Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Thursday, November 10, 2011

Andai itu adalah Aidilfitri yang terakhir...


Terdengar beduk memecah keheningan pagi yang suram. Ada alunan sayu bacaan suci ayat Al-Quran di surau berdekatan. Itu maknanya ada satu berita sayu yang ingin dikhabarkan kepada seluruh penduduk kampung berdekatan.

Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Macam tak percaya. Namun itulah realitinya. Perjalanan hidup sebagai hamba pasti akan berakhir sebagai satu penamat bahawa dunia ini hanya sementara, tiada yang kekal. Pada hari Rabu, tanggal 09 Nov 2011 (13 Zulhijjah), pasti terpahat kekal di dalam memori pemergian ibu yang tercinta, Munah bt Othman @ Mahmud. Dalam usia 75 thn, ibu yang lahir pada 03 June 1936, akhirnya, mengadap Ilahi di subuh hari yang indah dengan tenang, walaupun hanya ditemani kakak SJ yang sulung di hospital Banting. Syukur Alhamdulillah kerana jenazah ibu juga selamat di semadikan pada pukul 11 pagi tu juga di tanah perkuburan Kg Bandar, Banting tanpa sebarang masalah.

Ibu SJ tidak berapa sihat sejak 15 Oktober 2011. Namun SJ adik beradik menyangkakan ibu hanya sakit2 biasa. Ibu memang gagah. Walaupun selalu merungut dengan masalah lutut, namun itu bukan satu masalah. Setiap hari dengan sebatang tongkat ibu akan berjalan kaki utk memastikan kesihatannya sempurna dan boleh berjalan dengan elok. Exercise, ibu kata. Bila di rumah, ibu tidak pernah duduk diam. Ada2 sahaja yang dilakukannya. Diari kehidupannya sama seperti zaman kecil2 SJ dulu, cuma tidak segagah dahulu. Kalau dulu, tak cukup dengan kepakarannya memasak, ibu memang hebat dalam kerja2 kraftangan seperti menjahit dan mengait. Tikar dan `pajak' di rumah, siapa lagi kalau bukan hasil tangan ibu. Begitu juga, semasa hayatnya masih ada, makanan pasti siap terhidang, apatahlagi jika anak2 tersayang balik menjengah ibu dan ayah. Dengan semangatnya, dia akan mengajak berbual dan bercerita apa sahaja, seolah2 melepaskan kerinduan pada anak2 dan cucu2.

Tetapi sejak 2,3 bulan ini, ibu memang kurang bercerita. Adapun ibu banyak berehat dan berbaring. Namun bila ada tetamu datang, ibu yang paling sibuk menyiapkan hidangan. Itulah ibu. Dan Aidilfitri yang lalu, bagaikan satu petanda buat SJ. Setelah bertahun tidak menyambut 1 Syawal bersamanya, Allah mengizinkan utk pada tahun ini. Ibu paling gembira bila dapat tahu, anak SJ yang sulung dah pindah balik di bawah jagaan SJ sendiri. Bercahaya betul sinar mata ibu. Berkali2 juga ibu kata, SJ dah nampak berisi sekarang, tak macam dulu, macam tak makan jer....Sebelum ni, anak SJ bersekolah di Terengganu dan di bawah jagaan ibu mertua SJ. SJ pindahkan ke Selangor semula, bila sesi sekolah menengah bermula pada tahun ini, kerana tidak mahu menyusahkan ibu mertua SJ.

Dan pada Syawal itu, ibu memarahi SJ hanya dengan satu perkara kecil dan siapa sangka itulah marah ibu yang terakhir buat SJ. Dan Syawal itulah juga pujukan ibu yang terakhir bila SJ sedikit merajuk. Apa yang SJ ingat, kali terakhir, ibu memarahi SJ ketika SJ sekolah menengah dahulu. Ibu marah bila SJ ingin meninggalkan kampung kerana cuba membina hidup sendiri dan berdikari di daerah lain. Ibu memang layan SJ macam budak kecil. Namun SJ tidak sedikit pun terasa hati dan SJ dengan muka selamba bergurau dengan ibu bila dia menolak sedikit pemberian SJ pada ibu dengan mengatakan `anggaplah itu sebagai bayaran hutang susu SJ pada ibu'. Kiranya SJ tahu...itulah yang terakhir.......

Bila dikhabarkan tentang kesihatan ibu, SJ pulang melihat ibu, SJ agak merasa gundah. Ibu terbaring lesu. Makan dan minum bersuap. Itupun sedikit. Semua urusan termasuk lapkan tubuh badan dilakukan oleh ayah. Hanya ayah yang ibu mahukan. Betapa tebal kasih sayang antara mereka berdua. Ibu kelihatan memang uzur dan terlalu kurus. Tapi, macam biasa tetap risaukan makan minum anak2 ibu walaupun dalam keadaan ibu yang uzur. Selalu merasakan kami seperti anak2 kecil yang perlu di hidangkan makanan. Ibu kurang bercakap. Penglihatannya sedikit kabur.

Dan pada 10 Zulhijjah yang lalu, SJ sekeluarga sepakat membawanya ke hospital dengan memanggil ambulan, memandangkan ibu tidak mampu untuk bangun dan walaupun ketika itu di mana2 suasana begitu meriah dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha. Tengahari itu juga SJ dan adik beradik yang lain menunggu di wad kecemasan sehinggalah ibu di masukkan dalam wad. Kasihan dengan kakak sulung SJ yang menjaga ibu pada waktu malam, SJ menggunakan cuti ehsan dari tempat kerja dengan menjaga ibu pada waktu siang.

