Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, November 10, 2010

Lord Of The Rings - Konspirasi Dunia dan Disebaliknya



Artikel kali ini menyingkap sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinnya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk di kongsikan bersama.

Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi,

Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya. Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara2 ini.

Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai Tanda-tanda Kiamat.

Mordor = Markas dajjal Laknatullah


Beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR

*Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.

*Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.

*Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
*Tembok besi = Daryal Go
rge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia.


Sauron = All Seeing eye = The False Messiah


The All of Seeing Eye


Dinding = Isengard


Witch king = Ya'juj & Ma'juj


Gandalf = Imam Mahdi


Aragorn = Isa almasih


Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar


Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah.


Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan di bangun oleh Illuminati)


Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti.

Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin).

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.

Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.

Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiah di akhir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Gandalf sebagai pemimpin yang memimpin golongan yang putih dalam menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.

5. Terdapat juga seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran, Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahadi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.


nota tambahan:
Lord Of The Ring adalah novel yang ditulis oleh J.R.R Tolkien dalam 3 siri. Gambar buku-buku yang disematkan ini adalah novel beliau yang dicetak pada tahun 1965, edisi kedua. Besar kemungkinan beliau telah mengkaji kandungan Al-Quran dan Hadis2 Rasulallah SAW dan dari kajian itu beliau mendapat ilham untuk menulis buku ini yang mirip seperti apa yang sedang berlaku sekarang dan akan berlaku diakhir zaman.

Waallahu’alam bissawab

** dipetik dari blog konspirasi dunia**


'(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah! hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.' (ar-Raad : 28).

p/s : Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”(QS. Al-A’raaf (7): 187)


Tuesday, November 9, 2010

Kiranya Kutahu Indahnya Islam Itu


Hari ini aku menerima satu email yang menyentuh hati dari salah seorang sahabatku. Kisah ini inginku kongsikan bersama2, mgkn mnjadi satu panduan dan tauladan buat kita.


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Kami sama2 bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar oleh keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak2 hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina.


Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.


20 tahun telah berlalu. Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.


Suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar. Kakaknya memberitahu yang Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago."


Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah SWT. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.


Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba. Dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.


"Assalamualaikum.."

Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

"Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"

Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu.


Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


"Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? "

"Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?"

"Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?"

"Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?"

"Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?"


Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.


"Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non-muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri atau untuk keluarga kau sendiri. Kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku."


Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.


"Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir."


Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar. Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.


Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah. Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serius tentang kebenaran Islam?


Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.


p/s : Alangkah indahnya Islam...dan aku bersyukur lahir dalam lindungan Islam.....


Sunday, November 7, 2010

Aku dan Legenda Budak Setan


Novel Edisi 1

"Wahh !! macam bes jer buku nih...pinjam boleh?" Kataku tertarik sambil mataku terus tertancap ke novel yang ada di genggamanku.
"Tunggu aku abis baca dulu...bes giler ko.." Jawab My, housemateku. Sesekali aku memerhati raut senyum menawan darinya dan sesekali mataku melihat pula gerak2 halus rambut meginye. Kemudian aku mengalihkan pandangan mataku ke arah sahabatku yang tggi lampai dan wajah iras2 artis jelita, Erra Fazira.
"Buku ko ke Ila?" Aku sengaja menebak. Aku tahu Ila memang hantu novel lagi2 kalau di tulis oleh Ahadiat Akashah.

Novel Edisi 3 (edisi ke-2 tak jumpa dalam gugel)

Ingatanku menghilang. Itu kisah beberapa tahun yang lampau. Rindu bila teringat saat2 serumah dgn kawan2 yang seiring dan sejalan macam mereka. Aku berjaya menghabiskan novel itu sebanyak 2 kali. Aku menangis bila baca kisah Ayu dan Kasyah. Kemudian aku tekad untuk memiliki novel itu sendiri. Wah !! memang sambutan novel ini cukup hebat. Edisi pertama habis dijual. Tapi aku sempat memilikinya. Kemudian novel itu entah kemana. Ada somebody pinjam dan terus tidak kembali. Kemudian aku memilikinya buat kali kedua, edisi yang berbeza. Aghh !! pergi tak kembali juga. Juga aku lupa, siapa yang telah meminjamnya tapi terus buat harta sendiri. Dan kali ketiga aku terus memilikinya tnpa meminjam pada sesiapa. Itupun selepas aku membeli sambungan legenda ini berjudul Katerina dan Kasyah Legenda Berakhir. Sempurna misi aku. Masih tersimpan dalam rak2 antara buku2 novel dan buku2 ilmiah yang lain. Agak2 rasa nak baca, aku baca.

