Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, April 13, 2011

Destinasi Negeri Di bawah Bayu III


Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau

Di sinilah bermulanya pertemuan sahabat2 blogger...antara MYNA dan DEEM..juga SG

Dari segi geografi daerah Tawau sebenarnya berkongsi sempadan dengan Kalimantan Indonesia dan dikelilingi oleh Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan. Jarak dari Kota Kinabalu ke Tawau lebih kurang 500 km. Kalau ikut darat mungkin jauhnya memakan masa selama 6 jam perjalanan. Pada awalnya, SJ merancang ikut jalan darat yang dikatakan berbukit bukau dengan menaiki bas. Agak adventure katanya. Namun akhirnya, mengambil keputusan untuk mengambil penerbangan sahaja memandangkan keselamatan dan pelbagai faktor sampingan lain apatahlagi dengan membawa anak2 kecil. Mungkin di lain kali sahaja. Tidak terlalu lama, hanya memakan masa 45 minit sahaja di awan biru, flight yang SJ naiki akhirnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau.

Tawau pada asasnya di kenali sebagai `Bumi Peladang' kerana sebahagian besar mukabuminya adalah kawasan perladangan. Sejarah awal kewujudan Tawau, ia penuhi dengan penanaman kelapa sawit, getah dan pisang. Perjalanan SJ dari Lapangan Terbang Tawau menuju ke penginapan di bandar Tawau memakan masa selama setengah jam perjalanan (33 km). Tidak seperti di Kota Kinabalu, pemandangan di sepanjang jalan di Tawau di penuhi dengan ladang kelapa sawit dan sebahagian kecilnya dengan pokok koko yang di miliki oleh Sime Darby Corp, Sabah Softwood dan Borneo Samudera.

`Syurga Pendatang' juga sesuai untuk Tawau kerana limpahan pendatang asing dari rakyat Indonesia dan Filipina paling ramai di daerah ini. Mungkin kerana faktor geografi yang memudahkan mereka datang sama ada bekerja ataupun bercuti. Rakyat Indonesia kebanyakannya datang dari daerah Tanah Bugis, Sulawesi ataupun Kepulauan Sulu manakala rakyat Filipina datang dari Tanah Mindanao (Zamboanga City).

1. Kuhara Court Apartment Suite

Di sinilah SJ menginap sepanjang berada di Tawau. Penginapan ini agak jauh dari pusat bandar, lebih kurang 10 minit perjalanan. Namun Kuhara merupakan antara tempat penginapan yang terkenal selain dari Marco Polo yang terletak di tengah2 Bandar Tawau. Apartment 3 bilik dengan 2 bilik air dan lengkap dengan ruang tamu, balkoni yang berhadapan swimming pool dan ruang makan. Malah ruang dapur yang luas dengan pelbagai kelengkapan dapur bagi yang mahu memasak, bilik pengering pakaian antara yang disediakan cukup memuaskan.

Pintu masuk ke apartment

Swimming pool dan taman permainan di bahagian tengah apartment

Ruang tamu....ruang santai di apartment


Kamar Beradu....

Info :

Kuhara Court Apartment Suite
TB4550, Mile 1, Jalan Kuhara, Block C, Ground Floor, 91000 Tawau, Sabah
Tel: 089-768778, 759778
Fax: 089-752778

2. Pasar Tanjung Tawau

Tawau memiliki sebuah bangunan pasar terbuka. Ia antara Pasar Mega yang terbesar di Malaysia dan dikenali sebagai ' Pasar Tanjung'. Segala keperluan seperti sayur2an, buah2an hinggalah jualan aneka keropok, ikan masin, rempah ratus dan bermacam2 lagi, semuanya boleh didapati di sini. Bangunan 4 tingkat ini juga dilengkapi dengan ruang makan di tingkat 2 dan di tingkat 4. Di sini, SJ sekeluarga membeli makanan2 kering seperti udang, ikan dan beberapa makanan ringan termasuklah `Keropok Amplang' yang hanya terdapat di bumi Sabah untuk di bawa pulang ke Semenanjung sebagai buah tangan.

