Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Sunday, December 5, 2010

Makmurkan `Ketuanan Melayu'



Salam hujung minggu.....


Aku ingin menulis. Aku nak tulis tentang Ketuanan Melayu. Tapi aku tak mahu tulis tentang isu politik kerana bagiku, aku hanyalah salah seorang rakyat biasa, insan kerdil yang hanya mampu melihat dari bawah, senario politik kini yang kelihatannya semakin parah. Aku kecewa. Kecewaku kerana pergelutan kuasa dalam satu bangsa yang sama. Dan ada sesetengah golongan yang terus menangguk air yang keruh. Menyiram tuba di dalam kolam ikan emas. Alahai...bukalah mata. Buang sifat kepentingan diri sendiri. Berkhidmatlah dengan telus demi maruah agama, bangsa dan negara. Lihatlah masa depan anak2 bngsamu. Bersatulah.

Isu ketuanan menjadi tajuk utama. Aku sebenarnya tidak arif untuk membicarakan tentang politik dunia mahupun tanahair. Aku bukan seorang pemerhati mahupun penganalisis politik. Dalam siri pembacaan media masa dan isu panas di media elektronik aku berusaha mencari maksud ketuanan itu sendiri. Aku mungkin sama seperti orang lain di luar sana yang masih terpinga2 dengan maksud ketuanan itu, apatahlagi untuk memahami konsep tersebut. Bukan tak belajar sejarah. Tapi mungkin penekanan itu kurang dalam membantu isu2 perpaduan dan kurangnya semangat Rukunegara yang menyebabkan betapa ramainya anak2 Malaysia yang derhaka dengan tanahair sendiri. Memang wajar bila sejarah menjadi subjek lulus dalam SPM. Aku yang memang begitu meminati subjek sejarah menyokong 100% tindakan kerajaan. Manusia belajar dari sejarah. Sejarah yang mampu mengingatkan tentang asal usul siapa diri kita. Malah memastikan agar peristiwa lalu bukan untuk di ulangi semula tapi untuk dijadikan peringatan. Jangan seperti jatuhnya Melaka di tangan Portugis. Pasti ada yang tersurat dan tersirat kejadian di sebalik kejatuhan empayar terbesar di Asia Tenggara, malahan dunia ketika itu. Sejuta harapanku biarlah penerapan itu sehingga ke akar umbi dan bukan sekadar untuk score A dalam peperiksaan sahaja.

Secara ringkasnya, kamus dewan mentakrifkan `Ketuanan' sebagai `Hak menguasai dan memerintah sama ada dalam sesebuah daerah dan sebagainya. Ia juga di rujuk sebagai kedaulatan.' Manakala `Melayu itu didefinisikan sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam Bahasa Melayu, beragama Islam dan menjalani tradisi dan adat istiadat Melayu'.

Menurut wikipedia pula, Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial. Orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah melayu (Malaysia). India dan Cina yang merupakan golongan pendatang yang di bawa masuk oleh British. Namun ini bukan bererti kuasa veto sepenuhnya terletak di tangan Melayu kerana adanya hak keistimewaan namun kebebasan juga diberikan kepada bngsa2 lain tidak kira politik, ekonomi dan sosial seperti yang tercatat dalam perlembagaan Malaysia. Kehadiran, kehidupan malah kebebasan mereka tidak pernah dinafikan. Pandanglah dengan mata mahupun mata hati. Dengarlah dengan telinga. Ia perlu di lihat dalam konteks perjuangan orang Melayu sebelum merdeka yang menganggap Tanah Melayu sebagai Tanah Pusaka yang perlu di pertahankan.

Berdasarkan fakta, inilah hakikat yang perlu diakui. Bermula dengan kemasukan bangsa India dan Cina ke Tanah Melayu, mereka disifatkan terhutang budi dengan kesediaan Melayu menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu, antara prasyarat Bristish memberi laluan kemerdekaan. Inilah pengorbanan Melayu. Maka termaktublah Perlembagaan 153 yang diberi nama kontrak sosial.

Konsep ini gitu retorik dengan UMNO (pertubuhan kebangsaan melayu Bersatu) dalam meraih sokongan orang2 Melayu. Konsep ini banyak membantu dalam mematahkan usaha Malayan Union (MU), Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969, isu ini berakar umbi dan memberi penekanan tentang Melayu sebagai penduduk asal Malaysia. Rusuhan kaum ini yang mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menyebelahi kaum Melayu. Malah Dasar Kebudayaan kebangsaan juga diperkenalkan bagi meberikan penekanan konsep asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu.

Definisi ketuanan Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia 153

1. Raja Melayu sebagai Ketua Negara dan Majlis Raja2 tidak boleh digugurkan atau di ubah oleh sesiapa pun kecuali Raja2 sendiri melalui kata sepakat.

2. Agama Islam sebagai agama persekutuan dan walaupun lain2 agama boleh diamalkan ianya hendaklah dengan aman damai (bertafsiran tidak cuba menghakis atau mengenepikan atau mencabar kedudukan islam sebagai agama persekutuan).

3. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sekaligus memberi dan mengekalkan identiti negara yang mempunyai sejarah ketamadunan yang telah lama beridentitikan Melayu (dan Melayu ada definisinya dalam perlembagaan Malaysia).

4. Hak Melayu di Semenanjung dan hak istimewa masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak sebagai langkah menyelamatkan tanah2 pribumi daripada terus di beli oleh bukan pribumi yang akan mengakibatkan pribumi tiada tempat untuk di diami padahal sebelum kedatangan British, semua tanah adalah milik Raja2 melayu dan rakyat melay/Pribumi menumpang tanah Raja.

Sesekali menjenguk pelbagai pendapat dari tokoh2 politik mahupun agama mengenai isu ini. Sukar juga aku untuk membuat penaksiran sendiri dari sudut mata kacaku. Cukup sekadar aku mnyatakan bahawa konsep `ketuanan melayu' ini lebih kepada memelihara hak keistimewaan melayu yang menjaga orang2 melayu sebagai penduduk pribumi Tanah Melayu ini. Begitulah juga konsepnya bila agama Islam secara rasminya sebagai agama rasmi di Malaysia. Selayaknya agama lain turut menghormati agar Islam itu sendiri tidak diperlekehkan. Maaf, aku bukan racist. Aku cintakan perpaduan. Jangan silap pemahaman dalam penulisan aku kali ini.

p/s : Andaikata tiadanya konsep `Ketuanan Melayu' ini, bagaimana agaknya keadaan ataupun nasib anak2 melayu sekarang ini. Ada hak keistimewaan pun, golongan melayu masih berada di tahap miskin tegar dan terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Dan agak2nya, siapa PM Msia kita di hari ini yer? Dan bagaimana pula nasib Melayu akan datang agaknya, jika begini keadaan politik negara kita? Jangan kita dipersalahkan suatu hari nanti hanya kerana kita menjadi Melayu yang silap percaturan dan perhitungan diri. Janganlah aku hilang jati diri Melayu dalam diri. Mudah2an. Oh Tuhan !! Selamatkan agamaku, bangsaku dan negaraku.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.