Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, February 8, 2011

Safee Sali, Satu Penghijrahan Yang Berbaloi Atau....



Akhirnya FAS melepaskan penyerang utama Selangor, juga penyerang kebangsaan, Safee Sali yang membuat keputusan untuk menyarung jersi Pelita Jaya iaitu salah satu kelab dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL). Safee mengikat kontrak untuk tempoh setahun bermula 14 Februari 2011 ini sehingga 31 Januari 2012.


Mengikut carta liga melalui Laman Web rasmi Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PBSI), Pelita Jaya yang berpangkalan di Kerawang, Jawa Barat Indonesia itu menduduki tangga terakhir liga dengan mengumpul hanya 10 mata selepas 13 perlawanan. Ia merupakan kelab tercorot Indonesia. Ramai menyatakan bahawa ianya bukan satu tanda positif buat Safee. Dan mungkin ada yang memandang rendah tentang penghijrahan ini.
Namun jangan pandang remeh dengan kedudukan Pelita Jaya di dalam liga kerana kelab ini pernah bergelar juara dalam liga super pada 1988/89, 1990 dan 1993/94. Mario kempes iaitu bekas pemain Argentina pernah beraksi dalam kelab ini. Apa yang pasti ia merupakan satu cabaran yang amat getir bagi safee untuk memperbaiki dan menaikkan kembali kelab yang di wakilinya itu

Penyerang berusia 27 tahun ini sebenarnya, menerima 4 tawaran dari kelab Indonesia yang memerlukan khidmatnya setelah beraksi cemerlang dalam Piala Suzuki yang lalu, namun FAS memilih Pelita Jaya sebagai pilihan yang terbaik. FAS mengenakan bayaran bagi menebus kontrak Safee yang masih berbaki sehingga November dan Safee akan menyambung khidmatnya semula bersama Selangor sebaik kontraknya bersama Pelita Jaya berakhir. Difahamkan Pelita jaya membayar gaji khidmat Safee USD 10,000 sebulan (RM 30,345). Dengan ini beliau merupakan pemain pertama Malaysia yang beraksi di Liga Indonesia di anggap sebagai salah satu peningkatan dalam karier bola sepaknya. Dan ia merupakan satu pengalaman paling berharga untuk di bawa pulang nanti. paling tidak membantu meningkatkan lagi mutu bolasepak Malaysia.

Tidak lengkap sekiranya tidak mengetahui profil Mohd Safee Mohd Sali ini yang merupakan anak kelahiran Kajang Selangor tetapi dibesarkan di Tapah, Perak. Beliau yang dilahirkan pada 29 Januari 1984 ini pernah menyertai Kelab Sarawak dan Kuala Lumpur. Kerjayanya lebih menyerlah ketika beraksi bersama dengan Kelab The Red Giant ini di mana beliau berjaya menjulang juara Liga Super 2009 dan 2010, Juara Piala Sumbangsih 2009 dan 2010 dan Juara Piala FA 2010. Manakala pencapaian terbaiknya terutama dalam skuad kebangsaan apabila menerima anugerah penjaring terbanyak dalam Piala Suzuki AFF 2010 (5 gol).

Masih mengekalkan jersi no. 10, penghijrahan Safee merupakan salah satu tanda positif dalam sukan bolasepak Malaysia. Walaupun beliau dikatakan sebagai berusia ketika menerima tawaran ini, namun Safee sanggup menerima cabaran untuk bermain diluar negara. Sekurang2nya ia menjadi satu semangat untuk pemain2 lain juga pelapis2 muda yang bakal beraksi dalam skuad kebangsaan. Itu juga salah satu petanda awal peningkatan bolasepak malaysia bila pemain2 kita menjadi tarikan liga dari luar negara.
p/s : Bila ada lagi pemain2 Merah Kuning yang di intai2 oleh Liga Indonesia. Siapa kata pemain Selangor tak bagus? hehehe......

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.