Congratulation !! buat SM Nasa & Marion....gandingan sama cantik sama padan...
Kalau nak di beri anugerah Wedding of the year..aku bagi anugerah ni buat En Nasa. Masa pernikahannya dengan Marion Rose Caunter Disember lalu, majlis yang grand dan serba indah dan lengkap di sempurnakan di kediamannya. Cukup Grand.
Kemudian di ikuti dengan majlis resepsi yang serba mewah dan gah, di hadiri oleh VVIP dan orang2 kenamaan di adakan di Mandarin Oriental hotel, Kuala Lumpur. Lihat sahaja gambar2 di bawah ini, pasti buat semua terpesona. Warna serba biru dan putih tersergam indah.
Berlatarbelakangkan biru putih di Mandarin Oriental Hotel
Cantiknya Marion dengan persalinan khas oleh Rizalman
Sesi potong kek
Pasangan berdancing...romantiknya !!
Dan kali ini satu majlis resepsi di adakan buat staf2 di bawah naungannya, Naza Group of Companies dan di adakan di Palace Of Golden Horse Hotel. Serba ringkas. Majlis bermula seawal jam 12 tengahari. Antara menu yang dihidangkan, seperti biasa satay terus menjadi santapan. Kemudian laksa utara. Ada bermacam2 pilihan yang ada seperti roti canai, murtabak, roti nan dan tandoori chicken. Hurm..nasi ayam ada juga. Yang paling spesel sudah pasti ABC. Ada lagi. Semua menu itu memang menyelerakan dan service sendiri walaupun buffet style. Pastinya ABC yang mnjadi santapanku itu penuh dengan kacang panggang.
Selain dari makanan, para tetamu juga dihidangkan dengan beberapa video clip perhubungan antara En Nasa dan Marion. Ada beberapa adegan yang begitu menarik perhatian dan agak mencuit hati tetamu. Tetamu juga di jamu dengan persembahan pentas iaitu iringan lagu2 sebagai hiburan. Doaku semoga perkahwinan ini kekal selamanya, di murahkan rezeki dan bahagia forever and ever. Beberapa keping gambar dari hasil tangan amatur kuabadikan di sini buat tatapan sahabat semua.
Sepersalinan ringkas...senyuman manis Marion yang tidak lekang dari bibirnya..friendly and sweet sangat
Acara potong kek yang di datangkan khas dari The Palace of Golden Horse
Mengambil kesempatan berposing dengan pengantin
Inilah SM Faliq, adik kepada SM Nasa
Dan ini SM Diana, juga adik kepada SM Nasa
Ehem..mengambil kesempatan bersama keluarga SM
Dan yang ini pula sesi bergambar dengan SM Nadia
Satu pose bersama Puan Sri dan Ibu Marion
Haa...yang ni hanya pekerja SM....tu yang gelak besar sangat...anyway, this is my luving frens, Anne dan Puspa
Sesi penutup acara..berposing di luar hotel..
p/s : semoga perkahwinan ini diberkati Allah...amin !! doakan yang terbaik buat mereka
Related Articles :
2 comments:
Gold digger
Emelia Hanafi is a better woman than this Marion Caunter the Gold Digger
Post a Comment