Ia kelihatan seperti pasar lambak. Di bina pada 1995 dengan kos sebanyak RM 17 juta. Pasar ini mempunyai 6,000 gerai di dalamnya. Nama "Tanjung" diambil sempena kedudukan pasar ini yang terletak di kawasan Sri Tanjung di Tawau. Di tepi pasar ini terdapat pelabuhan Tawau dengan kapal2 yang sering mudik menampakkan keindahan suasana di situ.

Lokasi Pasar Tanjung, Tawau

'Keropok Amplang' merupakan kudapan istimewa dan biasanya dijadikan buah tangan pengunjung di Tawau.

Udang kering di sini sekilo RM25...yang besar camnih

Pilihan makanan kering untuk di bawa pulang...murah2 dan beraneka pilihan untuk di bawa pulang

3. Pasar Gantung Tawau

Dari Pasar Tanjung, SJ di bawa ke Central Market Tawau, lebih dikenali sebagai 'Pasar Gantung' yang merupakan pasar jualan bagi yang ingin mendapatkan pakaian, barang2 perhiasan dan kraftangan. Barang2 daripada rotan, kayu jati, buluh dan pelbagai buatan tangan dari Filipina dan Indonesia yang unik juga terdapat di sini dengan pilihan harga yang murah dan menarik. Menurut Deem, salah seorang sahabat blogger SJ, gantung bermakna bnyaknya barang2 jualan yang bergantungan di sepanjang pasar seperti pakaian dan barang2 perhiasan lain. Betul ker??

Seperti di Pasar Filipina di Kota Kinabalu, perhiasan dari mutiara memang murah2 dan cantik2. Pastinya ada yang berkenan untuk SJ bawa pulang...untuk rakan2 dan sanak keluarga.

Perhiasan2 yang mampu mengosongkan poket

Loket mutiara yang cantik menawan..buat hati tertawan


Loket dan rantai tangan mutiara.....ada yang berkenan?

4. Jalan2 cari Makan.....

'Payau' merupakan bahasa tempatan untuk rusa. Manakala Nasi payau (Nasi daging rusa) dihidangkan dengan nasi putih dan hirisan tipis daging rusa masak halia. SJ membelinya untuk di bawa pulang ke semenanjung dengan harga sekilo RM25

Gerai yang gerenti bes...rekmen by Myna dan Deem, sahabat blogger dari Sabah. Harga memang mahal di Sabah kalau nak di bandingkn dengan di Semenanjung. Kedainya terletak di Highway. Hurm...menarik istilah Highway itu. Hnya orang Tawau sahaja yang tahu kerana Highway itu sebenarnya bukanlah jalan besar seperti di Kuala Lumpur.


Makanan citarasa Indonesia memang amat mudah diperolehi di Tawau. Nasi lalap (ulam) antara menu yang hanya ada di Tawau. setelah ditemuramah, ternyata kedai itu di miliki oleh pendatang dari Jawa Timur, Indonesia. SJ tak lepaskan peluang untuk membelasahnya sehingga ke butir2 terakhir. Kena dengan citarasa SJ yang berdarah Jawa + Bugis ini.

'Nasi Kuning ' merupakan sarapan rasmi bagi orang2 Melayu di Tawau. Selain dari itu makanan Tradisi Melayu Tawau seperti sate, ikan bakar, sayap ayam bakar, pecal (gado2), bakso, soto banjar,cendol dan pelbagai jenis kuih muih seperti kuih Terang Bulan (apam balik), penyaram, baulu, wajik dan pais pisang, pais upi dan sebagainya mudah di dapati di sini. Makanan di sini berbeza jika nak dibandingkan ketika berada di Kota Kinabalu. Mungkin ianya lebih banyak di pengaruhi oleh kaum Indonesia. Memang berselera juga SJ sepanjang berada di Tawau ini.