Hari terakhir sebelum pemergian ibu. Ibu nampak semakin sihat. Ibu dah boleh mengiring. Tangannya semakin kuat. Berkali2 cuba menanggalkan wayar dan tiub yang melingkari tubuhnya. Berkali juga SJ memujuknya. Hari terakhir itu juga, ibu banyak berbual2 dengan SJ walaupun ada butir bicara yang SJ kurang faham. Dengan yakin juga SJ bercerita dengan adik beradik lain, ibu dah makin ok. Insyaallah, tak lama lagi, ibu dah boleh duduk dan bergurau senda macam biasa. Itulah yang SJ bayangkan. Walaupun banyak perkara dan tanda2 seolah2 ibu akan meninggalkan SJ, tapi SJ buang fikiran tak baik itu jauh2. SJ tak mahu bercerita dengan adik beradik tentang apa yang berlaku. SJ cuba positif. SJ bagi ibu semangat. SJ pujuk ibu ketika bantuan perubatan yang agak menyakitkan tubuh badannya. Apapun itulah yang terakhir. Terakhir kali, SJ menyuap air ke mulutnya. Terakhir kali lap tubuhnya, wajahnya, bibirnya dan matanya yang kering. Terakhir kalinya menukarkan lampinnya. Terakhir kalinya SJ merasakan genggaman kuat tangannya sebelum SJ bertukar shift dengan kakak sulung SJ. Walaupun berat hati SJ. Itulah yang terakhir kalinya SJ merasakan kasih sayang ibu buat SJ. SJ tidak terkilan, kerana dalam hidup SJ, kali ini SJ dapat menjaganya seperti anak kecil. SJ belai dengan penuh rasa kasih SJ terhadapnya. Walaupun SJ tidak dapat melihat anak matanya buat terakhir kalinya sebelum ibu menghembuskan nafas terakhir namun SJ redha dengan ketentuan Ilahi.

Dan detik itu adalah yang terakhir SJ menatap ibu ketika ibu di mandikan dan dikapankan. Terakhir kalinya, SJ mengucup seluruh wajah ibu sebelum jenazah ibu di semadikan. ALFATEHAH.....semoga ibu aman dan rehat di sana. Amin...Semoga ibu tergolong dari kalangan orang2 yang beriman. SJ redha. Tanggungjawab ibu telah tamat. Ibu dah besarkan anak2 dengan baik. Dengan bekalan dunia dan akhirat yang sempurna. Segala pesanan dan nasihat akan SJ jadikan bekalan dan azimat buat selamanya. Hanya kenangan indah yang terus dalam ingatan. Kasih sayangmu terus ke Syurga...Ibu

p/s : Terimakasih yang tidak terhingga buat kakak sulung tersayang, Kamsiah kerana sanggup berjaga malam menjaga ibu. Begitu juga buat adik Salleh , abang Din , abang Jamal dan semua adik beradik tersayang. Begitu juga buat keluarga2 lain yang jauh dan dekat, dimana sahaja yang sanggup datang berziarah. Juga2 buat rakan2 pejabat yang berkunjung berziarah.

Kunjungi jua SALLEH dan KODING blog....

ALFATEHAH....buat ibu






Friday, November 4, 2011

TOP 5 Healthiest ( dan yang WORST)


Sejak akhir2 ni, menu western menjadi pilihan hati. Terpandang2 dan tercari2. Hidangan Itali terus menjadi pilihan. Pizza atau spagheti, Pasta yang di masak pelbagai hidangan terus menambat hati. Restoran? Mahal. Cuba sendiri. Masak. Jangan tak tahu, makanan2 seperti ini memang mengundang kolesterol dan membahayakan kesihatan lebih2 lagi dengan campuran parmesan cheese dan fresh milk. Namun di sebalik itu, kita mempunyai pilihan untuk mengambil corak pemakanan yang lebih sihat dan mari cuba lebih kenali menu2 yang memang lebih sihat dan berkhasiat.

Katakan TIDAK (WORST)...

Mayonis ??
TIDAK......
Hidangan mayonis biasanya bersama dengan roti dan salad. Adakala kita suka menambahnya sebagai perasa tambahan dalam telur dadar. Mayonis ialah sos pekat dan berkrim yang diperbuat daripada minyak, kuning telur, jus lemon atau cuka, dan bahan perisa. Mayonis digunakan sebagai asas kepada sos lain, seperti sos tartar dan sos salad. Kaya dengan rasanya dan teksturnya yang berkrim, mayonis digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan siap, seperti disapu kepada roti sandwich, burger atau biskut, dan sebagai pencicah makanan lain. Selain sebagai pencicah biasa, mayonis juga boleh ditambah dengan herba dan rempah seperti basil, jintan putih, dan serbuk cili. Ia juga boleh ditambah kepada ikan bilis atau puri asparagus. Namun bahan utama mayonis adalah minyak kacang soya yang diproses dan ditapis. TIADA APA2 yang sihat mengenai mayonis. Ia boleh menyebabkan punca keradangan dalaman dan memudaratkan tubuh dari omega-6 kepada omega-3, dengan lemak omega-6 yang berlebihan. Mayonis sama seperti Sos Tartar. Tetapi, Mayonis boleh menjadi makanan pilihan yang sihat jika ia diperbuat daripada minyak zaitun 100%.


Ketchup / Sos tomato ?? Tidak cukup ...
Pastinya ia kerap digunakan dalam masakan. Dan cukup terkenal sebagai hidangan dalam burger dan pelbagai fast food. Sos tomato dibuat dari tomato dan ia mengandungi bahan `lycopene nutrien' yang memberi faedah dalam kesihatan. Malangnya, sos tomato mempunyai % gula yang tinggi. Kalau nak tahu, kebanyakan jenama yang diperuntukkan adalah dibuat dengan sirap jagung fruktosa yang tinggi. Memang tidak baik untuk kesihatan.




Barbeque Sos ?? Nope ...
Sos BBQ sebenarnya lebih teruk daripada sos tomato kerana ia mempunyai tahap gula atau HFCS yang lebih tinggi. Kandungan tomato sebenar adalah lebih rendah dari yang di sangka. Memang enak bila ia di hidangkan dengan daging mahupun ayam panggang tapi WASPADA !!






Salad Dressing ??
Diet seperti tidak kena bila pengambilan salad ataupun buah2an di sertakan dengan salad dressing ini. Ia bukanlah cara pemakanan yang sihat. Kebanyakannya mengandungi bahan2 utama seperti HFCS dan minyak kacang soya ataupun `canola oil' yang sememangnya tidak sihat. Salad dressing "bebas lemak", sarat dengan gula tambahan. Tubuh memang memerlukan sumber lemak yang baik untuk membantu menyerap vitamin dan mineral dalam sayur2an. Namun salad dressing `bebas lemak' bukanlah pilihan yang tepat. Kebanyakan salad dressing yang berjenama mendakwa ianya "diperbuat daripada minyak zaitun" namun hakikatnya, hanya sejumlah kecil sahaja minyak zaitun sebenar yang digunakan. Selebihnya, minyak kacang soya dan canola oil yang tidak sihat itulah yang menjadi bahan utama.

Apa Top 5 Healthiest Condiments ??

