebagai seorang muslimah. SJ pun bukanlah seorang yang hebat berhujah tentang ugama. SJ bukan orangnya. SJ juga tidak sempurna untuk mempersoalkannya. Apa yang SJ nak berkongsi pun tiada kaitan tentang hukum hakam sebenarnya.

Cuba lihat contoh ini pula, seseorang yang memakai uniform sesebuah syarikat. Pasti itulah lambang imej tempat di mana dia bekerja dan melaksanakan tanggungjawabnya. Pastinya, tanyalah apa sahaja yang berkaitan dengan syarikat tempatnya bekerja, sudah tentu dia boleh menjawabnya walaupun tak 100%.

Alkisahnya begini, sarapan pagi SJ hari ini di restoran yang tidak jauh dari pejabat SJ. Kebetulan, SJ bekerja hari ini walaupun SJ tahu ramai yang bercuti termasuklah en hubby. Menyambung cuti katenyer. Penasaran, SJ membeli beberapa nasi lemak bungkus dan meletaknya di atas kaunter pembayaran. Maksudnya, SJ dah reserve nasi lemak untuk SJ bawa pulang. Ada juga bahan untuk mnjadi santapan pagi anak2 hari ini. Kemudian SJ pun mengambil kesempatan bersarapan bersama en hubby sebelum membuat pembayaran.

Nak dijadikan cerita, seorang wanita beruniform, yang dilambangkan sebagai imej kejujuran, ketegasan, amanah, bertanggungjawab dengan bersahaja telah mngambil beberapa bungkus nasi lemak yang telah SJ reserve (berada di atas kaunter) tersebut dan menyumbatkannya ke dalam plastik. Dan kebetulan SJ duduk berhadapan kaunter. SJ yang melihat sendiri suasana ini terus membisikkannya kepada en hubby. En hubby terus memberitahu pekerja restoran tentang nasi yang telah kami reserve tadi. Dengan bersahaja, wanita itu menjawab `sama jer..’ dan dengan muka tak bersalah dia terus ke meja2 pelanggan lain yang memang terdapat nasi lemak yang telah sedia bersusun di atas meja. Dalam hati SJ `reti pulak dia ambil nasi lemak  atas meja tu kan…’

Kemudian SJ me’remind’ en hubby untuk mengira semula nasi lemak tersebut sebelum membuat pembayaran. Ini kerana dalam pemerhatian SJ, wanita tersebut tidak meletakkan semula jumlah bungkusan yang telah di ambilnya. Dan sememangnya seperti yang telah di jangka, en hubby memberitahu SJ bahawa jumlah nasi tersebut telahpun berkurangan. Ini macam soalan matematikkan? Berapakah jumlah nasi lemak yang tinggal?

Nmpak tak, ape rumusan yang boleh SJ katakan di sini? Pakaian uniformnya memang telah melambangkn tugasnya dan tanggungjawabnya yang menjadi nadi kepercayaan masyarakat sekitar. Walaupun peristiwa ini hanya sekadar picisan ataupun perkara kecil namun boleh mmberi kesan nilai kepercayaan terhadap kejujuran seseorang. Atau kita boleh katakan, mungkinkah masyarakat sekarang  memang terlalu mementingkn diri sendiri.

Pertama, mungkin tak semua orang tahu, makanan di atas kaunter itu telah di reserve oleh pelanggan lain. Tapi perlu bertnya atau peka, kerana ada bnyak lagi nasi lemak bungkus lain yang berada di atas meja pelanggan. Pasti pelikkan kenapa nasi lemak boleh ada di atas kaunter. So, kenapa tak amik sahaja yang berada di atas meja pelanggan?  Kedua, jika telah tersilap mengambilnya yang dari hak orang lain, adalah mnjadi tanggungjawab untuk mengganti semula atau memulangkn semula jumlah mana yang telah terambil tadi.  Tidakkan anda tahu, bahawa anda diperhatikan? Allah sudah semestinya, tetapi bagaimana dengan mata tuan empunya nasi itu sendiri. Boleh tak anda bayangkan apa yang SJ rasa lebih2 lagi melihat pakaian uniform nya? Hurm…`dia juga manusia biasa’ itu aje yang dapat menyejukkan hati SJ yang agak panas ketika itu…huhu

p/s : SJ pun selalu buat khilaf tanpa SJ sedar...kepada Allah, SJ memohon ampun dan maaf...setulus hati...







