Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Thursday, October 27, 2011

Gergasi Merah Kuning Yang Tewas


Banner yang tegak memberi semangat

Gerai merah kuning ada satu jer....tapi tak sempat nak snap...

Pintu Stadium Sultan Ismail Nasiruddin (suasana sebelum rempuhan)

Inilah stadium Sultan Ismail Nasiruddin bagi sesiapa yang tak pernah masuk ea..

Kan dah kate...lautan hitam putih.....

Dan banner ini masih di sini...bersama penyokong setia walaupun hampir hilang di penuhi warna hitam putih

Balingan objek berupa mercun yang mengganggu seketika perlawanan

Selangor fans yang setia tidak berganjak...Chaiyokk !!

Sesudah perlawanan....jalanraya hanya di buka satu lorong di sebelah stadium

`Ultra Tranung' yang melaungkan kegembiraan kemenangan

Penyokong duduk atas nih tanpa memikirkan keselamatan..

Semi Final Piala Malaysia dah lama berakhir. So, entri SJ kali ni pun macam dah basi apatahlagi perlawanan penentuan semakin menghampiri . Sekarang ni masing2 sedang berkira2 untuk menentukan siapakah bakal menjuarai Piala Malaysia. Siapa lebih hebat. Malah kes tiket yang melampau2 kini pun sedang dan masih menjadi isu hangat untuk masing2 menghentam FAM. Huh !! memang mahal. Apapun kita tunggu aksi Final di Stadium Shah Alam di mana Terengganu selaku tuan rumah.

Mengimbas perlawanan lalu, Selangor kecundang, Terengganu memang layak ke final. Asalnya, SJ memang merancang untuk pulang ke kampung En hubby, sementelah sekolah yang bercuti seminggu sempena Deepavali. Semangat utk balik Terengganu semakin membara apatahlagi 2nd leg game di Stadium Sultan Ismail Nasirudin antara Selangor dengan Terengganu. Haa...berperang gamaknya malam tu....Gergasi Merah Kuning dengan Gergasi Pantai Timur.

Seronok rasa bila bertembung dengan bas penyokong `Merah Kuning' di Kemaman dalam pukul 3 pagi. Ketika itu SJ tgh drive dan mata plak dah mula samar2. Hilang mengantuk sebab dapat bersaing dengan bas dari negeri tumpah darah SJ. Tapi bas yang tertulis `Malaysian Cup' tu memang laju...berdesup terus hilang dari pndangan..huh !! memang semangat...

Alkisahnya, memasuki stadium Terengganu tidak sama seperti memasuki stadium Shah Alam. Berebut2 dan macam nk tengok konsert fun fair pun ada. Difahamkan punca berebut dan tolak menolak kerana ramai yang lompat pagar. Sebab apa lompat pagar? tiada tiket lah tu. Kalau ada tiket mesti bersopan cam SJ ni kan. Tetamu kena tnjuk tauladan yang baik. Aishh...macam2. Itu belum lagi kisah kehabisan tiket seawal pukul 10 pagi. Rupa2nya inilah sikap segelintir manusia yang meraih keuntungan dengan mnjadi ulat tiket. Dan kita yang merasa ghairah untuk melihat perlawanan terpaksa bergadai wang walaupun harga dari RM15 meningkat ke RM25. Hurm...tak ada cara ker untuk mematahkan sindiket ulat2 yang tak berguna dan menyusahkan orang nih.

Namun nasib memihak dan SJ dapat juga memiliki tiket dengan harga asal. Takde maknanya SJ nk mengayakan sindiket2 nih. Tapi satu perkara, tiket yang konon2nya nk SJ simpan sebagai kenang2an tidak menjadi kenyataan sebab tukang jaga pintu stadium tu usahkan nak koyakkan dan bg yang sebahagian tiket malah terus mengambil tiket tersebut. Ada kemungkinan tiket tu di jual semula kpd orang2 luar yang tak dapat tiket. SJ tak rasa pun jumlah penonton dalam 18,000 orang malam tu. Bayangkan tempat duduk batu konkrit yang kematu, sempit dan berhimpit. Ramai pula yang berdiri2 terutama di pagar stadium. Itu belum lagi yang dok tengok free atas bangunan. Haa..yang ni pun tak sempat nak snap. Khusyuk dengan perlawanan lah katakan...

