Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Monday, October 18, 2010

Syabas dengan semangat Selangor


Kekalahan semalam kalau boleh dijadikan pengubat lukanya, pasti kerana kemenangan selangor veteran menewaskan singapore veteran 1-0. Kekecewaan rakyat selangor pasti masih tergambar di setiap wajah mereka bila kejayaan hanya setakat di suku akhir piala Msia sejak 2005 lagi. Hanya tanamkan rasa sikap positif sebagai penguat semngat terus menyokong bolasepak tempatan lagi2 negeri tercinta. Tahun hadapan bersama musim baru dan semangat baru.

Lebih memburukkan lagi bila insiden suku akhir pertama mencalar hati dan mnjadi sejarah di stadium Shah Alam. Maka suku akhir kedua beraksi tanpa penyokong di kubu lawan. Kemenangan berpihak di pihak lawan dan boleh dikatakan pihak lawan telah berjaya bermain psikologi terutama di laman sesawang mahupun insiden di stadium Shah Alam. Selangor bermain tnpa penyokong. Bayangkan stadium Kota Bharu yang memuatkan 20,000 hnya dipenuhi hampir kesemuanya adalah peminat Red warrior. Atas faktor keselamatan, hanya doa yang mengiringi kejayaan dan keselamatan pasukan Selangor.

Perlukah menyalahkan pemain ? Sepatutnya, pemain mempunyai rentak permainan yang profesional. Sudah pasti ini tugas dan job scope mereka sebagai pemain. Pemain di bayar gaji utk menggalas tggjwab dgn mmbwa nama negeri masing2. Setiap hari menjalani latihan teori mahupun praktikal. Sudah pasti ada improvement dari segi stamina, pengalaman mahupun skill.

Tapi bagaimana pula dengan tekanan mental dan fizikal yng pemain terpaksa hadapi. Kehilangan arah. Hilang punca. Hilang rentak corak permainan. Itu yang bola dihujung jari kaki pun tak tahu nak di bawa kemana. Datang bertndang ke kubu lawan. Kemudian pulang dari Kota Bharu, terpksa pula menentang pasukan yang jauh lebih hebat dan berhempas pulas dgn fizikal lawan yang lebih mantap. Dalam tempoh 24 jam tenaga pemain dikerah utk menentang pasukan pilihan Singapore yang rata2nya bukan dari kalangan rakyat tempatan. Kalau dilihat dari segi score gol pun boleh dikatakan hampir semuanya di jaringkan oleh Mat Import iaitu Alexsandra Duric (1',89'), Mendy Frederic (10',43'), Ivan Jerkovic (46'), Shahdan Sulaiman (77'). Agak2 patut tak jika Selangor di beri peluang utk meminjam pemain2 negeri lain khususnya pemain kebangsaan ? Dah nama pun Selangor Pilihan.

Namun syabas rakyat Selangor. Malam ini malam Piala Selangor. Kekalahan 3-0 di tgn Kelantan bukan utk melemahkan semangat. Aku sendiri tidak terfikir jika menerima sambutan baik dari rakyat selangor utk memenuhi stadium malam ini. Malah kehadiran dari bngsa2 lain yg jarang memenuhkan stadium jua buat suasana agak berbeza dari biasa. Semua orang melupakan kejadian 12 Oct 2010. Selangor buktikan bahwa selangor anti keganasan.

Kehadiran kali ini amat membanggakan, hampir 60,000 penonton memenuhi stadium dan ramai yg hadir dengan mmbawa keluarga masing2 termasuk anak2 kecil. Acara yg diselangselikan dengan lagu2 dendangan Francisca peters, Jamal Abdillah dan David Arumugam menjadikan suasana bertambah happening. Rata2 penonton diberi bndera2 selangor. Memang stadium cukup meriah dgn warna warni merah kuning. Ada cabutan bertuah ? tapi yg amat mendukacitakan. Pengumuman no cabutan bertuah itu tiada diiringi dgn visual di layar besar stadium. Dgn bunyi hingar bingar di dalam stadium, tmbahan lagi dengan paluan dari kumpulan gendang memang menyukarkan utk mendengar sebarang pengumuman. Aku yang bercakap dengan orang disebelah pun terpaksa menjerit, ini kan pula yg jauh. Agak2 ada ke penonton yang claim hadiah mereka?

Stadium Shah Alam kali ini tiada insiden. Malah penyokong2 singapore boleh duduk sebangku dengan penyokong2 selangor tnpa khuatir tentang keselamatan. Kemenangan 6-0 berpihak kepada Singapore, tapi tiada kerusi atau botol yang terbang. Memang ada letupan mercun tapi yang dibenarkan oleh pihak stadium. Dengan penuh semangat kesukanan, masih ramai lagi yang setia berada di bangku sehingga tamat acara. Syabas buat Selangor yang sentiasa memberikan sokongan padu. Kalah dan menang adat pertandingan.

p/s : selangor negeri tercinta. Jangan patah semangat wahai anak negeriku..Ayuh !! bangkit...

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.