5. Semporna.

Daerah Semporna merupakan daerah yang sibuk menerima kemasukan pelancong setiap hari. Sebab utama mereka ke mari adalah kerana kejernihan air laut yang tiada bandingannya. Atas sebab ini, banyak aktiviti dapat dilaksanakan seperti menyelam, 'snorkeling', berenang, memancing dan sebagainya. Pengunjung boleh menikmati keindahan laut dan menyelam di pulau2 seperti Sipadan, Mabul, kapalai, Mataking an Sibuan. Ramai ahli samudera dan penyelam professional datang saban tahun untuk meneroka keindahan lantai lautnya. Kehidupan marin di sini ada pelbagai, dari hidupan mikro ke kerang gergasi, dari ikan buran ke jerung harimau dan dari udang geragau ke 'lobster' menjadi sebab mengapa penyelam ini datang ke sini. Tarikan lain seperti dinding dan gua melengkapkan lagi penerokaan bawah laut.

Sebaik sahaja tiba di Jeti Semporna

Dragon Inn Floating Resort dari pandangan hadapan

Kadar harga untuk menginap di Dragon Inn ini

Ruang receptionist....

Pemandangan mengasyikkan di sekitar Dragon Inn di Semporna

Info :

Dragon Inn Floating Resort @ Semporna Floating
P.O Box 168, Jalan Kastam, Semporna Sabah
Tel : 089-781088
Fax : 089-781559

'Tong Talun' merupakan nama asal bagi daerah Semporna yang bererti "Hujung Hutan" dalam istilah Suku Kaum Bajau. Itulah sejarah awal semporna di mana ketika penemuannya, ia diliputi oleh hutan belantara. Semporna maknanya 'tempat yang aman'. Seperti di Tawau, industri kelapa sawit merupakan bidang pertanian yang dominan di Semporna. Maka tidak hairanlah jika sepanjang perjalanan SJ dari Tawau ke Semporna hanya kelihatan ladang2 kelapa sawit sahaja. Perjalanan darat dari Tawau ke semporna lebih kurang 100 km (hampir 1 jam 30 minit) jauhnya.

Secara geografi, Semporna adalah sebuah pulau yang besar. Ia dihubungkan ke tanah besar dengan Jambatan Pegagau. Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Lo merasmikan pembukaan jambatan tersebut pada awal tahun 1965. Daerah Semporna berada pada kedudukan pantai timur Sabah dan daerah paling hujung di Malaysia. Terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna dan Kawasan Pulau yang dikenali sebagai Pulau Bum2 (Pulau terbesar) dan pulau2 sekitarnya. Terdapat 49 pulau keseluruhannya yang menjadi tapak kepada 119 kampung orang2 tempatan. Daerah Semporna berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Filipina dan Indonesia. Dari jeti Semporna, belayar ke Selatan Filipina hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Pulau LIgitan dan Pulau Sipadan merupakan dua buah pulau yang terkenal kerana pertikaian kedaulatan antara Malaysia-Indonesia. Namun pada tahun 2002, pihak Mahkamah Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan yang kedua2 pulau ini milik Malaysia. Pulau Sipadan merupakan 'syurga' para penyelam.

Bagi SJ, Semporna begitu istimewa apabila sebaik sahaja menjejak kaki ke sini. Dari jauh kelihatan pulau2 peranginan yang berbalam seolah2 terapung dipermukaan laut. Apabila memandang ke arah samudera, ia bagaikan lukisan, kelihatan air laut sejernih kristal yang bertukar dari hijau zamrud ke hijau tua, dari biru muda ke biru tua. Dasar lautnya jelas kelihatan dengan terumbu karang, ikan2 berwarna-warni dan pasir halus memutih bagai melambai2 perasaan untuk terjun menikmati keindahan alam semulajadinya. Bayu laut yang meniup lembut ke muka tatkala mundar-mandir di sini melengkapkan lagi suasana lawatan. Air laut yang jernih, cahaya matahari yang muncul disebalik horizon dan keputihan pepasir yang mengelilingi pulau2nya. Terumbu karang, paya bakau dan lambaian pepohon kelapa menyerikan lagi panorama ini. Ia masih tidak terganggu, tidak terusik dan asli, bagaikan masa tidak pernah berdetik walau sesaat tatkala kebanyakan tempat sudahpun membangun pesat. Deretan bot2 penambang, kapal2 besar dan perahu2 layar tradisional memenuhi ruang gigi airnya.

