Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Saturday, October 23, 2010

Perjalanan Insan Buat Pedoman






Kali ini ingin kusampaikan doa..inginku panjatkan kesyukuranku ke hadrat Ilahi. Andai perjalanan hidup ini walau penuh berliku namun setiap peluang yang Tuhan beri itu tidak pernah disia2kan. Pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui. Kaulah Yang Maha Agung. Kaulah Yang Maha Pengasih. Kaulah Yang Maha Penyayang. Tuhan Dunia Akhirat.

Andai anda adalah salah seorang sahabat yng pernah mengalami mistik dalam hidup, anda adalah yang teristimewa. Apatahlagi jika kalian telah berjaya kembali pulih dan normal dalam kehidupan anda. Apa yang ingin kukatakan, terlalu perit perjalanan bila ada insan yang berhati hitam sanggup memusnahkan kehidupan orang lain demi kepentingan sendiri. Ada insan yang terlalu bangga dengan ilmu yang pastinya tidak Allah redhai. Lupakan kisah2 luka yang menyakitkan hati. Buang segala luka biarpun ada parut dalam yang masih berbekas. Itulah kehidupan. Hnya senyuman sebagai penyalut seri. Akulah..yang akan sentiasa menguntumkan senyum buat kalian. Takkan pernah jemu.

Tapi bukan kisah mistik yang ingin ku luahkan. Yang berlalu biarkan berlalu. Adapun jika ada sebuah kehilangan itu suatu ketentuan. Sesungguhnya kekuatan iman tidak mgkn goyah jika hati terus utuh dan waja utk melawan setiap dugaan. Jiwa tak akan punah mengejar sesuatu yang tidak pasti. Andai kepayahan itu ada kemanisannya di kemudian hari, itulah yang kuimpikan hingga ke detik ini. Semoga aku jadi insan yang terbaik di dunia dan akhirat. Malah terbaik buat orang disekelilingku. Itu doa dan harapanku.

Setahun berlalu. Dunia alam maya aku terokai dan di sini segalanya bermula. Facebook bukan untuk disalahgunakan agar hidup tidak menyimpang. Andai ianya alat penyambung dan pengikat silaturrahim maka aku teruskan. 6 bulan kemudian aku belajar menerokai dunia blogging yang mengajar aku tentang pengisian masa dan minda.

Perlahan2 segala kekusutan hati, sesuatu yang mengawal minda dan emosi diri mampu kukawal. Kesibukan hari2 dengan tugas2 rumahtangga, tugas2 pejabat, seiring dengan dunia cyber ini, sementelah aku kini seorang pelajar, maka aku tidak pernah memberi peluang sepicing pun utk membenarkan sesuatu menguasai mindaku. Maka keteguhan dan kekuatan ku hanya pada-Mu yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga segala yang berlaku tidak berulang lagi. Ku bermohon simpati jauh di dasar hatiku. Lupakan keperitan itu. Masih ada sinar dan harapan. Moga lebih indah yang menanti.

Kalian...inginku katakan sekalung terimakasih kerana menerima aku dalam alam maya ini. Menerima aku seadanya sebagai sahabat kalian. Tiada cenderahati utk kusampaikan dan hanya doa semoga kalian sentiasa di rahmati Allah. Kini sahabat setia telahpun berjumlah 175 orang. Walaupun angka tidak sehebat sahabat2 lain, namun angka itu cukup buat aku bersyukur dan berterimakasih dengan penerimaan kalian. Aku di terima. Dan kebanyakan sahabat blogger juga adalah sahabat facebookku yang mencecah 444 orang. Sesungguhnya kehadiran kalian benar2 mengisi waktu2 senggang yang sewaktu dahulu sering berjiwa kacau. Sujud kepada Ilahi.

Kerana-Mu, maka aku masih bisa menulis. Tulisanku untuk diriku dan jika ada yang sudi untuk kita bersama2 kongsikan bersama kalian. Sebagaimana aku jua akan terus mnjadi pembaca setia sebahagian blog2 kalian. semoga silaturrahim antara kita terus berkekalan dan berpanjangan. Insyaallah...Amin

p/s : Dengarlah hai teman...dengarkan bersama..Aku menulis bukan kerana nama..kerana sifat kasih..pada sesama insan...dan menyatakan kasih sayangku...kita sama semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan.....

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.