Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Wednesday, January 19, 2011

Merah Yang Kian Pudar


Liverpool atau pun The Reds tidak bersendirian walau pasukan ini semakin hilang bisanya, semakin pudar merahnya di persada liga. Namun pasukan ini ternyata masih di temani peminat2 setia yang tegar, menyokong di belakang dengan harapan musim2 indah buat Liverpool. Namun persoalannya, mengapa nama pasukan ini kini semakin tenggelam di persada Liga Inggeris?


Entah kenapa dan di mana silapnya, pasukan ini semakin merudum walaupun di barisi pemain2 hebat seperti Steven Gerrard, Fernando Torres, Joe Cole dan beberapa lagi. Namun situasi Liverpool kini semakin tenat malah semakin menghampiri zon penyingkiran liga. Adakah pengurusan yang silap percaturan atau pemain2 gagal berinteraksi malah beraksi tempang di padang. Pasukan yang merupakan musuh tradisi Manchester United ini, kehilangan sayapnya apatahlagi dengan layangan kad merah terhadap kapten utamanya, Steven Gerrard ketika menentang Manchester United bagi merebut FA Cup yang lalu. Peminat setia mereka semakin hampa dan kecewa.

Jika dilihat dari segi nama Liverpool FC, ia bukan asing lagi di Liga Inggeris. Ia merupakan satu kelab bolasepak profesional di bandaraya Liverpool, daerah Merseyside di wilayah Barat Laut di England. Liverpool beraksi di dalam Liga Perdana Inggeris sejak liga bermula pada 1992. Di dalam liga, Liverpool belum pernah lagi bergelar juara. Liverpool antara pasukan paling unggul di Eropah. Namun pernah naib juara pada 2003 ketika di bawah Gerard Houllier dan 2009 di pimpin oleh Rafael Benitez. Dalam sejarah Liga Inggeris, Liverpool mampu mengekalkan kedudukan sebagai pasukan paling beraksi di tangga teratas, 18 kali juara Liga Divisyen 1, 7 kali juara Piala FA dan 3 kali piala UEFA.

Liverpool ditubuhkan pada 15 Mac 1892 oleh John Houlding iaitu pemilik Anfield. Pada 1959, Bill Shankly menjadi pengurus dan ketika di bawah beliau dalam tempoh 15 tahun, Liverpool merupakan pasukan paling ternama di Eropah. Falsafah mereka - `Pass and Move, keep it simple' dan menamakan dengan nama kumpulan`Boot Room'. You'll Never Walk Alone nyanyian Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein II merupakan lagi identiti Liverpool, malah menghiasi Pagar Shankly dan di abadikan dalam logo rasmi Liverpool.

Kemudian jawatan itu diamanahkan kepada Bob Paisley sebaik sahaja Bill Shankly bersara. 9 musim Liverpool 3 kali menjuarai Piala Juara2 Eropah, 1 Piala UEFA, 6 juara Liga Inggeris dan 3 Piala Worthington. Pemain2 terkemuka dan bergelar lagenda lahir seperti Graeme Souness, Ian Rush, Alan Hansen dan Kenny Dalglish memang tidak dapat dinafikan lagi.

Kemudian di ganti oleh jurulatih veteran, Joe Fagan. Suatu tragedi terjadi di Stadium Heysel ketika menentang Juventus. 39 penyokong Juventus terbunuh akibat runtuhan tembok penahan yang tumbang kerana rempuhan yang dikatakan berpunca dari rusuhan penyokong Liverpool. Akibatnya, perlawanan di tunda dan tertewas 0-1 di tangan Juventus. 6 musim Liverpool di gantung dari beraksi di UEFA dan akhirnya pada 1983, Joe Fagan meletakkan jawatannya.

Kenny Dalglish sebagai ganti pada 1985. Kemudian 1991, di ganti sementara oleh Ronnie Moran dan Graene Souness sebagai pengurus pasukan. Tragedi Hillsborough menjadi satu tamparan hebat buat Liverpool. Ia berlaku ketika perlawanan separuh akhir Piala FA 1989. Beratus2 penyokong Liverpool terhimpit apabila ramai penonton cuba melarikan diri apabila berlaku satu kebakaran di tempat duduk Stadium Hillsborouh. Kesesakan akibat berlebihan penonton dan kegagalan kawalan polis menjadi punca tragedi ini terjadi. 96 orang penyokong Liverpool terbunuh. Satu memorial di bina di Anfield bagi memperingati mangsa2 tragedi tersebut. Malah mereka di abadikan dalam dua nyalaan api logo rasmi Liverpool.

Zaman Graeme Souness dikatakan saat kejatuhan Liverpool. Kegagalan demi kegagalan menyaksikan Graeme melepaskan jawatannya pada 1994 dan di ganti dengan Roy Evans namun Liverpool terus malap dan hanya sekadar di belakang Manchester United. Beliau menggunakan sistem 5-3-2 yang agak defensif. Dibarisi penyerang terkemuka seperti Ian Rush, Robbie Fowler, Stan Collymore dan Michael Owen namun kedudukan mereka tetap tidak konsisten dan sering goyah. 1998, Gerard Houllier di lantik menjadi pengurus bersama namun gagal dan akhirnya Roy Evans melepaskan jawatannya.

Pada 2001 merupakan musim paling berjaya buat Liverpool. Pemain2 muda seperti Michael Owen, Robbie Fowler dan Steven Gerrard di gandingkan dengan senior seperti Samy Hyypia telah membantu Liverpool juara Piala Liga, Piala FA dan Piala UEFA. Liverpool juga juara Community Shield dan European Super Cup.

Rafael Benitez mengambil alih jawatan pengurus setelah Gerard Houllier meletakkan jawatannya. Rafael melanjutkan perjanjian kontraknya kemudian dengan keistimewaan seperti hak pengendalian kuota pemain dari segi pembelinan dan kawalan akademi. Perjanjian ini adalah atas kemenangan bergaya Liverpool ke atas Real Madrid dan Manchester United ketika itu.

Penyingkiran Roy Hodgson (pengganti Rafael yang di pecat bagi musim 2009/2010) pada saat2 genting sehari sebelum menentang Manchester United di Piala FA menambahkan luka. Henry mengambil jalan selamat bagi menyelamatkan perniagaannya dengan melantik Kenneth Dalglish, lagenda yang sering menjadi sebutan penyokong Liverpool. Adalah terlalu sukar untuk mencipta kejayaan dengan jalan yang singkat. Berdasarkan pengalaman, Dalglish perlu lakukan sesuatu agar stadium Anfield sentiasa penuh di barisi penyokong2 The Reds. Malah untuk tidak menghampakan penyokong2 mereka, pemilihan pemain2 baru bagi musim baru perlu direncanakan. Corak perlawanan perlu di bentuk agar merah akan terus menyala seperti slogan mereka `you'll never walk alone'...

p/s : semangat buat Gerards.....hehe (anyway, i'm not Liverpool Fans....) dan jika anda peminat Liverpool yang tegar..sila lawati GERARDS


Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.