Untuk tujuan kedaulatan dan keselamatan negara, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mewujudkan bit2 tentera di kebanyakan pulau. Pihak TLDM dan Polis Marin juga sentiasa mengawasi persempadanan setiap masa. Untuk keselamatan penyelam juga, TLDM Semporna (KD Sri Semporna) menyediakan khidmat rawatan kecemasan khas bagi menangani kes2 kecederaan menyelam dsb.

Semporna juga merupakan pusat penternakan mutiara dan rumpai laut terbesar di Sabah dan dieksport hingga ke luar negeri. Mutiara asli ini memang menggamit pengunjung. Walaupun telah membeli sebahagiannya di Kota Kinabalu dan tawau, Semporna juga menawarkan rekabentuk yang bermacam2 dan memang membuat SJ tidak terlepas pandang.

Perhiasan peribadi berasaskan mutiara dan kristal amat popular sekali dikalangan pelancong. Butang baju melayu, kerongsang, cincin, gelang dan rantai mutiara mudah didapati. Baju Tshirt, rantai kunci, poskad dan cenderamata lain berasaskan 'Sipadan' dan 'Semporna' juga ada di jual. Cenderamata 'khas' Semporna seperti replika bot 'Lepa' yang diperbuat daripada kayu, 'barung', parang dan 'pedang samurai' hasil pertukangan penduduk tempatan juga ada di sini. Terdapat juga penjual cenderamata 'jalanan' dan kenalah gunakan kebijaksanaan untuk proses tawar-menawar jika berkenan.

Berkesempatan mengelilingi pulau dan perairan di sekitar Semporna dan berpeluang beramah mesra dengan penduduk sekitar (pakcik makcik ini antara penghuni rumah2 air)

Pemandangan rumah2 air yang memang tiada di semenanjung

Kelibat penduduk tempatan terutama kanak2 yang sedang mencari hasil2 laut

salah satu gambar yang sempat SJ snap....aksi kanak2 penduduk tempatan

Di semporna, pelbagai percampuran budaya, bahasa dan bangsa seperti Bajau, Suluk, melayu, Cina, Kadazan dan 'Palauh' tinggal di sini. Suku kaum Bajau / Bajau Laut merupakan pelaut yang aktif dalam perdagangan hasil laut. Suku kaum Nomad (orang asli) yang dikenali sebagai 'palauh', tidak beragama, antara kaum yang masih wujud dan tinggal di perahu2 tradisi diperairan Semporna. Dilindungi oleh PBB, kaum ini juga ke daratan untuk memenuhi keperluan harian dan kecemasan. Mereka juga tidak gentar dengan haiwan laut dan merupakan pelayar / penyelam yang handal. Suku kaum Bajau, Suluk dan Bugis yang terdapat di daerah Semporna adalah dari kumpulan suku-bangsa 'Malayo-Polinesia'. Keturunan bangsa2 ini beragama Islam turun-temurun dan mengekalkan adat-budaya mereka.

Semporna Holiday Resort terletak di perkampungan Tampi2. Menariknya, di sinilah lokasi pengambaran filem Duyong terbitan KRU films lakonan Saiful Apek dan Maya Karin. Kawasan ini juga menjadi tarikan syarikat gergasi National Georaphic untuk membuka sebagai pejabatnya di sini atas tujuan eksploitasi untuk filem bercorak dokumentari.

seronok dapat tangkap tapak sulaiman (patrick...!!)

