Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, February 25, 2011

Black OR White ?


Februari 2011 melabuhkan tirainya dengan majlis makan malam yang baru sahaja berlalu. Dengan bertemakan Black N White, majlis sederhana ini diadakan walaupun ianya diadakan pada hari bekerja dan pihak syarikat dengan bermurah hatinya memberikan semua staff bercuti setengah hari untuk persediaan menghadiri majlis itu.

Hitam? Putih? Ataupun gabungan hitam dan putih, yang mana satu pilihan anda? Ini bukan majlis berkabung yer? Dengan bertemakan hitam putih dan dipadankan dengan backdrop/latar belakang hitam putih mungkin kelihatan agak sedikit menenggelamkan. Warna tahi cicak? Warna Terengganu? Warna Pahang? Whatever yang diperkatakan, majlis tetap berjalan seperti yang dirancangkan.

Bermula dengan persembahan tarian moonwalker dengan iringan lagu2 Michael Jackson memanaskan tempat duduk. Kemudian bermulalah NAZA Idols. Beberapa peserta final berentap setelah sebelum ini menghadiri sesi auditions mereka di Penang, Kuala Lumpur dan Johor, khas untuk staff2 Naza. Difahamkan untuk hadiah NAZA Idols ini, selain menerima wang RM1500, juara juga berpeluang untuk menjadi recording artis Luncai Emas. Hebat juga kan?Tetapi suara mereka memang kelas terutama yang mendendangkan lagu `Kamelia'. Memang tersendiri. I like !!

Aksi artis yang terkenal dengan trademarknya `Terima kaseyy'

Pose dengan Sifu M Nasir

Pengacara bersama Douglas Lim, Datok David Arumugam antara artis jemputan dengan lagu popular ~ Senandung Semalam, Kerana Kau dan Sekuntum Mawar Merah. Kira tangkap lentok abis la malam tu. Maklumlah majoriti audiens membesar dengan lagu2 seperti ini. Pasti terhibur. Memanaskan lagi suasana dan tempat duduk, Sifu M Nasir turut membuat persembahan dengan lagu2 popularnya termasuklah `Suatu Masa' Aku pastinya mengambil kesempatan bergambar dengan Sifu popular ni. Terima kasih Sifu.

Acara Yee sang. Gaul jangan tak gaul

Menu yang paling sedap antara tersedap.....

Menu malam tu, Chinese Food. Dimulakan dengan menu Yee Sang. Dan menu kedua paling special. Rasanya menu tu yang paling licin. Hehehe......Nak tengok gambar lagi? Watch Out dengan gambar2 hitam putih nih okey ?

Pintu Gerbang. Welcome for all guest !!

Backdrop ini khas untuk sesi fotografi. Semua staff semua boleh berposing sepuas hati dan special cameraman dikhaskan untuk mngambil foto mereka. Lepas tu, boleh collect gambar (siap print) masing2 atas meja yang disediakan sebagai souvenier.....

Geng2 Semeja....Hitam Putih Kehidupan

p/s : Hadiah2 lucky draw juga lumayan. Banyak juga pakej2 percutian. Cuma tuah tu tidak menyebelahi aku. Setakat dapat Table Lucky Draw ajelah...Apapun terimakasih buat CEO dengan pengumuman khas tuh...


Tuesday, February 15, 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW


MasaulKhair....Sempena Maulidurrasul 1432H, sedikit bingkisan yang boleh dikongsi bersama. Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa kelahiran dan kewafatan Rasulullah SAW adalah pada 12 RabiulAwal. Termaktublah Khutbah Terakhir Rasulullah untuk disampaikan kepada semua umat manusia. Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu.
Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh. Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."
Jazakallahu Khairan Kathira...

Sumber : I Luv Islam

p/s : Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, Kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah. bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kita adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.


Tuesday, February 8, 2011

Safee Sali, Satu Penghijrahan Yang Berbaloi Atau....