Ending of the story...Legenda berakhir...

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segalasuka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina? Itu antara sinopsis yang terkandung di dalam Novel Legenda Budak Setan.

Kemudian disusuli sambungannya, Katerina membawa kisah setelah kematian Ayu. Percintaan yang juga penuh dengan pelbagai rintangan dan dugaan buat lelaki bernama Kasyah. Jodoh masih tidak berpihak kepada Kashah.

Dan akhirnya, pada ulangtahun ke-20, penulis ini, Ahadiat Akashah telah menulis novelnya yang ke-71, dan menamatkan legenda Kasyah, budak setan ini. Novel Kashah Legenda Berakhir memberikan penentuan. Mungkinkah kebahagiaan akan menjadi milik pemuda yang kaya dengan rasa setia dan cintanya? Atau mungkin malang yang sentiasa menghimpit dirinya?

Legenda Budak Setan Film

Sungguh teruja bila novel ini ke layar perak. Filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, di bintangi oleh nama-nama muda yang besar seperti Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, raja Farah & ramai lagi. Sungguhpun filem ini tidak menggambarkan 100% adaptasi dari novel asal, namun ia memberi sedikit impact apatahlagi dengan peranan besar yang dimainkan oleh Que Haidar selaku Azmi yang begitu menghayati watak antagonis membuat aku begitu marah dan sakit hati. Begitu juga dengan penjiwaan Farid Kamil, melihat wajah sayunya, air matanya menyatakan betapa jauh penderitaan perasaan dan emosinya. Apepun aku juga telah memiliki cd-nya.

Legenda Budak Setan Drama Series

Dari dunia perfileman, novel ini ke drama siri. Kerana menerima sambutan yang menggalakkan, drama arahan pengarah terkenal Along Kamarudin ini masih mengekalkan hero utama iaitu Farid Kamil, namun heroin nya disandang oleh pendatang baru iaitu Maslina Nasir yang memegang watak Ayu. Watak Ayu juga di pegang oleh Jue Aziz selepas pembedahan wajah. Drama siri ini jauh menyentuh hati dan emosi. Bermain dengan jiwa dan perasaan. Farid Kamil benar2 menghayatinya seolah2 dialah hero novel tersebut. Adaptasinya menyamai novel. Bermula dari zaman persekolahan hinggalah dewasa, semuanya berjaya. Aku kagum dan rasa tidak kecewa dengan persembahan yang disajikan. Senimatografi, audio visual semuanya cukup hebat. Begitu juga dengan lagu latar belakang yang sesekali meruntun perasaan. Harap Farid kamil dapat anugerah pelakon terbaik...

Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkanku

Hilangnya cintamu menusuk hatiku
Hingga ku memilih cinta yang fana
Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh dalam harapan
Hilangnya cintamu menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh dalam harapan
Dalam harapan

p/s : harap lepas ni ada cd untuk drama siri Legenda Budak Setan. Hurm..berusaha untuk download juga..kalau ada.....
(En3 ini juga ditujukan buat housemate seksyen 17, Shah Alam yang tersayang...rindu kenangan lama...)


Saturday, November 6, 2010

Politik 24 Jam


Tun...pemimpin yang tiada gantinya....

Kepanasan kerusi kerusi DUN Galas Gua Musang dan Parlimen Batu Sapi baru lepas berakhir. Kelegaan pasti tergambar kepada yang menang. Tahniah kepada YB Aziz dan Datin Linda kerana berjaya membuktikan bahawa BN masih menerima kepercayaan rakyat. Nampaknya YB Aziz kena kerja kuat kerana dia adalah lambang BN bagi keseluruhan Kelantan. Hai....macam satu kebetulan juga yer...Piala Msia yang jatuh ke tangan Kelantan pada 2010 ini membawa petanda tentang kejayaan BN di Kelantan.

