Lirik Dan Mp3 Kunci Gitar
Padi Sahabat Selamanya:
Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita
mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…
Ketegangan hubungan Malaysia dan Indonesia menjadi isu sejak akhir2 ini, seolah2 ada sesuatu yang cuba menjadikan jurang persahabatan rumpun Melayu terbesar di dunia ini semakin jauh. Mungkin ada dalang yang cuba mengeruhkan lagi suasana perhubungan yang erat ini. Yang pasti dalang itu mungkin penjenayah yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri mereka sendiri. Dan mungkin jua ada segolongan yang cuba membutakan hati dan akal mereka bahawa perhubungan dua hala ini begitu membawa arti kepada kita semua. Fikir2kan...
Kumpulan Padi dari Indonesia yang terkenal dengan lagu2 yang mudah di dengar dan di ikuti oleh kanak2, remaja mahupun dewasa telah melibatkan diri dalam lagu2 tema soundtrack Upin dan Ipin. Lagu Sahabat Selamanya merupakan ciptaan Fadly dan Rindra yang merupakan vokalis dan bass kumpulan Padi. Masih mengekalkan konsep muzik Padi sesuai dengan siri Upin dan Ipin berasal dari Malaysia malah diterima dan popular di Indonesia.
Lagu ini memberi maksud, untuk mengetengahkan bentuk pesanan mendalam betapa pentingnya sebuah kebersamaan. Ia juga mengajak semua pihak untuk bersama2 mengatasi perbezaan , mengisi kekurangan masing2, saling melengkapi dan menjaga kebersamaan. Maka seeloknya, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Mulakan sebuah jalinan hubungan yang lebih elok. Jangan jadikan dalang di luar sana gembira kerana kejayaan mereka memusnahkan hubungan serumpun antara kita.....Semoga lagu ini menjadi salah satu medium yang mengeratkan lagi tali persaudaraan yang sedia ada dari dahulu..kini dan selamanya...Sesungguhnya kita saling memerlukan.
p/s : apapun maksud dan tanggapan anda, namun lagu ini membawa arti yang serupa..nilai persahabatan dua negara...(saudara2 sedarahku juga ramai yg ada di sana..)
Related Articles :