Terdapat kompleks pulau Taman Marin Tun Sakaran merupakan 'mercu-tanda' daerah Semporna. Dari jauh, ia kelihatan seperti seorang manusia yang sedang tidur dan dikenali sebagai 'Sleeping-Budha' bagi sesetengah pelancong. Taman Marin Tun Sakaran merupakan tempat untuk ladang2 penanaman rumpai laut (seaweed) yang terbesar di Sabah. Ia juga menjadi tempat kajian biologi marin bagi kebanyakan penyelam, saintis dan sentiasa menjadi pilihan fakulti2 sains marin universiti luar dan antarabangsa. Taman Marin Tun Sakaran ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman2 Sabah yang mempunyai cawangannya di Semporna.

Jika berkunjung ke Semporna pasti tidak akan melupakan pengalaman menikmati makanan laut yang segar di sini. Sejak dahulu lagi Semporna memang terkenal sebagai pengeluar bahan laut yang berkualiti tinggi. Antara bahan laut yang agak 'ganjil' tetapi istimewa ialah 'ikan bolong', 'ikan belawis (laimang)', 'ikan buntal', 'kamun (udang mantis)', 'kahanga (siput laut)', 'kima (kerang gergasi)', ikan tuna (yellowfin and bluefin), sirip ikan jerung (sharkfin) dan banyak lagi. Sifat perairan Semporna yang tenang tanpa gelombang di Lautan Sulu ini merupakan tempat spesis2 ini membiak. Malah ada juga spesis dari Australia yang hanya datang ke sini untuk bertelur sahaja setiap tahun. Begitu juga dengan penyu yang pelbagai spesis turut mengunjungi pantai pulau2 Semporna untuk bertelur.

p/s : waktu solat di sini memang berbeza. Ini kerana daerah ini mendapat cahaya matahari terlebih dahulu berbanding di semenanjung. Jika pada bulan puasa, waktu maghrib di sini adalah seawal jam 5.49 petang manakala subuh seawal jam 4.38 pagi. Matahari terbit seawal jam 6.00 pagi. Sedangkan semenanjung time macam nih baru je subuh.....Rasa di hati memang teringin nak ke Pulau2 indah ini terutamanya Pulau Sipadan. Insyaallah....ada rezeki nanti, pasti SJ akan kembali.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

30 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Hi there, You've done a fantastic job. I will certainly digg it and personally suggest to my friends. I'm sure they will be benefited from this web site.


Check out my web-site - thermal Inspections

Anonymous said...

You need to be a part of a contest for one of the most useful blogs on the net.

I most certainly will recommend this web site!

Feel free to visit my web-site ... click the site

Anonymous said...

What i don't realize is in truth how you are now not really a lot more neatly-liked than you might be now. You are so intelligent. You recognize therefore significantly on the subject of this subject, produced me in my view consider it from numerous varied angles. Its like women and men are not interested unless it's one thing to do with Lady gaga!
Your personal stuffs nice. Always take care of it up!

Have a look at my homepage :: Click Here

Anonymous said...

Hello, Neat post. There's a problem with your website in web explorer, might check this? IE still is the marketplace leader and a large component to other folks will omit your magnificent writing due to this problem.

My site - visit this site

Anonymous said...

always i used to read smaller content that
also clear their motive, and that is also happening with this paragraph which I am reading
now.

my blog More information

Anonymous said...

Good day I am so glad I found your webpage, I really found you by accident, while I was browsing on
Yahoo for something else, Anyways I am here now and would just like to say many thanks for a
remarkable post and a all round exciting blog (I also love the theme/design), I don’t have time to read through it all at the
moment but I have bookmarked it and also included your RSS feeds, so
when I have time I will be back to read a great deal more,
Please do keep up the awesome b.

Look into my site: more info

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.