1.
Mustard

Betul. Mustard sememangnya salah satu condiment yang sihat. Pertama sekali ianya tidak mempunyai sebarang gula tambahan. Selain itu, biji sawi itu sendiri adalah sumber antioksidan yang berkuasa. Di samping antioksidan dalam biji sawi, mustard paling kuning juga mengandungi kunyit (salah satu bahan rempah sihat yang anti-kanser) dan paprika. Kedua2nya mengandungi kuasa antioksidan. Pes pekat berwarna coklat-kekuningan ini mempunyai rasa yang tajam. Ia diperbuat daripada biji2 tumbuhan keluarga sawi yang dikisar. Terdapat beberapa jenis mustard yang terdiri daripada pelbagai rasa. Rasanya bergantung kepada jenis biji, cara penyediaan, dan bahan2nya. Mustard selalunya digunakan bersama daging yang dihidang. Ia juga digunakan dalam mayonis, untuk memerap, dan sos bbq. Mustard boleh dijadikan asas dalam salad, apabila dicampur dengan cuka dan minyak zaitun. Mustard popular dimakan bersama hot dog dan pretzels. Mustard kering selalunya dijual dalam tin, dan digunakan untuk memasak.


2. Guacamole
Ia banyak mengandungi lemak yang sihat (yang memuaskan selera dan mengawal keseimbangan hormon), banyak serat, vitamin, mineral dan antioksidan yang banyak. Guacamole berkrim akan membuatkan apa2 jua makanan mempunyai rasa yang lebih baik. Ia boleh di makan dengan telur, burger, ayam atau ikan, atau hanya makan dengan sayur2an sahaja. Sila semak bahan2 guacamole yang di beli di pasaraya dan pastikan ianya tidak mengandungi trans lemak ataupun lain2 bahan tiruan. Guacamole terdiri dari bahan utamanya, buah avokado hijau yang memang tidak dapat di sangkal peranannya dalam kesihatan. Ia mampu menurunkan kadar kolesterol dengan kandungan serat yang tinggi dan mempunyai lemak sihat. Sebenarnya, membuat guacamole lebih mudah, cepat dan ia kelihatan segar daripada membelinya di pasaraya.


3. Salsa
Salsa sebenarnya adalah sos dalam sebutan Sepanyol. Secara tradisional ia terkenal di Mexico dan diperbuat daripada tomato yang diperasakan dengan cilantro, cili dan bawang. Selain itu ia dicampur herba segar, rempah buah2an dan sayur2an. Ia biasanya dijadikan sos pencicah. Walaupun sos tomato merupakan antara makanan yang tidak sihat kerana kandungan gula, salsa tersenarai sebagai menu super sihat kerana ia hampir tidak mempunyai gula tambahan terutama jika memperolehinya dari jenama yang baik. Salsa kebanyakannya hanya sayur2an jadi ianya memang sukar berlaku. Bagi yang memang peminat setia sos tomato dan ingin mengurangkan pengambilan gula, cuba salsa sebgai pilihan makanan yang lebih sihat. Percayalah. Makan salsa burger adalah sama lazat seperti sos tomato burger.

4. Hummus
Hummus juga sejenis pes yg kebanyakannya terdiri dari kacang kuda, tahini, bawang putih, lemon, bijan dan minyak zaitun. Ia adalah salah satu condiment sihat yang mudah. Perkara utama ketika membeli hummus yang baik adalah dengan memastikan ianya dibuat daripada minyak zaitun. Jangan ambil hummus yang dibuat daripada kacang soya atau canola oil. Kebanyakan jenama menggunakan soya murah atau canola oil, tetapi tidaklah sukar untuk mencari jenama yang menggunakan semata2 minyak zaitun. Hummus boleh di makan dengan sayur2an, sandwich, daging dan sebagainya.

5. Pesto
Pesto umumnya adalah dari campuran bawang putih, kacang pain, selasih, minyak zaitun dan keju parut. Ia merupakan sumber lemak yang sihat dan juga antioksida kerana kandungannya dari kebanyakan bawang putih dan selasih, juga sedikit sebanyak dari kacang pain dan minyak zaitun.
Pesto dari sebutan Itali ini adalah saus yang berasal dari Genoa di daerah Liguria di Italia utara (pesto alla Genovese), dan secara tradisional terdiri dari sayuran ala italia, kemangi bawang putih dan kacang dicampur dengan minyak zaitun dan keju. Sebenarnya makanan ini merupakan hasil olahan yang didasari oleh keju buatan orang romawi kuno yang dicampur dengan Basilicum. Kemudian orang Genoa, Liguria Italia menggunakan daun Basil ini untuk dicampur dengan pine nuts (sejenis kacang yang berbentuk seperti beras tetapi berukuran agak besar), bawang putih dan sedikit olive oil. Lalu,makanan itu terkenal dengan sebutan Pesto. Sedangkan di Perancis disebut Pistou dengan menambahkan keju dan daun parsley tetapi tidak menggunakan olive oil. Pesto juga sangat sesuai dengan dengan sandwic, kuah daging begitu juga dengan telur.

sumber :
Internet /
Mike Geary
Pemakanan Pakar Bertauliah,
Certified Personal Trainer


p/s : credit to my boss atas list yg bermakna ini...hehe
....lepas nih Italiano dan Espano lah yer.....






Wednesday, November 2, 2011

Julang Ke Puncak Kemasyhuran


BEKAS pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berazam membantu Selangor kembali berada di ambang kemasyhuran sebaik mengesahkan bakal mengemudi gergasi Lembah Klang itu musim depan.

Jurulatih kelahiran Kelantan berusia 60 tahun itu berkata, cabaran mengendalikan pasukan sehebat Selangor sememangnya satu tanggungjawab yang cukup besar. Justeru Irfan Bakti berkata, beliau benar-benar berharap kehadirannya musim depan mampu menterjemahkan segala impian Gergasi Merah menjadi realiti terindah, selain berdoa agar turut direstui ribuan penyokong fanatik Merah Kuning.

"Siapa yang tidak kenal Selangor, di sini kehebatan mereka seolah-olah seperti Manchester United, sebab itu saya terima (tawaran). "Mudah-mudahan saya dapat membantu Selangor menamatkan kemarau trofi termasuk Piala Malaysia," kata Irfan Bakti.

Meskipun gagal membantu Terengganu menamatkan penantian selama sedekad apabila tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan di pentas final Piala Malaysia (Sabtu lalu), kredibiliti Irfan Bakti selaku jurulatih sememangnya tidak boleh dipertikai. Walaupun kegagalan itu turut menyaksikan Irfan berterusan kempunan mendakap Piala Malaysia, beliau masih berjaya membantu Terengganu menjulang Piala FA musim ini, selain menamatkan kedudukan di tangga kedua Liga Super.

