Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Friday, November 19, 2010

Hoki Malaysia di Pentas Dunia



Sejak bile minat dalam sukan hoki nih? hehe...apepun syabas buat Msia kerana berjaya membenamkan Oman 12-2 dalam sukan Asia di Ghuangzhao, baru2 ini. Maka terciptalah entri kali ini dalam kebekuan minda. Agak sunyi dari acara mengunjungi sahabat2 blogger namun masih menyimpan niat tetap menulis selagi ada daya. Hari ini aku bercerita tentang sukan hoki. Hebat sangatkah sukan hoki ini? Kenal ker dengan pemain2 hoki Malaysia. Huh !! jangan pandang rendah. Aku memang meminati sukan dan bola sepak tetap no.1. Anda bagaimana?


Sukan hoki sebenarnya tidaklah begitu asing di Malaysia. Telah bertahun2 malah tersenarai dalam juara2 peringkat dunia. Itu fakta ye. Walaupun sukan hoki tidaklah sepopular bola sepak namun sukan ini ada peminat mereka yang tersendiri. Kalau melihat mereka beraksi, tiada beza pun dengan corak permainan bola sepak. Cuma ada segelintir perkara terutama kayu hoki yang buat ianya nmpak berbeza.

Secara ringkasnya, hoki mula bertapak di Malaysia sejak 1892, mula diperkenalkan oleh askar dan kakitangan inggeris yang bertugas di sini. Mulai 1920, sukan ini mula mendapat tempat di hati penduduk tempatan. Maka pada 1923, negara telah menubuhkan pasukan hokinya sendiri dalam persiapan perlawanan persahabatan dengan India. Ketika itu India merupakan pasukan yang paling hebat di dunia. Persatuan Hoki Tanah Melayu (MHF) di tubuhkan sebagai badan penyelaras sukan hoki negara dan telah membuka ruang utk melibatkan diri dalam kejohanan antarabangsa di mana Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai presiden yang pertama. Maka bermulalah perlawanan2 persahabatan.

Pada 1956, pasukan negara turut mengambil bahagian dalam sukan Olimpik di Melbourne. Pada 1975, Malaysia menjadi tuan rumah bagi kejohanan Hoki Piala Dunia dan meraih tempat yang ke-4 dunia. Wah ! hebat kan. Kini sukan hoki merupakan antara acara yang di minati di Malaysia malah turut melibatkan pasukan wanita. Anda pernah tengok pasukan wanita Msia beraksi dalam sukan hoki? Sesekali rehat2kan minda tengok aksi2 sukan sebegini.

Pasukan Hoki Kebangsaan Malaysia merupakan pasukan terbaik yang mewakili setiap pertandingan di seluruh dunia. Pada 1993, Malaysia berada pada ranking k-6 dalam piala juara2 dunia. Sehingga Mac 2009, pasukan negara berada pada kedudukan ke-15 terbaik dunia dan ke-5 terbaik Asia. Malah dalam sukan Asean, negara paling kerap merangkul emas. Ini antara kejayaan sukan hoki yang meletakkan Malaysia di pentas dunia.

Jangan tak tahu, Malaysia merupakan pasukan hoki yang terkenal dan digeruni setanding dengan pasukan India dan Pakistan. Antara wira2 hoki negara yang melonjakkan sukan hoki ini di mata dunia ialah pemain yang pernah meraih gelaran terbaik dunia, Mirnawan Nawawi dan barisan pemain lain seperti S.Kuhan, Rosaiful zaini dan beberapa lagi. Lihat sahaja rekod sepnjang sukan Asia. Baru2 ni pun paling teruk seri 2-2 dengan pasukan Korea. Mudah2an emas di dalam genggaman dan di bawa pulang. Pasti mencantikkan lagi ranking Msia dalam sukan Asia 2010 ini. Semoga Msia dapat mengekalkan rekod kejayaan hoki di mata dunia.

p/s : seronok melihat kejayaan AzizulHasni Awang merangkul emas dalam acara basikal trek....tamatlah kemarau emas Msia. Tahniah buat atlit2 negara.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.