Malam tu SJ duduk dalam lautan `hitam putih' tapi SJ gembira sebab dapat tengok Selangor fans di hadapan SJ. Semangat rasanya walaupun Selangor rebah di tempat lawan 2-1. Kalau nak kira, Selangor memang semakin kehilangan taring. Striker kurang berbisa. Walaupun rentak permainan nmpak cantik namun tidak mmpu menandingi lawan yang ternyata lebih bijak mencari ruang. Corak permainan sama seperti 1st leg di Shah Alam, Terengganu mempamerkan gaya bakal juara.

Pergerakan Fitri Shazwan nampak tangkas umpama kecil2 cili padi. Namun sepakan jaringan perlu lebih latihan. Seperti percubaan jaringan2 yang lain, juga kelihatan tumpul, mudah diselamatkan Sharbinee Alawee dari melepasi gawang. Beberapa peluang juga gagal di manfaatkan sebaik mgkn. Namun semangat perjuangan yang dipamerkan hingga minit2 terakhir layak dipuji. Gol tunggal Shafiq Rahim pd minit ke-87, seolah2 hadiah saguhati dari tuan rumah. Banner `Never Surrender Setia Bersamamu' sentiasa memberi semangat. Namun Selangor tetap menerima kekalahan dengan semangat kesukanan. SJ tetap bangga dengan Selangor dan semangat perjuangan sepasukan. Lagi2 bila dengar Selangor fans menyanyi lagu `inilah barisan kita..' Teringat suasana perlawanan di Stadium Shah Alam yang selalu penuh dengan lautan Merah Kuning. SJ memang agak sedih dan terkilan namun menerima keputusan dengan tabah. Siapa tak sedih bila lihat Selangor di belasah oleh Terengganu. Nasib baik En hubby ada. Tolong pujuk. Ahaks....

Dah lama SJ tak merasa kemeriahan final Piala Msia apatahlagi yg membabitkan pasukan Selangor. Kali terakhir Selangor menjuarainya pada 2005 dengan menewaskan Perlis. Bergelar juara 32 kali, pasukan elit Selangor ini pasti akan berusaha menebus di musim akan datang. Selangor Boleh !! walaupun dengar rumours ramai pemain2 yang bakal meninggalkan Merah Kuning dan menyarung jersi pasukan negeri lain. Sedihnya....

Terengganu sememangnya layak. Lebih tangkas. Pertahanan yang kebal. Serangan tajam dan taktikal. Adanya Ashaari Shamsuddin dan Manaf Mamat, Terengganu terus membuktikan mereka pasukan terhebat di musim ini. Terengganu di akui mempunyai banyak pemain2 yang berbakat. Marzuki Yusuf selaku kapten pasukan juga melaksanakan tggjawabnya dengan sempurna. Gol pertama seawal minit ke-19 oleh Manaf Mamat dan ke-72 oleh Ashaari Shamsuddin membuktikan percaturan Irfan Bakti tidak sia2, barisan kesebelasan pemain utama mempamerkan aksi cemerlang.

Namun seperti di stadium2 lain, masalah sikap segelintir penonton memang membuatkan SJ jengkel. Tidak pasti apa motif dan mesej yang mereka cuba sampaikan. Kebiasaannya berpunca dari rasa tak puas hati dengan pengadil mahupun keputusan perlawanan seperti tidak menerima kekalahan. Membaling objek seperti botol air dan mercun membahayakn penonton dan juga pemain. Di Terengganu, keghairahan penonton dapat disaksikan dengan balingan objek2 walaupun kemenangan pasti berpihak ke Terengganu. Dalam masa yang sama ada penonton yang kurang cerdik membaling objek ke arah Joseph Kalang Tie yang merupakan team yang mereka sokong. Akibatnya, berlaku pergaduhan dan saling membaling objek sesama sendiri.

