Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Sunday, March 25, 2012

sejarah kad berwarna dalam sepakbola



Agak2nyer bagaimana kad berwarna mula memainkan peranannya dalam dunia sukan sepak bola yer? Apakah penggunaan kad merah dan kuning sudah dikenali seperti sekarang ini sejak bola sepak moden muncul? Jawapannya tidak. Kad merah dan kuning baru diperkenalkan pada Piala Dunia 1970.

Inspirasinya muncul pada Piala Dunia 1966, pada perlawanan suku akhir antara tuan rumah England dan Argentina. Pengadil pertandingan itu berasal dari Jerman, yakni Rudolf Kreitlein. Kerana melakukan terjahan yang kuat, kapten Argentina, Antonio Rattin, dikeluarkan oleh Kreitlein. Namun, Rattin tidak terus keluar dan meninggalkan padang bola kerana tidak memahami arahan pengadil yang berasal dari Jerman itu

Pengadil England yang turut bertugas di pertandingan itu, Ken Aston, kemudian masuk ke padang. Dengan sedikit pengetahuan dalam bahasa Argentina, dia meminta agar Rattin meninggalkan padang. Rudolf Kreitlein hanya tahu bahasa Jerman dan Inggeris dan ini menimbulkan kesulitan untuk menjelaskan keputusannya kepada Rattin.

Ken Aston kemudian berfikir bahawa perlunya komunikasi universal yang dapat difahami semua orang ketika pengadil memberi peringatan kepada pemain atau mengeluarkannya dari padang. Oleh itu, pengadil tidak perlu membuat penjelasan dengan bahasa yang mungkin tidak diketahui pemain. Suatu hari, dia berhenti di persimpangan jalan. Melihat lampu lalu lintas, dia kemudian mendapatkan idea. Kemudian, dia mencadangkan supaya pengadil dibekalkan kad kuning dan merah kepada FIFA. Kad kuning untuk memberi peringatan kepada pemain yang melakukan pelanggaran. Manakala kad merah untuk perlanggaran yang teruk, dan pemain yang melakukan pelanggaran itu mesti keluar dari padang.

Idea itu diterima FIFA. Pada Piala Dunia 1970, kad kuning dan merah kali pertama digunakan. Akan tetapi, sepanjang Piala Dunia 1970 tiada satu pun pemain yang dilayangkan kad merah. Hanya kad kuning yang sempat dilayangkan sehingga kad merah tak digunapakai pun pada Piala Dunia 1970.

Mesti pun idea tersebut datang daripada pengadil Inggeris, negara itu tidak serta merta menerapkannya di pertandingan bola di negara mereka. Kad merah dan kuning baru digunakan di kejohanan bola sepak Inggris pada 1976. Disebabkan pengadil kemudian terlalu mudah melayangkan kad dan diprotes banyak pemain, penggunaannya sempat dihentikan pada 1981 dan 1987.

Yang menariknya, idea ini diaplikasikan dalam pertandingan hoki. Bahkan, kad2 peringatan dalam sukan hoki ini menggunakan tiga warna seperti lampu lalu lintas: hijau, kuning, dan merah. Hijau untuk peringatan, kuning untuk mengeluarkan pemain sementara waktu, dan merah untuk mengeluarkan pemain secara kekal.

Rudolf Kreitlein

Ken Aston

p/s : macam kelakar bile menonton badminton, beregu utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dikenakan kad merah oleh pengadil perlawanan apabila tindakan Kien Keat yang melambat2kan permainan ketika permainan terikat di kedudukan 20-20 pada set ketiga dan kemudiannya memberi mata ke 21 kepada pasangan China Hong Wei dan Shen Ye.






Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.