Opppsss...terlebey sudah...honestly, nak bagitahu, aku bukanlah pakar politik mahupun pro mana2 politik. Apatahlagi nak bersembang kedai kopi pasal politik, jauh sekali. Bagi aku, bagaimana fanatiknya aku kepada sesebuah parti pun tak guna, aku terpaksa juga bekerja keras untuk membina keluargaku..membahagiakan keluargaku...hurm....!!

Sebenarnya ada kisah menarik yang nak ku cerita pada en3 kali ini (dengan senyum2 kambing aku garu2 kepala...almaklumlah petang tadi aku dah korbankan rambut pnjangku yang mayang mengurai ala2 puteri ulek mayang....wpun Hari Raya Korban lagi 2 minggu...huh ! memang pendek giler rambut aku....macam ringan sesangat....)...eheh ! ada kaitan dengan en3 baru ker?

Walaupun election panas dah berakhir...tapi politik kat Msia ni sentiasa panas dengan pelbagai isu. Aku tak pasti kisah ini benar atau tidak. Ianya seumpama kisah penglipur lara yang disampaikan dari mulut kemulut. Sekadar satu kisah untuk dikongsikan betapa hebatnya orang Msia berpolitik. Aku yang mndengar pun tumpang gelak sekali.

Alkisahnya, ada satu travel tours Msia yang membuat pakej umrah yang kebanyakannya terdiri dari kalangan orang2 yang berusia. Ketika tiba di satu tempat untuk di lawati, rombongan itu pun turun untuk bersiar2 di salah satu lokasi di Madinah. Tidak lama kemudian, terdengar suara salah seorang tourist guide yang memantau pergerakan setiap ahli meminta mereka berkumpul untuk ke lokasi yang seterusnya.

Ketika hendak menaiki bas, ketua rombongan tersebut menjerit
"Masuk `Barisan' Tuan2 dan Puan2"
Tiba2 ada salah sorang pakcik yang berlari kesana kemari tiada arah tujuan seperti sedang menanyakan sesuatu di antara barisan2 rombongan tersebut. Maka ketua rombongan tersebut merasa agak pelik dan tertanya2 kenapalah pakcik ini tidak terus menaiki bas. Oleh yang demikian, maka ketua rombongan tersebut terpaksa menunggu sehingga pakcik itu selesai mencari apa yang mnjadi masalahnya itu. Bagi can kat pakcik itu.

Tak lama kemudian, pakcik itu kembali semula ke arah ketua rombongan itu dengan wajah keletihan dan sedikit kecewa. Jelas terpncar wajahnya yang begitu tidak puas hati.
"Maaf nak..'PAS'nya kumpul kat mana?" Pakcik itu bertnya sambil garu2 kepala.

Ketua rombongan tercengang seketika dan tak tahu nak kata apa lagi. Kemudian dia tersenyum dan meminta pakcik itu naik ke dalam bas tnpa sepatah kata. Pakcik tu pun dalam kegelisahan dan masih tak puas hati terpksa menghayun kakinya yang kepenatan melangkah ke tangga2 bas tersebut.

Entahlah...hebatnya orang kita bila berpolitik..tetapi kuasa yang ada semakin berkurangan...!!

p/s : Majulah agamaku demi bangsaku....majulah bangsaku demi negaraku.....amin !!!


Friday, November 5, 2010

For The Rest Of My Life - Maher Zain


For The Rest Of My Life


I praise Allah for sending me you my love

You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart


Menjelajah kesepian malam. Aku terus ditemani lagu2 Maher zain ini. Maka en3 malam nih tentu berkaitan dengan pemilik lagu ini. Maher Zain. Siapa tak kenal Maher Zain. Lagu2nya begitu indah memuja Allah. Pemuda ini dilahirkan pada 1982 di Lebanon. Ketika Maher Zain berusia 8 tahun, dia berpindah dan menetap di Sweden. Berkelulusan sarjana Aeronautical Engineering ini bnyak bereksperimen dgn muzik. Pada 1 November 2009, album pertamanya, Thank You Allah telah diterbitkan. Muziknya diinspirasikan dari ayahnya yang seorang penyanyi di Lebanon. Bersama2 kita hayati antara lagu yang sentiasa menemani aku...The Rest of My life...


