Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, April 6, 2011

Destinasi Negeri Di Bawah Bayu II


Berhenti di antara perjalanan....menikmati keindahan alam

Avanza yang sentiasa menemani sepnjang perjalanan di Sabah

Tidak lengkap rasanya sekiranya mengunjungi Kota Kinabalu jika tidak meninjau di kawasan2 menarik di sekitarnya. Kota Kinabalu yang merupakan ibu negeri Sabah memang kaya dengan keindahan semulajadi dan pelbagai sumber ekonomi di kalangan penduduk sekitar. Pukul 7 pagi di sini kelihatan seperti pukul 8 pagi. Terang benderang. Terasa lain pula. Dengan avanza SJ dan keluarga keluar dari KK menuju ke Ranau dan Kundasang untuk memenuhi cuti di Sabah dengan cuaca yang ketika itu mendung2 sejuk.

1. Poring Hot Spring di Ranau, Sabah

Lokasi pertama SJ bermula di sini. Poring Hot Spring ini terletak di daerah Ranau yang merupakan salah satu tempat pelancongan yang dikenali di mata dunia. Ia di iktiraf sebagai “World Heritage Site” atau “Tapak Warisan Dunia” oleh UNESCO. Apa yang SJ tahu, biasanya pelancong yang mendaki Gunung Kinabalu akan bermalam di Poring Hot Spring setelah turun dari gunung untuk berehat, mandi dan menghilangkan penat di kolam air panas, Poring. Adalah dipercayai bahawa air panas ini juga dapat mengurangkan rasa sakit kaki disebabkan mendaki Gunung Kinabalu.

Perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Jalan raya agak bengkang bengkok dan berbukit2, begitu mencabar pemanduan tidak ubah seperti menaiki Cameron Highlands namun tidaklah berasa bosan kerana sepanjang perjalanan SJ asyik menikmati pemndangan gunung Kinabalu yg seliputi kabus2 tebal.

Banyak gerai cenderamata telah dibina di hadapan pintu masuk Poring Hot Spring. Selain dari tempat bermandi manda terdapat juga Jambatan Kanopi, Kolam Air Panas, Air Terjun setinggi 300 kaki (Kipungit) , Gua Kelawar, Taman Kupu2, Pusat Pemuliharaan Orkid, Kebun Tropika, Kebun Etnobotani (Ubatan), Penginapan, Bunga Rafflesia (terbesar di dunia) dan banyak lagi.

Sesi merendam kaki....memang panas namun menyihatkan

Pintu masuk laluan ke Poring Hot Spring

Terimakasih apabila ada pelancong yang sudi merakamkan kenangan kami di sini

Air Terjun Kipungit antara laluan ketika menuju ke Gua Kelawar

Jambatan gantung ke Kolam2 air panas

Alkisahnya mata air panas yang yang mengandungi sulphuric minerals secara semulajadi ni memang sesuai untuk mengubati pelbagai penyakit luar dan dalaman. Ia adalah hasil wap panas daripada Gunung Kinabalu. Namun haba panas ini telah bertukar menjadi cecair air panas dan tidak menjadikan Gunung Kinabalu sebuah Gunung Berapi yang aktif. Ia asli dan memancut keluar dari bawah sebuah batu besar. Pihak Taman2 Sabah telah membuat kolam takungan yang di simen bagi mengumpul air panas supaya mencukupi untuk digunakan oleh pengunjung yang begitu ramai melawat setiap hari terutamanya hari cuti dan kelepasan am. Air panas telaga sulfur terbentuk oleh aktiviti kawasan gunung berapi yang kurang aktif. Air panas ini merupakan hasil akhir kehilangan haba batu igneus (batu habluran) di perut bumi, yang mana terus menerus membebaskan wap panas dan gas ketika menyejuk. Fasa gas ini yang sebahagian besar daripadanya adalah wap yang tersangat panas, kehilangan sebahagian daripada habanya ketika naik ke permukaan bumi mengembang dan bertukar menjadi cecair membentuk menjadi mata air panas. Kebanyakan mata air panas mengandungi karbon dioksida (CO2) dan hidrogen sulfide (H2S) pada kadar yang berbeza2 dan garam mineral sentiasa wujud terlarut dalam air panas di telaga2 sedemikian.

