Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Sunday, March 13, 2011

Classes at Pulau Mutiara


Seronok bila dah atas jambatan nih......

SJ memang sibuk sejak kebelakangan ini. Blog pun dah naik bersawang2. Kisah perjalanan sekembali dari Sabah masih terbengkalai. Sempat post untuk hari yang pertama. Insyaallah, ada kesempatan pasti SJ akan post entri tersebut walaupun sudah basi. Hari2 begitu terasa seperti pantas berlalu. Mengejar assignment apatahlagi dengan tugas2 seharian di rumah. Terasa letih dengan saban waktu yang tidak menentu. Di hambat dengan rutin2 seharian dipejabat. Selalu mengundang keletihan. Seminggu sebelum cuti sekolah, SJ sibuk pula memberi tnjuk ajar kepada anak2 untuk menghadapi hari2 peperiksaan terutama Amirul yang masih di tahun 1

Selepas subuh, SJ terus ke Menara HQ, di Kg Baru. Perjalanan yang di jangka seawal 8.00 pagi tidak kesampaian kerana terperangkap dengan kesesakan jalan raya. Perjalanan dari rumah SJ yang sepatutnya 45 minit itu memakan masa 2.30 jam. Sempat mengisi perut di level 7 dan kemudian terus menaiki bas yang disediakan untuk perjalanan SJ dan coursemate di mana kelas kali ini diadakan di Pulau Mutiara, Pulau Pinang. Jom singgah mai Utara..!!

Kerana semangat nak cepat sampai, sepnjang perjalanan merentasi hiway PLUS, kami berhenti betul2 untuk membuang hajat. Tiba di Penang jam 1.30 pm. Nasi Kandar Pelita menjadi sasaran. Tengok harga, memang dah buat besar biji mata. Mahal. SJ dan seorang rakan, agak kurang berselera a.k.a diet....untuk menjamah nasi, lantas menyeberang jalan, menikmati hidangan Pizza Hut sebagai hidangan tengahari.

Lepak sat kat Bukit Bendera...

Bas membawa SJ dan kawan2 ke Bukit Bendera. Tapi sayang, hajat tidak kesampaian kerana keretapi yang membawa ke puncak Bukit Bendera masih dalam proses baikpulih. Namun sempat merakamkan gambar2 di bawah Bukit Bendera tersebut. Dengan harapan kembali semula di Bukit bendera nanti, kekecewaan sedikit terubat dengan bershopping sakan di Chowrastar, berdekatan dengan Komtar. Bazaar di sini memang membuat rambang mata. Syurga wanitalah katakan. Kebanyakan kedai2 di sini di miliki oleh kaum India Muslim yang peramah melayan setiap pelanggan. Usahkan kain ela, batik, tudung2 bermacam jenis, malah jubah2 semua ada. Murah2 kerana kebanyakan produk di datangkan dari Indonesia.

Gila tengok kain baju kat sini...

Chowrastar...tempat yang sesuai untuk brshopping sakan...lagi2 wanita..

Bimbang di tinggalkan bas, kedai jeruk yang berada di depan bas kami parking, menjadi sasaran. Sekali lagi rambang mata melihat aneka jeruk yang enak2. Sempat membeli roti benggali yang terkenal di Penang. Sahabat SJ kata, roti benggali ni hanya ada di Penang sahaja. Selain dari tahan lama, roti benggali ini memang sedap jika di makan dengan kuah kari. Hurm...baru hari pertama SJ di Penang, penuh kanan dan kiri tangan SJ, menjinjing buah tangan untuk di bawa pulang. Tu diaa....


Roti Benggali...Satu buku (RM 0.90 je..)

Kalau mai Penang jangan lupa beli jeruk...memang sedap !!

Bila dah check in di hotel, kedudukan bilik yang betul2 menghadap laut terus buat SJ dan kawan2 tak sabar nak turun. Melihat keindahan pantai, alam ciptaan Ilahi memang satu kegemaran SJ. Puas melepak di pantai, sesi paling di gemari, terjun ke dalam kolam. Ya beda bedu....!!

Standard room di Naza Talya Hotel...antara rate yg berpatutan di Penang

Cafe di Naza Talya Hotel

Swimming pool yang sederhana untuk kalangan kanak2 dan dewasa...

Kat persisiran pantai ada batu2 untuk melepak....but `beware of jelly fish' yaa...

Pasar Malam Batu Feringgi...

Set menu Dinner kami malam tuh....super sempoii...

Ingredient untuk scramble egg...

Kuetiau Sup..breakfast in Naza Hotel

Malam tu, shuttle van membawa SJ dan kawan2 ke Pasar Malam Batu Feringgi. Menarik ke Pasar Malam ni? Jika nak di bandingkan dengan Chowrastar di Komtar, harga memang jauh lebih mahal. Harga betul2 untuk pelancong. Potong leher punya, walaupun sebenarnya produk2 yang di jual kebnyakannya adalah barangan tiruan. Kerana bosan, akhirnya kembali ke bilik hotel. Berehat dan tidur.

Shuttle Van Naza Hotel

Hari kedua, sebaik sahaja tamat kelas, tamat acara mandian di kolam renang, tamat sesi makan malam, shuttle van membawa lokasi ke Penang Bowl. Terima kasih Abang Zaki selaku student senior yang sudi belnja bowling malam tuh. Mereka kata Penang Bowl inilah yang bnyak melahirkan bintang2 bowling. Sempat mengakhiri malam tersebut dengan berehat seketika di restoran nasi kandar Subaidah yang tidak jauh dari hotel kami menginap. Not bad.

Penang Bowl...

Lecturer kali ini, Mr AJ, pernah juga mengajar untuk module kedua, course Management. Penyampaiannya lebih bertujuan untuk kami faham directly dengan maksud yang hendak disampaikan melalui tajuk module. Dipecahkan kepada dua kumpulan, kertas kerja perlu disiapkan untuk presentation di hari terakhir kelas. Sempat membuat majlis hari jadi sederhana buat rakan secourse. Happy Birthday to Khairul dan Haizad yang menyambut ulangtahun pada 12.03.2011. Kembar sama tarikh lahir rupanya...Surprise !! walaupun diorg seolah2 telah terbau rancangan kami. Hadiah terbaekk !! dari kami semua. Terima kasih buat Mr AJ kerana dengan sporting membenarkan kami membuat majlis ini di dalam kelas. Antara kenangan terindah bersama2 kalian. Pasti terpahat kenangan tak dapat dilupakan..ye tak?

Kek beday boys...spesel buat Haizad N Khairul... kembar sehari

Romantik nampak? Ehem....!!

Fotografi sebelum balik meninggalkan hotel Naza..

SJ : Hati tersentak dengan bencana yang menimpa Jepun. Tsunami dan Gempa Bumi yang telah mengorbankan bnyak nyawa. Lagi sedih bila salah seorang staff Naza Hotel yang menceritakan detik ketika berlakunya Tsunami pada 2004. SJ agak terkedu, bila dia kata ombak berhenti seketika bila melalui Masjid di Batu Feringgi sebelum menghempas ke kawasan Tg Bungah. Sesekali SJ melihat laut yang terbentang luas di depan. Hanya kelihatan ombak2 kecil. Namun berusaha untuk membayangkan peristiwa 6 tahun yang lampau jika SJ di situ ketika itu. Ya Allah !! Selamatkanlah bumi Malaysia. Amin..

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.