Friday, September 14, 2012

Antara aku dan ramadhan

Posted On 7:48 AM by sarina izryn 2 comments


Seronok skodeng pattern camni...i loike butang bungkus (thanx buttonmybuttons)

Mana nak berblogging lagi, sempat pula membaca siri2 novel karya hebat terutamanya hasil penulisan Ramlee Awang Mursyid, belum lagi dengan melayan resepi2 di internet dan cook testing di dapur kecil SJ. Sempat tak sempat, jadi juga hidangan yang memang sentiasa jadi bahan untuk mengisi perut anak2 SJ yang semakin membesar. Memang puas hati. Haa...itu belum penangan drama Korea plak.

Dan kini minat SJ muncul kembali. Sejak mendekatkan diri dengan dunia jahitan Noly Norlie Fashion House, perlahan2 SJ mula meluahkan rasa hati untuk menjahit sendiri pakaian SJ dan keluarga SJ. Di tambah dengan semangat yang Noly berikan, semangat dunia jahitan semakin semarak di hati. Noly juga dengan senang hati sentiasa bermurah hati mmberikan pnduan atas setiap pertanyaan yang kadang2 macam menyibuk je kan. Hehe....Jangan marah Noly. Terimakasih dengan ilmu2 tu ea...hanya Allah yang membalasnya. Orang kata, bila kita bermurah ilmu dengan orang, semakin bnyak ilmu yang Allah bagi. Mudah2an..

Ramadhan kali ini juga, bnyak masa yang ada SJ penuhi dengan membantu Noly dan Ayong di butiknya. Bolehlah setakat jahit manik 2, 3 butir dan tolong sembat mana2 yang patut. Yeahh...SJ dah semakin pandai. Hehe...Paling koman pun SJ tolong kemas butik dan iron pakaian2 display. Sesekali melayan karenah pelanggan yang bermacam2 rempah ratusnya. Kasihan kat Noly yang bersengkang mata menyiapkan pakaian pelanggan (mahu selalu tidur kat butik tuh..). Apapun respek kat Noly, kerana berjaya membina kariernya sendiri, terus menghadapi cabaran susah senang. Dalam kehidupan ini, tiada perkara yang mudah dan senang untuk di capai apatahlagi jika kita bukan dari golongan orang ada2.

Teringat SJ masa sekolah menengah dulu. Sewaktu SJ melibatkan diri dalam `Puteri Islam', SJ mula di perkenalkan apa itu `tulang belut', `mata lalat'. Hurm...itu belum lagi jenis2 leher. Leher sampan la...cheongsam dan sebagainya. Bila tangan dah pndai menghayun gunting dan mengetik mesin jahit ni, sesekali teringat dengan arwah ibu. Pernah SJ menggatalkan jari jemari SJ ini dengan alter baju kurung sekolah SJ (bagi cutting sedikit). Akibatnya, kantoi masa ibu basuh baju sekolah dan ketika itu ibu sedang menyidai baju tersebut. Apalagi marah dan bebel ibu sepanjang hari sebab SJ yang cuba tunjuk skill tidak bertempat.Huhu....rasakan. Adakala kemarahan itulah kenangan terbaik sebagai tanda kasih sayang seorang ibu.