Poring Hot Spring & Nature Reserve
Tel: 088-878801
Fax: 088-878801

Harga Tiket Poring Hot Soring : RM 2 Dewasa (RM1 kanak2)
Taman Kupu2 : RM3 Dewasa (RM1 kanak2)
Jambatan Canopy : RM3 Dewasa (RM 1.50 Kanak2) RM 1 Kamera (Walaupun kamera HP) - RM5 Video

2. Kundasang Daily Market

Pelbagai pilihan dan rupa yang sukar di temui di Semenanjung ada di sini

Sesi tawar menawar...hehe

Kemudian SJ meneruskan perjalanan dan singgah di Kundasang daily market (Pasar Tani). Kundasang ini merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu dan terletak di kaki banjaran Kinabalu. Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur2an yang sangat terkenal dan pembekal utama ke daerah Sabah yang lain. Rugi jika tidak singgah di sini. Tenang, sepi, damai, segar, indah dan dingin merupakan ungkapan yang sering diperkatakan mengenai Kundasang. Pasar tani ni terletak di tepi jalan dan banyak kedai2 sayuran, buah2an dan bunga2 segar. Sepanjang perjalanan juga kelihatan banyak kebun2 sayuran seperti berada di luar negara. SJ tak lepaskan peluang membeli sedikit bahan kudapan dalam perjalanan juga sayur2an segar.

3. Kundasang memorial war

Lambang bendera Tentera Berikat Perang Dunia ke-2

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan

Tidak lepaskan peluang

Nice word....

Lambang kerjasama...

Aliran kolam kecil...kelihatan bnyak taburan wang syiling di sini

Di sudut yang lain...

Pemandangan indah

Gabungan hasil kerjatangan yang menarik

Pintu masuk..

Nama2 mereka yang terkorban

Heheh...jangan pijak rumput please...

Tidak jauh dari Kundasang Daily Market, terdapat satu memorial yang selama ini SJ tak tahu pun tentang sejarah sedih di situ. Dibina pada 1962, dimana tempat bersemadinya 2828 tentera British dan Australia yang terkorban sewaktu Perang Dunia dulu. Memorial ini direka oleh JC Robinson, seorang arkitek tempatan. Ia mewakili daerah asal mangsa yang terkorban: sebuah Garden Australia, Taman Mawar English, Taman syurga Borneo dengan bunga2 liar Kinabalu dan 'Kontemplasi Garden' dengan kolam refleksi dan pergola. Sempena memperingati ulang tahun ke-60 Perang Dunia II, Memorial ini dipulihkan pada 2005 oleh Mr Sevee Charuruks dengan dana yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Kebun telah ditanami kembali dengan bunga, terutama mawar dan anggerik.

Sandakan War (Kawat Maut Sandakan-Death March) adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian hampir 6,000 orang awam, hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik (perang dunia ke-2) di kem penjara Borneo Utara. Mereka ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal ke Borneo Utara, untuk membina lapangan terbang di Sandakan. Tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang, dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. Ramai yang telah mati.


Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat semakin hampir
, komandan kem Kapten Susumi Hoshijima
memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer (160 batu) kerana

bimbang s

erangan balas dan pendaratan tentera Berikat.

Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah

untuk berjalan kaki dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam perjalanan tersebut, ramai telah maut akibat keletih

an, kebuluran dan penyakit.

Perbarisan ini

dikenali sebagai ‘Kawat Maut’ atau The Death March kerana banyak yang mati di sepanjang perjalanan. Kebanyakan tawanan tidak berkasut dan kurang sihat.

Keadaan tanah yang berlumpur, kekurangan maka

nan dan perlindungan serta paksaan untuk mempercep

atkan kawat ini semakin melemahkan ketahan

an para tawanan ini. Bagi tawanan yang sakit dan tidak berdaya, akan ditembak atau ditikam oleh tentera Jepun dan kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan begitu sa

haja. Percubaan untuk melarikan diri hanya akan m

engundang maut. P

ihak Jepun juga telah meruntuhkan Kem Tawanan Perang Batu 8, Sandakan dimana terdapat tawanan perang yang masih tinggal di kem tersebut dan mereka ini merupakan golongan yang sakit, tidak mendapat perlindungan serta memerlukan perhatian, kebuluran, diserang penyakit dan terkena bedilan tentera Berikat, hanya dibiarkan mati di situ.

