Sekian lama tidak ke stadium. Kali ini aku berkunjung lagi. Perlawanan pembukaan pastinya Piala Sultan Ahmad Shah 2011 atau lebih dikenali sebagai Piala Sumbangsih menjadi pertaruhan. Pertemuan Selangor dan Kelantan mengingatkan aku pada peristiwa tahun 2010 yang lalu namun tidak mematahkan semangat aku untuk tetap berkunjung di Stadium Shah Alam bagi bersama2 meniupkan semangat buat wira2 Merah Kuning (Red Giant) di gelanggang bola sepak.
Koleksi aku kali ini dengan memiliki jersi kuning Malaysia dan sehelai muffler. Maka seawalnya aku sudah berada di stadium menjengah2 setiap gerai2 di sekeliling. Kelihatan FRU dan trak polis memenuhi stadium untuk memberikan segala kawalan yang ketat terutama bila membabitkan perlawanan besar seperti ini. Bukan apa, tidak mahu pisang berbuah dua kali. Itu yang terbaik. Sedikit kekecohan berlaku, mgkn segelintir penyokong yang tidak berpuas hati kerana tindakan polis yang mengosongkan beberapa laluan terutama dari gate 10 hingga 13, bagi menjauhkan lagi jarak dengan penyokong lawan. Tiket RM20 tidak berbaloi jika terpaksa duduk seperti dalam tin sardin. Berasak2.
Namun malam ini milik Kelantan yang terus mencipta sejarah dan buat kali pertamanya menjulang Piala Sumbangsih setelah menewaskan tuan rumah, Selangor 2-0. Ini bermakna Piala Sumbangsih akhirnya bertukar milik dan jatuh ke tangan Kelantan setelah kejuaraan berturut2 di pegang oleh Selangor. Selangor juga hilang 3 mata dalam liga.
Penalti hasil sepakan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-8 di separuh masa pertama agak mematikan rentak permainan Selangor yang seakan2 pincang. Hampir 10 minit permainan dihentikan kerana tindakan penyokong kelantan yang membaling objek ke dalam padang kerana tidak setuju dengan refree. Malah kesan pancaran laser nmpak semakin kerap di padang kesan dari Piala Suzuki yang lepas. Namun sepakan percuma Kelantan pada minit ke-83 digunakan sebaik mungkin oleh Badhri Radzi pada separuh masa kedua terus menyaksikan kegagalan Ikbal Suhaimi menangkap dengan kemas dan akhirnya penyokong setia Gergasi Merah terus hampa dan kecewa. Hardi Jaafar yang bertindak sebagai perancang juga kelihatan emosi dan segera di keluarkan oleh K Devan utk menyelamatkannya dari menerima kad merah. Namun Hardi bnyak membuat percubaan yang cukup baik walaupun sepakan jarak jauh.
Asakan dan serangan Selangor kerap ke gawang pintu gol Kelantan namun semuanya berjaya ditampan dengan kemas. Khairul Fahmi Che Mat bertindak cemerlang dan dia memang keeper kebangsaan terbaik. Selayaknya dia terpilih sebagai Pemain Terbaik Astro malam ini. Dari segi rentak permainan juga, mungkin pemain2 Selangor masih tercari2 keserasian dengan beberapa pemain2 baru yang dipertaruhkan oleh K Devan malam ini. Safee juga agak kurang menyerlah dalam serangan. Dari segi mutu pengadilan juga seakan2 kelihatan bertindak agak kurang bijak kerana nampak lebih kerap bermain wisel dan banyak menerima kritikan tidak puas hati dari kedua2 penyokong.
Syabas buat Selangor kerana tetap meneruskan perjuangan sehingga keminit2 terakhir dan buat Kelantan, tahniah di ucapkan. Buat penyokong setia Merah Kuning..tahniah juga kerana anda tidak meninggalkan kerusi anda lebih awal walaupun telah ketinggalan 0-2 dan terus setia sehingga wisel penamat. Inilah Barisan Kita....
p/s : Tetap menerima kekalahan dengan semangat kesukanan. Sudah adat pertandingan. Jatuh Bangunku tetap bersamamu...VIVA Selangor !! Perjuangan masih belum selesai....
Related Articles :