1st time naik Air Asia.....(Nk compare dengan MAS gak ek !!)
Bila adik SJ, Kapten SG dengan rela hati menguruskan semuanya, SJ pun senang hati lepas tangan. Everything Kapten SG yang buat. Hari yang di nanti pun tiba. Tinggallah segala yang sarat dalam akal fikiran. Letih dengan kerja, fizikal dan mental. SJ cepat2 menyudahkan semua kerja2 supaya tiada orang yang mencari sepanjang ketiadaan SJ. "Takde keje pending..bos" Cewahh !! dengan bangga SJ menyelesaikan mana yang di kira urgent matter. Itulah SJ. Tidak mahu menyusahkan sesiapa termasuklah bos. Maka, berkelana lah SJ dan Kapten SG sekeluarga di rantau orang, Negeri Sabah.
Sebulan sebelum tuh, Kapten SG sibuk menghubungi SJ untuk pengesahan. Huh !! bil tefon pun meningkat dari biasa. Tak cukup kol dan sms, kami berhubung dengan ym. Dah zaman teknologi serba canggih ni kan. Pergunakan sebaiknya. Itu belum lagi Kapten SG yang berurusan tentang penginapan, kenderaan dan macam2 lagi. Siap ada itinerary dan proposal. Complete. SJ pun kata `buatlah ape2pun, SJ tinggal bagi duit jer..." Adapun SJ cuma komen sikit2 jer..mana yang buleh cut cost, kite kasi cut...Itu baru budget on paper. Yang hidden cost? Takper..standby je mana yang patut.
Balik kerja, dengan segera setlekan hal2 rumah, kemudian SJ sekeluarga terus rushing ke kampung halaman di Banting. Almaklumlah, Kapten SG tu tinggal serumah dengan FAMA kat kampung. Nak kata tidur pun tidak juga. Pukul 4 pagi, terus bersiap ke LCCT yang taklah jauh sangat dari kampung SJ. Rasa keseronokan terbayang di ruang mata. Semenanjung telah dijelajahi, kini masanya untuk menjejakkan kaki di Bumi Sabah.
Nak dijadikan cerita, pagi itu SJ sekeluarga terpaksa patah balik Klang sebab nak ambil Sijil Kelahiran si kakak. Puncanya, masa register book flight, guna no. sijil dan ketika itu IC kakak belum siap. Tak mahu berlaku apa2 di LCCT, terjah lah sepanjang jalan dengan kelajuan semaksima yang boleh. Kemudian patah balik semula ke Banting dan terus menuju LCCT. Berjanji temu dengan keluarga Kapten SG di LCCT. Kira berbaloilah, sebab kaunter tiket tu memang nak sijil kelahiran yang original mengikut tiket semasa register. Alhamdulillah....nasib baik Kapten SG ingatkan.
Penerbangan seawal 6.45 pagi. Tapi anak2 SJ dua2 dah terlelap sebaik sahaja menikmati sarapan pagi di awan biru bersama Air Asia. Sebaik sahaja mendarat di Kota Kinabalu, panorama indah di pagi hari amat mempesonakan. Perjalanan 2.30 minit terasa lama juga, namun hilang apabila mentari pagi ciptaan Ilahi yang menyinar begitu menakjubkan. Sempat juga SJ menjeling Mat Saleh di belakang SJ yang sedang asyik snap2 pemandangan indah ketika itu. Jeles, tak sempat nk tumpang sekaki...hehehe
Dari Kuala Lumpur merentasi Terengganu...merentasi Laut china Selatan...fuhh !!
So, nak join hari pertama SJ menyedut udara segar Negeri di bawah bayu ini ? SJ dan keluarga sekadar ronda2 sekitar bandar KK. Menarik ker?
Meronda2 disekitar Kota Kinabalu
Melepak kat Taman Awam Teluk Likas
Yayasan Sabah (Ada bangunan berputar ker?)
Signal Hill - Sekadar nk view Kota Kinabalu
Lepak kat dataran Marine
p/s : Kenapa bertukar nama SJ? nama initial ex-boss ini diabadikan di dalam blog sebagai kenangan. Kesimpulannya, mulai hari ini `aku' telah menjadi `SJ'. Ada mirip2 macam Kapten SG juga kan? Dah nama pun adik beradik. Huhu...