Irfan yang memulakan kerjayanya selaku jurulatih pada 1996 dan pernah membantu kelab Indonesia, Persipura muncul juara Liga Indonesia pada 2007 memberitahu, setakat ini beliau masih belum membuat pengesahan rasmi secara hitam putih dengan pengurusan Selangor. "Belum bincang lagi, mungkin dua tahun, mungkin hanya setahun atau pilihan lanjutan tambahan kontrak selama setahun, semuanya bergantung dalam perbincangan itu nanti," katanya yang masih bercuti di Kota Bharu.

Mengenai pemain yang akan dipikatnya bagi menyarung jersi Selangor musim depan, Irfan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana yakin dengan kredibiliti pemain-pemain Selangor yang sedia ada. "Memang ada yang berkenan di hati tetapi belum ada kata putus. Lagi pun saya lebih gemar mendapatkan khidmat pemain yang mempunyai kehebatan 'tersembunyi', berbanding pemain berstatus bintang. "Malah pada masa sama, suka saya ingatkan di sini, penghijrahan saya ke Selangor adalah keputusan saya sendiri dan bukannya dipengaruhi oleh tekanan mana-mana pihak," katanya yang pernah membimbing Negeri Sembilan, Perlis dan Telekom Melaka sebelum ini.

p/s : Semoga Red Giant dapat meneruskan misi 33 bersama bakti `Haji Irfan Bakti' Siapapun coach atau pemain2 Selangor yang bakal keluar dan masuk dari skuad Merah Kuning, doa tetap mengiringi karier kalian. Kami tetap memberikan sokongan padu lebih2 lagi buat Skuad Red Giant yang disayangi.

CREDIT TO kosmo.com.my







Thursday, October 27, 2011

Gergasi Merah Kuning Yang Tewas


Banner yang tegak memberi semangat

Gerai merah kuning ada satu jer....tapi tak sempat nak snap...

Pintu Stadium Sultan Ismail Nasiruddin (suasana sebelum rempuhan)

Inilah stadium Sultan Ismail Nasiruddin bagi sesiapa yang tak pernah masuk ea..

Kan dah kate...lautan hitam putih.....

Dan banner ini masih di sini...bersama penyokong setia walaupun hampir hilang di penuhi warna hitam putih

Balingan objek berupa mercun yang mengganggu seketika perlawanan

Selangor fans yang setia tidak berganjak...Chaiyokk !!

Sesudah perlawanan....jalanraya hanya di buka satu lorong di sebelah stadium

`Ultra Tranung' yang melaungkan kegembiraan kemenangan

Penyokong duduk atas nih tanpa memikirkan keselamatan..

Semi Final Piala Malaysia dah lama berakhir. So, entri SJ kali ni pun macam dah basi apatahlagi perlawanan penentuan semakin menghampiri . Sekarang ni masing2 sedang berkira2 untuk menentukan siapakah bakal menjuarai Piala Malaysia. Siapa lebih hebat. Malah kes tiket yang melampau2 kini pun sedang dan masih menjadi isu hangat untuk masing2 menghentam FAM. Huh !! memang mahal. Apapun kita tunggu aksi Final di Stadium Shah Alam di mana Terengganu selaku tuan rumah.

Mengimbas perlawanan lalu, Selangor kecundang, Terengganu memang layak ke final. Asalnya, SJ memang merancang untuk pulang ke kampung En hubby, sementelah sekolah yang bercuti seminggu sempena Deepavali. Semangat utk balik Terengganu semakin membara apatahlagi 2nd leg game di Stadium Sultan Ismail Nasirudin antara Selangor dengan Terengganu. Haa...berperang gamaknya malam tu....Gergasi Merah Kuning dengan Gergasi Pantai Timur.

Seronok rasa bila bertembung dengan bas penyokong `Merah Kuning' di Kemaman dalam pukul 3 pagi. Ketika itu SJ tgh drive dan mata plak dah mula samar2. Hilang mengantuk sebab dapat bersaing dengan bas dari negeri tumpah darah SJ. Tapi bas yang tertulis `Malaysian Cup' tu memang laju...berdesup terus hilang dari pndangan..huh !! memang semangat...

Alkisahnya, memasuki stadium Terengganu tidak sama seperti memasuki stadium Shah Alam. Berebut2 dan macam nk tengok konsert fun fair pun ada. Difahamkan punca berebut dan tolak menolak kerana ramai yang lompat pagar. Sebab apa lompat pagar? tiada tiket lah tu. Kalau ada tiket mesti bersopan cam SJ ni kan. Tetamu kena tnjuk tauladan yang baik. Aishh...macam2. Itu belum lagi kisah kehabisan tiket seawal pukul 10 pagi. Rupa2nya inilah sikap segelintir manusia yang meraih keuntungan dengan mnjadi ulat tiket. Dan kita yang merasa ghairah untuk melihat perlawanan terpaksa bergadai wang walaupun harga dari RM15 meningkat ke RM25. Hurm...tak ada cara ker untuk mematahkan sindiket ulat2 yang tak berguna dan menyusahkan orang nih.

Namun nasib memihak dan SJ dapat juga memiliki tiket dengan harga asal. Takde maknanya SJ nk mengayakan sindiket2 nih. Tapi satu perkara, tiket yang konon2nya nk SJ simpan sebagai kenang2an tidak menjadi kenyataan sebab tukang jaga pintu stadium tu usahkan nak koyakkan dan bg yang sebahagian tiket malah terus mengambil tiket tersebut. Ada kemungkinan tiket tu di jual semula kpd orang2 luar yang tak dapat tiket. SJ tak rasa pun jumlah penonton dalam 18,000 orang malam tu. Bayangkan tempat duduk batu konkrit yang kematu, sempit dan berhimpit. Ramai pula yang berdiri2 terutama di pagar stadium. Itu belum lagi yang dok tengok free atas bangunan. Haa..yang ni pun tak sempat nak snap. Khusyuk dengan perlawanan lah katakan...

Malam tu SJ duduk dalam lautan `hitam putih' tapi SJ gembira sebab dapat tengok Selangor fans di hadapan SJ. Semangat rasanya walaupun Selangor rebah di tempat lawan 2-1. Kalau nak kira, Selangor memang semakin kehilangan taring. Striker kurang berbisa. Walaupun rentak permainan nmpak cantik namun tidak mmpu menandingi lawan yang ternyata lebih bijak mencari ruang. Corak permainan sama seperti 1st leg di Shah Alam, Terengganu mempamerkan gaya bakal juara.

