Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Tuesday, February 21, 2012

Suarez `Rabbit' Anfield ?




Luis Alberto Suarez Diaz? Di kenali sebagai Luis Suarez. Juga popular sekarang ini dengan gelaran 'Si Rabbit' oleh sesetengah penyokong pasukan lawan yang memang anti dengan Liverpool. Dan SJ sendiri bukanlah teruja sangat apatahlagi memuja pemain bolasepak Liverpool yang memakai jersi no.7 ini. Tapi kewujudannya sebenarnya banyak mengundang kontroversi. Itu yang menarik minat SJ untuk menulis tentang penyerang Liverpool yang juga pemain Kebangsaan Uruguay ini. Mungkin Suarez ni dah biasa dengan kontroversi atau memang dia suka bermain2 dengan kontroversi. Dengan itu tak mustahil Suarez ini juga boleh mndatangkan pelbagai masalah di mana2 sahaja tempat dia berkhidmat. 


Luis Suarez dilahirkan pada 24 January 1987 dan mempunyai ketinggian 5 kaki 11 inci dengan berat badan 81 kg, juga menerima jolokan `El Pistolero' (Gunslinger/The Gunfighter). Dia dikatakan seorang penyerang yang dipuji sebagai penjaring gol yang terbaik dengan “keupayaan teknikal yang kemas dan luar biasa” yang juga dikenali untuk mencipta peluang untuk rakan2 sepasukan. Suarez umpama pnyerang maut yang mampu memberi ancaman dari jarak jauh, dalam kotak gol mahupun di udara. Kehadirannya juga kdang2 sukar di fahami. Katanya.

Suarez dilahirkan di Salto, Uruguay dan mula mngasah bakatnya di jalanan Montevideo di mana dia membesar dengan ibu tunggal dan enam adik-beradiknya. Pada tahun 2005, Suarez memulakan kerjaya profesionalnya di Nacional Montevideo. Pada 2006, ketika berusia 19 tahun, Suarez berpindah ke Belanda untuk bermain dengan Groningen di Eredivisie. 

Kemudian Suarez dipindahkan ke Ajax pada tahun 2007 dan telah meninggalkan kesan yang besar di kelab Amsterdam itu. Pada tahun 2008-09 beliau telah dinamakan sebagai Pemain kelab Tahunan. Kemudian Suarez dinamakan sebagai kapten kelab, menjaringkan 35 gol dalam 33 perlawanan dan digelar pemain 'Belanda of the Year'. Beliau menjaringkan 49 gol dalam 48 perlawanan dan Ajax memenangi Piala Belanda KNVB. 

Malangnya, disebalik rekod kejayaannya, Suarez mempunyai masalah sikap kasar dan panas baran yang tidak terkawal, Suarez diselubungi masalah di Ajax. Beberapa layangan kad (7 kad kuning) yang diterimanya amat mengecewakan pengurus Ajax, Marco Van Basten hanya kerana sikap Suarez yang baran dan suka merebahkan badannya di padang. Digantung perlawanan kali pertama selepas insiden pergaduhan dalam bilik persalinan dengan rakan sepasukannya, Albert Luque tentang kegagalan semasa memberi sepakan percuma ketika menentang Feyenoord. 

Suarez di gelar `Cannibal of Ajax'. Gelaran kannibal ini diberikan oleh akhbar Belanda, De Telegraf selepas Suarez menggigit bahu pemain lawan, Otman Bakkal ketika perlawanan antara Ajax dengan PSV Eindhoven, November lalu. Ajax menguruskan sendiri permasalahan ini dengan menjatuhkan hukuman denda penggantungan 2 perlawanan namun FA Belanda meningkatkan hukuman penggantungan sebanyak 7 perlawanan Liverpool. Semasa tempoh penggantungan itu, pada bulan Januari 2011, beliau dipindahkan ke Anfield untuk € 26.5 juta (£ 22.8 juta). Kenny Daglish yang baru berkhidmat dengan Liverpool bertaruh dengan pembelian Suarez membawa kembali rekod kegemilangan Liverpool setelah melalui bnyak tempoh kemerosotan dalam liga Inggeris.

Sejak 11 bulan yang lalu, penyerang Uruguay yang baru berusia 25 tahun ini banyak menimbulkan perbalahan pendapat di England kerana mencalarkan bakat luar biasanya dengan terlalu mudah jatuh di padang. Ketika perlawanan mewakili Uruguay di Piala Dunia 2007, Suarez di buang padang pada minit ke-85 selepas menerima kad kuning kali ke-2, kerana membantah keputusan pengadil. Ketika Piala Dunia 2010 di Johannesburg, Uruguay berjaya menyingkirkan Ghana (wakil terakhir Afrika), menerusi penentuan penalti, namun ianya hanya selepas Suarez di buang padang ketika minit2 terakhir masa tambahan kerana sengaja menampan bola tandukan Dominic Adiyiah yang hampir pasti menghasilkan gol. Uruguay menggelarnya `Hand of God' namun dia adalah lelaki yang paling di benci di Ghana. 

Baru2 ini, Suarez di dapati bersalah kerana kesalahan yang serius dengan menghamburkan ejekan perkauman kepada Patrice Evra, Kapten Man United. Suarez di gantung 8 perlawanan dan di denda £40,000. Suarez juga terpaksa menerima hakikat yang dia terpaksa menjalani penggantungan satu perlawanan yang dikenakan oleh FA Inggeris kerana di dakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada penyokong Fulham. 

Perlawanan Man United bertemu Liverpool BPL, Suarez menunjukkan sikap keras kepala dan lagaknya,  tidak berjabat tangan dengan  Patrice Evra. Sikap Suarez telah menjadi tajuk2 utama skop sukan media massa. Seharusnya, Suarez kena lebih profesional bila berdepan dengan kerjaya yang mnjadi periuk nasinya. Makan nasi ker? hehe.......Namun dalam tempoh2 sebahagian musim 2011/2012 di Liverpool, Suarez merupakan salah satu pemain terbaik pasukan dan membantu kelab itu bergerak daripada ranking kedua belas dalam liga dan meningkat ke tangga ke-6, pada pertengahan bulan Januari.

Namun hasil dari statistik yang dilakukan oleh GERRARD......(sori Gerrard....ciluk data !!) Suarez tidaklah seajaib mana jika hendak di bandingkan dengan pemain2 lain yang jauh lebih prolifik seperti contoh terbaik, Lionel Messi yang 3 tahun berturut2 mendapat gelaran pemain terbaik dunia. Kalau tak percaya cuba tengok statistik tersebut di mana ketika penglibatan dan ketika ketiadaan Suarez. Terkial2 juga Suarez ni masa perlawanan dengan Man United. Hurm....Hebat sangat ker `si Rabbit' nih?? Penalti pun tak mampu nk score.....

Penglibatan Suarez dalam perlawanan

Ketiadaan Suarez (tempoh penggantungan)

p/s : Sir Alex Ferguson tegas dalam mengawal anak didiknya. Perkara peribadi tidak perlu di libatkan dengan suasana ketika di dalam padang. Itulah punca mngapa David Beckham, Teves dan beberapa player hebat yang pernah berkhidmat di Old Trafford menamatkan kariernya dan di jual ke kelab lain.







Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sahabat2 Setia

izryn's blog Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.