Itulah permainan....perlawanan...segalanya tetap ternokhtah....

p/s : Camne nih...Selangor Tewas. Man United juga rebah. Namun adat perlawanan. Kalah Menang pasukan Selangor, semangatku tetap bersamamu. Harap musim depan menjanjikan yang terbaik dan impian memburu misi 33 terlaksana. Selangor Viva....






Wanita2 Jepun Kurus?


Mengapa agaknyer wanita2 Jepun kebanyakannya kurus2? Selalu kita melihat wanita2 Jepun memiliki tubuh badan yang kurus dan ramping. Ia merupakan trend yang bukan hanya di Jepun saja, tapi telah menjadi satu isu global di seluruh dunia.

Ada anggapan bahawa wanita kurus itu lebih baik dan cantik secara penampilan dibandingkan dengan wanita yang gemuk.
Dalam satu episod drama Jepun "Teppan Girl Akane" ada menceritakan tentang pertandingan wanita paling kurus yang diadakan di salah satu SMA. Peserta diwajibkan memenuhi beberapa kriteria untuk boleh memenangi pertandingan tersebut. Di antaranya, mereka mesti melepasi lubang berbentuk huruf "O" yang diameternya hanya 40 cm. Kemudian berat badan mereka tidak boleh melebihi 43 Kg. Untuk mengikuti dan berusaha memenangi acara tersebut, ramai remaja Jepun yang berusaha bermati2an untuk melakukan diet makanan. Malah ada yang tidak makan sepanjang hari demi mengurangi berat badan mereka.

Berdasarkan data statistik terbaru yang dikeluarkan Team Internasional tentang masalah kegemukan di negara2 maju, Jepun merupakan negara yang mempunyai angka paling rendah (3%). Amerika Syarikat merupakan negara tertinggi dengan 34%. Obsesi orang Jepun terhadap makanan dengan peratusan kegemukan yang rendah selalu menjadi persoalan. Orang Jepun umumnya tidak terlalu mementingkan rasa, tetapi mereka lebih mengutamakan kesegaran dari makanan tersebut. Kebudayaan dan tradisi Jepun mendorong untuk menghargai 'Kesegaran Yang Paling Utama'. Oleh sebab itu, perempuan Jepun lebih gemar membeli banyak ikan, sayur2an dan buah2an. Manakala pengambilan daging, gula, biskut dibeli dalam jumlah yang lebih sedikit. Umumnya makanan mereka sedikit tawar dan tidak ada rasa tambahan selain rasa asli dari bahan2 makanan tersebut.

Uniknya, bila berada di Jepun, setiap tulisan daftar nama makanan atau minumannya itu mengandungi kandungan kalori per gram pada setiap makanan. Rekabentuk dapur rumah2 di Jepun juga tidak ada yang besar. Ia berkemungkinan mempengaruhi frekuensi dan jumlah makanan yang disimpan di dapur. Berbanding dengan Amerika dan Eropah, penduduknya lebih senang membeli bahan makanan sekali dalam seminggu lalu menyimpan dalam peti sejuk.


Masyarakat Jepun juga mengamalkan satu
ungkapan untuk tidak makan sampai terlalu kenyang. Corak pemakanan orang Jepun dipengaruhi oleh sikap dan cara aliran Zen di Negara China. "Memilih bahan yang paling segar, memasak dengan hati yang semangat." Selain itu, orang Jepun jug a sangat suka berjalan kaki dan menggunakan basikal.


p/s : SJ memang mengamalkan dasar pandang ke timur.....lebih2 lagi Jepun dan Korea.....hik3





Sunday, October 16, 2011

Piramid Bawah Tanah


Ruang legar, ruang pejabat, muzium dan pusat kebudayaan

Pembinaan yang membantu mengekalkan dan memelihara bangunan warisan di sekitar Mexico City
Dataran setelah proses transformasi radikal

Lubang kaca di tengah2 piramid agar cahaya semulajadi dapat menerangi seluruh bangunan

LRT sebagai salah satu pengangkutan awam (aras bawah permukaan tanah)


Mexico City mencetuskan perubahan dan transformasi pemikiran. Arkitek mereka bakal merealisasikan pembinaan bangunan 65 tingkat, 300 meter ke dalam tanah.