Thursday, November 4, 2010

Antara Manusia Dan Kerbau


Seorang teman saya pernah menceritakan satu cerita yang boleh kita kongsi bersama untuk dijadikan satu renungan siapakah kita sebenarnya. Kisah antara seorang petani dan kerbau yang mengungkap di manakah keberadaan kita dalam kehidupan ini dan menjelaskan siapakah kita serta diakhir kisah ini kita perlu melihat adakah kita akan berada di sebelah petani atau anda merasakan yang kerbau adalah golongan yang patut anda pertahankan kerana ianya juga melambangkan sesuatu yang anda jalani seharian sehingga kini.

Kisahnya begini, di sebuah kampung hidup satu keluarga petani yang aman bahagia. Petani tersebut mempunyai anak dan isteri yang amat memahaminya serta sentiasa berada bersama dengannya biar dalam suka mahupun duka. Kehidupan mereka tidak begitu senang namun jauh dari kesusahan. Mereka berkecukupan dari segala hal.

Sudah menjadi rutin petani tersebut untuk pergi ke sawah pada setiap hari manakala si isteri akan melakukan kerja rumah dan anak-anak mereka akan melaksanakan tugas sebagai pelajar. Jika dilihat dari sudut kehidupan duniawinya, tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh mereka, aman, bahagia berkecukupan. Mereka bertanggungjawab atas tugas masing-masing dan mereka saling hormat menghormati.

Namun ada sesuatu yang mungkin pincang, justeru itu mari kita ikuti perjalanan kehidupannya seharian agar kita dapat renungkan masalah yang sebenarnya dihadapi oleh si petani.

Si petani akan bangun awal pagi untuk bersiap ke sawah dan seperti biasa dia perlu mandi membersihkan diri dan kemudian bersiap serta menikmati sarapan yang disediakan oleh isterinya. Si petani ini mempunyai seekor kerbau, kerbaunya tahu tuannya akan bangun awal pagi untuk menjalankan tugas di bendang maka sang kerbau juga terpaksa bangun awal dan bersiap dengan memakan apa yang ada untuk member tenaga agar dapat bekerja di bendang.

Setelah menikmati sarapan pagi yang dapat memberi tenaga maka si petani keluarlah untuk ke bendang. Dia pun terus ke kandang kerbaunya lalu ditariknya untuk membawa ke bendang.

Berkatalah sang kerbau dalam hatinya “aku tahulah aku kena kerja, tak perlulah aku ditarik”. Meskipun merungut di dalam hati tetapi sang kerbau tetap patuh pada tuannya biarpun kadangkala dia tidak faham mengapa tuannya perlu memerintahnya kerana ia juga tahu akan kerjanya.

Sesampainya di sawah, sang kerbau dikerahkan untuk membajak.Melihat si kerbau lembab dalam melaksanakan kerja yang disuruh maka dirotannya kerbau tersebut agar membuat kerja dengan pantas. Tanpa merungut bergeraklah si kerbau dengan pantas demi mematuhi perintah tuannya kerana pada fikiran sang kerbau, jika dia melawan nanti dia akan tidur dalam kesejukan di luar kandang dan terpaksa bersusah payah untuk mencari makan, walhal sekarang dia begitu mudah untuk mendapatkan makanan.

Bekerjalah si petani dan sang kerbau dalam keadaan panas hinggalah tiba waktu makan tengahari. Petani tersebut beruntung kerana isterinya akan datang membawa makanan yang sedap lagi menyelerakan kerana isterinya cukup pandai dalam hal masak memasak untk makan tengahari.

