Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, October 27, 2010

Perpindahan dan Kesayuan


Beginilah rupe opis yang macam kapal titanic pecah..

Bila mgmt kata kontrak dgn warehouse ni tak disambung, maka bersedialah untuk `pindah'. Bukan senang nak pindah. Bnyak perkara yang perlu di ambil perhatian. Tugas pejabat perlu diteruskan, manakala urusan pindah juga kena handle. Independence, omputih kata. Mula2 dulu kata, opis pun kena pindah kat warehouse baru. Tapi akhirnya mgmt decide opis pindah kat bngunan sendiri. Tak payah nak susah2 bayar rental mahal2 kat warehouse. Barulah cut cost. So, opis dgn warehouse jauh. Intsruction pun jarak jauh la.

Cerita pasal pindah, ini kali ke-3 aku bertukar opis. First time dapat job kat sini, aku berkhidmat dalam 2 bulan kat HQ, KL. Time nih memang menangis sebab bangun awal dan balik lmbat kerana menggunakan perkhidmatan komuter/lrt/monorel. Kemudian pindah dan jalankan tugas kat Puchong warehouse. Tak lama. Lepas 2 thn kontrak berakhir, pindah pula kat S.Alam. Kini, aku kena pindah lagi.

Shopping Complex yang masih under construction (pemandangan dari jendela opisku)

Bila pindah, aku adalah antara orang terakhir meninggalkan opis. Uhuk ! Uhuk ! sedih juga nak tinggalkan opis ni walaupun companyku menyewa sahaja di sini. Kedudukannya juga agak strategik, ada pulak shopping kompleks yang masih under construction. Tak ke terkilan. Macam2 ada kat situ. Konon2 bolehlah window shooping kat situ bile time lunch. Hurm...angan2 hanya tinggal angan2.

Masa pertunjukan USAF tahun 2009

Paling seronok bila hari ulangtahun TUDM dan ada pertunjukan udara. Wahh !! memang tak buleh buat keje. Masing2 turun tengok diorg buat aksi yang pelbagai. Berdentam dentum kat langit. Time tu kaki mmg rasa menggelitik jer nk pi tingkap. Kawan2 warehouse juga frenly...yelah !! aku ni customer diorg..kena jaga hati beb !!

Kemudian bab makan? Tak usah nak risau. Sekeliling sini memang ada bnyak kedai makan. Pilih jer nak yang mana satu. Ada JM Beriani, Ani Sup Utara, Bangi Kopitiam, kedai ikan bakar dan macam2 lagi. Tapi kalau nak servis serba pantas sudah tentu mamak jadi pilihan. Yang penting bawa duit. Semua boleh layan !!

Opis aku juga dekat dengan Giant S.Alam dan Stadium S.Alam. Bila ada event kat opis pasti Giant ni yang jadi persinggahan aku dan kawan2. Dan kalau nak pi tengok bola? Hurm...bersiap kat opis dan terus ke stadium....berhenti makan pun kat giant. Mudahkan ? Apepun memang best kat opis ni.

Lagi satu yang menarik tntang opis ni ialah tentang coffee. Coffee memang special import dari German. Betul2 biji coffee yang belum di blender. Perghh !! bila tea lady tu masukkan dalam coffee maker...bau aroma dia cukup buat perut lapar....bila minum pula, terasa hebatnya, dan bila dah minum mesti nak lagi. Hilang rasa mngantuk. Dah warehouse owner pun from German. Tak mustahil guna coffee German jugak. (Aku jua die had Germany fans). Itu baru coffee. Belum lagi dgn staff yang expatriate from German...haha...ada gak yang rupe cam Michael Ballack tawu..!!

Coffee made in German. Terangkat !!


Coffee Maker. Tekan jer !! (sebenarnya tea lady yang siap hntar ke meja)

Ada ummppphhhh !! gegar !!

Kenangan Fire Drill kat sini. Berpanas kite yer !!

p/s : Kepada sahabat2 yang kutinggalkan, moga bersua semula di lain hari...terimakasih atas layanan baik selama ini. Hnya persahabatan sentiasa kekal di hati. Dan buat sahabat yang terpaksa berpisah kerana ditugaskan di tempat yang berlainan. Kita pasti berjumpa di acara2 syarikat. Insyaallah...moga ada hikmah disebalik semua itu.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.