Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Thursday, January 19, 2012

Disebalik Tabir Proton



Seperti yang diketahui umum PROTON telah menjadi Tukun atau Tugu kepada kerajaan disebabkan kegagalan untuk bersaing didalam segmen otomobil yang banyak dikuasai oleh gergasi2 otomobil dari Jepun, Korea, Eropah dan Amerika.

Dimana penghalang utama kemajuan PROTON terletak kepada kegagalan mereka untuk menghasilkan produk2 baharu yang lebih bermutu dan canggih untuk mengatasi para pesaing dan ini tidak berlaku didalam PROTON.

Dan usaha-usaha untuk menandatangani perjanjian besama syarikat Volkswagen (VW) gagal disebabkan PROTON untuk menjaga kepentingan mereka tidak diambil oleh VW, kerana ini amat penting bagi VW untuk menaikkan Jenama PROTON dipasaran antarabangsa.

Dengan "Kehilangan" VW maka pihak PROTON menghadapi dilema untuk terus berkembang didalam industri otomobil ini dan semakin hari adalah semakin sukar untuk mereka bersaing.

Kerana untuk bersaing secara agresif di dalam pasaran otomobil dunia yang pesat, PROTON memerlukan DANA yang cukup besar untuk menghasilkan produk2 terbaharu, dimana setiap satu model kenderaan yang baharu memerlukan paling minima Dana 1 billion dalam menghasilkannya.

Oleh yang demikian, penjualan atau penglepasan Pegangan Khazanah didalam PROTON kepada DRB HICOM ini dilihat sebagai CARA untuk "Menghidupkan atau Memberi NAFAS" kepada PROTON jika PROTON mahu dilihat dapat meneruskan kegiatan mereka.

Dan pemilihan DRB HICOM dianggap "sesuai" kerana mereka sendiri adalah PENGUSAHA didalam bidang otomobil dan memiliki kepakaran dan kebolehan untuk menyelamatkan kewujudan PROTON di Malaysia.

Seperti yang telah saya kupas didalam Blog TIPsNIAGA.COM, Masaalah PROTON ini terlalu banyak dan terlalu rumit untuk diselesaikan diperingkat mereka sendiri. Ini adalah kerana, model2 kenderaan yang pernah dihasilkan oleh PROTON adalah REBADGE daripada model2 MITSUBISHI yang juga berperanan mewujudkan PROTON di Malaysia.

TERKECUALI pihak PROTON dapat mengusahakan lagi bentuk2 "kerjasama" dengan pembuat otomobil yang terkenal untuk membantu PROTON menghasilkan model2 kenderaan yang lebih "Mesra Pelanggan" serta yang "Diminati Ramai" dari seluruh pelusuk dunia.

Sepatutnya mereka belajar apa yang telah dilakukan oleh Syarikat2 seperti VOLVO, NISSAN, PEUGEOT, SUZUKI, FORD, KIA, HYUNDAI, MINI, JAGUAR didalam membangkitkan semangat juang mereka didalam industri ini. Jenama yang disebut diatas pernah mengalami kesurutan didalam penjualan model2 kenderaan mereka sehingga ada yang ketahap bankrup seperti yang berlaku keatas Daewoo, Kia dan Hyundai dari KOREA.

VOLVO dan PEUGEOT adalah Perusahaan Negara seperti PROTON, di Sweden untuk VOLVO dan PERANCIS untuk PEUGEOT, tetapi mereka mendapat formula2 yang tertentu untuk membangunkan Industri Negara dengan pendekatan yang Popular iaitu melakukan PERUBAHAN yang sangat DRASTIK pada model2 kenderaan mereka dan juga suntikan kewangan yang baharu. Dan akhirnya mereka berjaya bertapak kembali didalam industri ini.

APA YANG DILAKUKAN OLEH PROTON?
Pada waktu ini lebih kepada PENCARIAN DANA dan PEMBANTU KEWANGAN untuk melanjutkan NAFAS perniagaan PROTON jika dilihat atau dikaji kepada apa yang mereka lakukan sejak kebelakangan ini. Dan kelengahan untuk bangun semula akan memudaratkan PROTON dalam masa 2-3 tahun yang akan datang kerana didalam setiap tahun akan wujud model2 baharu dari para pesaing. Ini akan meninggalkan PROTON terus kebelakang walaupun mendapat suntikan DANA yang diperlukan.

Jadi, tidak menghairankan terhadap langkah KHAZANAH mengalihkan pegangannya kepada DRB HICOM, cuma persoalan yang amat berat ialah MAMPUKAH DRB HICOM menangkis segala persaingan dalam industri ini untuk mengukuhkan PROTON?


sumber :
DrSoul Loren
Editor In Chief
TIPsNIAGA.Com








Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 comments:

Anonymous said...

Very niсe рοst. I just stumbled uрon
уοur weblog and wаnted to say that I've truly enjoyed browsing your blog posts. After all I will be subscribing on your rss feed and I hope you write once more soon!

Also visit my blog ... personal loans
my web site - personal loans

Anonymous said...

Hеllo to еνеry οne, the contentѕ presеnt at this website аге genuinely amazing for peορle knowledge, ωell, keep uρ the nіce woгκ felloωs.


Mу blоg - Property for Sale

Anonymous said...

Ні cоlleаgues, іtѕ іmpressivе piеcе of writing abοut cultureanԁ fully defined,
keep it up all the time.

my website - payday loans

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.