Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, August 10, 2010

Menu Diet Ikut Jenis Darah


Diet Untuk Golongan Darah O
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O :
1. lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi
2. mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah)
3. sayur-sayuran yang banyak

Elakkan :
4. produk susu dan gandum
5. hadkan pengambilan buah-buahan.

6. semua jenis bijirin, pasta dan nasi.
7. sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
8. telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

9. jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan :
1. hidangan laut
2. semua jenis telur (kecuali telur itik)
3. susu fermentasi (melalui proses penapaian)
4. minyak zaitun
5. minyak kacang soya
6. minyak kacang tanah
7. kacang tanah
8. semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan
9. semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.


Hadkan :
1. pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.

2. makanan berasaskan kekacang.
3. pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.


Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah A
Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Disarankan :
1. sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
2. mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak dan keju alami
3. telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas)
4. lemak (dalam jumlah terbatas)
5. kekacang
6. bijirin
7. susu kacang soya
8. ambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.


Makanan yang harus dihindarkan:
1. hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi,
2. daging lembu, daging salai,
3. susu, keju hasil olahan industri,
4. kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.


Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah B
Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

petikan : jom langsing dan jelita


p/s : darah aku jenis B positif. Anda??


Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak




Ramadhan...
"Awalnya Rahmat.....
Pertengahannya Maghfirah.....
dan penghujungnya pembebasan dari api neraka"
Al-hadith


ku Mengharapkan Ramadhan
Kali ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna

Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula

Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintahnya
Moga Dapat ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti

Tak Ingin ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan

Selangkah Demi Selangkah
Dengan Rahmatmu Oh Tuhanku
ku Tempuh Jua...


Telah berlalu Rejab yang mulia...
Syaaban melangkah meninggalkan kita....
Kini Ramadhan menjengukkan muka...
Semoga bulan mulia penuh keberkatan ini membawa seribu keinsafan
terhapus segala kekhilafan
buat kita...
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
buat sekalian sahabat dan keluarga tersayang....walau dimana jua berada...


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (albaqarah-286)"



Award Friendship Dari Mira




Tiada kata yang dapat aku lahirkan...
Tiada bicara yang mampu kuluahkan...
Hanyalah sebaris ungkapan.....

"Terimakasih Dear MIRA" (Si Comeyy)

Kerana kesudian menganugerahkan Award Friendship ini.
Maka dengan seribu penghargaan dan rasa terharu aku menyambutnya dengan seluas2 padang di Stadium Shah Alam.
Apapun di harap semoga ikatan silaturrahim akan terus berkekalan antara aku dan Mira yang Comeyy.

Dan award ini di minta utk tag kepada 3 orang kawan.
Hurm...siapa yerk??

@ nosembilanbelas
@ mymijie
@ libaslajulaju
@ misiazlina

Lebih seorang yerk?? Huhu....buat sahabat2 ku....
Terimalah pemberian ikhlas dan salam persahabatan nan berkekalan sempena di bulan ramadhan ini....


Saturday, August 7, 2010

Dari Sumber Halalkah Yang Mengalir Dalam Tubuh Ini?


Dari luar kelihatan begitu ramai pelanggan yang sedang menjamu selera. Usahkan di dalam restoran, malah ada meja tambahan yang di buka sehingga ke kaki lima. Sekali pandang, sudah pasti restoran itu begitu mendapat sambutan. Tentu enak ! fikirku.

Tanpa berfikir pnjang aku memberhentikan kereta. Terdetik di hati untuk membeli makanan terutama roti canai kegemaran anakku, Amirul. Sebaik sahaja aku melangkah ke dalam restoran itu, aku menjadi serba salah apabila melihat hiasan dalamannya yang lebih berbentuk keagamaan. Pastinya, tuan kedai itu bukan seorang Islam. Namun, aku kehairanan apabila aku dapat menjangkakan 90% pelanggannya adalah beragama Islam. Kenapa aku berkata demikian?

Ramai wanita bertudung yang menjadi pelanggan di situ. Ada juga remaja2 sekolah, anak2 Melayu yang baru pulang dari sekolah sempat singgah menjamu selera di situ. Malah pakcik dan makcik berbangsa Melayu juga turut memenuhi restoran ini. Ada juga yang berderet berbaris di kaunter menanti makanan yang di bungkus untuk di bawa pulang.