Biarpun begitu si petani tetap merengus akibat cuaca yang panas. Apa dah jadi dengan kerbaunya? Sang kerbau melihat tuannya makan tengahari, ia pun terasa lapar dan dahaga, berkatalah si kerbau dalam hatinya “aku yang bekerja teruk di tengah panas tak merungut”. Lalu sang kerbau mencari apa yang boleh dimakan dan mencari air bertakungan untuk dijadikan juadah makanan tengahari.

Selesai istirehat, mereka menyambung kerjanya di bendang hingga waktu petang.Apabila petang menjelma,maka tiba waktu untuk pulang lalu petani berhenti lalu menarik kerbau untuk pulang.

Sewaktu ditarik berkatalah kerbau di dalam hatinya “tak payah tarik, aku pun tahu nak balik… aku pun penat”. Setelah sampai di kawasan rumah, kerbau dimasukkan ke dalam kandang dan disediakah makanan untuk makan malam dan setelah itu si petani pulang ke rumah lalu membersihkan diri untuk makan malam. Setelah makan malam, si petani tidur dan sang kerbau tidur.

Nah… apakah bezanya si petani dan kerbaunya, jika dilihat di sini tiada bezanya, petani makan, kerbau makan… petani kerja, kerbau kerja… petani rehat, kerbau pun rehat. Begitulah kita, jika kita tidak melaksanakan solat maka sama juga kita seperti kerbau hanya tahu melakukan rutinnya bahkan yang lebih menarik, kerbau tersebut masih mendengar kata perintah tuannya.

Oleh yang demikian seandainya kita tidak mendengar kata perintah Allah swt yang maha berkuasa lagi bijaksana maka kita lebih teruk dari seekor kerbau. Biarpun dia kerbau, tiada pelajaran tetapi dia tahu mengikut perintah tuannya walaupun kadangkala masih ada protes.

Maka cubalah letakkan diri kita dalam situasi petani dan kerbau ini. Adakah kita ini sama seperti kerbau kerana dalam kisah ini tiada bezanya petani dan kerbau. Perkara yang dapat membezakannya ialah kepatuhan kepada perintah Allah swt.

Maka marilah kita persoalkanlah dalam diri, adakah layak kita digelar manusia jika tidak mengikut perintahNya sedangkan seekor kerbau masih tahu kedudukannya atau kita layak digelar manusia kerbau kerana tubuhnya manusia namun perjalanan hidupnya seperti kerbau.

Semoga kisah ini dalam direnungkan sedalamnya dan bukanlah tujuannya untuk meletak sesiapa di tahap yang rendah, melainkan ianya untuk dijadikan iktibar untuk diri yang fakir ini serta pembaca yang sudi merenung diri agar tahap kerinduan kita terhadap Allah swt sentiasa bertambah, berkurang jauh sekali.

Sumber : Dr Azhar Sarip (aku-ok.com)

p/s : mulianya seekor kerbau.....


Tuesday, November 2, 2010

Sambungan Kisah Aming II


Aming gi doktong umah tok imang. Sedak ah abang ye wat nyeyeh ke aming. Aaaaaming, bukang aming!, Aaaaaming , bukang aming!. Padang nge muka aming. Babil ngat dek pong.


Mase tok imang tubik dari sejid nok ambek lipar, abang ye tunjuk ke aming guane rupe tok imang, Aming cerat molek, paka serbang macang bakul, paka juboh serebeh, paka spek mate awe-awe itang, misa nipih siak, janggut panjang jengong. Koho abang ye ngusik, tok imang nok ambek Aming, koho ye takutan. Peluk kemah keming ayoh ye, dok lepah-lepah.


Tekkang ayoh Aming, nok kilah kain hok sellok takdi lagi, nok ambek lipar cap beng teng Aming lagi, nok gaga kuci kete lagi dalang kocek. Macang orang ngandung lah pulok sebab aming dok gatung depang. Nok gohek kete pong dok leh, dok gendong gitu ah depang stereng. Puah ayoh ye pujuk, gitu gining, dok makang siku gok.Nok dok nok , ayoh ye tebeng gohek gok kete dia koho-koho. Aming pulak sebek, sok sek lagi bunying. Jebek muke-muke, dok tekek nge ayoh ye. Pale macang nok masuk dalang baju ayoh ye. Nge ingus, nge air mate, nge air idung, nge air lior, penoh jeluah di baju ayoh ye. Ayoh ye pulok , lengoh gok ah pehe, serebang kaki-kaki duk gendong ke Aming.


