Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, October 19, 2010

Semi Final Piala Malaysia Menjadi Taruhan


Musim kemeriahan Piala Msia kembali lagi. Perlawanan suku akhir telahpun berakhir. Gergasi Merah jatuh tersungkur manakala Sang Penyu terus menangis lagi. Kedua2 team faveretku tersingkir terus dari Liga Msia bagi musim 2010. Takpe, tahun depan cuba lagi. Musim baru semangat pun baru. Apa kata kita intai2 persediaan dan kekuatan pasukan2 yang menempuh Semi Final kali ini.


Pasukan bola sepak Kelantan di tadbir oleh KAFA (Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan) dgn presidennya, Tan Sri Annuar Musa di Kota Bharu. Pasukan tertua di pantai timur ini ditubuhkan pada 1946 dan stadium utamanya ialah Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang berkapasiti 30,000 penonton.

Pasukan bergelar Kijang emas ini jika di teliti dari segi kejuaraan, Kelantan tidak pernah bergelar juara dalam saingan liga domestik, Msia ataupun FA. Namun pasukan ini pernah layak ke final Piala Msia pada 1955, 1970 dan 2009.

Gelombang kebangkitan `The Red Warrior' kembali menerjah bersama keghairahan penyokong2 fanatiknya. Lupakan seketika tragedi 9 April 2009 ketika kempen piala FA menentang Negeri Sembilan di mana berlaku rusuhan di Stadium Kota Bharu kerana sikap liar penyokong2 Kelantan yang enggan menerima kekalahan. Lupakan juga sejarah duka yg di cipta bila sering dianggap punca rusuhan dalam stadium yg baru2 ini menimbulkan insiden berdarah ketika menentang Selangor dalam saingan suku akhir perlawanan Piala Msia.

Dengan khidmat jurulatih B. Sathianathan menggantikn Peter James Butler dari England, Kelantan pastinya akan mncuba berhabis2an memastikan Piala Msia mnjadi miliknya kerana inilah skuad yg paling ampuh yg berjaya dihasilkan oleh kelantan. Mempunyai pemain2 yang tak kurang hebatnya seperti Indra Putra selaku kapten pasukan, Mohd Nor Farhan, Hairuddin Omar dan Nur Shahrul Idlan Talaha. Tunggak utama skuad pahlawan merah ini, Akma Rizal ibarat seorang `otai' yang semakin lama semakin mnjadi kini kembali menemui sentuhannya yg menyengat ketika di awal penglibatnnya dlm bola sepak negara.

Persatuan Bolasepak Kedah yg mempunyai stadium utamanya di Stadium Darul Aman yang berkapasiti 40,000 penonton merupakan juara bertahan Liga. Kedah telah menjuarai Piala Msia pada 1990, 1993, 2007 dan 2008.

Pencapaian Kedah menjadi juara tiga piala dua musim berturut2 (2007 dan 2008) mnjadikan kedah selaku pasukan pertama Msia yang berjaya berbuat demikian sehingga di gelar Treble.

Pasukan Kenari ini memiliki penyokong terbaik di Msia apatahlagi dengan lagu pasukannya, `Biar Jasa Jadi kenangan' yg dihasilkan oleh bekas pengurusnya, Dato' Paduka Ahmad Basri Akil sebagai bukti dan biasa kedengaran di stadium setiap kali Kedah beraksi. Hasil didikan jurulatih Ahmad Yusuf bersama khidmat ayam tambatan hijau kuning, Baddrol Bakhtiar dan juga rakan sepasukannya seperti Mohd Helmi Eliza Alias dan Mohd Azmi Muslim, kemampuan Kedah sukar untuk dijangka. Kadang2 ia berjaya membuat pasukan lawan menggigit jari.


Juara bertahan Piala Msia, Negeri Sembilan bermula pada 1923 berdasarkan temuramah Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun menyatakan tentang perlawanan Piala Malaya antara Negeri Sembilan dengan Singapura pada tahun tersebut.

Skuad rusa sentiasa memberikan tentangan yang lebih hebat apabila beraksi di peringkat yang lebih tinggi. Ia juga merupakan salah satu pasukan yang boleh di anggap `liat' untuk di tewaskan.

Menjuarai Piala Msia pada 2009 dan rekod naib juara pada 2000 dan 2006 boleh memberikan cabaran hebat pada pihak lawan hasil dari didikan Wan Jamak Wan Hassan. Jangan pandang ringan dengan kehebatan Aidil Zafuan dan kembarnya, Zakuan Adha, Shukor Adan mahupun Mohd Shahurain yang merupakan skuad kebangsaan.

Johor FC atau Kelab Bolasepak Johor merupakan salah sebuah kelab bolasepak dalam Msia. Skuad lebah ini yang dahulunya dikenali PKENJ ditubuhkan pada 1972 di bawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota Pekerja PKENJ. Merupakan kelab yang paling lama menyertai saingan Piala Msia sejak penampilan pertama mereka pada tahun 2000.

Antara pasukan terhebat di Msia, pernah menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super musim 2007-2008 dan layak ke semi final Piala Msia pada 2008. Ia merupakan pasukan kelab yang mengikut jejak MPPJ yang pernah bergelar juara Piala Msia pada 2003 ketika di bawah pimpinan Dollah Salleh.

Diantara pemain utamanya ialah Wan Rohaini Wan Ismail, Eddy Helmi Manan dan Hamzani Omar bakal memberikan aksi terbaik mereka semasa perlawanan.Jurulatih Azuan Zain pasti berusaha utk memastikan kejayaan Johor FC ini.

Kepada semua penyokong2, mari penuhi stadium anda ataupun berikan sokongan anda di hadapan kaca tv. Cintailah bola sepak tempatan kerana kitalah sebahagian daripadanya. Gomo Kelate Gomo....Pulun Kedah Pulun..Hoben Jang Hoben.....kita sorak dan semarakkan. kepada setiap penyokong yg hadir kestadium, walaupun berbeza negeri namun kita harus ingat..kita adalah satu Msia. Jagalah tingkah laku dan maruah negara, elakkan permusuhan. Sukan utk bersatu.

p/s : Rindu pulak nak dengar lagu `Merah Kuning lambang kebanggaan...' dalam stadium Bukit jalil....hehe

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.