Tawa
nan perang yang masih dapat berjalan di kem Sandakan telah di bawa ke arah lapangan terbang. Di sini mereka telah ditembak dan dikuburkan di dalam parit.

Selain terpaksa mengharungi paya dan lumpur sehingga ke paras lutut serta bukit yang curam, tawanan juga tidak putus2 dibelasah oleh tentera Jepun yang mengiringi mereka. Akibatnya, seorang demi seorang tawanan perang mati di sepanjang perjalanan menyeksakan. Daripada kumpulan ini, hanya seramai 183 orang tawanan sahaja yang sampai ke Ranau.

Setiba di Ranau, penderitaan para tawanan m

enjadi bertambah buruk kerana mereka d

ipaksa berjalan kaki sambil memikul beras seberat 20

kg, peluru dan pelbagai peralatan tentera Jepun di antara Ranau dan Paginatan yang terletak kira2 40 km ke kawasan pedalaman.

Bagi tawanan, perjuangan untuk meneruskan kehidupan dalam kawat maut ini adalah sukar untuk digambarkan melalui kata2. Kelaparan, kesakitan dan sering dipukul serta menghadapi kemungkinan beratus2 kematian rakan mereka di hadapan mata semakin melemahkan harapan mereka untuk bebas kecuali melalui jalan kematian.

Seorang dari mereka yang hidup ada mengatakan bahawa sekurang2nya 18 orang mati setiap hari akibat keletihan untuk memikul tugas ini. Apabila

tentera Be

rikat meningkatkan serangan pengguguran bom dal

am usaha menawan semula Borneo Utara, beberapa orang t

awan

an perang telah melarikan diri

.

Daripada 2,400 orang tawanan yang terlibat, hanya enam orang sahaja yang hidup setelah berjaya melarikan diri dan kemudian diselamatkan oleh penduduk tempatan. Di anggarkan lebih ramai tawanan perang Australia yang mati dalam perbarisan ini.


Kumpulan ini telah dijumpai oleh beberapa orang penduduk asli dan kemudian diserahkan kepada Unit Khas ‘Z’ Australia yang pada ketika itu sedang beroperasi di kawasan tersebut. Pasukan khas ini sebenarnya telah memasuki kawasan berkenaan lebih awal bagi membuka laluan kepada pendaratan tentera Berikat di Borneo Utara kelak

. Analisis berdasarkan jumlah tawanan perang

POWs’, daripada 2,750 orang tawanan yang ditempatkan di Sandakan pada mulanya, 108 orang telah d

ihantar ke Kem Batu Lintang, Kuching. 1,099 orang telah mati di dalam Kem Tawanan Batu 8, Sandakan. 1,537 orang tawanan telah mati di dalam kawat maut sepanjan

g perjalanan Sandakan-Boto-Ranau-Paginatan


Dan sebag

ai memp

eringati peristiwa ini, keraj

aan Australia telah mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di Kundasang Ranau. Jadi, jangan lepaskan peluang berkunjung di sini.


Kundasang Memorial War : RM2 Dewasa (RM1 Kanak2)

4. Kinabalu Park, Kundasang







Taman Kinabalu adalah antara kawasan yang terkaya dengan khazanah biologi di dunia dan telah diiktiraf sebagai tapak khazanah dunia (World Heritage Site) oleh UNESCO pada Disember 2000. Ia juga diwartakan sebagai Taman Negara pada 2002. Menurut badan dunia itu, Taman Kinabalu terserlah sebagai satu tempat di mana contoh proses2 penting ekologi dan biologi yang memberi kesan kepada peredaran atau evolusi dan pembangunan ekosistem bumi masih berterusan. Sebagai sebuah kawasan yang mempunyai keindahan alam semula jadi, taman ini juga mempunyai pelbagai jenis habitat semula jadi yang penting bagi memudahkan usaha2 pemuliharaan biologi yang pelbagai di habitat asalnya. Selain itu, pelbagai spesies hidupan yang mengalami kepupusan dan mempunyai nilai universal kepada sains dan usaha pemuliharaan juga terdapat di sini. Taman seluas 75.370 hektar ini mempunyai lebih 6 ribu spesies tumbuhan. Tumbuhan terkecil yang wujud di sini ialah Pilea Johniana, sejenis tumbuhan yang hanya tumbuh di kawasan pergunungan dan mencapai ketinggian hanya lima sentimeter apabila matang. Manakala pokok yang terbesar pula mencapai ketinggian hampir 60 meter. Selain tumbuhan, taman ini juga merupakan habitat semula jadi 101 jenis mamalia dan326 jenis burung. Kawasan terendah di taman ini berada pada ketinggian 152 meter di aras laut. Gunung Kinabalu yang mencapai ketinggian 4,095.2 meter (12,455 kaki dari paras laut) merupakan gunung yang paling tertinggi di Asia Tenggara. Wahh...sampai begitu sekali SJ mengkaji..hehe