Akhirnya FAS melepaskan penyerang utama Selangor, juga penyerang kebangsaan, Safee Sali yang membuat keputusan untuk menyarung jersi Pelita Jaya iaitu salah satu kelab dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL). Safee mengikat kontrak untuk tempoh setahun bermula 14 Februari 2011 ini sehingga 31 Januari 2012.

Mengikut carta liga melalui Laman Web rasmi Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PBSI), Pelita Jaya yang berpangkalan di Kerawang, Jawa Barat Indonesia itu menduduki tangga terakhir liga dengan mengumpul hanya 10 mata selepas 13 perlawanan. Ia merupakan kelab tercorot Indonesia. Ramai menyatakan bahawa ianya bukan satu tanda positif buat Safee. Dan mungkin ada yang memandang rendah tentang penghijrahan ini.
Namun jangan pandang remeh dengan kedudukan Pelita Jaya di dalam liga kerana kelab ini pernah bergelar juara dalam liga super pada 1988/89, 1990 dan 1993/94. Mario kempes iaitu bekas pemain Argentina pernah beraksi dalam kelab ini. Apa yang pasti ia merupakan satu cabaran yang amat getir bagi safee untuk memperbaiki dan menaikkan kembali kelab yang di wakilinya itu

Penyerang berusia 27 tahun ini sebenarnya, menerima 4 tawaran dari kelab Indonesia yang memerlukan khidmatnya setelah beraksi cemerlang dalam Piala Suzuki yang lalu, namun FAS memilih Pelita Jaya sebagai pilihan yang terbaik. FAS mengenakan bayaran bagi menebus kontrak Safee yang masih berbaki sehingga November dan Safee akan menyambung khidmatnya semula bersama Selangor sebaik kontraknya bersama Pelita Jaya berakhir. Difahamkan Pelita jaya membayar gaji khidmat Safee USD 10,000 sebulan (RM 30,345). Dengan ini beliau merupakan pemain pertama Malaysia yang beraksi di Liga Indonesia di anggap sebagai salah satu peningkatan dalam karier bola sepaknya. Dan ia merupakan satu pengalaman paling berharga untuk di bawa pulang nanti. paling tidak membantu meningkatkan lagi mutu bolasepak Malaysia.

Tidak lengkap sekiranya tidak mengetahui profil Mohd Safee Mohd Sali ini yang merupakan anak kelahiran Kajang Selangor tetapi dibesarkan di Tapah, Perak. Beliau yang dilahirkan pada 29 Januari 1984 ini pernah menyertai Kelab Sarawak dan Kuala Lumpur. Kerjayanya lebih menyerlah ketika beraksi bersama dengan Kelab The Red Giant ini di mana beliau berjaya menjulang juara Liga Super 2009 dan 2010, Juara Piala Sumbangsih 2009 dan 2010 dan Juara Piala FA 2010. Manakala pencapaian terbaiknya terutama dalam skuad kebangsaan apabila menerima anugerah penjaring terbanyak dalam Piala Suzuki AFF 2010 (5 gol).

Masih mengekalkan jersi no. 10, penghijrahan Safee merupakan salah satu tanda positif dalam sukan bolasepak Malaysia. Walaupun beliau dikatakan sebagai berusia ketika menerima tawaran ini, namun Safee sanggup menerima cabaran untuk bermain diluar negara. Sekurang2nya ia menjadi satu semangat untuk pemain2 lain juga pelapis2 muda yang bakal beraksi dalam skuad kebangsaan. Itu juga salah satu petanda awal peningkatan bolasepak malaysia bila pemain2 kita menjadi tarikan liga dari luar negara.
p/s : Bila ada lagi pemain2 Merah Kuning yang di intai2 oleh Liga Indonesia. Siapa kata pemain Selangor tak bagus? hehehe......


Thursday, February 3, 2011

The Amazing Of Cucumber


This information was in The New York Times several weeks ago as part of their "Spotlight on the Home" series that highlighted creative and fanciful ways to solve common problems.

1. Cucumbers contain most of the vitamins you need every day, just one cucumber contains Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Folic Acid, Vitamin C, Calcium, Iron, Magnesium, Phosphorus, Potassium and Zinc.