Aku mula merasa was2 lantas keluar semula dari restoran itu utk melihat papan tanda restoran dgn lebih jelas bagi mendapatkan kepastian. Memang sah restoran itu bukan milik orang Islam. Keyakinanku mula padam. Tiada langsung tanda2 sahih yang membuktikan restoran ini halal. Logo halal juga tiada. Aku terus membatalkan niatku utk singgah menjamu selera di situ. Tindakan pantas aku itu telah membuatkan anakku tertanya2. Aku terus meninggalkan restoran itu lalu mencari restoran lain di kawasan itu.

Kerana sifat ingin tahu yang menebal dalam diriku maka pada sebelah malamnya, aku kembali meninjau restoran itu. Berhadapan dgn restoran itu terdapat sebuah gerai burger. Ramli Burger. Ketika aku memesan beberapa biji burger, aku seperti detektif cuba mengorek cerita dari brader burger tersebut. Aku pasti, orang2 di situ lebih arif tentang perkara yang aku cuba persoalkan ini. Tertarik dengan persoalan ini, maka aku bawa anda sekalian berkongsi bersama.

Menurut brader burger itu, asalnya restoran itu terdapat seorang pekerja yang beragama Islam. Walaupun begitu, majoriti pekerja lain, malah tuan punya kedai itu juga bukan seorang muslim. Dan paling membuat aku terkejut bila satu2nya pekerja muslim itu, telahpun pulang ke kampung halamannya, setahun yang lepas. Maksudnya, pekerja restoran ini memang bukan orang muslim. Maka, adakah makanannya dari sumber yang halal? Dan bagaimana pula dengan proses memasaknya pula? Huh ! Aku terus tertanya2 sendirian.

Menurut brader burger itu, dia sendiri merasa was2 yang restoran itu dari sumber yang halal. Dia juga tak pernah cuba nak menjamah makanan di dalam restoran tersebut. Dan cerita yang paling dahsyat kudengar, di sebelah restoran itu juga terdapat sebuah restoran makanan ala barat yang juga dulu selalu di kunjungi oleh orang2 Islam. Mereka tidak mengetahui ataupun memang langsung tak tahu bahawa restoran itu juga ada menyediakan steak babi.

Masyaallah !!...serius, aku memang terkejut mendengarnya. Memang pelik kedengarannya, kerana yang selalu mengunjungi restoran itu adalah dari kalangan penduduk2 tempatan yang tinggal di kawasan sekitar. Usahkan yang muda, golongan berusia juga kerap menjamu selera di situ. Adakah mereka tidak menyelidikinya terlebih dahulu sebelum berkunjung? Atau adakah logo halal yang mengikhtiraf kehalalannya? Wallahuaklam...

Namun akku sendiri tak pasti, apakah yang disampaikan oleh brader itu benar atau tidak. Tapi sebagai muslim maka sewajibnya, mengambil berat tentang sumber makanan yang mengalir ke dalam darah daging kita. Sepatutnya, ada tanda halal dari pihak berwajib yang mngikhtirafnya. Mereka memang tidak bersalah. Mereka berniaga. Tak mungkin mereka hendak menghalau pelanggan2 mereka. Tapi yang menjadi masalahnya ialah kenapa kita sendiri yang sewenang2nyamemberikan tanda `halal' tersebut. Kita harus salahkan diri kita sendiri kerana tidak prihatin dan mengambil berat tentang persoalan halal haram ini.

Aku sering terbaca di internet, restoran2 makanan yg diikhtiraf sah halal dan ada logo halal oleh pihak yg berwajib, sering dijadikan isu dan di ragui ketidakhalalannya. Tetapi bagaimana pula dengan restoran2 yang kita ragui tentang halalnya, tiada logo halal, tetapi secara tidak langsung kita telah menghalalkannya. Sekarang ini pun, kerap media bercerita tentang restoran2 yang ada logo halal tetapi juga di ragui status sebenar halal tersebut. Sebilangan mereka menggunakan logo halal palsu untuk mengabui mata masyarakat. Maka apa peranan kita sebagai muslim?

Allah berfirman : "Wahai orang2 yang beriman, makanlah dari makanan yang yang baik yang Kami berikan kepada kamu." Kemudian, Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah bermusafir. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon "Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku!" Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya doanya untuk dikabulkan.

p/s : Bukankah mencari yang halal itu fardhu bagi setiap muslim?


