Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Sunday, December 5, 2010

Diet Amalan Rasulullah saw


Makanan sihat dan seimbang

Salam pagi Ahad......


Waktu yang semakin dinihari. Aku pula masih diuliti waktu2 bersama blog dan sedaya upaya membalas jejak sekalian sahabat2 yang berkunjung ke teratak buruk, blog picisan yang sekadar memeriahkan dunia blogger. Dengan tema diet, cuba kubawakan sementelah weight scale ku telah berubah laku. Eheh !! dah rosak ker? Tidak...aku yang telah over weight...Dua tiga kali juga aku turun naik untuk memastikan weight scale aku itu tersilap percaturan. Tapi sah...aku yang silap percaturan. Kenapa jeans kesayanganku gagal kusarung hari ini. Tidak....!! Baru kusedar, sejak aku berpindah ke pejabat baru, semua opismate aku terlalu caring terhadap pemakanan aku yang mnjadi penyumbang kepada perubahan semua ini. Hati bertambah bahagialah kiranya. Nampaknya, aku kena mengambil langkah2 utk kembalikan angka asalku.


Sebenarnya...amalan diet bukan untuk kurus. Jangan silap tafsir dengan istilah diet itu. Namun terpulang kepada persepsi, amalan mahupun tujuan masing2. Nak kurus bukan mudah. Nak maintain juga sukar. Tapi nak gemuk paling mudah dan jalan terlalu singkat. Diet bermakna perlunya penjagaan makanan yang sihat. Teringat aku dengan Kak Shima, salah seorang coursemate dan juga kakak yang aku hormati. Seronok bila bercerita dengannya terutama di meja makan. Tajuknya `penjagaan pemakanan'. Macam consultant lah kak.....


Dalam kehidupan seharian banyak perkara yang tidak kita sedari, samaada memang tak ambil tahu ataupun leka/alpa malah mengabaikan tentang kepentingannya. Dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Nak tahu Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau kita ikut diet cara Rasulullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan CUKA bersama IKAN

Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)


(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)


Cara Makan Rasulullah saw yang mula ku abaikan......


* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat2 yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 


* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah saw. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.


*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':

"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan".

Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.


Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan :


1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Dengan itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).


3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.

http://www.islamic-replies.ucoz.com/Benefits_Of_Prayer.html


4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

http://www.wonderfulinfo.com/islam/eatfood.php


Pemakanan yang sihat sambil amalan pengambilan supplement dapat membantu mengurangkan keletihan. Senaman juga antara faktor agar tubuh sentiasa mengeluarkan peluh terutama aku yang hampir 24 jam di bawah kenyamanan penghawa dingin. Huh !! ada baiknye aku naik basikal ke pejabat. Sambil menjaga kesihatan diri, kesihatan poket pun kena jaga juga, maklumlah Ron 95 dan 97 dah naik harga......!! alahai...


sumber : tazkirah


p/s : Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.