Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Thursday, October 14, 2010

Adakah Keganasan Bolasepak Itu Budaya Malaysia?


Mercun yang dilempar di tpt duduk pasukan 1st aid (gambar oleh SSFC)

Mesyuarat SSFC yang menentang keganasan di stadium (gambar SSFC)

"Saya terpanggil utk komen di sini tentang apa yg saya lihat sendiri depan mata. Masa dalam stadium saya dan rakan-rakan lain duduk di seat yang awalnya telah dijarakkan dengan fans kelantan (walaupun telah ada pagar yang menghalang).Terdapat sebilangan anggota keselamatan iaitu anggota polis dan Rela yang berjaga disitu. Segelintir fans Kelantan mula provok dan memaki hamun serta cuba untuk panjat pagar tersebut. Mereka mula membaling segala objek seperti botol minuman,batu,mercun bola,botol beer,kerusi plastik dan besi bracket seat. Dan apabila perkara tersebut berlaku ia dibalas oleh segelintir fans Selangor yang duduk disitu. Mereka membaling semula objek yang asalnya dilemparkan oleh fans Kelantan tersebut. Provokasi dan maki hamun terus berlaku. Setelah keadaan agak tidak terkawal barulah datang beberapa anggota FRU untuk mengawal keadaan di situ. Seorang anggota rela terkena balingan kerusi yang dilemparkan oleh fans kelantan. Setelah tamat perlawanan,kami keluar dari stadium dan melihat banyak sesi pergaduhan berlaku di sana yang melibatkan fans kedua-dua pasukan. Kalau di kawasan kami ketika itu memang fans Kelantan yang kene lauk sehingga seorang brader ni berdarah kepala. Dan ramai lagi fans kelantan yang kene pijak.Tapi lain pula cerita di side sebelah sana. Fans Selangor pula dibelasah kaw kaw oleh fans Kelantan sehingga berdarah kepala. Cermin kereta pecah dan fans Kelantan berkumpul beramai-ramai menghalang jalan keluar dan terus membelasah sesiapa sahaja yang pakai jersi Selangor. Bagi saya ini melibatkan emosi dan sentimen kenegerian yang telah disimpan lama. Bukan soal bola atau menang kalah. Tapi rasa tidak puas hati terhadap perangai puak-puak Kelantan yang sememangnya berlaku di mana-mana. Saya tidak katakan mereka jahat cuma segelintir daripada mereka yang sakai masuk kampung. Mereka bukan saja buat hal di Selangor tapi dimana-mana saja. Saya anak jati Selangor. Dan saya akui ada segelintir fans Selangor yang ganas dan bertindak luar kawalan emosi. Tapi saya yakin majoriti fans selangor ada akal. Saya sudah pergi ke semua stadium di semenanjung utk lihat game selangor tapi tade satu pun insiden gaduh yang teruk mcm semalam. Jadi kita fikir semula. Kalau mereka tak buat hal maka kita takkan kacau. Kepada arwah fans Kelantan yang meninggal semalam. Salam takziah kepada keluarga arwah. Semoga kita jadi fans Selangor yang bertamadun dan ada akal.Viva Selangor (Herfizul Akma Nasaruddin)"

Berikut merupakan sedikit petikan dari sahabat yang membuatkn aku tertarik hati untuk berkongsi sedikit pengalaman di sini. Menyoroti malam peristiwa berdarah 12 oct 2010, ketika selangor menentang kelantan bagi peringkat suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium S.Alam memang patut kita khuatiri. Persoalannya, adakah ini budaya rakyat Malaysia khususnya kita yg berbangsa Melayu dan beragama Islam ?

Malam itu aku ke stadium utk menonton live, bola sepak. Aku sebenarnya bangga bila melihat stadium penuh malam itu. Lebih2 lagi bila di banjiri warna merah kuning. Aku duduk betul2 centre di antara lautan Selangor fans di area pintu 8. Maka, aku dapat lihat kejadian2 yang tidak sepatutnya berlaku malam itu. Adegan panas penyokong bermula sebaik sahaja kedua2 pasukan dilayangkan kad merah dgn masing2 bermain 10 orang. Ejek mengejek bertukar mnjadi kejadian mmbaling botol. Bukan sebarang botol. Bukan botol mineral sebaliknya botol arak yang berkaca. Kemudian dari botol bertukar kepada membaling kerusi. Hebat. Kerusi yang melekat elok dalam stadium boleh melayang berterbangan di antara gate pemisah kelantan dan selangor. Dan malam tu seolah2 meraikan malam tahun baru dgn letupan2 mercun terutama mercun rocket. Kasihan bila melihat mercun meletup di tempat duduk pasukan 1st aid di luar padang. Pasukan Rela dan FRU yang cuba meleraikan seolah2 tidak dihiraukan, malah ada setengah2 kerusi melayang ke tubuh mereka. Malah kamera yang betul2 depan mereka juga tidak dihiraukan seperti bangga dengan keegoan dan kehebatan mereka. Perlawanan di tengah padang tidak semenarik aksi penyokong di barisan kerusi. Semua berdiri mmberi perhatian.

