Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Saturday, November 20, 2010

Doaku buatmu Sahabatku



Salam di hujung minggu...


Seminggu dua ini agak terasa kesunyian. Ada yang serba tak kena dalam rutin harian. Detik waktu berlalu. Dalam kesibukan hari2ku di pejabat namun hati sering tertanya2 menerjah ruang fikiran. Sibukkah dia? Sesekali menjenguk di blog sang gerangan sahabat. Namun sekian lama tidak ber`update'. Menjeling ke ruangan facebook. Tetap sunyi. Hurm....mungkin ada waktunya dia memerlukan saat2 senggang tanpa aku yg kalau dia masih anggap seorang sahabat. Aku sibuk lagi. Jangan di tanya tentang kesibukan aku. Jika di pejabat..tak cukup telefon pejabat...henfon juga terus berlagu tidak berhenti. Eheh !! tak baik jika ada yg kata, susahnya nk mencari aku mengalahkan PM.....okey..just sedikit selingan....

Hari ini, dia akan menjalani pembedahan. Dia jauh. Jauh dari bumi Selangor. Dan aku di sini tidak dapat bersamanya namun akan tetap mendoakan yang terbaik buat dia. Mungkin dia sedang menanti saat2 pembedahan itu. Mungkin dia sedang berfikir tentang result di sebalik pembedahan itu. Atau mungkin dia masih tetap dia yang terus tabah dan cekal menghadapi hari2 esok yang belum pasti apa adanya. Aku pasti sebahagian kekuatan itu ada pada dirimu. Aku jua pasti ia ada pada keluargamu terutamanya suamimu yang tercinta, kerana dialah sumber kekuatanmu.

Itu janjiku. Biar apapun risikonya, tak siapa yang tahu. Seminggu yang lalu, dia bercerita padaku. Bagaimana payahnya untuk menerima kenyataan. Betapa sukarnya untuk menelan kepahitan. Fikirannya agak terganggu dan tegang. Aku tidak sukar menelah hatinya. Kerana dia sahabatku. Aku pernah mendengar tangisan dan sendunya di hujung talian. Aku juga biasa dengan celoteh dan gelak ketawanya yang riang bila bertemu. Pertemuan asal yang di rancang tidak menjadi kenyataan. Maafkan aku jika seperti aku yg pentingkan diri ku sendiri. Jika itu yg terdetik di hatimu, sahabat. Mungkin kerana waktu yg di takdirkan utk tidak mengizinkan kita bertemu sementelah aku telahpun membuat appoinment di tempat lain. Jika tidak, pasti kita bertemu pada tarikh itu dan pasti aku jua akan mengetahuinya lebih awal.

Dia seorang sahabat yg akrab dan baik. Perjalanan persahabatan yang melewati hari2 yang pnjang semakin erat setelah bertemu kembali dalam facebook. pelbagai cerita yang di kongsi bersama. Ada suka dan ada duka. Rentetannya seakan serupa walaupun berlainan dimensi. Kehadirannya dlam hidupku banyak menguatkan aku semangat. Bukan mudah menemui sahabat yang telus..tulus dan jujur. Berkata benar walaupun pahit. Teguran membina selalu buat aku sedar tentang kealpaan aku. Walaupn sering dia berkata, dia insan biasa dan tiada apa yang dia lakukan dalam persahabatan. Persahabatan aku dan dia memang payah untuk ku luahkan. Biarku simpan di hati setiap apa yg dia lakukan sebagai sahabat. Banyak. Semuanya tanpa sedar. Membantu aku mengisi ruang2 kosong dengan pengisian yang lebih berfaedah. Mengajar aku memperbetulkan kesilapanku. Dan membuat aku lebih bersyukur dan kembali meyakinkan tentang sebuah kasih sayang. Terlalu banyak yang inginku perkatakan tentang persahabatn ini, sahabatku.

Dan semalam, aku sempat memberi kekuatan dan semangat utk dia terus tabah. Walaupun, pada waktu yang agak singkat, namun itu yang terdaya buatku. Ada sedikit air mata yang mengalir cuba kupertahankan. Mujur di laman sembang. Cepat2 kuseka agar tidak jatuh berlinangan. Tajuk cerita ku ubah segera agar tawa ria kembali menghangatkan suasana...Itulah persahabatan kami. Dari kejauhan ini, tidak putus2 kudoakan keselamatan dan kesihatanmu, sahabatku.

p/s : entri ini kutuju khas buat sahabatku yang sedang menjalani pembedahan di Hospital Pakar di Malaysia (20 nov 2010). Maaf, aku tidak dapat menulis namanya atas sebab2 tertentu dan demi janjiku padanya. Kepada sahabat2 yang membaca entri ku kali ini, marilah bersama2 mndoakan semoga sahabatku ini akan kembali sihat seperti biasa dan dijauhkan dari segala yang keputusan atau jawapan yang boleh merenggut senyuman dan kebahagiaan di sekelilingnya. Sesungguhnya, aku mahu hari2 indah yang berlalu itu pasti ada untuk kita bersama. Doaku seiring dengan jutaan harapan. Sihatlah dikau sahabatku. AMIN.....

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.