2. Feeling tired in the afternoon, put down the caffeinated soda and pick up a cucumber. Cucumbers are a good source of B Vitamins and Carbohydrates that can provide that quick pick-me-up that can last for hours.

3. Tired of your bathroom mirror fogging up after a shower? Try rubbing a cucumber slice along the mirror, it will eliminate the fog and provide a soothing, spa-like fragrance.

4. Are grubs and slugs ruining your planting beds? Place a few slices in a small pie tin and your garden will be free of pests all season long. The chemicals in the cucumber react with the aluminum to give off a scent undetectable to humans but drive garden pests crazy and make them flee the area.

5. Looking for a fast and easy way to remove cellulite before going out or to the pool? Try rubbing a slice or two of cucumbers along your problem area for a few minutes, the phyto-chemicals in the cucumber cause the collagen in your skin to tighten, firming up the outer layer and reducing the visibility of cellulite. Works great on wrinkles too!!!

6. Want to avoid a hangover or terrible headache? Eat a few cucumber slices before going to bed and wake up refreshed and headache free. Cucumbers contain enough sugar, B vitamins and electrolytes to replenish essential nutrients the body lost, keeping everything in equilibrium, avoiding both a hangover and headache!!

7. Looking to fight off that afternoon or evening snacking binge? Cucumbers have been used for centuries and often used by European trappers, traders and explorers for quick meals to thwart off starvation.

8. Have an important meeting or job interview and you realize that you don't have enough time to polish your shoes? Rub a freshly cut cucumber over the shoe, its chemicals will provide a quick and durable shine that not only looks great but also repels water.

9. Out of WD 40 and need to fix a squeaky hinge? Take a cucumber slice and rub it along the problematic hinge, and voila, the squeak is gone!

10. Stressed out and don't have time for massage, facial or visit to the spa? Cut up an entire cucumber and place it in a boiling pot of water, the chemicals and nutrients from the cucumber will react with the boiling water and be released in the steam, creating a soothing, relaxing aroma that has been shown to reduce stress in new mothers and college students during final exams.

11. Just finish a business lunch and realize you don't have gum or mints? Take a slice of cucumber and press it to the roof of your mouth with your tongue for 30 seconds to eliminate bad breath, the phyto-chemicals will kill the bacteria in your mouth responsible for causing bad breath.

12. Looking for a 'green' way to clean your faucets, sinks or stainless steel? Take a slice of cucumber and rub it on the surface you want to clean, not only will it remove years of tarnish and bring back the shine, but it won't leave streaks and won't harm your fingers or fingernails while you clean.

13. Using a pen and made a mistake? Take the outside of the cucumber and slowly use it to erase the pen writing, also works great on crayons and markers that the kids have used to decorate the walls!!

p/s : This is the reason why ?? mostly because of cucumber.......


Wednesday, February 2, 2011

Foto2 Terakhir


10. Wiley Post & Will Rogers

Wiley Post adalah seorang penerbang solo pertama yang mengelilingi dunia dengan pesawat terbang bersama seorang teman baiknya, Will rogers yang juga komedian terkenal, pelawak dan komentator sosial. Foto ini ( Will Rogers yang mengenakan Dasi dan Topi yang berdiri diatas sayap pesawat ) diambil pada 15 Ogos 1935 sebelum berangkat dari Alaska. Ketika pesawat yang mereka naiki sudah meninggalkan landasan, sementara pengawas yang berada didarat masih melihat dari bawah, pesawat itu hancur kerana mesin gagal berfungsi dan mengorbankan kedua2nya. Lapangan terbang yang ada di Alaska sana sekarang diberi nama Wiley Post - Will Rogers Memorial Airport.



