Pada Oktober, 2006 laman website Islam telah menyampaikan satu mesej untuk mengingatkan semua Muslim mengenai penghinaan baru pada Islam. Menurut mesej, bangunan berbentuk sama dengan Kaabah yang dibina di New York City, di Fifth Avenue di antara jalan 58 dan 59 di tengah bandar Manhattan dengan keluasan 25,000 sq ft, sangat jelas bertujuan untuk membangkitkan kemarahan umat Islam. Kenyataan bangunan itu menyerupai Kaabah yang disebut "Apple Mekah". Bangunan tersebut dibuka 24 jam sehari dan 7 hari seminggu seperti Kaabah, dan paling teruk sekali, di dalamnya mengandungi bar menjual minuman keras. Memang sangat jelas ianya bertujuan untuk menghina Islam. Semasa pembinaannya, rekabentuk berdindingkan hitam sebagai latar belakang bangunan.
Namun masalah tersebut selesai apabila projek tersebut berakhir. Pembinaan bangunan tersebut tidak kelihatan sama seperti Kaabah sama sekali malah semua struktur2 bentuk kiub ialah dilarang kepada orang2 kafir. Store Apple adalah satu rangkaian kedai2 yang dimiliki dan dikendalikan oleh Apple Inc, dibina untuk urusan2 pengguna komputer dan elektronik. Apple telah membuka lebih 330 kedai di seluruh dunia. Bentuk kiub ini di bina dari binaan2 gelas kaca di sertai dengan logo Apple. Ia menjual komputer peribadi Macintosh, perisian, iPod, iPads, iPhone, aksesori dan alat2 elektronik yang lain seperti Apple TV. Mempunyai teater untuk pembentangan dan bengkel, Studio untuk latihan berkaitan produk Apple. Menyediakan 'Bar Genius' untuk pembaikan dan sokongan teknikal, serta bengkel percuma kepada orang ramai.
Reka bentuk Apple Store adalah dari sumbangan firma2 Bohlin Cywinski Jackson, Eckersley O'Callaghan, Lapan Inc, Gensler dan ISP Design, Inc. dan beberapa pereka bentuk dalaman Apple. Apple membina sendiri kedai yang tersendiri di lokasi yang berprofil tinggi tidak seperti kedai2 lain yang semua berada di dalam satu bangunan. Setiap kedai direka untuk memenuhi keperluan lokasi dan pihak berkuasa. Apple telah menerima pelbagai anugerah seni bina untuk reka bentuk kedai, terutamanya lokasi Fifth Avenue di Manhattan, kaca yang kiub telah direka oleh Bohlin Cywinski Jackson.
Mengambil kira dengan reaksi negatif terutama dari penduduk Islam New York, mereka menyatakan adalah terlambat untuk menhentikan projek pembinaan begitu sahaja dan tidak bermakna mereka tidak menghormati sentimen agama. 'Genius Bar' yang di maksudkan pula hanya merupakan kedai bawah tanah yang merupakan satu tempat khidmat nasihat komputer Macintosh, iPod dan sebagainya. Tiada perkhidmatan minuman beralkohol seperti yang diragui dan diperkatakan orang ramai. Apple Store juga tidak berniat untuk menghina Islam ataupun memprovokasi umat Islam. Alasan kukuh Steve bahawa dia amat meminati bentuk2 cube sebagai satu bentuk yang amat sempurna seperti Cube NeXT, Power Mac G4 Cube di adaptasi ke dalam bangunan `Apple Store' di Manhattan.
Benar atau tidak, namun reka bentuknya memang seperti Kaabah kan?
Selepas bertukar menjadi kiub yang dipenuhi dengan gelas kaca
"Tidakkah engkau lihat bagaimana Tuhan bertindak terhadap tentera2 bergajah? Tidakkah Ia jadikan rancangan jahat mereka (berakhir) dengan kesesatan (kegagalan)? Dan Allah telah melepaskan ke atas mereka burung2 yang terbang berpasukan2. Sambil melontar ke atas mereka batu2 yang pejal. Lalu Allah menjadikan mereka (binasa) seperti daun2 yang dimakan ulat."
Allah memelihara tempat yang suci itu, iaitu tempat yang dipilihnya sebagai pusat cahaya agama yang terakhir, sebagai tempat pertumbuhan aqidah dan sebagai titik-tolak agama itu memulakan pergerakan sucinya untuk memburu Jahiliyah di merata pelosok bumi dan menegakkan Hidayah, kebenaran dan kebaikan. Mengisahkan peristiwa seorang Gabenor Habsyah di negeri Yaman yang bernama Abrahah. Beliau telah membina sebuah gereja di Yaman atas nama Seri Maharaja Habsyah. Gereja itu dihiasi dengan segala macam hiasan dan peralatan yang amat indah dan menarik dengan tujuan untuk mengalihkan tumpuan orang2 Arab dari Baitul Haram di Makkah ke gereja itu. Namun kaum2 Arab tidak berganjak dari rumah suci mereka. Beliau telah memimpin satu angkatan tentera yang ramai yang disertai dengan gajah2.
Abdul Muttalib berkata: "Demi Allah, kami tidak mahu memeranginya, kami tidak punya kekuatan untuk berperang. Kaabah ini ialah rumah Allah dan rumah kekasih-Nya Ibrahim as. Oleh itu, jika Allah mempertahankan rumah ini, maka itu memang rumah-Nya dan tanah haram-Nya, dan jika Allah membiarkannya untuk diroboh Abrahah, maka kami tidak punya kekuatan untuk mempertahankannya."
Abrahah berlepas dengan bala tentera bergajahnya menuju ke Makkah untuk meruntuhkan Kaabah, tiba2 gajah itu terterum sebelum sampai ke Makkah dan tidak mahu masuk ke Makkah. Dan dengan kuasa Maha Besar Allah telah melepaskan burung2 yang melontar ke atas mereka anak2 batu yang membinasakan mereka seperti daun2 kering yang reput. Burung2 yang dimaksudkan itu ialah lalat2 yang membawa kuman2 cacar yang telah memamah tubuh mereka dengan dahsyat dan daging2 mereka merelai gugur menyebabkan Abrahah dan tenteranya takut dan terpaksa lari. Abrahah sendiri telah ditimpa wabak dan daging tubuhnya terus gugur secebis demi secebis, dan jari-jemarinya jatuh sebatang demi sebatang sehingga dadanya berlubang dan akhirnya mati di San'aa.
p/s : Hebatnya senireka Islam sehingga menjadi tarikan orang bukan Islam untuk mencedok idea pembangunan tersebut. Atau mungkin mereka ingin mengatasi kehebatan `Kaabah' yang di kunjungi berjuta2 manusia sejak berabad2 lamanya menunaikan ibadah. Cuma jangan ada niat untuk membinasakan kota suci ini....