Pergerakan Fitri Shazwan nampak tangkas umpama kecil2 cili padi. Namun sepakan jaringan perlu lebih latihan. Seperti percubaan jaringan2 yang lain, juga kelihatan tumpul, mudah diselamatkan Sharbinee Alawee dari melepasi gawang. Beberapa peluang juga gagal di manfaatkan sebaik mgkn. Namun semangat perjuangan yang dipamerkan hingga minit2 terakhir layak dipuji. Gol tunggal Shafiq Rahim pd minit ke-87, seolah2 hadiah saguhati dari tuan rumah. Banner `Never Surrender Setia Bersamamu' sentiasa memberi semangat. Namun Selangor tetap menerima kekalahan dengan semangat kesukanan. SJ tetap bangga dengan Selangor dan semangat perjuangan sepasukan. Lagi2 bila dengar Selangor fans menyanyi lagu `inilah barisan kita..' Teringat suasana perlawanan di Stadium Shah Alam yang selalu penuh dengan lautan Merah Kuning. SJ memang agak sedih dan terkilan namun menerima keputusan dengan tabah. Siapa tak sedih bila lihat Selangor di belasah oleh Terengganu. Nasib baik En hubby ada. Tolong pujuk. Ahaks....

Dah lama SJ tak merasa kemeriahan final Piala Msia apatahlagi yg membabitkan pasukan Selangor. Kali terakhir Selangor menjuarainya pada 2005 dengan menewaskan Perlis. Bergelar juara 32 kali, pasukan elit Selangor ini pasti akan berusaha menebus di musim akan datang. Selangor Boleh !! walaupun dengar rumours ramai pemain2 yang bakal meninggalkan Merah Kuning dan menyarung jersi pasukan negeri lain. Sedihnya....

Terengganu sememangnya layak. Lebih tangkas. Pertahanan yang kebal. Serangan tajam dan taktikal. Adanya Ashaari Shamsuddin dan Manaf Mamat, Terengganu terus membuktikan mereka pasukan terhebat di musim ini. Terengganu di akui mempunyai banyak pemain2 yang berbakat. Marzuki Yusuf selaku kapten pasukan juga melaksanakan tggjawabnya dengan sempurna. Gol pertama seawal minit ke-19 oleh Manaf Mamat dan ke-72 oleh Ashaari Shamsuddin membuktikan percaturan Irfan Bakti tidak sia2, barisan kesebelasan pemain utama mempamerkan aksi cemerlang.

Namun seperti di stadium2 lain, masalah sikap segelintir penonton memang membuatkan SJ jengkel. Tidak pasti apa motif dan mesej yang mereka cuba sampaikan. Kebiasaannya berpunca dari rasa tak puas hati dengan pengadil mahupun keputusan perlawanan seperti tidak menerima kekalahan. Membaling objek seperti botol air dan mercun membahayakn penonton dan juga pemain. Di Terengganu, keghairahan penonton dapat disaksikan dengan balingan objek2 walaupun kemenangan pasti berpihak ke Terengganu. Dalam masa yang sama ada penonton yang kurang cerdik membaling objek ke arah Joseph Kalang Tie yang merupakan team yang mereka sokong. Akibatnya, berlaku pergaduhan dan saling membaling objek sesama sendiri.

Itulah permainan....perlawanan...segalanya tetap ternokhtah....

p/s : Camne nih...Selangor Tewas. Man United juga rebah. Namun adat perlawanan. Kalah Menang pasukan Selangor, semangatku tetap bersamamu. Harap musim depan menjanjikan yang terbaik dan impian memburu misi 33 terlaksana. Selangor Viva....






Wanita2 Jepun Kurus?


Mengapa agaknyer wanita2 Jepun kebanyakannya kurus2? Selalu kita melihat wanita2 Jepun memiliki tubuh badan yang kurus dan ramping. Ia merupakan trend yang bukan hanya di Jepun saja, tapi telah menjadi satu isu global di seluruh dunia.

Ada anggapan bahawa wanita kurus itu lebih baik dan cantik secara penampilan dibandingkan dengan wanita yang gemuk.
Dalam satu episod drama Jepun "Teppan Girl Akane" ada menceritakan tentang pertandingan wanita paling kurus yang diadakan di salah satu SMA. Peserta diwajibkan memenuhi beberapa kriteria untuk boleh memenangi pertandingan tersebut. Di antaranya, mereka mesti melepasi lubang berbentuk huruf "O" yang diameternya hanya 40 cm. Kemudian berat badan mereka tidak boleh melebihi 43 Kg. Untuk mengikuti dan berusaha memenangi acara tersebut, ramai remaja Jepun yang berusaha bermati2an untuk melakukan diet makanan. Malah ada yang tidak makan sepanjang hari demi mengurangi berat badan mereka.

Berdasarkan data statistik terbaru yang dikeluarkan Team Internasional tentang masalah kegemukan di negara2 maju, Jepun merupakan negara yang mempunyai angka paling rendah (3%). Amerika Syarikat merupakan negara tertinggi dengan 34%. Obsesi orang Jepun terhadap makanan dengan peratusan kegemukan yang rendah selalu menjadi persoalan. Orang Jepun umumnya tidak terlalu mementingkan rasa, tetapi mereka lebih mengutamakan kesegaran dari makanan tersebut. Kebudayaan dan tradisi Jepun mendorong untuk menghargai 'Kesegaran Yang Paling Utama'. Oleh sebab itu, perempuan Jepun lebih gemar membeli banyak ikan, sayur2an dan buah2an. Manakala pengambilan daging, gula, biskut dibeli dalam jumlah yang lebih sedikit. Umumnya makanan mereka sedikit tawar dan tidak ada rasa tambahan selain rasa asli dari bahan2 makanan tersebut.

Uniknya, bila berada di Jepun, setiap tulisan daftar nama makanan atau minumannya itu mengandungi kandungan kalori per gram pada setiap makanan. Rekabentuk dapur rumah2 di Jepun juga tidak ada yang besar. Ia berkemungkinan mempengaruhi frekuensi dan jumlah makanan yang disimpan di dapur. Berbanding dengan Amerika dan Eropah, penduduknya lebih senang membeli bahan makanan sekali dalam seminggu lalu menyimpan dalam peti sejuk.