Thursday, August 5, 2010

Johnny Depp dalam Public Enemies


Hari minggu yang lalu, aku sempat menyaksikan filem jenayah Amerika yang di tayangkan sekitar tahun 2009 di siaran Astro, HBO. Hasil garapan Michael Mann dan ditulis oleh Mann, Ronan Bennet dan Ann Biderman adalah filem yang di adaptasi dari buku non-fiction, Bryan Burrough berjudul Public Enemies : America's Greatest Crime Wave dan The Birth of the FBI, 1933-1934.

Filem sejarah yang di ambil dari kisah benar ini, berlatar belakangkan era `The Great Deppresion' di Chicago dimana kegiatan jenayah organisasi terancang mafioso ( Al Capone) dan juga jenayah rompakan berleluasa akibat suasana 'terdesak'. Namun filem ini sebenarnya tidaklah sepenuhnya di ceduk dari fakta yang sahih.

Menyoroti zaman tahun 1993,John Dilinger (Johnny Depp) merupakan penjenayah yang paling dikehendaki di Amerika, yang dinaungi oleh mafia tempatan. Agen kerajaan, Melvin Purvis (Christian Bale) pula merupakan 'nemesis' kepada Dilinger telah mengisytiharkan `Perang Terhadap Jenayah'.
Purvis bekerjasama dengan J Edgar Hoover (Billy Crudup) dengan menggunakan kaedah-kaedah saintifik memerangi jenayah seperti mengesan cap-cap jari dan pengesanan talian telefon. Kedua2 mereka berjaya membawa watak tersebut dengan karekter dan emosi yang sangat berkarisma dan signifikan sekali.

Ia berkisar tentang kisah hidup Dilinger, iaitu pada zaman kegemilangan jenayahnya, juga kisah cintanya dan bagaimana hayatnya berakhir di hujung peluru. Di antara salah satu siri rompakan bank, Dillinger dipertemukan dengan Billie Frechette (Marion Cotillard) yang membantu menghidupkan kisah cintanya di dalam filem ini. Penangkapan dan proses penghakiman terhadap Dilinger juga sering gagal kerana kebijaksanaan dan tipu helah yang dilakukan oleh Dilinger. Jenayah yang di lakukannya turut mendapat perhatian dari Presiden Amerika ketika itu, Presiden Roosevelt.

Dalam usaha menangkap Dilinger, pelbagai cara yang Purvis lakukan. Kematian ahli /rakan Dilinger satu persatu dan begitu juga dengan ikhtiar terakhir mereka, akhirnya penangkapan Billie memberi kesan terhadap diri Dilinger. Kerisauan Billie tentang nyawa Dilinger yang mnjadi perhatian Amerika menjadi kenyataan. Dilinger dalam usaha menjalankan rompakan terbesarnya di mana hasil rompakan itu cukup untuk mereka berdua meninggalkan bumi Amerika. Walaupun Billie di pukul dengan teruk di penjara, namun rahsia Dilinger tetap terpelihara.

Adegan yang membuat perasaan teruja apabila Dilinger denagn reaksi selamba memasuki balai polis dan melawat pejabat 'pasukan khas' yang ditugaskan untuk menangkapnya. Ini adalah satu adegan yang 'brilliant' dimana telah menunjukkan 'hint' apa yang akan terjadi pada adegan yang berikutnya. Ianya seolah2 bagaikan satu 'penyerahan diri'.

Tanpa putus asa, Purvis berjaya mendapatkan bantuan dari teman wanita Dillinger, Anna Sage (Branka Katić) yang merupakan rakyat Romania. Anna bersetuju membantu Purvis setelah mengikat perjanjian untuk tidak menghantarnya pulang ke Romania.

Pada malam kejadian, Dillinger dan Sage pergi menonton Manhattan Melodrama di Biograph Theater. Agak dramatik, di mana sebaik sahaja Dilinger selesai menonton filem. Winstead telah berjaya menembak Dilinger. Winstead juga sempat mendengar kata2 terakhir dari Dilinger. Dan kata2 itu merupakan pesanan terakhir buat Billie dan disampaikan oleh Winstead sendiri. Pesanan tersebut berbunyi `Beritahu Billie...Selamat Berpisah Blackbird' yang merupakan dialog dalam filem yang di tontonnya, lakonan Clark Gable.

Teks penutupan menceritakan bahawa Melvin Purvis akhirnya berhenti dari Biro Siasatan Persekutuan pada tahun 1935 dan mati kerana membunuh diri pada 1960. Billie yang masih hidup telah berpindah ke Wisconsin selepas pembebasannya pada tahun1936.