Baju sekolah SJ banyak yang ibu jahit sendiri. Bukan dengan mesin, tapi dengan kedua tangannya sendiri. macam mustahilkan? Tapi itulah realiti. Ibu mampu menjahit dan menyiapkan baju kurung pesak dengan tangan sahaja. Tapi nampak kemas dan cantik. Yelah...masa SJ kecik, nak tempah baju dengan orang memang kena mengeluarkan belanja. Ibu SJ pula hanya suri rumah semata2. Hanya ayah yang bekerja, mana mampu nk berbelanja besar dengan adik beradik SJ yang seramai 8 orang itu dan masih dalam proses membesar.Terkilan juga rasa hati, sebab dulu pernah juga terniat nak buatkan ibu sehelai baju kurung hasil buatan tangan sendiri. Nampaknya tidak kesampaian hajat SJ ini, dan ibu telah pergi mengadap Ilahi pada November 2011 yang lepas.

Bercerita tentang Ramadhan, kali ini ianya menjelma dengan gamitan sejuta kenangan. Tahun 2011 merupakan Ramadhan terakhir SJ dengan arwah ibu. Seakan2 terasa kehadirannya terutama sibuknya ibu pada waktu2 bersahur. Dapur memang tiada pernah sunyi ketika ibu ada. Namun semuanya itu nyata tiada. Sunyi. Hanya tinggal kenangan. Dengan tekad, Ramadhan kali ini juga SJ menolak segala jemputan iftar di luar. Lebih suka bersama keluarga tercinta. Paling terharu apabila Amirul pernah berkata, ketika minggu pertama bulan puasa. "Seronoklah bulan puasa sebab mama hari2 balik awal, tunggu mirul depan sekolah". Pastinya saat2 ini merupakan yang terindah dalam hidup SJ. Seperti ibu2 biasa yang lain, perasaan bahagia pasti ada bila menanti kepulangan anak2 dari sekolah. Semangat sungguh SJ mengejar masa untuk memastikan SJ menunggu depan pintu pagar sekolah sebelum loceng tamat persekolahan berbunyi.

Syawal? SJ lalui kali ini dengan perasaan biasa sahaja. Kerinduan memang datang menjengah terutama bila takbir bergema. Teringat Syawal 2011, juga merupakan yang terakhir bersama ibu. Syawal ini kosong. Pasti rindu ini tidak akan terubat smpai bile2. Hanya nisan kaku, pusara ibu dan anak yang pasti mnjadi kunjungan SJ setiap kali pulang ke kampung. Usahkan dapat bersalam dgn kasih ibu malah tidakkan dapat menjamah air tangan ibu teristimewanya, rendang bugis yang memang tidak terdapat di mana2. Kuih Baulu yang di rasa, pasti tidak seenak dulu. Kesal juga di hati sebab SJ tidak mengambil kesempatan menuntut ilmu dari ibu sepanjang hayatnya ada. Itulah akibatnya, bila merasa diri anak kesayangan, ingin sentiasa di manja dan seolah2 merasa tak mungkin SJ akan merasa sebuah kehilangan.

Kini, hanya semangatnya yang ibu tinggalkan dalam diri SJ. Itupun tidak sekuat dan setabah ibu dalam menjalani kehidupan. Salahkah menangis?

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan seorang ketawa dan menangis". Surah An-Najm ayat 43

p/s : makin semangat lepas en hubby menghadiahkn mesin tekan butang bungkus pada ramadhan lalu. Thanx en hubby.








Wednesday, September 5, 2012

Sinar buat Man United musim 2012/2013

Posted On 10:00 PM by sarina izryn Comments


 









BPL kembali lagi bagi musim baru 2012/2013. Seperti biasa kerancakan pembelian, penjualan dan perpindahan pemain2 mula diperkatakan. Kebanyakan kelab masih berlumba2 mndapatkan pemain terbaik dunia dama menghadapi saingan bergelar juara. Manchester United yang gagal bergelar juara dan meraih sebarang piala pada musim lepas mencari jalan untuk menebus kekalahan dan kesilapan lalu. Selaku pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson perlu mengatur strategi baru. Menajamkan corak permainan, meningkatkan benteng pertahanan dan paling penting memperhebatkan bahagian serangan agar dapat mengubat luka dan menjadi hadiah tribute buat SAF.