Masyarakat Jepun juga mengamalkan satu
ungkapan untuk tidak makan sampai terlalu kenyang. Corak pemakanan orang Jepun dipengaruhi oleh sikap dan cara aliran Zen di Negara China. "Memilih bahan yang paling segar, memasak dengan hati yang semangat." Selain itu, orang Jepun jug a sangat suka berjalan kaki dan menggunakan basikal.


p/s : SJ memang mengamalkan dasar pandang ke timur.....lebih2 lagi Jepun dan Korea.....hik3





Sunday, October 16, 2011

Piramid Bawah Tanah


Ruang legar, ruang pejabat, muzium dan pusat kebudayaan

Pembinaan yang membantu mengekalkan dan memelihara bangunan warisan di sekitar Mexico City
Dataran setelah proses transformasi radikal

Lubang kaca di tengah2 piramid agar cahaya semulajadi dapat menerangi seluruh bangunan

LRT sebagai salah satu pengangkutan awam (aras bawah permukaan tanah)


Mexico City mencetuskan perubahan dan transformasi pemikiran. Arkitek mereka bakal merealisasikan pembinaan bangunan 65 tingkat, 300 meter ke dalam tanah.

Berbentuk seperti piramid terbalik dan memiliki ketinggian yang lebih kurang sama dengan bangunan2 di sekelilingnya.

Setiap 10 daripada 65 tingkat itu, di khaskan untuk kediaman dan kedai, sebuah pusat kebudayaan baru Mexico, sebuah muzium dan pejabat untuk 35 tingkat yang selebihnya.

Lapisan kaca seluas 240m x 240 m, sebagai penutup lubang empat segi sama di pasang di bahagian paling atas. Fungsinya sebagai bumbung dan juga bagi membolehkan cahaya matahari yang semulajadi menerangi bahagian paling rendah di dalam tanah.

Pembinaannya disebabkan kerana permintaan yang tinggi untuk pejabat, kediaman dan pusat komersial di Mexico. Undang2 Pusat dan Kerajaan Tempatan juga melarang pemusnahan bangunan2 bersejarah. Malah pembinaannya membolehkan mereka menemui kembali asal usul tamadun Mexico di mana ribuan tahun lampau, struktur piramid banyak mempengaruhi pembangunan binaan di situ.

p/s : Perubahan pemikiran di mana orang dah mula membina bangunan pencakar bumi...tidak seperti sebelum ini yang lebih berminat untuk membina bangunan pencakar langit




Tuesday, October 11, 2011

Sahabat dahulu dan sekarang


Assalamualaikum sahabat.......

Dah bersawang blog? asyik tajuk `Rahsia dalam Ais' jer? Sibuk sangat ker sekarang? Masih sibuk dengan study? dengan kelas? Kerja bertimbun? Ke buat2 sibuk? Ataupun sibuk mencari sesuatu agar nmpak sibuk? Hurm....adakalanya persoalan demi persoalan datang bertalu. SJ pun terpinga2 mencari jawapan. Tak tahu apa yang sesuai agar jawapan yang SJ berikan adalah yang terbaik. Hilang kata2, tiada mood dan tiada perasaan, jiwa kacau, bnyak tugasan...tapi semua itu bukanlah jawapan. Bila sesekali membuka lembaran wajah blog kesayangan SJ, masih ada lagi pengunjung yang datang bertandang. Masih ada lagi yang sudi meninggalkan jejak. Terima kasih wahai sahabat2 blogger....kalian memang SJ hargai.

Tinggalkan sejenak tentang persoalan itu. SJ ingin kembali menulis dan bercerita seperti dahulu. Tak kurang pun SJ ingin membebel lagi. Inilah pertautan hubungan di alam maya. Sahabat. Wikipedia mendefinasikan sahabat itu sebagai perilaku kerjasama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial khasnya dalam perhubungan peribadi. Ia memperlihatkan perilaku berbalasan dan reflektif. Menjurus tentang persoalan sahabat, scope pengertiannya cukup luas bagi mereka yang mengerti erti nilai sahabat itu sendiri. Pastinya sahabat itu adalah bagaimana untuk kita menginterpretasikannya dalam sesebuah perhubungan, saling menghargai dan tahu menjaga ikatan itu agar terus harmoni tanpa ada maksud disebaliknya.

Ketika zaman sekolah dahulu agak begitu sukar untuk memanjangkan sebuah persahabatan. Terlalu bnyak keadaan yang membataskan. Tidak semua orang rajin mengungkapkannya melalui arena persuratan. Kalau adapun sekali dua. Kemudian terus hilang tanpa khabar berita. Semuanya berlalu kerana keterbatasan masa dan kesukaran ke pejabat pos. Teknologi tidak secanggih sekarang. Telefon rumah tidak semua mampu milik apatahlagi telefon bimbit yang memang belum wujud. Maka berakhirlah erti persahabatan itu bila tamat sesi persekolahan. Yang kekal hanya gambar2 kenangan yang terus indah terletak di dalam album dengan harapan pasti bertemu jua satu hari nanti. Dan di belakang gambar, pasti ada tertera sedikit coretan kenangan dan paling2 pun sebagai satu tanda peringatan bahawa kita pernah bergelar sahabat.

Namun zaman telah banyak berubah seiring dengan kepesatan dunia teknologi yang semakin berkembang. Peningkatan persaingan yang wujud dalam sistem telekomunikasi, manusia berlumba2 untuk memudahkan kehidupan dan lebih menghargai perhubungan antara manusia. Wujudnya social network yang pelbagai juga dapat mengetahui pelbagai perkara termasuk kehidupan seharian. Bertuahnya mereka yang hidup di alaf baru ini. Cuma kita perlu menanganinya dan mengawal agar tidak mudah terpengaruh mahupun terjebak kepada perkara2 negatif akibat dari kehebatan teknologi yang serba moden ini.

SJ tidak kurang rasa bertuahnya. Bukan terpedaya tetapi cuba menjadi sebahagian dari masyarakat yang turut ingin menikmati betapa hebatnya teknologi dunia masakini. Menulis dan membaca melalui blog. Memang agak berbaloi. Dapat berkongsi maklumat, menambahkan kenalan dan bertukar2 cerita dengan sahabat blogger. Malah dari itu, SJ dapat mengenali sahabat2 blogger dengan lebih mndalam bila mengetahui kehidupan mereka seharian lebih2 lagi bila sahabat SJ berada di tempat yang jauh dari jangkauan SJ sendiri. Berbeza budaya, agama, bangsa, negara dan sebagainya. Lebih menarik lagi bila dapat melihat cara pakaian dan makanan yang jauh berbeza dengan SJ sendiri. Perkongsian ilmu juga salah satu faedah hasil dari keistimewaan teknologi maklumat ini.