Bila melihat kejadian itu, terlalu sukar untuk aku menjelaskan dan memberikan jawapan kepada anak lelaki aku yang berusia 6 tahun bila melihat tingkah laku orang2 dewasa yang seperti tidak bertamadun bercakaran sesama sendiri. Bagaimana kita hendak menunjukkan contoh yang baik kepada generasi akan datang jika kita sendiri tidak tahu mngawal tingkah laku di khalayak ramai ?

Syabas kepada selangor fans yang melalui pintu laluan sebelah giant. Walaupun selangor fans paling majoriti di situ, namun mereka tidak mengapa2kan team lawan minoriti yang ramai parking kenderaan mereka di kawasan giant. Dan kepada selangor fans yang melalui pintu laluan utama di grandstand, aku ucapkan simpati..namun kalian memang ada hak utk mempertahankan diri kalian sebagai manusia. Aku cukup rasa sedih bila melihat sikap dan peradaban rakyat Malaysia seperti itu. Mujur malam itu terikat tnpa sebarang jaringan. Bagaimana jika kemenangan berpihak kepada Selangor ?

Aku sebenarnya, tidaklah menyebelahi mana2 pihak. Manusia sukar mngawal akal jika hati dikuasai emosi. Namun jika di lihat dari sejarah, selangor satu2nya negeri yang paling bnyak menggilap piala dan bergelar juara. Selangor fans juga telah lama wujud dan tidak pernah sekalipun membuat onar dalam stadium apatahlagi utk dilabel sebagai samseng. Kejuaraan dan kehebatan selangor tidak pernah buat selangor mndabik dada mahupun menghina pasukan lawan. Malah selangor menerima kunjungan pasukan lawan dgn rasa hormat. Tapi jika difikirkan secara logik, adakah kita akan membiarkn sahaja org mempermain2kan maruah kita, mencederakan kita. Itu yg cuba ditnjukkan oleh selangor. Kekerapan selangor beraksi di stadium2 luar, menentang pasukan lain juga tidak pernah menjadi punca pergaduhan apatahlagi merosakkan harta awam. Dan kunjungan ku ke stadium bukanlah buat kali pertama. Sejak dari zaman remaja lagi aku sering melihat perlawanan live di stadium utk memberi sokongan padu kepada negeri tanahair tercinta ku ini.

Aku cuba mendapatkan maklumat di kedua2 fans ini di internet terutama di facebook bagi melihat sendiri reaksi mereka tentang kejadian tersebut. Dan ada baiknya SSFC membatalkan penghantaran Selangor fans ke Kelantan pada perlawanan suku akhir kedua pada 15 oct 2010 ini. Aku juga berharap agar FAM dapat melakukan sesuatu agar tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti ini berlaku lagi. Kutuk mengutuk, ugut mengugut, dendam, saling menghina dan pelbagai hamburan kata kesat juga perlu di pantau. Dan jika perlu, segala komen mereka kita simpan sebagai bukti andai berlaku perkara2 yang tidak diingini terjadi.

FAM juga patut fikirkan akibat dari peristiwa2 seumpama ini. Pastinya jumlah pengunjung stadium akan brkurangan. Dan jangan ada isu dalam media yang mempersoalkan kemanakah penonton2 bola sepak msia? Perlu fikirkan bagaimana hendak menambahkan jumlah penonton di stadium jika tahap keselamatan yang semakin berkurangan. Begitu juga dengan tahap pemikiran yang lebih bersikap kenegerian yang melampau membuatkan orang bimbang utk berkunjung di stadium. Pasti lepas ini ramai yang berkira2 untuk datang ke stadium dan lebih suka menonton di rumah tnpa perlu mmbayar tiket.

Pihak berkuasa juga kena memainkan peranan yang penting. Seperti di England, mereka mengenakan tindakan terutama kepada penyokong2 yang boleh menimbulkan ketegangan mahupun rusuhan di stadium.

Untuk pengetahuan, zaman telah berubah. Sekarang ni, ramai antara penonton yg hadir bersama keluarga dan anak2 kecil. Seperti aku, kekusutan di tempat kerja mgkn dapat dileraikan dengan keseronokan menikmati suasana live bola sepak di stadium. Wahai2 sahabat sekalian yang senegara denganku. Terimalah semua ini dengan penuh semangat kesukanan. Bergurau senda tak apa, tapi jangan sehingga mencalar maruah sesama kita hingga mencederakan dan menggadai nyawa orang lain. Sepatutnya, kejadian malam itu tidak berlaku. Perlawanan seperti ini patut mengeratkan hubungan sesama kita. Saling menghormati dan setiap penyokong perlu mengawal emosi dengan lebih baik disamping mengamalkan budaya ketimuran yang tinggi.
Semoga selangor fans juga lebih matang dalam mngawal situasi di akan datang.

Salam Takziah dan Al-Fatihah buat keluarga Kelantan fans yang meninggal malam itu.

p/s : Bola sepak kita belum pun mencapai ke tahap dunia tapi masing2 telah menunjukkan sikap dan mentaliti kita di tahap yg amat rendah dan memalukan. Ingatlah, sukan untuk bersatu bukan utk memecah belahkan.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.