Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, February 7, 2012

Fakta tentang Kaabah





Sejarah permulaan tapak Kaabah oleh Nabi Ibrahim a.s :

Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku dengan satu perkara, lalu Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah diperintahkan Allah kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: Adakah kamu akan menolongku? Nabi Ismail a.s menjawab: Aku akan menolongmu, lalu beliau berkata: Sesungguhnya Allah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawakan hajar ini dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas hajar tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah s.w.t: 

(رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ، وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ، وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ، رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ ءَايَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ، إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ.) 




Yang bermaksud: 

(Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa mereka) dari (syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana). 


Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah tersebut beliau menjadikan: 
* Tingginya sembilan hasta. 
* Panjang di paras bumi dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta. 
* Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta. 
* Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta. 
* Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad 20 hasta. 


Beliau membina pintu rapat ke bumi, tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba' Al-Himyari telah membina sebuah pintu dan meninggikannya. Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah binaan yang sempurna, mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun, hanya Allah sahaja Yang Amat Mengetahui.

Apa ada di dalam Kaabah? 
Hanya orang2 tertentu sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam Kaabah. Pintu Kaabah sendiri hanya di buka 2 kali setahun iaitu sebelum Ramadhan dan sebelum musim Haji. Lantai Kaabah dikatakan di bina dari granit berwarna putih dan sebahagian dindingnya juga di lapisi granit. Di dalamnya terdapat sebuah hijab berwarna hijau, emas, perhiasan dan pintu taubat. Pintu ini di perbuat daripada emas.Di dalam Kaabah juga terdapat sebuah jubin berwarna gelap yang dikatakan sebagai tempat Nabi Muhammad s.a.w meletakkan kepalanya ketika letih. Terdapat juga sejumlah lampu dari zaman Empayar Ottoman yang diperbuat daripada tembaga, Perak dan gelas yang berhiaskan ayat2 Al-Quran.

Gambaran ringkas :
- Hanya ada 3 tiang di dalam Kaabah
- Terdapat sebuah meja kecil untuk meletakkan barang2 seperti minyak wangi dan alat membakar kemenyan
- Terdapat 2 jenis bekas lampu2 yang tergantung dari rasuk silang berhampiran siling
- Tiada sebarang lampu elektrik di dalamnya
- Dinding dalaman di lapisi dengan marmar separuh jalan ke bumbung
- Seluruh lantai di buat daripada marmar kecuali sebahagian kecil yang di panggil `Rukhamat Humra'
- Tablet dengan inskripsi Al-Quran dalam marmar
- Bahagian atas dinding di tutup dengan kain hijau yang dihiasi dengan ayat2 Al-Quran bersulam emas
- Tiada tingkap di dalamnya
- Hanya terdapat satu pintu
- Ruang ini boleh menampung kira2 50 orang

Tahukah Anda?
Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. Tekanan gravitinya tinggi dan di situlah berpusatnya bunyi2an yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. Graviti = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh di dengar tetapi boleh di kesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

Lagi fakta yang perlu tahu....
Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat mmbaca apa2 yg ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidil Haram walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung, masih terasa sejuk.

Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat segi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat paling dirahmati. Tidur dengan posisi mengadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah. Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, "Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?." Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berpenghujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih terus berlanjut. 

Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semulajadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

Manakala bilangan 7 itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka 7 itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan 7 kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itulah selepas melakukan haji, kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah di tarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru. Selepas selesai semua itu, barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia disebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik sahaja akan di terima oleh tubuh.


p/s : wallahualam....














Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.