Begitu juga berhubung melalui rangkaian facebook, twitter dan beberapa social network terkini. Itu tak termasuk lagi dengan Foursquare, sms, BBM, skyppe, 3G, whatsapp dsb. Berchattinglah semaunya. Pastinya, rasa terharu dan gembira bila dapat berhubung semula dengan sahabat2 sekampung apatahlagi yang sekolah bersama. Tak mampu untuk digambarkan dengan kata2 apatahlagi kalau dapat bersua muka. Diam tak diam, semakin ramai yang SJ jumpa. Mungkin ada yang hampir tidak di kenali kerana perubahan fizikal. Semua itu tidak menjadi halangan, walaupun masa telah merubah segalanya2nya.

Adakalanya wujud juga perbezaan yang hampir memutuskan semula erti sahabat. Ada yang begitu berjaya dalam kehidupan. Berada di taraf yang hebat namun terlupa diri sehingga memndang rendah martabat orang lain. Alhamdulillah...kerana ada juga yang lebih menjurus ke arah keagamaan namun kelihatan jumud sekali kerana kerap menuding dan merasakan kejahilan orang lain sehingga menjatuhkan keaiban dan maruah diri. Tapi tak semua. Ada yang masih mengekalkan kesederhanaan dan rendah diri lantas iman dan takwa menyedarkan SJ betapa mulianya hati mereka.

Mengapa mudahnya meleraikan sebuah ikatan persahabatan? Jawapannya, pasti perlunya muhasabah diri bahawa setiap manusia yang hidup di dunia ini tiada yang sempurna. Maka pertemuan persahabatan seolah2 seperti tidak memberi apa2 makna. Mungkin mereka tidak tahu betapa indahnya jika silaturrahim yang indah itu dapat di jaga dengan subur.
Bagi SJ, sebaik2 sahabat ialah yang menemani waktu2 suka dan duka. Mengingati kita sebagai insan biasa yang tidak lari dari sebarang kesilapan. Sentiasa muhasabah diri. Menerima kita seadanya. Menegur atas kekhilafan kita demi jalan Allah. Menyokong ke arah kebaikan. Bukan memuji di depan tetapi mencela di belakang apatahlagi menikam dari belakang. Talam dua muka tidak sekali. Juga bukan yang mengajar kita kepada perkara2 `lagha' / perkara yang sia2. Kejujuran dan keihklasan itu yang sebenarnya.

p/s : SJ lebih menghargai sahabat yang betul2 menghargai SJ sebagai sahabat. Terima kasih kerana anda sudi menjadi sahabat selama ini.


Wednesday, September 14, 2011

Rahsia di dalam Ais


Air sejuk? Jangan pandang rendah dengan peranan air sejuk sebagai medium seharian untuk tubuh kita. Disebalik keburukannya ada kebaikan tersembunyi yang kita tidak tahu.

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana2 saintis mahupun manusia. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (Kutub Selatan) dan Artik (Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk juga dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya. Benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan2 dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka2kan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Kebaikan air sejuk :

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur2 spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.

Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur2 yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Sumber :
Health, Tips, Unik
by johnjimat


Wednesday, June 29, 2011

Budu ??


Kalau sebut budu, pasti semua orang teringat negeri di pantai timur. Makanan tradisi yang sinonim dengan dengan Kelantan dan Terengganu ini tak perlu diperkenalkan lagi. Pertama kali menjamahnya ketika zaman di rumah bujang. Kebetulan tinggal satu rumah dengan sahabat baik dari Tanah Merah, Kelantan. Cantik orangnya. Macam Erra Fazira. Phewiitt....hehe...Dia yang ajar bagaimana makan budu. Usahkan budu, makanan tradisional Kelantan lain pun dia bagi rasa. Tenkiu Ila...kenangan bersama tak mungkin dilupakan walaupun kini hanya bersua di dalam FB sahaja.

Apasal la pulak SJ nak buat entri tentang budu nih? Ouw...SJ sengaja nak buat perkongsian. Betul2 SJ menikmatinya, apabila SJ di jodohkan dengan orang Pantai Timur, Terengganu. En Hubby rajin buatkan budu. En hubby juga memang suka makan budu. Selalunya budu yang menjadi santapan sudah semestinya Cap Ketereh. Budu Cap Ketereh ni berasal dari Kelantan dan jangan tak percaya ia merupakan budu pertama yang di beri pengikhtirafan sebagai Harta Intelek Negara pada 2007.

En hubby kata, budu Terengganu lebih masin berbanding budu Kelantan yang terasa sedikit lemak. Kerana itu Cap Ketereh selalu menjadi pilihan. Jangan terkejut kalau datang ke teratak SJ, ada botol2 budu yang bersusun di atas rak. Biasanya En hubby menyediakan hidangan budu bersama perahan air limau nipis dan di campur dengan cili api dan bawang yang di hiris2. Di makan dengan nasi panas ketika makan malam atau makan tengahari. Biasanya berulamkan ulam2an, ikan bakar ataupun ikan goreng. Kadang2 En hubby campur sekali dengan tempoyak. Perghh !! lupa kejap asal usul SJ bila dah mengadap hidangan seperti ini.

Nah !! kita cuba nikmati pula peranan budu dalam tubuh manusia. Budu atau sos ikan ini dihasilkan daripada ikan bilis atuapun udang bari yang di jeruk sehingga hancur. Ia mempunyai bau yang kuat dan kurang digemari ramai namun menurut kajian pakar pemakanan khususnya dari Jepun, Amerika dan Australia, budu mempunyai banyak khasiat :-
  • mengandungi gluthaione (bahan anti oksidan)
  • mengeluarkan sisa toksik
  • mampu meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang mampu memerangi pelbagai penyakit bahaya
  • menghalang kanser (unsur genestein dan phytoestrogen)
  • mengekalkan ketegangan wajah (bebas kedutan) - awet muda
  • berpotensi melawan radikal bebas
  • menghalang proses penuaan (nisbah 50% anti penuaan)
  • berpotensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit
  • membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen (proses sintesis terhadap kolagen lebih baik dari vitamin C).
  • bersifat elastin
  • mencegah penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung dan kencing manis
  • mempunyai zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolesterol darah dan hipertensi
  • mempertingkatkan IQ (merangsang sel2 otak)
  • membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menjadi punca kembung perut
  • Penyumbang utama vitamn B12 (pembentukan sel darah merah yang mnjadi punca anemia, sakit perut dan turun berat badan.
  • sumber protein yg berkualiti tinggi
  • sumber serat yang baik dan mudah dicernakan (pencernaan bakteria yang semulajadi)
Untuk pengetahuan, SIRIM juga ada mengeluarkan produk yang berasaskan budu seperti pembersih muka, penyegar, krim kulit dan serum kecantikan yang menggunakan jenama BK (Budu Kelantan/Budu Ketereh). Apalagi...lepas ni jadikan budu sebagai menu harian anda. Pasti awet muda.....

p/s : tempe pun hebat aper ? hehe......