 
Pastinya perpindahan Robin Van Persie bagaikan sinar buat Manchester United dan paling hebat diperkatakan kerana bakat cemerlangnya semasa berada di Arsernal sehingga mendapat anugerah Golden Boot 2011/2012. Gandingan mantap bersama Wayne Rooney dan Chicarito di jangka mampu memberi saingan hebat terutama terhadap pasukan Manchester City yang tidak pernah gagal dalam memiliki pemain2 terhebat dunia. 

Pemuda kacak yang lahir di Rotterdam, Belanda pada 6 Ogos 1983 ini merupakan penyerang pasukan kebangsaan Belanda. Bakatnya bermula di kelab Excelsior dan kemudian di Feyenoord selama 3 musim dan memenangi Piala UEFA pada 2002. Mendapat anugerah Football Belanda Talent of the year untuk musim 2001/2002. Dengan nilai £ 2.75 juta, Van Persie menjadi milik Arsernal pada tahun 2004 dan kemudian di angkat sebagai kapten  pada 16 Ogos 2011. Van Persie dikatakan sebagai bayangan pemain legenda Belanda, Marco van Basten. Memenangi FA Community Shield dan Piala FA di musim pertamanya di Arsernal menjulang bakat terbaiknya. Van Persie juga mewakili negaranya di Piala Dunia FIFA 2006, UEFA Euro 2008, Piala Dunia FIFA 2010 dan UEFA Euro 2012.

Kehidupan peribadinya, Van Persie yang memakai jersi 20 ini telahpun berumahtangga dengan gadis Islam Morocco, Broucha dan mempunya seorang anak lelaki, Shaqueel. Banyak kelab yang cuba mendapatkan khidmatnya termasuklah Man City dan Juventus. Namun akhirnya pada pertengahan Ogos, dengan kontrak selama 4 tahun Van Persie berpindah ke Man United dengan nilai £24 juta. Gol pertama Van Persie di Man United semasa menentang Fulham dan kejayaan bergandanya pula dengan hatrick terbaik ketika menentang Southampton 02 Sept 2012 lalu. Pastinya, ia satu jumlah yang berbaloi2 dan memberi harapan kejayaan buat Man United meskipun tanpa kehadiran Wayne Rooney yang terpaksa direhatkan selama sebulan akibat kecederaan semasa menentang Fulham. Kehadiran Van Persie juga mampu meningkatkan persaingan di kalangan pemain2 dan meningkatkan prestasi untuk mendapatkan tempat di Man United sebagai pemain terbaik.

Nicholas Edward "Nick" Powell dilahirkan pada 23 March 1994 merupakan pemain bolasepak Inggeris profesional. Powell memulakan kerjayanya di kelab Crewe Alexandra ketika berusia lima tahun. Powell menyertai Manchester United dari Crewe Alexandra pada 1 Julai 2012 dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai sehingga £ 6 juta, bergantung kepada kejayaan dan penampilan. Powell  pernah mewakili England di bawah umur 16 tahun, bawah 17 tahun dan bawah 18 tahun. Berada pada kedudukan midfielder, Powel memiliki jersi bernombor 25.


