

Demi memenuhi hasrat anak kecilku yang begitu meminati watak Harry Porter, maka filem siri ke-7, Harry Porter and The Deathly Hallows, Finale Part 1 membuatkan sekali lagi aku berada di dalam panggung TGV pada hari yang sama. Filem tulisan J.K Rowling, arahan David Yates dan terbitan Warner Bros ini masih mengekalkan pelakon2 utama yang serupa iaitu Daniel Radliffe, Emma Watson dan Rupert Grint. Nampaknya mereka bertiga telahpun meningkat dewasa. Masing2 kacak2 dan jelita.
Filem yang merupakan filem terakhir (finale) ini mempunyai 2 bahagian di mana Deathly Hallows adalah bahagian 1 dan telahpun menemui penonton di pawagam pada November 2010 lalu. Kisah bermula dengan Menteri Sihir, Rufus Scrimgeour dan kabinetnya, Death Eaters telah merancang untuk membunuh Harry Porter. Order of The Phoenix tiba di Privet Drive dan bercadang untuk mengawal Harry ke tempat yang selamat menggunakan Polyjuice Potion. Ketika penerbangan ke Burrow, mereka telah di serang dan mengakibatkan kematian Hedwig dan Mad-Eye Moody. Serangan ketika majlis perkahwinan berlangsung, akhirnya membuatkan ketiga2 mereka terbang jauh ke London dan beberapa tempat yang selamat daripada dapat di kesan. Dalam siri ini, Harry Porter dan Hermoine kembali ke kampung halaman dan rumah kedua ibubapa Harry Porter di Godric's Hollow. Di situ juga harry Porter sempat melawat kubur ayah dan ibunya. Di penghujung cerita, Harry berjaya memperolehi pedang dengan bantuan Ron. Dan dengan pedang itulah mereka dapat menghapuskan loket Horcrux.
Tiada bezanya dengan cerita2 Harry Porter sebelum ini. Dipenuhi dengan pelbagai aksi magis. Tapi awas, jika anda bukan peminat Harry Porter ataupun tidak pernah menonton siri 1 hingga 6, anda pasti tidak faham keseluruhan intipati cerita finale ini kerana keseluruhan cerita adalah saling berkaitan. Agak2nya bagaimana penamat kisah Harry Porter itu nanti yer. Apapun, kita nantikan Harry Porter finale part 2 yang di jangka akan menemui peminat2 Harry Porter di pawagam pada Julai 2011.
p/s : Teringin juga nak tengok filem yang ada 3D, macam terbaca pula yang ending finale Harry Porter nanti di tayangkan 3D.
Salam berhujung minggu dan salam ceria....
Kelmarin, 16 Disember 2010, SM Nasarudin bin Tan Sri SM Nasimuddin, CEO Naza Group of Companies, telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya setelah menjalinkan perhubungan selama 5 tahun. Gadis yang menjadi pujaan hati beliau ini tidak perlu diperkenalkan lagi dikhalayak umum dan beliau pernah mengendalikan rancangan2 seperti OIM, Biggest Loser Asia dan sebagainya. Gadis kacukan Inggeris-Cina-Portugis ini tidak lain tidak bukan, Marion Caunter ataupun kini di kenali sebagai Marion Rose Caunter bt Abdullah dengan rasminya menjadi milik SM Nasarudin setelah memeluk Islam pada Oktober yang lalu. Majlis pernikahan di sempurnakan di kediaman keluarga SM Nasarudin di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Majlis resepsi bakal diadakan di Mandarin Oriental Hotel dan diikuti Kepulauan Maldives.
"Sebagai pembuka entri pagi yang mulia ini, gambar gambar yang bakal anda saksikan adalah hasil kerja salah seorang forumer di forum hiburan terkenal & terkemuka, Cari.com.my. Terima kasih! SM Nasarudin & Marion Caunter selamat diakad nikahkan malam tadi dalam persalinan serba putih. Seperti yang kami sebutkan dalam entri sebelum ini, Marion Caunter dikhabarkan memakai persalinan santun rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim. Lagi gambar majlis pernikahan SM Nasarudin & Marion Caunter (atau kini Marion Rose Caunter Abdullah) selepas ini. Kita nantikan pula gambar majlis resepsi yang dikatakan bakal berlangsung awal malam hari ini. Enjoice?" (dipetik dari Rotikaya.com)
p/s : selamat pengantin baru...semoga kekal berpanjangan....hurm....moga2 bertambah murah juga rezeki semua staff2 yer....
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih2". Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji2an yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : "Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".
Namun menurut penilaian (sila rujuk http://abuumair1.wordpress.com), Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Jika kisah ini sahih sekalipun, dan menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram? Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Rasulullah saw atau amalan para sahabat tentang perkara ini? Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.
Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.