Agak jarang sekali juga aku mengikuti filem2 jenayah dan biasanya bergantung kepada pelakon dan plot cerita itu sendiri. Walaupun filem ini juga telah lama bermain di pawagam dan aku hanya dapat menontonnya di astro namun garapan filem ini menarik dan hasilnya amat memuaskan malah tidak membosankan berbanding kisah2 jenayah yang lain terutamanya yang berdasarkan fakta sejarah.

p/s : bila melihat pelakon ini, lantas aku teringat drama tv bersiri, 21 jumsptreet yang telah menaikkan nama Johnny Depp......


Mr Vee Ku Sayang


Selesai melihat kemuncak Imam Muda 2010, aku terus mendapatkan Mr Vee. Dia setia. Tetap menantiku walau dalam ape jua keadaan. Aku pun macam dia, juga setia. Membelainya setiap masa. Aku akan pastikan Mr Vee ku selalu bersih dari sebarang habuk. Bila dah switch on, Mr Avast akan sentiasa bagitahu aku yang virus dah updated, automatik. Tak mungkin Mr Vee di serang virus.

Kini, sudah berhari2 hari tanpa Mr Vee, sunyi rasanya. Adakala dialah penghubung aku dengan sahabat2 blogger mahupun sahabat2 lain. Sesekali tempat aku berchatting. Kadang2 dengan Mr Vee aku update facebook. Eheh ! malam tu aku baru nak belajar Farmville, Cafe World dan Treasure Island. Ms Anne dah berjaya perdaya aku. Aku laju jer accept. Ms Anne kata...yeahhh !! Mesti dia meloncat kegirangan. Aku boleh bayangkan. Dasat betul penangan Ms Anne. Tapi aku tak sempat belajar abis. Apa dah jadi dengan Mr Vee? Aku tertanya2 sendirian. Risau.

Tapi yang sedihnya, Mr Vee lah yang selalu membantu aku dalam menyelesaikan tugasan assignment ku. Aku surf internet untuk cari bahan. Mr Vee juga yang tolong aku siapkan kerja2 ku yang terbengkalai. Istimewanya, Mr IT juga ada install software sistem dalam Mr Vee, untuk memudahkan aku menyiapkan kerja. Mr Vee lah yang teman aku sampai kemalam. Berembun Mr Vee kerana aku. Tapi assignment aku pun masih tergantung dan tak siap lagi. Malah assignment yang aku draft masih ada dekat desktop Mr Vee.....uwaaaa !!

Tapi...tak tahu kenapa malam tu, tiba2 Mr Vee ku tersentap. Diam. kelu dan membisu. Mengapa ? Aku menggelabah. Kalut. Ku tekan seluruh tubuh Mr Vee. Tiada tindak balas. Segera aku beri bntuan pernafasan. Ku sumbatkan wayar ke tubuhnya. Cuba ku alirkan bantuan electric. Mr Vee masih membisu. Akirnya, aku mengalah. Maka entri ku tentang Imam Muda terpksa ku tunda pada hari bekerja. Kerja2 ku yang lain juga dalam status `pending'. Aku resah lagi. Terus tak henti memikirkan tentang Mr Vee.

Terpksa lah aku menduakan Mr Vee. Memang selama ni aku mnduakan Mr Vee. Di pejabatku aku lebih selesa dengan Mr Hew. Mr Hew bukan hak hak milik persendirian dan dia payah nak ku usung kemana2. Tidak seperti Mr Vee. lagipun, aku bagi peluang Mr Vee berehat di rumah. Tapi takkan kerana itu Mr Vee merajuk? Masa yang aku luangkan bersama Mr Vee lebih lama dari Mr Hew.
Dan seminggu ini, masaku lebih banyak bersama Mr Hew. Lebih dari biasa. Tapi aku amat rindukan Mr Vee ku yang tetap di hatiku walaupun kulitnya tidak secerah Mr Hew. Fizikal, Mr Vee lebih segak.