09. John and Jackie Knill

Pada 13 Januari 2005, mayat kedua pasangan asal Kanada tersebut ditemui di pantai Thailand. Mereka berdua adalah mangsa korban Tsunami yang terjadi pada 26 Desember 2004. Seminggu kemudian petugas asal Seattle Amaerika yang sedang mengevakuasi korban Tsunami menemui kamera digital yang telah rosak dan mempunyai memori card. Setelah membuka gambar yang ada di memori tersebut, petugas tersebut melihat gambar2 wisata mereka berdua. Gambar terakhir yang diambil dari kamera tersebut memperlihatkan ombak yang sangat besar sebelum menghentam mereka berdua pada 8.30 pagi, 26 Disember. Kemudian gambar tersebut disebarkan di dalam Internet sebagai Orang hilang. Beberapa orang yang mengenali mereka berdua telah memberikannya kepada kedua anak mereka di Vancouver - Kanada.



08. Albert Einstein

Gambar diatas adalah foto terakhir dari Albert Einstein yang diambil pada bulan Mac 1955. Tidak banyak perincian yang diambil dari foto tersebut tetapi kemungkinan foto ini diambil di rumahnya di Princeton. Sebulan kemudian pada 17 April 1955, Einstein mengalami pendarahan internal yang disebabkan oleh perpecahan aortic gondok nadi, yang sebelumnya didiagnosa secara akurat. Dia pergi ke rumah sakit dan mengambil konsep pidato untuk penampilannya ditelevisen 'Mengenang Negara Israel's ketujuh'. Sayangnya dia tidak tinggal cukup lama untuk menyelesaikannya. Hari berikutnya Einstein meninggal pada usia 76 tahun.



07. Marilyn Monroe

Ramai orang percaya fotografer Selebrity George Barris merupakan orang yang mengambil gambar Marilyn Monroe sebelum kematiannya. Namun hakikatnya, Allan Grant dari Life Magazine merupakan jurufoto yang sebenar. Gambar2 tersebut diambil pada 7 Julai 1962 ketika sesi wawancara di rumahnya. Enam gambar muncul di Life Magazine, termasuk satu yang sedang berdiskusi. Sebulan kemudian iaitu pada 5 Ogos 1962, LAPD menerima laporan pada jam 4:25 pagi dari dr.Hyman Engelberg bahwa Marilyn Monroe telah meninggal dunia di rumahnya di Brentwood, Los Angeles. Punca kematiannya telah diklasifikasikan sebagai "Keracunan ubat tidur", dan juga tercatat sebagai kemungkinan bunuh diri. Banyak persoalan yang masih belum terjawab tentang situasi, keadaan kematiannya dan saat ketika mayatnya di temui.



06. Bill Biggart

Foto Jurnalis Bill Bigart yang mengabadikan foto serangan tragis menara WTC pada 11 September 2002. 4 hari kemudian mayatnya di temui bersama kameranya yang telah rosak, diberikan kepada isterinya. Kad yang ada didalam kamera tersebut masih utuh dan terdapat 150 gambar termasuk gambar yang terakhir diambil pada waktu 10:28 ketika kedua menara tersebut rebah ke bumi. Isterinya ada membuat panggilan di telefon bimbitnya ketika menara pertama runtuh, Bigart ada menjawab "Jangan bimbang, 20 minit lagi saya akan ke studio, saya aman ". Ini adalah perbualan terakhirnya dengan suami dan 20 minit kemudian, kedua menara tersebut benar2 runtuh.


05. Lady Diana

Gambar diatas adalah foto terakhir yang diambil sebelum berlaku kemalangan ngeri tersebut. Ramai paparazi bersaing untuk mencetaknya sebagai foto terakhir Lady Diana. Hanya rambutnya saja yang kelihatan, ironinya ia merupakan foto yang terakhir sebelum dia meninggal dunia. Foto tersebut menunjukkan lokasi dari Hotel Ritz, Paris pada 12:20 pagi, 31 Ogos 1997 bersama dengan Henri Paul dan Dodi Fayed. Di kerusi belakang kelihatan Lady Diana dengan Dodi Fayed di sebelahnya. Gambar ini diambil ketika Mercedes masuk kedalam terowong Place de l'Alma.