Sedar tak sedar entah berapa Muharram telah ku lalui. Satupun aku rasa tidak cukup untukku membuktikan yang aku ini insan yang sempurna di sisi Tuhan. Cukupkah amalanku. Berapa banyakkah ibadahku. Bagaimana pula dengan tanggungjawabku. Aku terus meneleku sendirian. Melihat cahaya. Melihat sinar. Kekadang melihat betapa kelam dan suram di hadapan. Bukan mudah menjadi yang terbaik. Pasti ada kekurangannya. Puas aku menampal kecacatan dan kekhilafan itu. Tapi buruk pula di mata insan lain. Mungkin menulis bagiku satu wacana atau wadah untuk kugambarkan tentang sikap sesetengah manusia di dunia ini. Namun itupun dari sudut pndangan mata kacaku yang serba kekurangan. Ini bukan bermakna aku memandang sinis pada mereka atau aku rasa diriku terlalu sempurna. Tidak. Kerap jua merasakan hidup ini tidak adil. Benarkah? Adakala karenah manusia buat aku semakin berhati2 dari terus mencabar dan melukai hatiku walaupun sesekali terpana jua emosi diri, tercalar ego (itupun jika ada ego) hingga merasa perlunya untuk menjadi seorang yang negatif. Yang pentingkan diri sendiri. Tapi akhirnya, aku kembali. Insaf.
Selalunya dengan rasa suka dan bangga aku lebih jauh melihat kesempurnaan dan kejayaan orang lain. Aku bersihkan hati. Aku bersihkan jiwa. Positif. Dari situ aku pasti tidak mudah menilai orang lain dengan pandangan negatif. Menjaga lidahku demi satu ikatan persaudaraan Islam. Sempurnakah kita sehingga dengan mudah menilai orang lain. Sempurnakah kita dengan hanya melihat kekurangan mahupun kecacatan orang lain. Bukan setakat melihat, malah cuba mencari dan dengan perasaan tidak puas hati mencela di dalam hati malah meluahkannya dengan penuh emosi. Aku sering kecewa bila di hadapkan dengan manusia yang selalunya kelihatan sempurna. Nampak serba keimanan tetapi hatinya serba kekurangan. Seolah2 terlalu mulia dan sempurna di sisi Allah lalu melihat orang lain dengan pndangan sinis dan mengejek. Agaknya, apakah yang menyebabkan mereka sebegitu.
Sempena Maal Hijrah ini, marilah bersama2 membuang kekotoran di dalam hati. Sebagaimana konsep Hijrah itu sendiri. Hijrah? Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Manakala dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.”(Hadis riwayat Abu Dawud)
Hijrah juga difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Maka buanglah perasaan yang sentiasa berprasangka, memndang rendah orang lain dan jangan merasa diri kita jauh sempurna di sisi Allah hanya kerana kita berpelajaran setinggi langit, berpangkat dan berjaya menguasai dunia, berharta hingga seolah2 harta itu akan di bawa bersama ketika mengadap kematian ataupun berpakaian sehingga menutup kedua biji mata, tapi jauh di sudut hati kita masih ada kekotoran yang menjijikkan bertakung dan memenuhinya. Berjuta kemaafan pun tidak berarti jika jiwa tidak seikhlas pengucapan. Sekadar menutup persengketaan tetapi di belakang masih ada kata nista yang bisa memutuskan persaudaraan. Khilafnya. Ukurlah dalam diri, muhasabah setiap inci sempurnakah kita ini? Alangkah indahnya jika Allah kurniakan kita kesempurnaan itu melalui harta kekayaan, tggi pengetahuan, darjat mulia di dunia, pakaian sempurna di sisi Tuhan lalu menjaga akal dan hati kita dari segala sengketa dan melukakan hati orang lain. Pastinya contoh yang baik itu menjadi tauladan dan sudah pasti kita mudah didekati sesiapapun. Bukankah itu dinamakan kesempurnaan bila dalaman dan luaran kita bersih demi kerana Allah.
1 Muharram merupakan detik permulaan sejarah pengiraan tahun dalam Hijrah. Sejarah ringkasnya, Hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa hijrah tersebut menyingkap satu perjuangan yang ‘pantang menyerah atau mengaku kalah’ di samping ia menjadi garisan pemisah di antara kebenaran dan kebatilan. Ia juga diibaratkan sebagai satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Nabi iaitu, pertama di Makkah selama 13 tahun, dan kedua, di Madinah selama 10 tahun. Rasulullah berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan. Malah, hijrah memberikan harapan dan membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa hadapan. Justeru, hijrah adalah tonggak perjuangan yang sangat bermakna. Rasulullah dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah demi menyahut panggilan dan keimanan. Dalam penghirahan Rasulullah ini, Masjid Quba' dan Masjid Nabawi di bina dalam usaha matlamat fungsi masjid itu sendiri dalam mengeratkan jalinan persaudaraan Islam.Demikian jua dengan persaudaraan dua golongan, iaitu kaum Muhajirin (sahabat Nabi yang sama-sama berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan kaum Ansar, yang bersedia menerima kedatangan mereka di Madinah. Baginda juga berusaha mengadakan beberapa kesepakatan dengan golongan Yahudi dan Nasrani di Madinah untuk mewujudkan suasana aman damai dan harmoni. Bukankah Hijrah mengajar kita erti perpaduan?
p/s : Berusahalah untuk berubah kepada perkara kebaikan walaupun sedikit, dari tidak berubah langsung. Sikit2 lama2 mnjadi bukit. Bersihkn hati dan berdoa pula demi kebaikan orang yang mgkn tidak kita sukai. Sesungguhnya Islam itu cantik. Tnjukkanlah kecantikannya dengan perlakuan kita. Insyaallah...pasti ada barakah disebaliknya. Maafkan aku jika tersalah bicara kerana aku jua insan tidak sempurna. Selamat Menyambut 1 Muharram 1432H (Maal Hijrah) buat semua...
izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.