Adapun, Mr Hew selalu tak memberi banyak masalah buat aku. Mr IT sedia membantu. Terima kasih daun keladi wahai Mr IT...heheh.....tapi....aduhhh !! aku teringat sangat kat Mr Vee.
Tak tahu macamana keadaan Mr Vee ku itu. Aku dah pun hantar ke specialist untuk menjalani rawatan. Tak tahu apa punca derita yang di tanggung. Aku tinggalkan dia dalam keadaan koma. Sedih aku tengok dia. Aku harap segala data2 dalam Mr Vee selamat dan tak perlu nak format semula. Hatta, sehingga saat ini aku tak dengar khabar tentang Mr Vee. Harap2 Mr Vee tidak mengalami sebarang masalah besar.

p/s : buat sahabat2 blogger...maaf ye kerana tak boleh nak blogwalking cam selalu..agak terbatas...selagi Mr Vee dalam wad. Huh ! berkali2 juga hubbyku menyindirku dan berkata..."stevie wonder dah tak buat show setiap malam ker?" hehe....hurm !! cepatlah sihat Mr Vee ku.....sayangg !!


Tuesday, August 3, 2010

Tertindaskah Si Ikhlas?


Orang Yang Ikhlas Tertindas?
Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa, betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak.


Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian dan keseimbangan.


Lalu di pagi ini, saya tulis satu kisah lama, sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk memujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?


Atau soalan yang lebih "dalam" dan sukar daripada itu; benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melakukan kebaikan kepada seseorang atau sesuatu pihak? Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi yang barakah ini.


Orang Ikhlas Itu Tertindas?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ.

Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya,
"kakak punya berapa orang anak?
"
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

"Oh...ramai encik"
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah...saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi Hafiz.

"Kakak, boleh saya bertanya?"

"Tanyalah encik" ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan antara anak-anak yang menjadi dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik, tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. "Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran." kata saya perlahan.

Hampir berbisik. "Maksud encik?"

"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."

"Tidak pernah saya terfikir begitu encik"

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"
"Maksud Encik?"
"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, Tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita"

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?"
"Pasti ada! Insya-Allah."

"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."
"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."
"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting, hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yaag lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan"
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.

"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja, pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back. Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain.
Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan"

"Maksud encik?"
"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur." balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi… " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego"

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?


Petikan ini aku perolehi dari email seorang sahabat. Bagiku, di mana2 organisasi pun tidak dapat lari dari semua ini berlaku. Tidak di ketahui dari sumber mana namun petikan ini sekurang2nya mampu memberi sedikit motivasi kepada insan yang benar2 ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab.


p/s : Akan bahagiakah hidup sikaki bodek...sikaki ampu..sikaki gosok...sikaki cucuk dan even apa yang sewaktu dengannya ? Bahagiakah mereka jika terus menindas yang ikhlas dan menabur pasir di atas rezeki orang lain. Muhasabah diri dan renung2kan..........


Monday, August 2, 2010

Apabila Selangor Juara lagi


Kali yang ke-48 ? Tidak di sangkal lagi kehebatan negeri Merah Kuning ini yang menjuarai juara liga super untuk musim 2010, pada perlawanan yang ke-25 kelmarin.

Kejayaan menewaskan Terengganu 2-0, mengekalkan lagi Selangor di tangga teratas liga. Gol pertama hasil rembatan Amirul Hadi , pemuda berjersi no.20 pada minit yang ke-66, menjadi jurang antara Selangor dengan Kelantan selaku tempat yang kedua.

Perlawanan menyaksikan aksi seimbang pada separuh masa pertama dengan Selangor dan Terengganu berjaya melancarkan serangan-serangan berbahaya ke arah kubu lawan. Namun kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan dan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan terikat 0-0.

Selangor yang terpaksa mengeluarkan Khairul Anuar Baharom pada awal separuh masa pertama memulakan babak kedua dengan Fazilidin Khalid masuk menggantikan Rudie Ramli yang turut mengalami kecederaan. Sharbinee terus menjadi penghalang buat Selangor apabila dengan cemerlang menghadang rembatan beberapa hantaran dari Safee , Hardi dan Amirul Hadi.


Dan sepakan penalti dari Safiq Rahim pada minit ke-74, terus membuahkan kejayaan dan RM500,000.00 menjadi milik Selangor Darul Ehsan. Rentak kejuaraan Red Giants sehebat rentak permainan mereka yang tidak menghampakan 15,000 peminat setia yang memenuhi Stadium Shah Alam pada 31 Julai 2010, sabtu lalu. Walaupun masih ada baki 1 perlawanan namun Selangor telah di nobatkan sebagai Juara.