04. Elvis Prasley

Foto terakhir sang legenda ini diambil pada 16 Ogos 1977, 12.28 pagi. Gambar ini diambil ketika dia keluar malam menuju kediamannya di Grace Land. Dan pada petang harinya dia ditemui terbaring di bilik mandi oleh pembantunya Ginger Alden. Dia meninggal pada pukul 3:30 petang di Baptist Memorial Hospital. Sebelum itu, pada 15 Ogos 1977 dia telah pergi berjumpa doktor gigi dan diberikan ubat. Kemungkinan ubat itu antara punca yang mempercepatkan kematiannya kerana sebelumnya, dia didiagnosa mengalami alergi terhadap ubat2an.



03. Adolf Hitler

Gambar ini diambil 2 hari sebelum kematiannya. Dia berada di luar bunker bersama kesan runtuhan bangunan setelah enam tahun dalam peperangan. Ketika hampir dengan kekalahan, Hitler memutuskan untuk mengambil hidup sendiri. Namun sebelum melakukannya, dia menikah dengan Eva Braun penned. Pada petang 30 April 1945 Hitler dan Braun masuk ke dalam bilik untuk mengakhiri hidup mereka. Mayat mereka ditemui di mana Hitler berada di ranjang dan Eva terduduk di di hujung yang lain. Hitler dinyatakan bunuh diri dengan menelan kapsul Sianida dan kemudian menembak kepalanya sendiri sementara Eva hanya menggunakan kapsul sianida. Sebelum kematian Hitler, dia pernah berkonsultasi dengan doktor peribadinya, tentang cara2 membunuh diri. Doktor tersebut menyarankan kombinasi meminum kapsul sianida dan menembak kepala.

02.Anne Frank

Foto ini adalah foto terakhir Anne Frank dan saudaranya yang diambil awal atau pertengahan tahun 1942. Kemudian pada bulan Julai 1942, Margot dan saudaranya termasuk antar orang2 yang pertama menerima laporan bahwa mereka akan di hantar ke Nazi Jerman. Kemudian mereka satu keluarga pergi bersembunyi namun di tangkap pada pagi 4 Ogos 1944. Setelah ditangkap dari persembunyian, mereka dianggap kriminal dan dikirim ke berek hukuman keras. Pada Mac 1945, virus epidemi tipus yang tersebar di seluruh berek telah membunuh 17,000 tahanan. Ramai dapat melihat Margot mati akibat dari virus epidemi tersebut, dan beberapa hari kemudian Anne Frank pula meninggal. Pada April 1945, beberapa minggu setelah Anne Frank meninggal, berek tersebut berjaya dibebaskan oleh tentera Inggeris.



01. Abraham Lincoln

Foto diatas di ambil oleh Henry J. Warren ketika sesi fotografi pada tempoh pelantikan iaitu pada 14 April 1865 Lincoln di Theater Ford. John Wilkes Booth, seorang aktor dan agen rahsia berada dibelakang presiden, menunggu saat2 keriuhan suara penonton di dalam theater agar dapat menghilangkan suara ledakan peluru. Tembakan tepat dari pistol kaliber 44 mengenai kepala presiden. Foto tersebut merupakan foto terakhir yang diambil ketika Lincoln hidup. Terdapat banyak foto yang di ambil tetapi itu hanyalah lukisan dan kebanyakan foto di ambil ketika sebelum pelantikannya.

p/s : Kita sendiri tak boleh nak agak atau fikir, foto mana satukah sebagai foto terakhir kita...bagaimanakah kita...dan ???


Tuesday, February 1, 2011

Kisah Anak Seorang Tabligh



Bila kisah ini menyinggah di pandangan mataku...sejenak aku berfikir. Sejenak itu jua aku pantas menjadikan ia satu perkongsian untuk semua. Tidak kupasti siapakah penulis kisah ini, namun di alam maya ini, aku terpanggil untuk menjadikan ianya satu pengisian yang menarik.

"Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.

Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.

Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.

Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.

Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.

Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.

Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.

Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.

Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.

Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.

Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.

Pada jam 2100 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.

Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.

Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.

“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.

Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.

“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.

“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.

“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.

Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.

“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”

Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.

Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.

Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."

p/s : kepada sang penulis, terima kasih kerana sudi berkongsi.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.