Gunung yang berusia 1.5 juta tahun ini juga adalah gunung berapi yang termuda di dunia. Puncak gunung ini diliputi glasier sejak 10,000 tahun dahulu. Penggembara British, Sir Hugh Low telah dicatatkan sebagai orang yang pertama mendaki Gunung Kinabalu ini iaitu sekitar tahun 1851. Sejak dari itu, setiap ekspedisi pendakian besar-besaran akan dimulakan dengan upacara mempersembahkan tujuh ekor ayam jantan putih, telur seta jampi mantera yang akan dipersembahkan kepada seekor naga yang dikatakan hidup di puncak gunung ini. Ohh..begitu alkisahnya....

Taman Kinabalu telah dijadikan Taman Negara pada tahun 1964 atas cadangan Professor John Corner yang mengetuai dua ekspedisi saintifik ke gunung ini pada tahun 1961. Taman ini adalah taman alam semula jadi yang tertua di enam taman alam semula jadi di Sabah. Taman Kinabalu ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan pengunjung seperti tempat penginapan, tempat beriadah, spa, rangkaian laluan pendakian, jungle tracking serta pelbagai lagi kemudahan serta tarikan alam yang tersedia untuk santapan para pengunjung. Kepada para pendaki...di sinilah bermula....SJ? mybe next time...insyaallah....

5. Sabah Tea Garden, Ranau

Pintu masuk

Ladang Teh Sabah Dengan ladang yang terbentang luas, dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan udara dingin pergunungan, Ladang Teh Sabah menyambut anda dengan keindahan persekitarannya yang jauh daripada hiruk-pikuk kota. Teh Sabah ialah satu-satunya ladang teh organik di Borneo dan salah satu daripada beberapa ladang seumpamanya di dunia. Ladang teh sabah terletak di daerah Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung kinabalu.

Pengunjung dapat menikmati keindahan dan kehijauan hutan hujan tertua di dunia. Kawasan Ladang Teh Sabah turut menempatkan Tugu Peringatan Bukit Quailey, iaitu tentera Australia, Prebet Allan Quailey, yang terkorban di kawasan itu pada 16 Februari 1945 dalam Perbarisan Maut Tentera Australia Sandakan-Ranau.

Kewujudan hutan hujan tropika yang cukup tebal itu memastikan keseimbangan flora dan fauna di kawasan berkenaan. Ini bermakna semua serangga dan haiwan perosak lain tidak akan menyerang ladang bagi mendapatkan makanan atau tempat tinggal sebaliknya akan lebih tertumpu kepada hutan tebal yang mengelilingi ladang. Bahan kimia Justeru, dengan memastikan kawasan hutan cukup tebal dan sihat untuk bertindak sebagai kawalan perosak semula jadi, Ladang Teh Sabah tidak memerlukan sebarang racun perosak, menjadikan produk teh akhir bebas daripada bahan kimia. Menariknya, jenama teh dari ladang teh itu diakui oleh sebuah badan pengiktirafan kualiti, SKAL International dari Belanda sebagai antara ladang teh organik terbaik dunia. Ia juga merupakan satu-satunya produk teh tempatan yang diiktiraf SIRIM ekoran kualitinya yang tinggi dan cukup semulajadi malah dijamin bebas sepenuhnya daripada pestisid serta sebarang pewarna. Selain bebas pestisid, sekurang-kurangnya sebanyak 11 peratus daripada keseluruhan produk teh juga bebas baja kimia.


