Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, December 3, 2010

Alor Setar yang ku jejaki


Pekan Rabu

Salam Alaik....masih rindu kan kalian.....

Hilang lagi? Tidak...aku tidak hilang..cuma sesekali dihambat dengan waktu yang tidak menentu. Perjalanan hidup seorang insan yang bernama `aku' menuntut untuk aku kehilangan beberapa masa dan hobi yang ku isi di masa lapang. Namun, sedikit lega kerana yang di kejar semakin menghampiri...yang ku kendong semakin dalam genggaman. Insyaallah..segalanya beransur2 berjaya ku atasi hasil kesabaran dalam diri. Andai kekalutan itu kini semakin beralun lembut. Berhadapan dengan kehidupan yang penuh dengan cabaran. Apatahlagi dengan karenah manusia yang kadang2 menyentuh emosi diri. Dan adakala keindahan dunia yang sering menmbah seribu kealpaan.

Kali ini destinasi ke Alor Setar. Maklumlah, bila di khabarkan, kami akan di bawa mengunjungi tempat2 yang agak menarik di sini, hati sedikit teruja. Tempat orang kan. Cuma aku kena ada di HQ, KL seawal 8 pagi. Oleh itu, aku meninggalkan kediaman sebaik sahaja Subuh berlabuh. Menjamu sarapan pagi di Kg Baru agak menarik pndangan mata dengan kunjungan betapa ramainya warga kota. Menikmati bihun goreng dengan sambal kerang antara menu kegemaran di waktu pagi. Meneguk milo panas menyegarkan mata yang agak keletihan. Dan baru kusedar HQ yang aku jejaki telah berubah warna.

Seronok dapat jumpa coursemate. Maklumlah tidak selalu dapat bertemu. Walaupun di bawah label/jenama yang sama, namun semuanya berada di jabatan dan lokasi yang berbeza. Bertnya khabar pun sesekali di facebook ataupun email. Bila bersua, ada2 saja yang dibualkan. Pasti ada berita terkini yang lebih sensasi.Malangnya, bas yang membawa aku dan sahabat lain, bertolak agak lewat 1 jam kerana menunggu seorang sahabat yang tak jumpa2 jalan ke HQ setelah berhenti di stesen LRT, Kg Baru. Sekali imbas lagak seperti pelancong dari Korea. Sesuai sangat. Itulah coursemate paling muda dan jambu...Jambu ker??

Perjalanan memang agak jauh untuk tiba di Alor Setar. Berhenti rehat di restoran jejantas Sg Buloh dan kemudian makan tengahari di Sg Perak. Sempat juga jadikan Mee Rebus Udang Utara sebagai santapan tengahari. Hidangan nasi campur juga buat aku terliur tidak terkata. Maka terlena buat ke sekian kalinya dalam perut bas kerana kekenyangan sementelah Alor Setar masih jauh untuk di jejaki. Bas bergerak agak perlahan. Traffic Jam melewatkan lagi tempoh perjalanan.

Setiba di Alor Setar, waktu zohor telahpun berlalu. Langit kelihatan awan mendung berarak. Oh ya..beberapa mggu yang lalu, Kedah di landa banjir. Tak mustahil cuaca itu masih menemani negeri ini ketika ini.Di pekan Rabu, sekadar menjelajahi satu2nya deretan kedai yang menggambarkan kehidupan penduduk Kedah. Beras pulut susu menjadi pilihan ramai. Orang kata sedap. Lagi2 kalau makan dengan nyior dan ikan masin. Hurm...bila lah nk buat sendiri yer...pengukur kelapa macam bahan pameran jer...deretan makanan tradisional sedia memenuhi selera. Pilih sahaja. Begitu juga aneka pakaian. Tak ubah seperti pasar payang di Kuala Terengganu, cuma ianya agak kecil jika nak di bandingkan. Menurut alkisah, Pekan Rabu ini pernah menjadi lokasi Tun Sri Mahathir berniaga semasa zaman kecilnya dahulu. Alor Setar juga sebuah bandar yang biasa2 sahaja berbanding dengan kotaraya2 kecil di daerah Selangor. Begitulah lebih kurangnya.

Terima kasih Wani (anak mami) kerana belnja aku dan sahabat2 menikmati cendol pulut yang tidak jauh dari Pekan Rabu.Walaupun dalam cuaca yang agak mendung.

Menara Alor Setar

Dari pekan Rabu, terus di bawa ke Menara Alor Setar. Kemudian ke satu dataran yang berhadapan dengan Masjid Dzahir. Aku tak pasti apa nama dataran itu. Namun ada sebuah rumah yang boleh dikatakan seperti balai besar berwarna hijau kuning menarik pndangan mata. Di situ sempat berposing dengan sepasang pengantin baru yang sibuk bershooting gambar. Harapan untuk ke rumah kelahiran mantan PM Msia tidak kesampaian. Begitu juga muzium padi, dek kerana waktu dan cuaca yang tidak mengizinkan.

Balai Hijau Kuning di dataran

Bergambar dengan pengantin Kedah di hadapan Masjid Dzahir

Maka perjalanan di teruskan ke penginapan aku dan sahabat2 di Gurun. Lama tak menjenguk kedamaian Gunung Jerai di pagi hari. Berehat dan melelapkan mata barang seketika sementara menanti hari esok yang bakal menjelma.

p/: indahnya negeri orang....negeri jelapang padi yang luas saujana mata memandang

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.