Selangor bakal menamatkan saingan Liga Super musim ini bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar hari ini, 03 Ogos 2010.
Kelantan kini berada di tangga kedua dengan 58 mata, tidak mampu memintas Juara bertahan, Selangor, yang sudah pun mengutip 63 mata.

Sejurus perlawanan, trofi Liga Super telah disampaikan oleh Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad kepada ketua pasukan, Amri Yahyah.

p/s : kecemerlangan....kecemerlangan.....kecemerlangan...jadi kenyataan....!! (berakhir juga badi terengganu yea ?? terbalas 4-0 perlawanan di awal musim...hehe...)


Imam Muda 2010


Kemuncak Imam Muda di siaran Astro Oasis telah pun berakhir pada Jumaat lepas, 30hb Julai 2010. Dimulakan dengan azan yang berkumandang dan disampaikan oleh beberapa peserta imam muda begitu syahdu, sebagai pembukaan. Kemudian ada di iringi dengan zikir Asmaul-Husna, satu2nya program realiti dakwah yang yang berjaya menambat hati.

Program yang berlangsung selama 10 minggu ini merupakan ilham Astro dan kerjasama dengan JAWI, telah mendapat tempat di hati ramai peminat malah pertama di dunia. Turut mendapat perhatian dan permintaan dari stesen tv gergasi dunia iaitu dari rangkaian tv switzerland dan Turki. Malah mendapat jumlah peminat facebook sehingga mencecah lebih dari 50,000 orang. Ia berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa,maka, program kerohanian Imam Muda diwujudkan. Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.

Program Imam Muda juga bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintergriti dan kredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin. Selain itu, program Imam Muda bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.

Calon-calon Imam Muda ini menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka juga diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah Amiril Md. Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

Mereka yang terbaik dipilih untuk diserap dan menerima pembelajaran di bawah bimbingan Mudir (pengetua) dan dua orang Mursyid (mentor). Sepuluh orang calon Imam Muda yang dipilih pada kali ini datang dari latar belakang kerjaya, keluarga, pendidikan, perwatakan, negeri dan status yang pelbagai

Seperti menepati ramalan semua, Imam Muda Asyraf (Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan) yang berusia 26 tahun dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang secara rasminya di nobatkan dan ditauliahkan sebagai Imam Muda terunggul 2010. Lahir pada 12 Februari 1984 dan telahpun berumahtangga. Graduan Ijazah sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin dan Fiqah dari Universiti Malaya ini membawa pulang pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, pakej perabot jati bernilai RM10,000, pakej spa Maghribi, komputer riba Apple Macbook Pro dan sebuah iPhone 3G.

Selain trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah yang diiktiraf Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hadiah turut merangkumi tawaran kontrak Imam Ratib di salah sebuah masjid di ibu kota, biasiswa pakej ‘berlian’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000. Hadiah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Sesungguhnya, kita telah lama ketandusan rancangan2 berunsurkan dakwah seperti ini. Dan adapun kebiasaannya di Astro Oasis terutama bila berada di bulan Ramadhan. Dakwah melalui kasih sayang adalah salah satu mengimarahkan orang ramai untuk ke masjid, itulah antara kata2 Imam Muda, Asyraf.

Yang Berbahagia Uztaz Dzulkarnain Hamzah atau lebih dikenali sebagai Uztaz Zul di kalangan penonton-penonton setia Astro Oasis melalui program Kalam Suci merupakan pengacara bagi program pencarian ini. Ilmu Uztaz Zul yang meluas dalam bidang hal ehwal dan keagamaan adalah penting dan digunakan di sepanjang program ini berlangsung. Pengalaman beliau yang pernah mewakili negara bagi Pertandingan Tahfiz dan Tarranum di peringkat antarabangsa pastinya dapat memberi manfaat kepada calon-calon Imam Muda dan penonton-penonton secara amnya.

Manakala, mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua), membimbing calon-calon Imam Muda ini dan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Uztaz Shahrizan Daud At Turabi; Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus; seorang penceramah bebas yang juga pernah terlibat dalam pelbagai program TV berunsurkan ilmu Islam.

p/s : Kekuatan imam pada hujahnya, kekuatan imam juga pada sahsiahnya. Sehebat penyampaian dan hujah maka selayaknya Imam Muda Asyraf di nobatkan. Semoga, selepas ini akan ada ramai lagi Imam muda yang lahir sepertinya. Tahniah Astro dan Jawi kerana berjaya mewujudkan rancangan realiti yang berunsurkan dakwah ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.