Kete pulok skali gi bira, skali gi tengoh, bewang-bewang kiri kanang macang ulo lari masuk dalang rok. Kete blakang dok tau ah, ping-pong,ping-pong, tekang ke hong. Doh, gohek kete doh ah koho, pah tu bewang pulok, maroh ah orang alik lakang. Parok ah gining. Molek je kete ye gi bira, pitah kete laing dari blakang nung, dang gi saoung “Guane boh, bawak kete ke, bawok keh”.

Hija muka ayoh ye malu. Rase nok nusuk bowoh kuseng kete je. Mari pulok hok laing ,soung lagi ,

“mende bawok kete gining ee, kete labbi laju agi.”

Biru stor pulok muka ayoh ye, wase nok masuk dalang desbok pulak. Ayoh ye, nok dok nok ,wat isyarat mulut, mucung ke Aminggg pah tu wat muke sebek tiru muke Aming. Drebar sebeloh ngangguk-ngangguk wat pahang, pah tu ngiling pale dia.

“Berat nanang….”,

tubik dari mulut dia. Ade lagi kete pitah, saoung pulok

“wane bawok kete bewang kalli ning, mung mabuk tape ke, kite nok pitah pong susoh”. Bila ye junga pale, kelih ke Aming tengoh peluk kemah keming nge ayoh ye, pompongang poseng, tapi dang agi wat ulasang siarang langsong.

“La dalang kete pong dukong gok,peseng nape gining ing, sakit tayya”.


Ayoh ye wat kerising kenyih gitu ahh, tahang malu. Skali junga kirri, skali junga kanang , sakot pale Aming nok kelih depang dok leh. Pulah cawah skali nok ke nyapa . Koho-koho, koho-koho sapa jugak drumah. Nyada ayoh ye, kenaling, lembik lokli, leloh bedoho layang ke Aming. Naik drumah , bahang nasik tige pinggang, bulurang, air teh O beng pulok abih secetong nye tibang.


Jok kejadiang di sejid kena ke Amingg, ye lame doh dok ikut ayoh ye gi sejid, tok imang maroh ke Aming, ye kate. Ayoh ye maghi mikkir, kalu gining sokmo, rohok ning. Pah ke besor dok gi sejid. Kekgi lambor sejid pong dok kenal. Petang-petang ayoh ye wat raoung , newar-newar bira rumoh tok imang. Tok imang ngenne gok nge ayoh Aming,napok je ayoh Aming gendong motosikal, ye klo slalu, tangang pulok kibor kiri kanang, Aming kelih ke tok imang, ye cang ke spek mate awe-awe itang tok imang, napok ke tangang tok imang macang nok debih je , naoung pulok situ le. Ayoh Aming derah-derah wat gi newor tah kelaing dulu.

“Smulah ayoh aji, kekgi ambe maghi mulla, serung ke ayoh Aji ning.”

Ayoh Aming kabo ke tok imang belang-belang tunjuk ke Aming hok tengoh nangis bederohong.


Tok imang wase pelikkan, wane pulak takut ke ambe ning, ke takut ke spek awe-awe itang ambe, ke kilah kaing tinggi ngat ,dokpong takut ke rambut reseng ambe sebab turung takdi dok dang nok bojeng. Kelih atah bawoh, blakang depang wasaang come doh , takut maccang ke ambe.


Dok lame pah tu ,maghi pulok lah ayoh Aming. Tok Imang dok sille molek doh atah gere nge mok aji. Siak nge sekut meri, nge air kawe. Angin pulok puh,puh tiup. Sedak nguh wasaang tok imang. Aming napok nakut lagi. Dukung dok lepah nge ayoh ye. Tangang pegang kelat gang. Hoh, kene kelat gang gok, dok ketek ah Aming, memang berehi. Dok dulli doh ke tok imang. Mok Aji depong Aming wat gi duduk atah gere pah tu layang Aming makang kelat gang belah kanang.