Berbentuk seperti piramid terbalik dan memiliki ketinggian yang lebih kurang sama dengan bangunan2 di sekelilingnya.

Setiap 10 daripada 65 tingkat itu, di khaskan untuk kediaman dan kedai, sebuah pusat kebudayaan baru Mexico, sebuah muzium dan pejabat untuk 35 tingkat yang selebihnya.

Lapisan kaca seluas 240m x 240 m, sebagai penutup lubang empat segi sama di pasang di bahagian paling atas. Fungsinya sebagai bumbung dan juga bagi membolehkan cahaya matahari yang semulajadi menerangi bahagian paling rendah di dalam tanah.

Pembinaannya disebabkan kerana permintaan yang tinggi untuk pejabat, kediaman dan pusat komersial di Mexico. Undang2 Pusat dan Kerajaan Tempatan juga melarang pemusnahan bangunan2 bersejarah. Malah pembinaannya membolehkan mereka menemui kembali asal usul tamadun Mexico di mana ribuan tahun lampau, struktur piramid banyak mempengaruhi pembangunan binaan di situ.

p/s : Perubahan pemikiran di mana orang dah mula membina bangunan pencakar bumi...tidak seperti sebelum ini yang lebih berminat untuk membina bangunan pencakar langit




Tuesday, October 11, 2011

Sahabat dahulu dan sekarang


Assalamualaikum sahabat.......

Dah bersawang blog? asyik tajuk `Rahsia dalam Ais' jer? Sibuk sangat ker sekarang? Masih sibuk dengan study? dengan kelas? Kerja bertimbun? Ke buat2 sibuk? Ataupun sibuk mencari sesuatu agar nmpak sibuk? Hurm....adakalanya persoalan demi persoalan datang bertalu. SJ pun terpinga2 mencari jawapan. Tak tahu apa yang sesuai agar jawapan yang SJ berikan adalah yang terbaik. Hilang kata2, tiada mood dan tiada perasaan, jiwa kacau, bnyak tugasan...tapi semua itu bukanlah jawapan. Bila sesekali membuka lembaran wajah blog kesayangan SJ, masih ada lagi pengunjung yang datang bertandang. Masih ada lagi yang sudi meninggalkan jejak. Terima kasih wahai sahabat2 blogger....kalian memang SJ hargai.

Tinggalkan sejenak tentang persoalan itu. SJ ingin kembali menulis dan bercerita seperti dahulu. Tak kurang pun SJ ingin membebel lagi. Inilah pertautan hubungan di alam maya. Sahabat. Wikipedia mendefinasikan sahabat itu sebagai perilaku kerjasama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial khasnya dalam perhubungan peribadi. Ia memperlihatkan perilaku berbalasan dan reflektif. Menjurus tentang persoalan sahabat, scope pengertiannya cukup luas bagi mereka yang mengerti erti nilai sahabat itu sendiri. Pastinya sahabat itu adalah bagaimana untuk kita menginterpretasikannya dalam sesebuah perhubungan, saling menghargai dan tahu menjaga ikatan itu agar terus harmoni tanpa ada maksud disebaliknya.

Ketika zaman sekolah dahulu agak begitu sukar untuk memanjangkan sebuah persahabatan. Terlalu bnyak keadaan yang membataskan. Tidak semua orang rajin mengungkapkannya melalui arena persuratan. Kalau adapun sekali dua. Kemudian terus hilang tanpa khabar berita. Semuanya berlalu kerana keterbatasan masa dan kesukaran ke pejabat pos. Teknologi tidak secanggih sekarang. Telefon rumah tidak semua mampu milik apatahlagi telefon bimbit yang memang belum wujud. Maka berakhirlah erti persahabatan itu bila tamat sesi persekolahan. Yang kekal hanya gambar2 kenangan yang terus indah terletak di dalam album dengan harapan pasti bertemu jua satu hari nanti. Dan di belakang gambar, pasti ada tertera sedikit coretan kenangan dan paling2 pun sebagai satu tanda peringatan bahawa kita pernah bergelar sahabat.

