Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, December 31, 2010

Bila Piala AFF Suzuki 2010 menjadi milik Malaysia


We are the champion.....(tahniah buat 22 wira negara)

Safee Sali di julang sebagai penjaring kasut emas Piala Suzuki AFF 2010

Raja Asia Tenggara

Kini mereka bergelar Raja Asia Tenggara. Tidak terlalu lewat untuk aku mengucapkan jutaan tahniah buat skuad Msia yang berjaya buat julung kalinya merangkul Piala Suzuki AFF kali ini. Tanpa pemain import, tanpa khidmat jurulatih import, rasa bangga aku luahkan buat keseluruhan yang terlibat hanya lahir dari semangat juang anak tempatan. Itu yang kita mahukan.

Piala Suzuki AFF merupakan kejuaraan bolasepak Asean dan Suzuki merupakan penaja utama kejohanan ini. Mula di perkenalkan pada 1996 dan pada tahun pertama Msia layak dalam perlawanan akhir namun tewas 0-1 kepada Thailand di Singapura, selaku tuan rumah.

Menyoroti seketika skuad Msia, permulaannya amat menghambarkan apabila di belasah pasukan Indonesia 5-1, namun nasib mereka umpama sejarah Piala Dunia 2010 yang baru berlalu. Kekalahan Sepanyol di tangan Holland berjaya di tebus semula dengan menjadikan Piala Dunia 2010 milik mutlak Sepanyol. Begitulah Msia. Dalam kecelaruan apabila ramai skuad utama kebangsaan yang mengalami kecederaan, Rajagobal sebagai jurulatih tempatan tidak patah semangat. Dengan bantuan ramai pemain2 Harimau Muda dan di bantu oleh beberapa pemain2 senior dari pasukan negeri, Msia bangkit memulihkan rentak permainan yang lebih cantik dan tersusun.

Bila di imbas perlawanan akhir pertama, kesesakan disemua laluan menuju ke stadium Bukit Jalil bukan satu halangan buat peminat2 bola sepak dari kedua2 penyokong Msia dan Indonesia. Kebanjiran lebih 90,000 memeriahkan suasana sorakan gol. Malaysia berjaya merobohkan kubu lawan dengan gol hasil ledakan Safee pada minit ke-60 dan Mohd Ashari pada minit ke-68 meniup semangat perlawanan. Tandukan kemas Safee ke gawang pintu gol Indonesia pada minit ke-72 menambah duka kepada pasukan pelawat. Norsharul merupakan perancang utama/arkitek kejayaan Msia di mana hantarannya yang membawa gol terus tertampan.

Berdasarkan format pertandingan Persekutuan Bola sepak Asean (AFF) , keputusan perlawanan bagi menentukan juara adalah atas perkiraan agregat gol dalam 2 perlawanan. Maka pada perlawanan pertama Msia berjaya menundukkan Indonesia dan Indonesia perlu membalas sekurang2nya 4 agregat untuk mengalahkan Msia.

Walaupun timbul pelbagai provokasi dari penyokong mahupun media Indonesia, skuad Msia terus berjuang dan mara untuk menghabiskan perlawanan akhir kedua di tempat lawan, Stadium Bung Karno di Indonesia. 3 gol dijadikan sebagai bekalan dan penguat semangat walaupun Stadium Bung Karno di penuhi 95,000 penyokong fanatik Indonesia. Tahniah jika kukatakan rentak permainan yang lebih menarik, aksi yang lebih tajam dan bertenaga mampu mengekang pihak lawan. Syabas buat Khairul Fahmi (Apek) yang begitu kemas dan disiplin menjaga pintu gawang dari di bolosi gol terutama sepakan penalti yang di perolehi Indonesia pada permainan separuh masa pertama. Beberapa percubaan pihak lawan berjaya di selamatkan oleh pemuda yang beraksi baik ketika dalam pasukan kelantan dalam Liga Malaysia. Nampaknya, peluang yang diberikan oleh Rajagobal memang dipergunakan sebaiknya setelah Sharbinee di rehatkan di tempat simpanan.

Hasil gandingan Mohd Ashari dan Safee sememangnya tidak sia2. Gol ke-53 melayang hasil sepakan cantik Safee menembusi pintu gol Indonesia menambahkan mata pendahuluan Msia di hadapan. Tekanan demi tekanan menghasilkan asakan yang lebih hebat namun serangan balas dan kekuatan benteng pertahanan akhirnya rapuh dengan gol pertama sepakan Nasuha memulihkan semangat Indonesia untuk terus mendapatkan gol. Gol ke-2 Indonesia menjadikan perlawanan akhir kedua ini kekalahan buat Msia namun masih mempunyai kelebihan menang agregat, maka Piala Suzuki AFF muktamad menjadi milik Msia.

Tahniah buat Safee Sali, anak kelahiran dan pemain utama Selangor yang telah mendapat anugerah penjaring gol terbanyak (anugerah kasut emas). Safee berjaya membuahkan 5 gol dalam edisi ke-8 di kejohanan kali ini. Dengan kemenangan itu selain dari Piala Suzuki AFF, skuad MSia juga memenangi hadiah sebnyak USD 100,000.00 selaku juara musim ini. Nampaknya, refree Australia bertugas dengan cekap dan tidak menghampakan kita semua. Tahniah jua buat seluruh skuad Msia yang membantu mencipta satu lagi sejarah yang pasti terlakar dalam lipatan. Mudah2an meningkatkan lagi ranking Msia di FIFA. Pasti meriah di kejohanan pesta bola merdeka tahun depan.

p/s : teringat aku dengan seorang sahabat yang pernah memperkecil2kan bolasepak Msia khususnya Liga Msia itu sendiri, malah begitu lebih mengagungkan2 liga luar Msia. Tidak salah menyokong mana2 liga jika kita memang benar2 berminat dengan sukan bolasepak. Lahirkan semangat cintakan negara, berilah sokongan terhadap dunia bolasepak di Msia sendiri.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.