Tok imang ambek tepat belah kiri, jurung kalli kat papang jokel. Dok dekat-dekat kang nangis pulok budok Aming ning. Sudoh bebase tertib terning satni tubiklah soalang tok imang

“doh guane gamok budok ning, nakkut pa gitu seme, macang ah kite ni hantu polong, kelih kite sapa nolong berderohon".

Ayoh Aming pong critalah ke tok imang, hal Aming dalang sejid ari tu, tengoh-tengoh crite tok imang camek sekut meri, kecak air kawe, pah tu buh mula atah gere. Ambek sekut meri , cicoh air kawe, puwak dalang mulut. Dok maing gitu ah .


Ayoh Aming ni gok crite bukang maing sedak, nge tangang nge kaki , nge lipar jepung abih naik atah palle. Sapa ke bab aaaaming, bukang Aming! , aaaaming, bukang Aming! , tok imang suke sellok sampe tebelohok. Kembur abih biskut meri, tupah air-air kawe. Pah ke air dalang talang pung abih telerak , hanyar banyar, kubang lembang abih. Mok Aji dari takdi dok bang dengor jugak cerita Aming, nge Mok-mok Aji suke selok jugok .


Ye ulang “aaaaming”, Tok Imang tukang jawak “bukang Aming!.” Pah tu pakat suke dua orang tu sapa gegor tubuh-tubuh. Dok sedor ye dok bira ngat doh. Duk gegor – gegor gitu, dok sedor kayu jokel tu patoh riok , prakkk bunying, kanja tok imang dok dang nok wat mende , tok imang jatoh sengbam beloh kiri , muke bahang di akor mottan tepi gere, pecoh spek awe-awe itang tok imang.


Mok Aji kejjut kelih ke tok imang jatuh jerebab gitu, dok sedor kayu papang gere tu jettak , bidah ke dia pulok . Cokeng naik papang tu, jadi macang papang gelosor , Mok Ajie pulok golek koho-koho, jatuh beloh kanang nge Aming-Aming kali kelecak tah bowoh. Tungging langgang skali. Abih tepek kelat gang di idung, manjang sapa linge. Ye terrik mok’o mase jatuh takdi. Ayoh Aming pompongang , saloh aboh, nok suke ke , nok sedih tengok keadaang tok imang nge mok ajie.


Tok Imang duk kerah situ nge spek awe awe itang pecoh sebeloh , duk tepi akor mottan tengoh gegor lagi tahang suke, sapa dok rok nok bangung. Mok Aji dalang kemama – kemama , wat selambe dok tau je, derah derah bangung cegat, belang-belang dukong Aming. Duk lame-lame guling gitu napok seksi ah pulok. Aming dok dang nok nangis , sebab Mak Ajie derah-derah akit ye. Ye suke glekek tengok kelat gang lekkat di muke mok Ajie. Air mate Mok Aji bera lagi , bukang sedih , sukaang. Ayoh Aming wat lolok tanye tok imang

"doh guane ayoh aji, sakit ke dok?, sakit duane ?”.

Tok Imang jawak wat gurra

“ Sakitt ahhh, dua tepat ambe sakit, se tali perut , rase macang nok putuh, se lagi buah pinggang , sbab rase nok keccing. Aming oh aming mung punye hal lah ning sapa pecoh abih spek awe awe itang ambe….”

ngeloh tok imang. Aming dang lagi bang dengor jawak lalu

“Bukang Amingggg!…


Bersambung lagi episod 3, Aming gi bala/surra… saborrrrr….


sumber : Faizul Faizi


Monday, November 1, 2010

Antara Sabar Dan mengeluh


Pada zaman dahulu, ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."


Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
"Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya,
"Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab,
"Pada suatu hari, ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya,
"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab,
"Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda.
Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.


Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."


Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula,
" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


sumber : tazkirah FB

p/s : Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.