Menikmati minum tea dan tea herb pancake

Bagi menggalakkan kunjungan pelancong, para pengunjung akan disajikan dengan secawan teh panas dalam pelbagai jenis dan perisa mengikut pilihan masing-masing untuk menghilangkan dahaga setibanya di Rumah Teh di ladang itu sambil dilengkapi dengan hidangan lempeng teh sebagai pelapik perut. Maka apasalahnya sesekali mencuba menikmati tea sambil melihat pergunungan kinabalu yang diselaputi awan dan kabus tebal.

6. Pasar Filipina

Kalau berpeluang ke negeri di bawah bayu, Sabah , jangan ketinggalan untuk ke Pasar Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina oleh penduduk tempatan serta para pelancong yang berkunjung di sini. Ia terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Kompleks Sinsuran. Terdapat beraneka kraftangan dijual di sini. Selain cenderamata dan kraftangan tempatan seperti rantai kunci, T-shirt dan ukiran kayu, ada juga kraftangan daripada negara-negara Asia yang lain. Di Pasar Filipina terdapat pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Antaranya mutiara pelbagai jenis, perhiasan kristal, barangan kraftangan serta pelbagai cenderahati yang pastinya boleh dibuat kenang-kenangan buat pelancong dari seluruh dunia. Kebanyakan pengunjung berminat untuk membeli perhiasan mutiara serta kraftangan Sabah yang sememangnya terkenal bermutu tinggi.

Dah nama pun perempuan kan...

Selalunya kalau pelancong dari Semenanjung, mereka suka membeli mutiara untuk dijadikan cenderahati buat kawan-kawan. Selain mutiara, terdapat kraftangan yang unik untuk perhiasan sebagai tanda kenang-kenangan. Kesemua produk diperolehi daripada masyarakat setempat atau pun di import terus daripada Indonesia dan Filipina. Namun ada juga beberapa perhiasan mutiara yang dihasilkannya sendiri mengikut kehendak pelanggan. Kesemua mutiara yang di jual adalah tulen. Namun harganya bergantung kepada kualiti serta jenis mutiara tersebut. Selalunya mutiara air tawar akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding mutiara air masin. Ini kerana tiram untuk menghasilkan mutiara itu diternak dan bukannya hidup secara semulajadi di laut dalam.

Tawar menawar lagi...

Pasar kraftangan dibuka awal tahun 70-an ketika era pemerintahan BERJAYA. Ketika itu, ia terletak di kawasan Kampung Air, Kota Kinabalu. Pada tahun 1978, pasar ini dipindahkan ke belakang bangunan Bank Negara, berhampiran Kompleks Sinsuran dan Plaza KK. Pasar ini dipindahkan sekali lagi pada awal 80-an ke bangunan UNHCR. Bangunan ini dulu merupakan penempatan sementara pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah sewaktu berlakunya perang di selatan Filipina pada tahun 70-an. Selepas itu, pasar ini tidak dipindahkan lagi dan kekal di situ sehingga kini. Pada awalnya kebanyakan produk yang dijual adalah hasil kraftangan daripada negara Filipina. Kemudian ia berkembang, kraftangan tempatan dan produk negara lain mula dijual oleh peniaga di sini. Pasar ini dikenali dengan beberapa nama. Selain Pasar Kraftangan, ia juga dikenali sebagai Pasar Filipina atau Pasar UNHCR di kalangan penduduk tempatan. Pasar ini kini menjadi kawasan popular di bandaraya Kota Kinabalu.Di belakang Pasar Filipina ini terdapat pasar basah yang menjual sayur dan ikan selain daripada siput-siput laut pada setiap petang. Berhampiran pasar ini ada tempat makan yang disediakan oleh orang Bajau. Jika anda tidak kisah, anda boleh mencuba masakan seperti ikan bakar, sotong, rumpai laut dan ulam-ulaman di sini dengan harga yang sangat murah. Seekor ikan merah bakar dijual harga RM6 - RM8 bergantung kepada saiz dan juga anda boleh mencuba sejenis rumpai laut hidup yang dimakan dengan nasi. Anda banyak gerai yang boleh anda pilih dan makanannya segar.

Meninjau dan membeli makanan laut yang murah2 giler di pasar basah

Memilih jenis makanan2 laut...sedia di layan oleh awek Filipina

Sambal belacan dengan ulam rumpai laut....sebagai santapan

p/s : next time boleh singgah di jambatan tamparuli pula.....takpun pi mendaki gunung kinabalu. hurm..bnyak juga impian di hati tu yer...

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.