Performance bagus. Hasil jualan meningkat. Servis terbaik. Kakitangan yang benar2 perform. Maka pernghargaan itu selayaknya dianugerahkan kepada mereka. Lumayan. Trofi dan wang tunai di miliki. Hasil kerja kuat mereka memang dihargai. Cuma malam tu tiada Red Carpet. Tiada anugerah the best dress. Ini bukan malam anugerah bintang popular. Ini anugerah kecemerlangan. Ada lucky draw. Grand Prize berupa TV LCD 42". Hurm....yang menjadi faveret ramai tentulah BB torch....namun akhirnya mnjadi milik branch staff. Tahniah semua yang menerima anugerah. Tahniah yang mendapat hadiah2 lucky draw. Siapa nak bagi benda2 percuma ni kan?
(Nasim Appreciation Night Dinner 2010 - Branch/dealer) Majlis penghargaan makan malam anjuran Nasim Sdn Bhd ini di adakan di Sunway Pyramid Convention Centre. Bertemakan pakaian smart dan kasual, majlis santai dan menghiburkan ini merupakan satu majlis yang memberi satu penghargaan atau penganugerahan buat dealer mahupun branch yang bertungkus lumus meningkatkan jualan mahupun servis mereka. Di rasmikan oleh En SM Nasarudin selaku CEO Naza group dan Dato' Samson Anand George (baru menerima anugerah Dato') majlis ringkas itu mengumpulkan semua Nasim staff dan Nasim dealer di seluruh Malaysia yang bnyak membantu menaikkan product peugeout. Maka kali ini dapatlah bertentang mata dengan mereka2 yang selama ini bnyak berhubung melalui telefon mahupun email. Paling advance pun melalui fb.
Majlis ringkas ini bermula selepas maghrib, MC oleh Shasi C Loco dan hiburan diselangseli oleh penghibur antarabangsa (Australia) Donna Daniels begitu menghiburkan. Games tebar kain bagi merebut tiket winner mendapat support baik dari semua table. Beberapa kuiz turut membuatkan suasana agak meriah. Hidangan Chinese Set menu malam itu agak tidak mengecewakan.
p/s : Khabarnya Annual Dinner bakal dilangsungkan pada pertengahan February ini...hurm...agak2 no aku bertuah ker? Serasa aku, aku memang sukar untuk mendakap tuah...atau memang tuah suka menjauhkan diri? Related Articles :