Alexander Büttner lahir pada 11 February 1989 di Doetinchem juga merupakan pemain Belanda. Memakai jersi 28, bermain pada position left back ini pernah bekhidmat cemerlang di kelab Ajax dan Vitesse. Mengikat kontrak selama 5 tahun bersama Man United pada 21 Ogos 2012


Shinji Kagawa dilahirkan pada 17 Mac 1989 di Kobe, Jepun merupakan seorang pemain bola sepak Jepun yang bermain untuk kelab Inggeris Manchester United dan pasukan kebangsaan Jepun. Kagawa memulakan kerjaya profesional beliau di tanah air dengan Cerezo Osaka sebelum menyertai kelab Jerman, Borussia Dortmund salah satu kelab dalam saingan Bundesliga pada tahun 2010. Selepas dua tahun di Jerman, Kagawa ditandatangani untuk Manchester United pada kontrak 4 tahun pada 5 Jun 2012 dengan memakai baju nombor 2, attacking midfielder winger. Kagawa menjaringkan gol pertama ketika menentang Fulham pada 25 Ogos 2012

Photo: 18 year-old Angelo Henriquez has signed for Manchester United http://bit.ly/NM4s2y. Welcome to the Reds Angelo!




















Angelo José Henríquez Iturra lahir pada 13 April 1994, seorang pemain bola sepak Chile dan bermain untuk Manchester United sebagai penyerang. Henríquez memulakan kerjaya bola sepaknya di Universidad de Chile berusia 13 pada tahun 2007. Pada 21 Ogos 2012, Manchester United telah mengumumkan pendaftaran Henríquez untuk bermain di kelab Man United. Dan pada 5 September 2012 proses menandatangani dengan memakai nombor 21 termeterai dengan rasminya.

p/s : Banyak khabar angin yang terdengar2 sekarang nih..Masing2 sedang merebut Ronaldo yang dikatakan merajuk dengan Real Madrid. Begitu juga Kaka yang nmpaknya khidmat mereka pasti diperlukan terutama di Man United. Ronaldo pasti rindukan saat2 semasa di Man United kan?











Wednesday, August 8, 2012

30 pesanan Imam Shafie

Posted On 12:58 PM by sarina izryn Comments


Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib (keturunan Nabi Muhammad saw). Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Syafie masih kanak2. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd.

Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan, Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu adalah khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal Al-Quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di MasjidilHaram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.

Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka2 dalam perkara2 agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."

Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."

30 PESANAN IMAM SYAFIE

1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar2 erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi2 erti syukur.

5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama2 dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak2 yatim di akhirat.

8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa2 kamu.

9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara: yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak2nya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassyaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu2 dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16. Sebesar2 keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan2 pasukan kebatilan.

18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19. Ketahuilah sebesar2 kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa2nya pada siang hari.

21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada2 dengan rezeki yang ada.

23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah Ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; "dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali2 Allah selagi memenuhi syarat2nya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, "Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman."

29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, "sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat2, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka."

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

p/s : berilmu tanpa beramal adalah sia2. Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah. Ramai orang yang berilmu, menyampaikan tetapi tidak dilakukan pada diri. Senang cerita, cakap tak serupa bikin. Begitu bijak bercakap tentang hukum hakam tapi diri sendiri tiada satu pun yang dilaksanakan seperti apa yang disampaikan. Apa tujuan? Wallahuaklam bsb....apapun jgn jadikan agama sebagai satu alat (peringatan buat diri sendiri juga)







Wednesday, August 1, 2012

Bonanza Raya Norlie Fashion House 2012

Posted On 10:55 PM by sarina izryn Comments

01 Syawal bakal menjelma dan anda masih terpinga2 untuk mencari pakaian baru untuk di gayakan di pagi Aidilfitri? Dengan itu Norlie Fashion House membawakan anda koleksi pakaian2 yang mampu menyerikan wajah2 anda. Harga tawaran hanya runtuh pada Aidilfitri tahun ini. Sila dapatkan segera selagi stok masih ada. Pastikan anda memilikinya.



















































































Jika anda berminat untuk memiliki koleksi dan beberapa rekaan berani ini, sila kunjungi butik :

NORLIE FASHION HOUSE
No.11, Jalan Seri Sarawak, 14, Taman Sri Andalas, 41200 Klang Selangor

atau....

Hubungi 012 243 7273 untuk berunding dengan Puan Norlie.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.