Namun zaman telah banyak berubah seiring dengan kepesatan dunia teknologi yang semakin berkembang. Peningkatan persaingan yang wujud dalam sistem telekomunikasi, manusia berlumba2 untuk memudahkan kehidupan dan lebih menghargai perhubungan antara manusia. Wujudnya social network yang pelbagai juga dapat mengetahui pelbagai perkara termasuk kehidupan seharian. Bertuahnya mereka yang hidup di alaf baru ini. Cuma kita perlu menanganinya dan mengawal agar tidak mudah terpengaruh mahupun terjebak kepada perkara2 negatif akibat dari kehebatan teknologi yang serba moden ini.

SJ tidak kurang rasa bertuahnya. Bukan terpedaya tetapi cuba menjadi sebahagian dari masyarakat yang turut ingin menikmati betapa hebatnya teknologi dunia masakini. Menulis dan membaca melalui blog. Memang agak berbaloi. Dapat berkongsi maklumat, menambahkan kenalan dan bertukar2 cerita dengan sahabat blogger. Malah dari itu, SJ dapat mengenali sahabat2 blogger dengan lebih mndalam bila mengetahui kehidupan mereka seharian lebih2 lagi bila sahabat SJ berada di tempat yang jauh dari jangkauan SJ sendiri. Berbeza budaya, agama, bangsa, negara dan sebagainya. Lebih menarik lagi bila dapat melihat cara pakaian dan makanan yang jauh berbeza dengan SJ sendiri. Perkongsian ilmu juga salah satu faedah hasil dari keistimewaan teknologi maklumat ini.

Begitu juga berhubung melalui rangkaian facebook, twitter dan beberapa social network terkini. Itu tak termasuk lagi dengan Foursquare, sms, BBM, skyppe, 3G, whatsapp dsb. Berchattinglah semaunya. Pastinya, rasa terharu dan gembira bila dapat berhubung semula dengan sahabat2 sekampung apatahlagi yang sekolah bersama. Tak mampu untuk digambarkan dengan kata2 apatahlagi kalau dapat bersua muka. Diam tak diam, semakin ramai yang SJ jumpa. Mungkin ada yang hampir tidak di kenali kerana perubahan fizikal. Semua itu tidak menjadi halangan, walaupun masa telah merubah segalanya2nya.

Adakalanya wujud juga perbezaan yang hampir memutuskan semula erti sahabat. Ada yang begitu berjaya dalam kehidupan. Berada di taraf yang hebat namun terlupa diri sehingga memndang rendah martabat orang lain. Alhamdulillah...kerana ada juga yang lebih menjurus ke arah keagamaan namun kelihatan jumud sekali kerana kerap menuding dan merasakan kejahilan orang lain sehingga menjatuhkan keaiban dan maruah diri. Tapi tak semua. Ada yang masih mengekalkan kesederhanaan dan rendah diri lantas iman dan takwa menyedarkan SJ betapa mulianya hati mereka.

Mengapa mudahnya meleraikan sebuah ikatan persahabatan? Jawapannya, pasti perlunya muhasabah diri bahawa setiap manusia yang hidup di dunia ini tiada yang sempurna. Maka pertemuan persahabatan seolah2 seperti tidak memberi apa2 makna. Mungkin mereka tidak tahu betapa indahnya jika silaturrahim yang indah itu dapat di jaga dengan subur.
Bagi SJ, sebaik2 sahabat ialah yang menemani waktu2 suka dan duka. Mengingati kita sebagai insan biasa yang tidak lari dari sebarang kesilapan. Sentiasa muhasabah diri. Menerima kita seadanya. Menegur atas kekhilafan kita demi jalan Allah. Menyokong ke arah kebaikan. Bukan memuji di depan tetapi mencela di belakang apatahlagi menikam dari belakang. Talam dua muka tidak sekali. Juga bukan yang mengajar kita kepada perkara2 `lagha' / perkara yang sia2. Kejujuran dan keihklasan itu yang sebenarnya.

p/s : SJ lebih menghargai sahabat yang betul2 menghargai SJ sebagai sahabat. Terima kasih kerana anda sudi menjadi sahabat selama ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.