Old Trafford bergegar lagi. Kepada Man United fans, mereka bakal berdepan dengan satu perpindahan paling sensasi dalam sejarah pasukan itu selepas `The Red Devils' melepaskan David Beckham dan Christiano Ronaldo. Mungkinkah Kelab gergasi ini akan kehilangan penyerang ketiga bertaraf dunia dalam tempoh 2 thn ini ?
Wayne Mark Rooney yang lahir pada 24 October 1985 ini bakal meninggalkan Man United berikutan perselisihan faham dengan pengurus, Alex Ferguson. Dikhabarkan perbincangan kontrak barunye bersama Old Trafford sehingga penghujung kariernya, tertangguh dan membuka jalan untuk penyerang England ini angkat kaki bagi musim perpindahan Januari akan datang. Baki kontraknya tinggal 18 bulan lagi dan Rooney mahu gaji sebnyak RM985,772 seminggu utk kekal bersama United. Sejak mengalami kecederaan Mac lalu, Rooney gagal dalam kempen piala dunia 2010 dan kurg menyerlah dalam Liga Perdana England.
Difahamkan ketegangan hubungan Rooney dan Ferguson berpunca dari pembongkaran skandal seks dan salah laku penyerang berusia 24 tahun ini sekaligus mengenepikannya dari skuad United ketika menentang Everton, bekas kelabnya. Rooney kini hnya berada di bangku simpanan ketika dalam aksi Liga Perdana England. Ia merupakan satu hukuman terhadap isu peribadi, menuduh Rooney mencemar imej United dan ramalan Ferguson tentang prestasinya akan turut terjejas. Tapi, Ferguson memberikan alasan hanya melindungi Rooney dari di kutuk oleh peminat Everton yang enggan memaafkannya ketika meninggalkan Goodison Park pada 2004. Yuran perpindahan Rooney dari Everton ketika itu bernilai RM126 juta.
Barcelona dan Real Madrid merupakan destinasi terbaik utk keluar dari England manakala Chelsea dan Man City sentiasa memberi peluang kpd Rooney utk terus beraksi dalam Liga England. Real Madrid pula menafikan yang mereka berminat namun sedia utk membuat tawaran jika diizinkan Ferguson. Manakala pengurus `The Blues' Carlo Ancelotti sedia membuka pintu buat Rooney, jika harga yang ditawarkan berpatutan.
Barcelona sebenarnya tidak mempunyai sumber kewangan yang besar utk memiliki pemain yang lahir di Liverpool ini, wpun jurulatihnya, Pep Guardiola ada mengesahkan yang mereka mengidamkan pemain seperti Rooney lalu menawarkan sejumlah RM122.5 juta.
Man City yang dimiliki oleh Sheikh Mansour, merupakan kelab terkaya dunia mempunyai peluang cerah setelah Rooney membuat penjelasan utk tidak meninggalkan England. Man City memang sedang mencari penyerang baru setelah Robinho gagal memberi impak di Kelab Eastland itu. Man City membuat tawaran perpindahan paling mahal dalam sejarah bolasepak denagn pakej berjumlah RM493 juta bg mendapatkan Rooney. Man City bakal membayar United RM246.3 juta dan tambahan RM246.3 juta bagi gaji yang masih berbaki kontrak selama 4 tahun di United. Man City juga sanggup menjadikan Rooney dgn bayaran termahal dalam Liga Perdana England dgn gaji RM1.2 juta seminggu atau RM64 juta setahun. Wahh !! bnyanknyer..Gelap mata hitamku jika tawaran seperti itu dihadapanku.
Namun akhirnya, pergolakan ini berakhir. Terbaru, Rooney telah bersetuju menyambung kontraknya bersama United untuk tempoh 5 tahun. Adakah Ferguson berjaya memujuk Rooney seperti yang digambarkan oleh Real Madrid ? Atau adakah Ferguson takut jika Rooney benar2 menerima tawaran dan berhijrah ke Man City ? Pasti United bertekad utk memastikan pemilik jersi 10 ini tidak bersama musuh saingannya, Man City malah lebih rela menjualnya kepada Chelsea ataupun Barcelona. Mungkinkah ini juga satu sandiwara Rooney agar dia boleh dibayar dengan jumlah yang lebih dari yang diperolehi sebelum ini ? Apapun persoalannya, hanya Ferguson dan Rooney yang lebih mengetahuinya.
Nampaknya nasib Rooney lebih bertuah dari bintang2 sebelumnya yang di tendang keluar tanpa peluang kedua seperti David Beckham, Ruud Van Nistelrooy, Carlos Teves, Roy Keane dan beberapa bintang bolasepak ternama yang lain.
Harap2 dengan meningkatnya bayaran Rooney ini, Astro tidak bertindak pula untuk menaikkan charge bg saluran sukan sepertimana ketika Christiano Ronaldo berhijrah ke Real Madrid dahulu.
p/s : Bila pula agaknya player bolasepak Msia dapat mencapai taraf antarabngsa dan semahal mereka ni ? Hurm..ranking FIFA terbaru menunjukkan bolasepak Msia jatuh lagi dari 139 kepada 149. Dan Sepanyol tetap kekal di ranking FIFA yang pertama.