Asal usul sejarah munculnya bola sepak masih menjadi perdebatan. Beberapa dokumen menjelaskan bahawa bola sepak wujud sejak zaman Romawi, sebahagian lagi menjelaskan bola sepak berasal dari negara China. FIFA sebagai badan bola sepak dunia secara resmi menyatakan bahawa bola sepak lahir dari daratan tanah besar China iaitu berawal dari permainan masyarakat Cina abad ke-2 sampai ke-3 SM. Permainan ini saat itu dikenal dengan sebutan “tsu chu". Tsu sendiri artinya “menerjang bola dengan kaki”. Manakala chu, berarti “bola dari kulit dan mempunyai isinya”. Permainan bola ketika itu menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit binatang dengan menendang serta menggelecek dan memasukkanya ke sebuah jaring kecil yang didirikan diantara dua tiang. Ketika itu ia dimainkan oleh para tentera Dinasti Han sebagai aktiviti untuk mengekalkan kecergasan para tenteranya.
Versi sejarah kuno tentang bola sepak yang lain datangnya dari negara Jepun, sejak abad ke-8, masyarakat disana telah mengenal permainan bola. Masyarakat disana menyebutnya dengan "Kemari". Manakala bola yang digunapakai adalah kulit kijang namun ditengahnya sudah lubang dan berisi udara.
Menurut Bill Muray, salah seorang sejarawan bola sepak, dalam bukunya "The World Game: A History of Soccer", permainan bola sepak sudah dikenal sejak awal Masehi. Pada saat itu, masyarakat Mesir Kuno sudah mengenal teknik membawa dan menendang bola yang diperbuat daripada tenunan kain linen.
Manakala sejarah yang lain adalah di Yunani Purba juga mengenal sebuah permainan yang disebut episcuro, tidak lain adalah permainan menggunakan bola. Bukti sejarah ini dapat dilihat di muzium yang melukiskan tentang orang muda memegang bola dan memainkannya dengan pahanya. Orang2 Greek dan Roman purba juga dicatatkan pernah bermain permainan seumpamanya yang melibatkan 27 orang.
Sejarah bola sepak moden dan telah mendapat pengakuan dari berbagai pihak, asal usulnya dari Inggeris, yang dimainkan pada pertengahan abad ke-19 di sekolah2. Permainan ’sepak-menyepak’ di England dicatatkan seawal 1300-an, yang ketika itu hanya dimainkan dengan menendang kepala musuh yang dipancung. Pada zaman pertengahan, ia kemudiannya berkembang menjadi permainan bola yang membolehkan pemainnya menendang, menumbuk, menggigit dan memukul. Setelah permainan tersebut menjadi ganas, ia telah diharamkan oleh King Edward ke III, manakala di Scotland, King James I telah mengharamkannya pada 1424.
Pada 1815, sekolah terulung di Britain, Eton College telah memperkenalkan peraturan baru yang kemudiannya telah diikuti oleh semua sekolah dan Universiti di England. Tahun 1857 telah ditubuhkan kelab bola sepak pertama di dunia, iaitu: Sheffield Football Club. Kelab ini adalah hasil daripada persatuan sekolah yang memperjuangkan permainan bola sepak. Permainan bola di sekolah2 United Kingdom mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah, menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang2 awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza2 itu dan memudahkan pemain2. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association-FA) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang2 formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang2 ini kemudian berkembang menjadi undang2 Bola sepak hari ini dengan mengeluarkan peraturan permainan bola sepak, sehingga bola sepak menjadi lebih teratur, mempunyai organisasi dan menarik untuk dipertontonkan. Sehinggalah ke hari ini. England menjadi pusat pertandingan liga bola sepak yang terunggul di dunia. Hampir setiap pemain mengimpikan untuk bermain di sana. Apa tidaknya, di sinilah tempat kegemilangan, kecemerlangan dan keterbilangan bola sepak dunia.
Selanjutnya tahun 1886 terbentuk lagi badan yang mengeluarkan peraturan bola sepak bola moden dunia, iaitu lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board-IFAB). IFAB dibentuk oleh 4 wakil persatuan FA Inggeris England dengan Scottish Football Association, Football Association of Wales, dan Irish Football Association di Manchester. Segala pemindaan Undang2 Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti. Sejarah sepak bola semakin teruji hingga saat ini, IFAB merupakan badan yang mengeluarkan pelbagai peraturan pada permainan sepak bola, baik tentang teknik permainan, syarat dan tugas pengadil, bahkan sehingga perpindahan pemain.
Bola sepak (association football atau soccer) ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (International Federation of Association Football). Mengikut kajian yang dilakukan oleh FIFA, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Corak permainan :
pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
penyerang - pemain2 yang berperanan untuk menjaringkan gol.
Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.
Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing2 cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua2 belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua2 pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit (2x45 minit) yang asal. Waktu rehat diperuntukkan 15 minit. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan. Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan. Bagi yang tidak tahu, nah....inilah dia permainan sepak bola.
Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.
Kejuaraan internasional yang besar di setiap benua adalah:
- UEFA : Piala Eropa atau dikenal dengan nama Euro
- CONMEBOL : Amerika Selatan - Copa América
- CAF - Afrika: Piala Afrika
- AFC - Asia: Piala Asia
- Amerika Utara: Piala Emas CONCACAF
- OFC - Oseania: Piala Oseania
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium2. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta2 peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion2 pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Lenggok yang mempersonakan, kehebatan melepasi benteng pertahanan lawan, ketepatan penyudah merupakan aksi yang sentiasa dinanti2kan oleh para pencintanya. Penglihatan seolah2 telah ‘digam’ di kaca TV ataupun skrin lebar. Hanya wisel separuh masa dan penamat sahaja yang dapat ‘menanggalkannya’. Bukan hanya seorang, tetapi berjuta2 peminat terpukau dek pesona aksi bintang2 pujaan masing2. ’Benda bulat itu’ tidak mengenal manusia, muda atau tua, miskin atau kaya, hina atau mulia, yang berkulit hitam ataupun sawo matang, mereka akan setia menunggu setiap perlawanan, tidak kira apa waktunya.
’Aura’ temasya ini sangat berbeza dan pemain2 ini tidak memerlukan mentera keramat untuk memukau. Mereka juga tidak perlu berada di hadapan mata para pencinta. Cukup sekadar menonton aksi menerusi paparan elektronik sudah memadai untuk ‘memukau’ jutaan manusia di seluruh dunia. GOOOOOL!!! Itulah kata-kata yang mengakhiri sebuah penantian. Setiap mata pasti tidak berkelip terutama ketika aksi serangan dan jaringan gol. Itulah bola sepak. Peranannya sebagai sukan yang menyatukan dunia, menyatukan rakyat.
p/s : EURO fever will be back again......watch exciting moments...select and support your team....and scream it...GOL !!!