Saturday, June 25, 2011

Alaa..Maharaja Lawak Dah Abis...



Kali ini hajat menonton final Maharaja Lawak secara live, tidak kesampaian, tidak seperti final rajalawak yang sebelum2nya. Tidak yakin dapat tiket pas masuk, akhirnya SJ memilih untuk menonton di siaran astro channel 188. 'Dalam HD...bulu hidung pun boleh nampak', kata sahabatku dalam FB. Program ini memang menjadi faveret SJ sejak siri Rajalawak 1 hingga ke-5. Duduk, tengok dan terhibur. Hilang stress.

Pulang dari kerja, SJ luangkan masa seketika singgah di perkarangan Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam yang jauhnya hanya beza 1 km dari pejabat. Ketika itu, pengunjung ternyata telah ramai memenuhi persekitaran. Ada yang sedang menjamu selera di gerai2 makanan dan kelihatannya ramai yang tertumpu di gerai2 pakaian yang tertera wajah2 dan tagline finalist2 Maharaja Lawak. Ramai yang terus memakai tshirt2 tersebut selaku fans dan sebagai sokongan terhadap finalist pujaan masing2. Kelihatan meriah terutama tshirt Sepah yang berwarna Oren, Jambu dengan warna pink dan hitam untuk Nabil, Jozan. Dalam ramai2 tu terselit juga salah seorang anggota keluarga Zizan yang mempromosi tshirt Jozan sebagai sokongan padu terhadap finalist tersebut. Cayalah...

Seperti yang di jangka, memang ramai penonton yang memenuhi Stadium Malawati malam tadi. Sorotan tentang kelahiran awal2 Rajalawak, hanya ballroom kecil dan kalau ramai sedikit pun pada waktu final rajalawak dan di adakan di MBPJ dan SACC, Shah Alam. Tapi sejarah membuktikan Maharaja Lawak berjaya memecahkan rekod rancangan komedi yang di terima masyarakat ramai. Macam tak percaya apabila rancangan ini menjadi sebutan ramai sehingga timbul perbalahan dalam FB ekoran fanatik dengan finalist pujaan masing2.

Finalist Maharaja Lawak terdiri dari berkumpulan iaitu Jozan, Jambu dan Sepah manakala perseorangan yang berjaya mengorak langkah dan diterima baik ialah Nabil. Persembahan mereka di adili pemarkahan sebanyak 50% oleh 3 juri profesional iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek. 50% lagi ditentukan oleh Khidmat pesanan ringkas (SMS) dari penonton.

Setiap finalist perlu membuat 2 pusingan untuk 2 tema iaitu tema bebas dan tema muzikal (tema yang pasti di tunggu ramai). Finalist memang sukar di jangka kerana masing2 mempunyai kriteria dan kekuatan tersendiri. Walaupun permarkahan pada pembukaan final ini meletakkan Jozan di tangga pertama namun ia bukan satu noktah. Jika melihat kepada Jambu, mereka juga pernah berada di tangga teratas, namun tersingkir pada minggu ke-12 semasa tour di Johor Bharu. Jambu berpeluang beraksi ke peringkat final setelah juri memberi imuniti yang masih belum digunakan lagi. Satu langkah bijak memandangkan Jambu merupakan group pilihan ramai dan top dengan tagline nya seperti 'Apapun tak boleh' dan `Nak tuju lagu'. Apa yang boleh di simpulkan di sini, pemarkahan tidak mampu menyelamatkan mana2 finalist. Bagi SJ, dalam Maharaja Lawak, persembahan yang terbaik pasti di tangga teratas, bergelar juara dan jika kurang di terima penonton, anda `out'.

Benar apa yang Saiful Apek katakan `Tak perlu fikir siapa menang malam ini...anda semua adalah Champion..dan trofi adalah peminat'. Semua finalist memang hebat. Nabil dengan gaya tersendiri walaupun dengan persembahan solo berjaya mencuit hati. Lagu Bruno Mars dengan gaya pengemis dan penampilan Spiderman membuktikan tidak semestinya solo, Nabil tidak mampu beraksi di pentas. Jangan tak percaya RM150,000 berjaya di bawa pulang.

Penampilan Zila Bakarin, anak Tok Penghulu dalam persembahan Jambu pasti mengingatkan kita pada siri2 lawak yang sebelumnya bagi sesiapa yang mengikutinya. Begitu juga dengan Dafi yang selalu menjadi sebutan 'Baik punyer woo..' menjadi pujaan Shuib dalam Sepah pasti menghiburkan lagi. Sesuatu yang menarik yang berjaya ditonjolkan oleh astro seperti dalam rancangan AF.

Dan pengumuman Maharaja Lawak malam tadi memang menepati instinct SJ, setelah menyaksikan kesemua persembahan finalist. Tahniah buat Sepah kerana berjaya membawa pulang RM350,000 dan trofi sumbangan astro. Berdasarkan kepada mutu persembahan Sepah yang memang konsisten dari minggu pertama sehingga final, pastinya final sesuatu yang terbaik di persembahkan. Persembahan terakhir untuk kedua2 tema memang tidak mengecewakan malah menerima pujian yag memberangsangkan dari juri profesional. Tema muzikal dan bebas berjaya di kuasai oleh Sepah malam tadi. Memang selayaknya juara menjadi milik Sepah.

Bagi pendapat SJ sebagai peminat Jozan, sedikit terkilan kerana Jozan tidak membuat sedikit `all out' malam tadi. Namun persembahan bersahaja Jozan tidak perlu dipertikaikan lagi. Mereka juga terbaik. Kerana itu gelaran naib juara menjadi milik mereka dengan anugerah trofi dan RM250,000 dalam genggaman. Syabas buat kalian semua.

p/s : Minggu depan final Imam Muda pulak....lepas tu Jumaat mnjadi sepi....alaa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.